7x Tip Kurang Gemuk Air Badan
Gemuk air adalah antara fenomena yang paling kurang difahami orang ramai. Terutama hasil daripada tren-tren social media yang sering menawarkan penurunan berat badan yang drastik - iaitu 3-5kg berat badan dalam masa singkat (beberapa hari sahaja).
7 Tip Kurangkan Masalah Gemuk Air (Water Retention)
1. Minum lebih air: kalau tak cukup minum air, badan akan cuba lagi simpan air untuk elak dehyration. How much air? Biar warna urin jernih
2. Lebih fiber: untuk buang serat2 yg "kering keras" melalui perlawasan, lebih air akan diperlukan untuk "push" the fibers/najis out.
3. Kurang garam: macam lah pasir kat pantai, garam adalah penyerap air.
4. Potassium: ia lawan kepada garam dan bantu "neutralise" garam badan.
5. Sweat sweat sweat: sauna, losyen panas, senaman outdoor etc.
6. Green Tea atau caffeine: ia adalah diuretik (buang air badan) dan laxative utk bantu anda lawas.
7. Kurang karbo: untuk hadam karbo/gula/glucose, badan perlukan air. Jadi kalau anda banyak makan makanan berkarbohidrat, simpanan air badan pun berlebihan.
Boleh ke minum MILO untuk kurus?
Dalam sessi sembang santai ini, saya bincangkan topic yang sering menjadi topic perbualan dalam seminar, program Jom Kurus dan LIVE chat - bole ke minum MILO dalam proses atau diet semasa ingin kurangkan berat badan? Kongsi pandangan dan pengalaman anda dalam ruang komen.
Naik turun berat badan tidak bergantung kepada satu makanan atau minuman semata-mata. Yang menentukan naik-turun berat badan adalah: jumlah pengambilan kalori seharian berbanding keperluan. Macam lah kisah si lembu jugak, walaupun ia makan makanan yang "bersih" ala-ala eat clean, si lembu masih bermasalah berat badan kerana 1) makanan berlebihan dan 2) kurang aktif.