Video: Intermittent Fasting vs Ramadhan: The key difference?
Ramai yang sering kaitkan Intermittent Fasting atau IF apabila sebut tentang senaman dalam keadaan puasa. TAPI, IF ada satu perbezaan yang sangat ketara berbanding puasa ramadhan.
Pandangan anda?
Waktu Senaman Terbaik Semasa Berpuasa Untuk Bakar Lemak?
Bagi mereka yang ingin bakar lemak semasa bersenam, waktu petang dalam 30min sebelum berbuka sediakan keadaan yang baik untuk bakar lemak.
Kenapa?
Kerana amalan puasa sepanjang hari "kosongkan" glycogen (simpanan gula/glucose badan) dan memaksa badan untuk tap into simpanan lemak sebagai bekalan tenagan. If you have a heart rate monitor, your target HR zone should be dalam 60-70%.
Do share your thoughts dalam ruang komen di bawah.
Bagaimana untuk cukupkan minum air semasa puasa?
Berikut adalah jawapan kepada soalan dari aisyafit3 yang bertanya "Berapa byk air yg perlu diminum dan cara pengambilan yg btol semasa puasa?" Ingat sumber air tidak semestinya air kosong. Kopi, teh, sirap dan lain-lain jugak termasuk dalam keperluan air.
Video: Panduan minum air bulan puasa Ramadhan
Ramai yang cuba cukup kuota seharian dengan minum 1-2 liter atau lebih tapi ingat, lagi banyak anda minum, lagi cepat air tersebut akan dibuang semula. Saya personally suka minum dalam 3 gelas: 1x gelas air kosong, 1x gelas air manis dan 1x gelas kopi/teh (decaffeinated). Amalan anda bagaimana?