Belajar Bahasa Jerman dengan Kevin Zahri
Pelajari Bahasa Jerman dengan Kevin Zahri! Menarik, mesra, berunsur budaya dan fokus pada perbualan atau kebolehan bercakap. Mulakan perjalanan bahasa anda sekarang.
Belajar Jerman
Native Speaker
Saya merupakan native speaker Bahasa Jerman yang lahir, sekolah dan membesar di Hamburg, Jerman.
Beginner Friendly
Mulakan perjalanan bahasa Jerman anda dengan pembelajaran yang direka khas untuk beginner A1 German.
Asas Bahasa Jerman
Asas bahasa Jerman dengan pembelajaran berstruktur kami untuk berkomunikasi dengan yakin dalam masa singkat.
Real Conversations
Mula bercakap dalam Bahasa Jerman sejak hari pertama dengan pembelajaran yang praktikal yang boleh digunakan untuk pelbagai situasi kehidupan.
Virtual Learning
Kami menawarkan kadar pembelajaran virtual yang fleksibel dan menyesuaikan masa dan kelajuan pembelajaran untuk anda.
1:1 atau Berkumpulan
Kami menawarkan kelas virtual Bahasa Jerman untuk individu dan juga berkumpulan dari masa ke semasa.
Mein name ist Herr Zahri
Hallo liebe Schülerinnen und Schüler,
Guten Tag! Saya sangat gembira kerana berpeluang menjadi guru Bahasa Jerman anda.
Saya adalah penutur asli dari Hamburg, Jerman, sebuah bandar yang penuh dengan sejarah dan budaya yang menarik. Saya tidak sabar untuk berkongsi keindahan bahasa Jerman dan kehidupan di Hamburg dengan anda.
Pelajaran saya tidak hanya tentang tatabahasa dan perbendaharaan kata, tetapi juga mengenai pengalaman hidup sehari-hari di negara Jerman. Mari bersama-sama menjelajahi dunia bahasa dan budaya Jerman dengan penuh keceriaan!
Saya suka melibatkan pelajar dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Jadi, siapkan diri anda untuk sessi pembelajaran yang penuh dengan aktiviti dan gelak ketawa!
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau ingin berkongsi apa-apa, jangan ragu-ragu untuk berbincang dengan saya. Saya sentiasa bersedia untuk membantu.
Freue mich darauf, euch im Unterricht zu sehen!(Saya menantikan untuk berjumpa dengan anda di dalam kelas!)
Herzliche Grüße,
KZ
Video Belajar Jerman TikTok Saya
Berikut adalah beberapa video belajar Bahasa Jerman dari saluran TikTok saya.
@kevinzahri Ada yang berminat belajar Jerman tak? #german #language #jerman #goethe #belajarbahasajerman
@kevinzahri Hmmm apa agaknya 4:2 dalam bahasa german 😂🇩🇪🇨🇷🥶🥸🫣🤔
@kevinzahri 8 perkataan paling asas Bahasa Jerman 🇩🇪 … #jerman #bahasajerman #bahasajermanmudah #germanlanguage #fyp