Nasi Lemak Tidak Berkolesterol. Tapi ...
https://www.facebook.com/zahri.kevin/videos/2464847010452998/
Ramai yang beranggapan bahawa santan atau durian berkolesterol tapi itu tidak benar. Mustahil untuk mana2 sumber bukan haiwan untuk mengandungi kolesterol kerana ia hanya terkandung dalam haiwan dan manusia sahaja.
Tapi …
Bebas kolesterol tidak bermakna mana2 makanan terus sihat atau tidak sihat. Apa yang anda perlu ingat:
- Tumbahan & buahan mustahil berkolesterol
- Kolesterol adalah sejenis lemak.
- Tak semua lemak berkolsterol.
- Walaupun santan bebas kolesterol, ia tinggi kandungan lemak (terutamanya saturated fats)
- 1g lemak = 9kcal
- Ada atau tidak kolesterol does not automatically make mana2 makanan sihat atau sebaliknya.
- Kolesterol itself tidak bahaya dan semulajadi dalam badan. Yang menjadi masalah adalah gabungan pemakanan, stres, glukos darah tinggi, obesiti, gaya hidup dan terlalu banyak kolesterol darah.
- Nasi lemak tak berkolesterol tapi telur dan ikan bilis ada kolesterol.
- Jadi boleh tak makan nasi lemak?
Makan lah.Saya pun makan jugak tapi pastikan ia sebahagian pemakanan yang agak baik dan digabungkan dengan gaya hidup aktif.
Zombie Games Bersama Pelajar SK Sijangkang Jaya
Lawatan saya ke Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya disambut dengan begitu meriah bersama pelajar darjah 4-6 untuk pelbagai aktiviti dan permainan bersama.
Dalam setiap lawatan sekolah, niat saya sentiasa untuk menghiburkan pelajar dengan pelbagai permainan fitness seperti Zombie, Beruang, Boogeyman dll. Games adalah antara kaedah yang terbaik untuk menanamkan minat pelajar untuk menyertai aktiviti bersama. Dan pada masa yang sama ia menerapkan elemen kecergasan seluruh badan.
Untuk kurangkan obesiti, pelajar peru seimbangkan stress akademik dengan akitivit fizikal seperti sukan, Pendidikan Jasmani dan gaya hidup aktif secara am. Bukan untuk sebulan setahun tapi sepanjang tahun.
Kanak-kanak memang aktif secara semula jadi sehingga lah kebolehan mereka untuk kekal aktif sering disekat.