8 Gelas Air Sehari? Keperluan air tidak semudah itu!
October 5, 2016Weight Loss,Video
https://www.youtube.com/watch?v=4j6l3WT8YXQ
Walaupun panduan minum 8 gelas air sehari digunakan orang ramai, anda perlu memahami bagaiman keperluan air berubah ikut kepada keadaan cuaca, aktiviti dan amalan diet seharian anda. Also ingat: Jangan minum BANYAK sangat sehingga membebankan buah pinggang anda.
Crego Silent Swirl Juicer: Green Jom Kurus Juice Recipe
https://www.youtube.com/watch?v=SlbkEys8QNs
In this video my son and I will show you how we make our super Green "Jom Kurus" juice using our spanking new Crego Silence Swirl Juicer. This is a very low calorie, high fiber, and nutrient dense recipe. You can obviously fine-tune it to your own liking.
[mks_highlight color="#ededed"]Get your slow juicer: You can get your own Crego Silent Swirl Juicer at http://cregostore.com[/mks_highlight]
Apa makanan yang baik selepas workout malam?
https://www.youtube.com/watch?v=L62OmsOYSwc
Berikut adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Harith Rahim melalui laman Facebook saya.
[mks_highlight color="#efefef"]"Hi kevin..apa makanan yg baik selepas workout malam?sbab lepas workout malam sy akan rasa letih dan lapar.biasanya sy akan control calories food sy 1500 perday. Sebelum work out i will make sure ada balance 500 more calories to fill after workout. Then after workout malam tu sy akan makan..tapi tak capai pun 500 calories maknan yg sy makan tu. Kadang2 350 je..so i got 150 calories left before i sleep."[/mks_highlight]
Apakah makanan yang baik selepas sessi senaman atau workout malam? Hidangan Post-workout penting untuk kembalikan tenaga dan mulai proses pemulihan otot.
JK1M7 Akan Berakhir Esok.
https://www.youtube.com/watch?v=0yy6Jc5-Cwo
Sekali lagi 6 minggu cabaran berlalu dengan begitu cepat. Berapa kg anda berjaya kurangkan? Apa2 pun stay strong along your fitness journey selepas ini, keep close dengan kawan-kawan JK1M dan keep me posted on your progress!
[mks_highlight color="#ededed"]Musim 8 Cabaran Jom Kurus 1Malaysia akan kembali pada Q1 2017. Anda boleh pre-register di sini.[/mks_highlight]
Astro Bella Jom Kurus Musim Kedua Kembali!
September 22, 2016News & Events
KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER 2016 – Setelah berjaya merubah kehidupan 12 orang wanita pada tahun lalu, program realiti pengurusan berat badan, ‘Astro Bella Jom Kurus’ kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat! Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan lagi. ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ dijangka menemui penonton pada setiap Jumaat mulai 7 Oktober 2016 jam 9malam, hanya di saluran 133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134. Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana, telah muncul sebagai juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya mengurangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari. Tentunya, edisi kali ini menjanjikan perubahan yang lebih drastik dengan tempoh transformasi berganda yang pastinya membuatkan penonton di rumah teruja!
‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ merupakan sebuah program realiti 8-episod yang mengetengahkan gaya hidup sihat dan bakal menyaksikan para peserta menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan dalam masa 60 hari dan bermatlamat untuk mendidik serta memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Objektif utama Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Ia turut menyahut seruan Fit Malaysia, sebuah kempen yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun lalu yang diterajui oleh Menterinya, YB Khairy Jamaluddin. Fit Malaysia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Kevin Zahri yang dikenali sebagai ‘Cikgu Fitness Malaysia sekali lagi kembali memegang tanggungjawab sebagai pengacara untuk program ini dan beliau bakal digandingkan bersama dengan pengacara wanita popular, Jihan Muse yang akan menggalas peranan sebagai pengacara bersama. Tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan seperti pemakanan, latihan fizikal dan senaman akan turut membantu Kevin dalam Astro Bella Jom Kurus. Mereka ini adalah Nana Al Haleq, seorang model kecergasan bebas dan pakar penurunan lemak badan, perunding pemakanan dan nutrisi, Coach Shahril, seorang pakar pengurusan berat badan dan perunding motivasi dan Coach Faiz, seorang jurulatih kecergasan dan pakar pengurusan berat badan.
Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari baru-baru ini telah membuka penyertaan kepada golongan wanita yang berminat untuk menyertainya menerusi pendaftaran secara atas talian di Instagram Astro Gempak dari 1 Ogos hingga 21 Ogos 2016. Mereka ini perlu menepati kriteria utama yang ditetapkan seperti berumur di antara 18 - 45 tahun dan mempunyai bacaan BMI melebihi 25. Seterusnya, mereka diperlukan untuk memuat naik video berdurasi 1 minit ketika sedang menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan.
Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dan seramai 25 orang peserta yang menepati syarat-syarat penyertaan telah disenarai pendek untuk melalui sesi Boot Camp bersama barisan jurulatih yang telah diadakan pada 4 September 2016 lalu di Astro, Bukit Jalil. Peserta diperlukan untuk mengharungi cabaran-cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka di sepanjang berlangsungnya sesi Boot Camp tersebut. Dari sesi itu, seramai 12 orang telah berjaya terpilih untuk menjadi peserta rasmi program realiti Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari.
Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, ”Kami amat teruja apabila program ABJK musim lalu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dan para penonton Astro Bella mahukan musim kedua rancangan ini. Bukan saja kami telah mengubah hidup 12 peserta untuk menjalani hidup yang lebih sihat, para penonton Astro Bella juga mendapat inspirasi daripada program ini. Ramai di antara mereka telah pun memulakan langkah mereka ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat sesuai dengan saranan kerajaan agar kita dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik”.
“Di bawah kendalian Kevin Zahri, saya yakin program ini sedikit sebanyak mampu memupuk kesedaran seterusnya menyumbang ke arah pengurangan kadar statistik obesiti di Malaysia. Sehingga hari ini, statistik menunjukkan penduduk Malaysia khususnya golongan wanita mengalami masalah kegemukan dan separuh dari jumlah itu menghidap obesiti. Kami di Astro Bella begitu prihatin dengan senario ini dan akan terus berusaha melaksanakan inisiatif-inisiatif yang relevan untuk membantu mengurangkan kadar statistik ini. Saya percaya, musim kedua ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini secara tidak langsung membantu merealisasikan konsep gaya hidup sihat di kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita”.
Program ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini akan menyaksikan para peserta terlibat dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang bakal menguji ketahanan fizikal dan kekuatan mental mereka menerusi Cabaran Luar (Outdoor Challenge) seperti mendaki bukit, merentas halangan, acara larian, pengembaraan , aktiviti berbasikal dan banyak lagi. Pengisian utama lain yang akan diserapkan dalam program ini adalah seperti sesi perkongsian tips-tips penjagaan kesihatan diri dan gaya hidup sihat, tips pemakanan sihat dan seimbang, serta sesi motivasi untuk memberi inspirasi dan kata-kata semangat kepada para peserta. “Melalui modul-modul yang dirancang ini, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar bagi menguji ketahanan fizikal dan mental, mereka turut diterapkan dengan program-program berunsur motivasi bagi memupuk kesedaran dalam diri masing-masing akan kepentingan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul. Untuk menjadi contoh yang cemerlang kepada golongan wanita yang ada di luar sana, setiap peserta diperlukan untuk mempunyai semangat jati diri, ketahanan fizikal dan mental, spiritual dan sahsiah yang tinggi. Elemen-elemen ini dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan kelak. Tahun ini juga, kami telah merancang aktivit-aktiviti yang lebih berskala besar untuk memastikan program ini akan lebih memberi impak bukan sahaja kepada peserta tetapi juga penonton di rumah khususnya para wanita.
Kami di Astro Bella begitu prihatin akan senario ini dan akan berusaha melaksanakan inisiatif-inisiatif yang relevan untuk membantu mengurangkan kadar statistik ini. Ini membuktikan bahawa ramai di kalangan wanita yang ada di luar sana mengakui bahawa amalan gaya hidup sihat bukan sekadar tuntutan lifestyle kita pada hari ini, tetapi lebih kepada usaha menghindari penyakit-penyakit kronik seperti hipertensi, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi. Sebagai seorang wanita, aspek penampilan diri memainkan peranan penting kerana ia membantu membina keyakinan diri dalam diri masing-masing. Besar harapan kami agar program ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini bakal memberi inspirasi kepada semua khususnya di kalangan golongan wanita yang selama ini bertarung dengan masalah berat badan”, jelas Natasha Hashim lagi.
Pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka bakal menanti para peserta ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 hari’. Apa yang pasti, cabaran yang lebih mencabar bakal disajikan buat para peserta tahun ini! ABJK Cabaran 60 Hari turut mendapat sokongan Felda Wellness Corporation (FWC) selaku penaja sesi timbang berat badan dan kandungan lemak, produk Neutrex dan hadiah Pakej Intelligene untuk tiga peserta terakhir ABJK2. Selain itu, Anytime Fitness Menara Hap Seng 2 selaku penaja lokasi ABJK 2 serta Prince Court Medical Centre selaku panel perubatan rasmi ABJK2. Garmin juga turut menaja jam tangan kecergasan buat para peserta selain menaja hadiah sampingan untuk juara dan peserta pilihan.
Juara ABJK akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa RM 30,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. Wang tunai RM 5,000.00 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton. Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari bakal bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) pada setiap hari Jumaat mulai 7 Oktober 2016 ini jam 9.00 malam. Untuk maklumat lanjut, layariwww.astrogempak.com.my/astrobella. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus #cabaran60hari
6 Sebab Anda Gagal Kurangkan Berat Badan
Masih sukar untuk kurangkan berat badan? 6 faktor berikut mungkin memainkan peranan:
1) Nafsu makan bergelora: cabaran utama dlm usaha anda untuk kurangkan berat badan BUKAN LAH senaman tapi kebolehan anda untuk mengawal nafsu makan. Download eBook percuma 45 Tip Kawal Nafsu Makan saya di sini.
2) Anda stres! Badan akan tingkatkan penyimpanan lemak badan ketika anda stres untuk "selamatkan anda" dari hadapi stres.
3) Diet terlalu extreme memang STRES mental dan pada badan secara keseluruhan.
4) Senaman memang stres fizikal jadi kalau bersenam setiap hari tanpa rehat, STRES!
5) Jangan pandang rendah kepentingan lawas untuk bantu anda kurang berat badan. Target 2x sehari.
6) Suplemen bukan kunci weight loss. Yes ia boleh membantu jangan dahulukannya berbanding pemakanan dan gaya hidup anda.
Apa2 pun jangan STRES-STRES. Biar lambat as long as anda: 1) mengawal dan 2) enjoy the journey.
Hari Sukan Negara 21km Run. #hsn21km
September 14, 2016News & Events
Jom join larian Hari Sukan Negara 21km pada 8 Oktober 2016 ini di Dataran Merdeka #hsn21km. Daftar di www.hsn21km.com
Dodgeball Tournament JK1M Melaka vs N9
September 7, 2016News & Events
Berikut adalah beberapa gambar dari pertandingan Dodgeball peserta JK1M musim 7 Negeri Sembilan dan Melaka yang telah berlangsung pada 4hb September 2016 baru-baru ini. Untuk album penuh, sila layari laman web flickr.com/kevinzahri.
Jom Sihat Bersama Puspanita MOF dan Kevin Zahri
September 1, 2016Corporate Wellness
Berikut adalah beberapa gambar dari sessi senaman dan seminar Jom Sihat bersama peserta Puspanita MOF di Institut Penilaian Negara INSPEN.
[one_whole boxed="true"]Ingin jemput Kevin Zahri untuk seminar atau sessi senaman? Layari laman Corporate Wellness di sini. [/one_whole]
Setelah tinggal di Jerman selama 13 tahun dan USA 5 tahun, Malaysia tetap #1.
Salam Merdeka
Setelah tinggal di Jerman selama 13 tahun dan USA 5 tahun, Malaysia tetap #1.
Betul - Malaysia mempunyai pelbagai masalah. Setiap negara mempunyai masalah. Tiada negara yang sempurna. Ketidaksempurnaan Malaysia membolehkan kita bangkit dan cari jalan penyelesaian. Bagi saya - Malaysia lah "the land of opportunity". Kita negara yang membangun. Jadi JOM bangunkannya bersama. Jadikan masalah Malaysia sebagai pemangkin kreativiti dan inovasi untuk mengatasi suatu masalah atau halangan. Kalau lah Malaysia ku sempurna, alangnya bosan kehidupan itu bagi seorang usahawan, entrepreneur atau pemimpin.
Betul - Malaysia mempunyai masalah perkauman. Setiap negara mempunyai masalah perkauman. Ia sesuatu yang kita perlu hadapi bersama. Adakah kita akan berjaya menghapuskannya? Pasti ia sukar dan akan mengambil masa yang lama. Tapi dengan pergaulan pelbagai kaum yang lebih harmoni di Sabah dan Sarawak, ia berikan harapan besar buat saya.
Betul - Kerajaan kita tidak sempurna. Tiada pemimpin yang sempurna. Saya jamin kepada anda, pemimpin akan datang dan pergi, tapi masalah politik pasti kekal! Bukan bermakna kita perlu serah diri kepada keadaan. Jauh sekali. Tapi kita perlu beranikan diri untuk menjadi pelapis pemimpin masa yang akan datang. Bermula dengan diri sendiri.
Saya mencintai Malaysia. Dengan cara saya yang tersendiri. Selamat Hari Merdeka.
August 31st: Seminar Jom Kurus di Prince Court
Bonus session untuk peserta JK1M Klang Valley yang terlepas the earlier workshop. For public yang nak join, pls contact Kaka 019 282 7820. Tempat sangat terhad.
[one_whole boxed="true"]Interested in our corporate talk offerings? Visit out corporate wellness page or contact Kaka at 019 282 7820.
[/one_whole]
Jom Kurus Workshop di Dewan Raja Muda
August 24, 2016News & Events,Corporate Wellness
Berikut adalah beberapa gambar dari bengkel Jom Kurus bersama peserta JK1M7 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Untuk kesemua gambar, sila layari link ini.
[one_whole boxed="true"]Workshop Jom Kurus ini juga sangat popular sebagai program corporate wellness bersama Kevin Zahri di Malaysia. [/one_whole]