Kandungan Kaffein Minuman Popular Malaysia
Gambarajah di atas menunjukan kandungan kafein minuman popular seperti milo, nescafe, starbucks, red bull, pil pembakar lemak, teh hijau dan teh tarik. Sudah tentu, nilai sebenar bergandung kepada cara ia disediakan.
[one_whole boxed="true"]Ingat: 400mg merupakan daily allowance atau had pengambilan caffeine sehari bagi golongan dewasa.Bersamaan lebih kurang 4-5 cawan kopi biasa. [/one_whole]
Fadhli Atan Kurang 40kg Bersama Sahabat Sepanjang 2014
December 1, 2014Success Stories
Mohd Fadhli Bin Atan
- Umur: 31 tahun
- Tinggi: 168cm
- Berat Asal: 120kg
- Berat Sekarang: 77kg
- Pencapaian: Kurangkan 43kg dalam 11 bulan.
- Kerjaya:Business Analyst
- Instagram: @palieatan
- Facebook: mohdfadhli.atan
Setiap tahun berat badan saya meningkat. Tapi saya tak pernah sedar. Setiap kali saya rasakan diri masih OK. Bila tengok cermin pun tak rasa diri sendiri gemuk sangat walaupun berat telah cecah 120KG hahahhaha.. Kelakar bukan. Sampai la satu tahap ramai orang mula menegur yang saya semakin membulat.
Saya pernah juga mencuba untuk mengurangkan berat. Saya ambil supplement yang berada di pasaran. Saya juga mula berhenti makan nasi tetapi menggantikan dengan mee mihun atau roti. Saya tak pernah rasa bersungguh untuk kurus. Saya join JK1M sessi 1 pun di atas ajakan bersungguh-sungguh 3 orang sahabat iaitu Farhana (Nana), Nasyreen (Reen) dan Laily (Kak Lai). Dari situ bermula la perjalanan jom kurus saya. Di bawah bimbingan coach Salleh dan isteri, saya mula menjalani process pengurusan badan dengan cara yang betul melalui cara pemakanan dan senaman yang betul.
Gaya Hidup Sebelum JK1M
Sebelum join JK1M, saya sangat malas bersukan. Saya sangat benci berpeluh sebab ia cuma akan membuatkan badan berbau. Saya sedikit pun tidak rasa mahu melakukan sebarang jenis sukan kecuali renang. Saya ada juga mengambil beberapa produk yang di mana produk-produk itu sentiasa menjanjikan pengurangan berat badan tanpa mengubah cara makan dan tanpa perlu bersenam. Berbagai jenis produk saya cuba tetapi malangnye, tiada sebarang hasil kerana cara pemakanan saya masih sama dan tidak melakukan sebarang senaman. Pada masa sama juga saya ade mendaftar di gym-gym mahal, tetapi disebabkan rasa malu untuk bersenam dikhalayak ramai dan tanpa sebarang rujukan membuatkan bayaran bulan-bulan gym tersebut adalah sia-sia.
Belajar sepanjang JK1M
Melalui JK1M terlalu banyak benda baru yang saya pelajari. eBook Kevin Zahri saya jadikan panduan harian. Daripada cara kiraan pengambilan kalori, jenis-jenis makanan sehinggalah senaman yang sesuai. Kalo dulu bila diet tanpa ilmu, saya menggantikan nasi dengan roti atau mihun, tapi selepas membaca eBook Kevin baru saya faham yang nasi tidak bersalah. Banyak benda saya pelajari dari eBook kevin yang dulu saya buat dengan cara salah.
Yang paling penting bagi saya dalam eBook tersebut adalah mengetahui jumlah calorie intake dengan calorie out.
Saya juga mengikuti facebook page dan instagram Kevin Zahri. Dari situ, saya mula mengambil berat tips-tips yang disarankan.
Nasi Segenggam dan Snek-snek Sihat
Selepas meneliti eBook Kevin Zahri, disamping tunjuk ajar dari coach-coach JK1M, saya mula belajar cara diet yang betul. Saya mulakan dengan mengurangkan pengambilan minuman manis. Saya juga mengurangkan pengambilan carbo dalam menu harian saya. Memandangkan saya jenis tak pandai masak dan selalu makan luar, jadi menu-menu di kedai saya perlu pilih dengan teliti.
- Saya mula ambil nasi segenggam
- Makan sayur-sayuran masak air (bayam dan brokoli adalah yang terbaik) berserta ayam atau ikan bakar.
- Saya juga mengantikan snek-snek kepada menu yang lebih sihat seperti buah-buahan dan kekacang.
- Saya tidak lagi ambil makanan ringan yang banyak di pasaran yg penuh dengan bahan-bahan yang kurang sihat.
Aerobik dan Circuit Training 3x Seminggu
Memandangkan coach JK1M Bukit Jalil, Salleh focus kepada senam robik, saya mula berjinak-jinak juga dalam senaman ini. Selain aerobik, saya juga di ajar untuk melakukan circuit training. Selalunya saya akan bersenam paling kurang 3kali seminggu dengan melakukan senam robik selama sejam dan diteruskan dengan circuit training selama sejam yang dikelola oleh coach Salleh. Selepas JK1M sessi 2 saya meneruskan process pengurangan berat badan bersama coach Cem di bawah program SCOUTS.
Kini saya bergerak bersama dengan kawan saya yang kami menggelarkan diri THEZOO. Kini saya banyak focus cardio, strength dan endurance. Saya mula minat bidang larian. InsyaAllah akan mulakan larian 15KM yang pertama pada 30hb November 2014 di Putrajaya. Kami juga kerap melakukan tabata, circuit training dan lain-lain.
[one_whole boxed="true"]Saya pernah menggunakan supplement sebelum menyertai jk1m. Tetapi tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan. Berat saya berkurangan, tetapi cuma sedikit. Yang lebih malang, berat naik mendadak selepas berhenti menggunakan supplement tersebut, [/one_whole]
Tip kepada pembaca yang ingin kurang berat badan?
Saya tidak mempunyai tips yang spesifik. Semua proses dan perjalanan jom kurus saya, saya cilok dari eBook kevin dan juga atas sumber bacaan lain. Tiada jalan mudah untuk kurus. Saya mahu kurus yang bertenaga dan berstamina, bukan kurus semata kurus.
..."Jadi jalan terbaik adalah mengambilan pemakanan yang betul (rujuk eBook Kevin) dan senaman yang betul"...
Cuma pada pendapat saya, pada mereka yang obes, fokus pada senaman cardio seperti aerobik, jogging, renang dan cycling supaya berat badan turun dulu. Kemudian bila badan dah sedikit ringan, lebih mudah untuk kita melakukan senaman-senaman strength yang lain seperti tabata dan circuit training.
#jomkurus Bukanlah semata-mata untuk kurus!
Pada saya, perjalanan #jomkurus bukanlah semata-mata berkisah secepat mana matlamat kita tercapai atau sebanyak mana berat kita telah turun. Tapi adalah penting untuk kita sentiasa memandang ke belakang untuk melihat sejauh mana kita melangkah dan sentiasa memandang ke hadapan untuk melihat sejauh mana kita dapat bertahan (maintain).
Senarai kawasan Lembah Klang untuk JK1M musim 4
November 28, 2014News & Events
Senarai kawasan-kawasan Cabaran Jom Kurus 1Malaysia untuk Lembah Klang. Untuk full-list seluruh Malaysia, sila layari laman web rasmi JK1M. Cabaran bermula Januari 17 2015
Special Email Invite: Pendaftaran JK1M Musim 4
November 26, 2014News & Events
Pendaftaran untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim 4 telah bermula dengan special email invite kepada 5000 yang telah pre-register. Kepada yang lain, pendaftaran akan officially open only esok 27hb November 2014 pada jam 3pm.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jk1m" text="Laman Web Rasmi JK1M" color_override=""]
Tinggal 2 hari Lagi untuk permulaan pendaftaran JK1M Musim 4
Pendaftaran untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke-empat akan bermula jam 3pm pada 26hb November 2014 ini.
November 24, 2014
Nadra kurangkan 50kg dalam 15 bulan
November 21, 2014Success Stories
Nadhrathul Ain binti Ibrahim
- Umur: 25 tahun
- Tinggi: 162cm
- Berat Asal: 122kg
- Berat Sekarang: 71.8kg
- Pencapaian: Kurangkan 50kg dalam 15 bulan.
- Kerjaya: Pelajar (PHD dalam Business Management UITM Shah Alam)
. - Instagram: @aainnadra
- Facebook: aain.nadra
- Facebook Page: fitwithaainnadra
Saya merupakan pelajar semester 2 PHD in business management di uitm shah alam. Istilah kurus tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya sebelum ini.
95kg semasa berumur 12 tahun
Berat badan saya ketika berumur 9 tahun mencecah 55kg dan paling mengejutkan saya ketika berumur 12 tahun berat bertambah hingga 95kg. Tapi itu tidak menjadi titik penguat kepada saya untuk berdiet. Bahkan berat saya terus bertambah sehingga mencecah 122kg ketika berusia 24 tahun.
Bohong kalau saya katakan niat untuk kurus tidak pernah singgah di hati saya kerana saya juga mahu kelihatan kurus dan cantik seperti kawan-kawan lain. Tetapi setiap kali diajak berdiet bersama rakan-rakan, saya sering tidak mengendahkan ajakan dan nasihat mereka kerana bimbang saya tidak konsisten berdiet.
Penggemar Fast Food.
Sebelum memulakan diet, saya seorang yang kuat makan dan terlalu gemar makan nasi dan fast food. Sekiranya saya makan nasi, saya masih boleh menghabiskan fast food dan menganggapnya sebagai hidangan sampingan. Saya seorang yang tidak suka bersenam dan susah mengawal nafsu makan terutama ketika sedang stress. Disebabkan stress, saya akan makan hidangan berat walaupun untuk supper meal. Ketika menggunakan produk supplement kurus tersebut saya membelanjakn ribuan ringgit dan menyebabkn saya terpaksa bertungkus lumus berdiet kerana memikirkan jumlah pelaburan besar yang telah saya buat untuk menguruskan badan.
Bermula dengan Atkins
Kesedaran mula timbul ketika bulan Jun 2013 untuk berdiet tetapi disebabkan saya tiada ilmu untuk berdiet, saya telah mencuba sejenis produk untuk menguruskan badan. Ketika menggunakan produk tersebut, saya disarankan berdiet secara ketat dengan mngamalkan diet Atkins.
Alhamdulillah diet tersebut berkesan dan saya memutuskan untuk berhenti menggunakan produk tersebut kerana saya yakin tanpa produk itu saya masih boleh kurus. Saya mula membeli ebook cikgu kevin sejak September 2013 dan mengaplikasi petua cikgu kevin dalam diet Atkins saya. Hati terdetik untuk menyertai Jom Kurus 1 Malaysia Season2 di kawasan Shah Alam tetapi sayangnya ketika itu saya lambat membuat pendaftaran.
Oleh itu saya meneruskan niat tersebut dengan menyertai JK1M season 3. Pemahaman diet saya semakin bertambah setelah membeli ebook cikgu Kevin dan menyebabkan saya menukar cara diet saya dari atkins kepada balanced diet seperti yang diajar cikgu Kevin.
...Suplemen? Yes 8 bulan pertama diet sahaja kerana cetek ilmu...
Belajar cara kawal kalori dan buang gemuk air
Melalui eBook tersebut saya banyak belajar tentang pengiraan kalori yg perlu keluar dan masuk ke dalam badan dan saya lebih peka dalam memilih produk yang rendah jumlah lemak dan kalori. Selain itu saya mengalami masalah gemuk air dan semua tips dari ebook sangat berkesan untuk mengurangkan masalah gemuk air. Seterusnya, saya selalu mengikuti video circuit training dari cikgu Kevin dan mengupah personal trainer untuk menyusun jadual circuit training saya. Setiap kali motivasi dalam diri merudum saya akan terus membaca success story di web pages cikgu Kevin untuk memastikan saya kembali yakin bahawa saya mampu menurunkan berat badan seperti mereka yang telah berjaya.
Group Support JK1M: Tambahan pula, setelah menyertai cabaran JK1M season 3, saya mempunyai support group yang lebih besar menyebabkan hati selalu berkobar-kobar untuk meneruskan misi berdiet.
10 Amalan Diet Untuk Kurangkan Berat Badan
Yes pada peringkat awal saya melakukan diet atkins kerana tidak begitu memahami tentang balance diet. Setelah membaca dan mendalami ebook cikgu Kevin, saya cuba menukarkan cara pemakanan semasa berdiet dan apa yang dapat saya simpulkan ialah konsep diet atkins dan balance diet ada beberapa persamaan dan perbezaan tetapi terpulang kepada kita untuk mengubahsuai dan menyepadankan konsep tersebut dalam amalan diet kita. Point penting dalam berdiet ialah:
- Hadkan jumlah pengambilan carbo berbanding protein dan fiber
- Pengambilan plain water untuk mendapat urine yang jernih
- Amalkan detox process
- Jangan skip breakfast
- Makan sedikit tetapi kerap
- Rehat dan tidur secukupnya pada waktu malam
- Kurangkan stress
- Jaga portion
- Fahami konsep calorie out n in dlm badan
- Pilih makanan yg rendah kaori tetapi mengenyangkan berbanding tinggi kalori tapi tidak kenyang.
Senaman? Untuk senaman, saya lakukan Zumba, circuit training (wajib burpees, jumping jack squat, sumo squat, lunges, and others), abs exercise, jogging and running, hiking.
...Saya ikut pesanan cikgu Kevin untuk amalkan senaman yang pelbagai dan penting yang saya enjoy...
[one_whole boxed="true" animation="Fade In" delay="150"]
6 Tip kepada pembaca yang ingin kurang berat badan?
- Jangan give up.
- Fahami konsep diet yang sesuai dengan diri sendiri.
- Berkawan dengan orang yang mempunyai matlamat yang sama. JK1M merupakan platform yang hebat untuk mencari kawan sekawasan yang mempunyai masalah dan matlamat yang sama.
- Setiap kali kelaut boleh rujuk kisah kejayaan orang lain di web kevinzahri.com
- Fahami tentang kandungan berat lemak, air dan otot
- Banyakkan membaca dan belajar ilmu diet dan aplikasikan apa yang sesuai dengan anda sahaja.
Remember ... jangan give up.
Video: Panduan Suplemen Kurus?
https://vimeo.com/61398745
Video panduan dalam memilih suplemen kurus seperti fat burner, pil pembakar lemak, garcenia cambogia dan vitamin untuk bantu dalam proses kurangkan berat badan.
New eBook: Panduan 20 Suplemen Popular Malaysia
November 18, 2014News & Events
[one_whole boxed=”true”]
- Tajuk: Panduan 20 Suplemen Popular Malaysia
- Bahasa: Bahasa Malaysia
- Format: Full Color High Res PDF
- MS: 27 muka surat
- Harga: Percuma untuk semua ahli Lifetime Membership
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-20-suplemen-popular-malaysia” text=”Download Sekarang” color_override=””]
atau signup untuk Lifetime Membership.[/one_whole]
Dapat eBook terbaru Kevin Zahri bertajuk Panduan 20 Suplemen Popular Malaysia. Ia huraikan lebih 20 jenis suplemen yang biasa digunakan dan sering menjadi topik perbincangan dalam seminar Jom Kurus.
Senarai 20 Suplemen?
Berikut adalah kategori suplemen yang akan dibincang dalam eBook ini:
- Protein
- Weight Gainer
- Meal Replacement
- Fat Burner Pills
- Slimming Lotion
- Creatine
- Fish Oil (Omega-3)
- Multi-Vitamin
- Nitric Oxide
- Testosterone Booster
- Glutamine
- Pre-Workout
- Caffeine
- Detox & Fiber
- Joint Care
- Amino Acids & BCAA
- Teh HijauG
- arcinia Cambogia
- Ubat Kuat Lelaki
- Collagen
Best Photos JK1M Musim ke3 Gala Dinner
November 16, 2014News & Events
Berikut adalah gambar-gambar pilihan dari gala dinner cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke3 yang dihadiri oleh top50 peserta weight loss seluruh Malaysia, team leader dan media tempatan. Nak join? Register untuk musim JK1M ke4.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="https://www.flickr.com/photos/kevinzahri/sets/72157648792486080/" text="Kesemua gambar di Flickr." color_override=""]
Nazrin Nasser: Nak hilangkan lemak di 5 tempat kritikal?
Oleh Nazrin Nasser
Macam mana nak buang lemak di 5 tempat kritikal dengan cepat?
Saya sering mendapat keluhan daripada ramai orang. Bahagian perut, punggung, peha, lengan dan muka susah nak buang. Terutama paling ketara bagi lelaki ialah perut boroi, perempuan pula punggung dan peha besar.
Sangat tak cantik dan stress kan? Ada yang sampai nak ambil pisau potong lemak2 di bahagian tu. Paling best, kan bagus kalau boleh buat kempen derma lemak daripada derma darah? Serabut kepala fikirkan.
Saya faham apa yang anda rasa. Saya juga pernah laluinya. Tapi saya sedar, kadang2 benda jadi susah bila kita tak tahu cara, atau malas nak berubah.
Ada jalan senang tak?
Saya tak katakan mudah, tapi tak mustahil boleh buang lemak2 degil di 5 bahagian tersebut. Senaman squat, push up, sit up dan sebagainya bantu kuatkan dan kejapkan otot di bahagian tersebut, tak semestinya bakar lemak.
Saranan saya mudah:
1. Jaga makan (kunci utama)
- kurangkan manis
- kurangkan berminyak.
- Sederhana dalam hidangan. (Berhenti sebelum kenyang. Makan kerap tak da masalah)
2. Bersenam (pilihan)
- Cardio high intensity (kadar degupan jantung & senaman kelajuan tinggi tapi masih stabil & bernafas dengan baik)
- contoh berlari, berbasikal laju, panjat bukit, angkat berat
- tempoh senaman yang singkat (kurang 1 jam)
3. Supplement (pilihan)
-whey protein
-fat burner
-fibre drink (detox dll)
Dengan amalan pemakanan serta kaedah latihan yang betul, ditambah dengan usaha dan konsisten, segalanya boleh dicapai. Yakin & buat sahaja. Jangan putus asa.
[one_whole boxed="true"]Baca perkongsian tips pemakanan dan kaedah senaman saya selanjutnya di https://kevinzahri.com/success-stories/nazrin-nasser-kurang-30kg-dalam-10-bulan-dengan-hybrid-training atau panduan turun berat badan saya secara percuma di http://bit.ly/1upDBwf [/one_whole]
JK1M Winners Interviewed oleh RTM1
November 14, 2014News & Events
https://www.youtube.com/watch?v=6QvJRff1U1A
Selamat Pagi Malaysia RTM1 coverage untuk gala dinner Cabaran Jom Kurus 1Malaysia atau JK1M yang disiarkan pada 14 Nov 2014 baru-baru ini. Musim 4 akan bermula awal Januari 2015.
JK1M Musim 3 - Video Montage
November 12, 2014News & Events
https://www.youtube.com/watch?v=VzsDtxH4UNo
Video slideshow dan memori dari Cabaran Jom Kurus 1Malaysia #jk1m musim ke3 dari seluruh negara. Lebih 1500 peserta telah mengambil bahagian untuk kurangkan berat badan dan hasilkan a lifetime of memories. Season 3 was awesome!
Musim ke4 akan bermula awal Januari 2015. [button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="https://kevinzahri.com/jk1m" text="Pre-register Now." color_override=""]