Cara Hair Kadir Kurang 50kg: Sembuhkan Diabetis dan Hypertension
November 11, 2014Success Stories
Mohd Hair Kadir
- Umur: 27 tahun
- Tinggi: 185cm
- Berat Asal: 143kg
- Berat Sekarang: 92kg
- Pencapaian: Kurangkan hampir 50kg dan sembuhkan masalah diabetis dan hypertension.
- Kerjaya: Web Designer.
- Instagram: @mhair_kadir
- Facebook: mohdhair
- Twitter: mohdhair87
Salam Perkenalan. Saya Mohd Hair Bin Kadir. Salah seorang peserta Jom Kurus Kevin Zahri 2013, JK1M#1 dan JK Raya 2014. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi kisah perjalanan hidup saya yang pada awalnya seorang OBES (143KG) dan menghidap diabetis dan darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu. Saya adalah seorang yang dulunya tidak pernah mengambil berat tentang hal-hal kesihatan dan berat badan. Pada usia 14 tahun (Tingkatan 2), berat badan saya telah mencecah 120KG. Pada usia 16 Tahun pula (Tingkatan 4), saya telah menghidap diabetis dan darah tinggi yang membuatkan saya sentiasa ke Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru untuk menjalani rawatan di Unit Pakar dan menjalani kehidupan sebagai pesakit diabetis dan darah tinggi.
Selepas saya menyambung pengajian saya di Kuala Lumpur. Segala rawatan susulan dan ubat-ubatan saya hentikan. Selepas 2 tahun saya tidak melakukan apa-apa rawatan, akhirnya saya mula merasai simptom-simptom penyakit itu kembali. Barulah saya menyambung rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dalam keluarga saya, Arwah ibu saya juga menghidapi diabetis dan darah tinggi.
"Adakah ini faktor keturunan?... "
Kehidupan saya sebelum mengenali Kevin Zahri, adalah satu kehidupan seorang obes yang tidak tahu cara dan ilmu yang betul dalam pemakanan dan latihan senaman. Sebagai seorang obes, saya juga mempunyai sifat malu, rendah diri, mudah tersentuh dan tidak mempunyai tahap konfiden yang tinggi untuk melakukan sesuatu aktiviti. Melakukan aktiviti yang pasif adalah rutin harian. Saya mula menanamkan azam untuk berubah dari seorang yang obes kepada seorang yang normal selepas saya hampir gagal untuk berkerja di salah sebuah syarikat terkenal di Malaysia. Semasa menjalani Employee Medical Checkup di PCMC, saya telah gagal kerana menghidapi darah tinggi. Saya gagal untuk berkerja di syarikat tersebut dan saya cuba membuat rayuan dan berkerja sebagai contract staff selama satu tahun. Dalam tempoh kontrak satu tahun saya cuba untuk berubah menjadi seorang yang lebih sihat kerana untuk menjadi pekerja tetap saya harus menjalani Employee Medical Checkup sekali lagi.
Gagal dengan produk.
Saya telah gagal dalam usaha satu tahun tersebut. Saya telah mencuba beberapa produk, suplemen dan pelbagai diet, namun ia tidak membantu mengikut tahap yang saya kehendaki. Saya juga telah mengamalkan diet tanpa karbo dan mengambil protein sebagai makanan ruji. Seperti mana rakan saya menasihati;
"Jangan ambil karbo langsung, nak makan ayam sekor pun tak ada masalah... "
Yes!.. benar ia membantu dalam penurunan berat badan. Paling menggembirakan saya, selepas balik kerja saya akan singgah ke gerai ayam golek dan membeli seekor ayam untuk makan malam. Memang nikmat makan malam dengan seekor ayam golek... nyumm....nyummm... Penurunan berat badan dalam diet ini lebih kurang 10-15KG. Namun lebih kurang satu tahun saya mengamalkan. Saya kerap sakit belakang dan saya telah pergi ke hospital untuk membuat rawatan. Berita sedih yang saya dapat, ujian air kencing saya mengandungi protein, dan ini bermaksud buah pinggang saya tidak boleh menampung protein yang berlebihan kesan daripada diet yang saya amalkan. Ini bermakna saya telah menemui sakit 3 serangkai saya iaitu; diabetis, darah tinggi dan buah pinggang.
Setelah keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa buah pinggang saya tidak dapat menapis dengan baik dan walaupun ia masih di peringkat awal, saya terus berhenti dari mengamalkan diet tersebut. Dari sini saya mula merasakan kebuntuan, berputus asa dan rasa seolah-olah tiada jalan untuk saya. Saya mula menyendiri untuk seketika waktu dan saya pernah berkata kepada sabahat saya;
"Aku rasa.. aku dah tahu macam mana aku akan mati..."
Kevin Zahri reply mesej Twitter
Namun hidup perlu diteruskan, saya tidak memberi tahu ahli keluaga berkenaan masalah buah pinnggang saya. Arwah ibu saya meninggal semasa saya sedang berusaha untuk berubah. Ibu saya juga pesakit diabetis dan darah tinggi. Ibu saya kritikal di sebabkan strok yang asalnya berpunca dari tekanan darah tinggi. Gula dalam darah ibu saya juga sukar diturunkan walaupaun dos insulin telah dinaikkan. Saya mula insaf dan betul-betul berazam untuk berubah. Saya mula berkongsi cerita mengenai sakit saya dengan sahabat-sahabat saya dan saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Zulhatfi Aziz yang memperkenalkan Kevin Zahri kepada saya. Beliau telah memberitahu saya bahawa Kevin Zahri adalah pakar pemakanan dan cikgu fitness No.1 di Malaysia dan meminta saya untuk tweet Kevin Zahri sendiri tentang masalah-masalah saya. Saya tidak menyangka bahawa Kevin Zahri akan membalas tweet saya dan dari situlah langkah pertama saya bermula.
Bermula dari tweet itulah hidup saya berubah. Saya memulakan hidup baru saya dengan membeli lifetime e-book + video Kevin Zahri. Saya cuba mengikuti segala ilmu pengetahuan yang dikongsikannya. Saya memulakan langkah pertama saya pada Ramadan 2013. Ini adalah pengamalan diet yang betul-betul sukar. Mengambil Faktor Kalori, Deffisit Calories, ia bukan suatu yang mudah. Berkat Ramadan 2013 dan ilmu dari e-book dan Video Kevin Zahri saya mula membiasakan diri dengan cara diet yang diajarkan. Susah itu memang susah, numun saya terus usaha dan saya sendiri tidak percaya akan kemampuan diri untuk mengikuti segala ilmu yang terkandung dalam ebook dan kalori pemakanan yang diperlukan untuk diri sendiri.
Perubahan yang Ketara
Saya boleh berbangga kerana diabetis saya juga mula menurun dengan pengamalan diet yang saya amalkan. Keputusan darah yang tertinggi untuk diabetis saya ialah 24mmol/L. Di akhir Ramadan 2013, result diabetis saya turun ke 7-8mmol/L. Dan tekanan darah tinggi saya tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Di sini saya mendapati dengan menjaga diet yang sihat dan pemakanan yang mengikuti keperluan kalori diri sendiri, diabetis akan dapat diatasi.
Cabaran Jom Kurus Bersama Kevin
Saya mula berminat untuk mengikuti program-progam Kevin Zahri kerana dengan hanya mengikuti dan menonton video-video Kevin saya telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10-12KG dengan menjaga pemakanan sahaja. Saya cukup berpuas hati dengan pencapaian saya dan teringin untuk berjumpa dengan Kevin Zahri sendiri. Akhirnya saya mengikuti Kursus/Seminar pemakanan yang diadakan pada Oktober 2013 di PCMC bersama Kevin Zahri sendiri dan saya menyertai Cabaran 6 minggu Jom Kurus Kevin Zahri pada Nov-Dec 2013. Saya memulakan cabaran Jom Kurus degan Berat 128.7KG dan secara rasminya Kevin Zahri menjadi coach saya.
Aktiviti bersama Coach Kevin Zahri untuk hari pertama adalah aktiviti cabaran. Kami ke Taman Botani Kuala Lumpur untuk melakukan Circuit Training and jogging. Komen saya, memang sakit satu badan. Bagi seorang peserta obes macam saya dan yang hanya melakukakn aktiviti-aktivi yang agak pasif seharian, latihan-latihan yang diberikan Coach Kevin Zahri agak berat untuk saya. Namun ini semua adalah satu cabaran untuk 6 minggu sahaja. Banyak aktiviti yang amat menarik yang disusun oleh Coach Kevin. Namun, ada juga yang tidak dapat saya sertai kerana dikhuatiri akan sakit-sakit badan. Beberapa kenangan yang saya tidak boleh lupakan dalam Cabaran Jom Kurus Kevin Zahari 2013 adalah semasa Coach Kevin menjemput peserta bermain badminton di Condominium beliau. Badminton adalah salah satu sukan kegemaran saya dan semasa sesi aktiviti badminton tersebut, 45 minit pertama perlu buat running circuit. Apabila Coach Kevin menunjukkan demo, hati saya berkata;
"Coach ni nak train atlet jadi fit ke.. nak train orang gemuk jadi kurus?... aiyoO.. sakit ooOO..."
Berat dan Tekanan Darah Tinggi Saya Mula Turun
Nak bermain badminton punya pasal, saya buat je. Semasa nak bermain badminton tu memang dah tak ada tenaga. Banyak lagi kisah-kisah menarik di JKKZ 2013 ini. Dalam 6 minggu cabaran saya hanya dapat menurunkan 9.4KG. Pada mulanya saya tidak berani untuk melakukan aktiviti yang terlalu intense kerana faktor darah tinggi. Tetapi apabila saya mencuba untuk melakukannya, tekanan darah tinggi saya menurun. Dan apabila saya terus melakukan aktiviti-aktiviti kardio yang agak intense dan yang banyak mengeluarkan peluh, tekanan darah tinggi saya semakin menurun. Akhirnya dengan mengikuti Cabaran Jom Kurus dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat di samping mengamalkan cara pemakanan yang sihat, saya amat bersyukur diabetis dana tekanan darah tinggi saya mula berkurangan.
"Kejayaan yang amat membanggakan saya adalah apabila dapat mengawal diabetis dan tekanan darah tinggi tanpa ubat-ubatan dan dengan cara yang sihat... Bagi seorang pesakit diabetis dan darah tinggi selama lebih kurang 10 tahun, saya berpendapat bahawa diabetis dan darah tinggi BUKAN dari faktor keturunan tetapi CARA HIDUP kita sendiri.."
Bukan Salah Keturunan
Saya dahulunya adalah pesakait darah tinggi dan diabetis selama hampir 10 tahun dan kini saya dapat hidup sihat dan bebas dari penyakit-penyakit tersebut. Penyakit diabetis saya dapat diatasi dengan hanya mengawal pemakanan, manakala tekanan darah tinggi pula saya dapat kawal dengan melakukan aktiviti-aktiviti senaman kardio yang menguatkan jantung dan membina stamina diri. Namun apabila saya bebas dari penyakit-penyakit tersebut itu tidak bemakna saya boleh menapak ke dunia saya yang dulu iaitu dngan tidak menjaga pemakanan dan tidak melakukan apa-apa aktiviti dan tidak mengamalkan hidup sihat. Walaupun Cabaran Jom Kurus telah tamat, saya masih meneruskan aktiviti sukan kegemaran saya. Seperti mana yang Coach Kevin Zahri selalu pesan;
"Akiviti senaman yang terbaik adalah yang kamu minat supaya ianya berterusan..."
Jadi saya terus melakukan aktivti yang saya gemari untuk saya terus kekal aktif dan tidak kembali ke dunia lama saya. Sekarang saya telah menyertai team badminton syarikat saya dan setiap minggu kami akan bermain badminton sebagai satu aktiviti sukan mingguan. Saya juga turut menyertai aktiviti yang agak saya gemari seperti hiking, dogeball, jogging dan sebagainya. ini semua dengan satu tujuan. Iaitu untuk terus kekal aktif dan sihat.
Akhir kata, saya seolah-olah tidak percaya yang saya boleh melakukan ini semua dan saya akan cuba untuk terus kekal dengan cara hidup yang sihat. Dahulunya saya seberat 143KG, dan sekarang 92KG dan akan datang target saya adalah 75-85KG.
"Kurus itu hanyalah satu pakage, jika anda mencari kehidupan yang lebih sihat.."
Untuk Diri Sendiri!
Walaupun pencapaian penurunan berat badan saya tidaklah sehebat pemenang-pemenang Jom Kurus, namun saya berbangga kerana saya melakukan ini semua adalah untuk menjaga kesihatan diri saya sendiri dan jika ada kesempatan saya juga ingin berkogsi pengetahuan yang saya perolehi ini bersama-sama mereka yang senasib atau yang lebih teruk perjalanan hidupnya berbanding saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Coach Kevin Zahri kerana berkongsi pengetahuan dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan progam JK1M untuk musim yang ke-2.
Jika ada kelapangan masa saya akan kongsikan perjalanan dan pengalaman saya bersama peserta-peserta Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-2 kawasan Batu Cave.
JK1M Photo Contest Top 40
Daripada lebih 500 penghantaran gambar untuk JK1M Photo Contest, ini adalah top 40. Kevin akan mengumumkan top 3 pada Gala Dinner JK1M Sabtu 8hb Nov 2014 ini.
[one_whole boxed="true"]You can vote for your favourite photos over on our Facebook page. [/one_whole]
Gala Dinner JK1M Musim ke3
Gala Dinner JK1M:
Setiap peserta top 50 akan diundang ke Gala dinner JK1M berikut:
- Date: 8 November 2014
- Registration: 6-730pm
- Event: 730-11pm
- Venue: Canada Place Kuala Lumpur, Level 2 & 3 North Block, Wisma Dredging, 142D Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
- Dress Code: Smart casual. Theme: Blue dan Black.
Ingin sertai Gala Dinner Cabaran Jom Kurus 1Malaysia bersama Top 50 Malaysia, para team leader dan Kevin Zahri? Jom join bersama-sama. RM40 per pax. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kaka di 0192827820.
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”large” url=”https://kevinzahri.com/shop/cart.php?action=add&product_id=354″ text=”Buy Ticket: RM40″ color_override=””]
Top 50 Peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia Musim ke3
Gala Dinner JK1M:
Setiap peserta top 50 akan diundang ke Gala dinner JK1M berikut:
- Date: 8 November 2014
- Registration: 6-730pm
- Event: 730-11pm
- Venue: Canada Place Kuala Lumpur, Level 2 & 3 North Block, Wisma Dredging, 142D Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
- Dress Code: Smart casual. Theme: Blue dan Black.
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/shop/cart.php?action=add&product_id=354″ text=”Buy Ticket: RM40″ color_override=””]
ZON LEMBAH KLANG
Mohammad Shukri -Shah Alam
Mohd Nashriq – Shah Alam
Muzzaffa Mizman Muz – Cheras
Azmi Shaiful – Ampang 2
Mohd Eezham Ab Manaf – Cheras
Meor Sony Hermi – Bangi
Sherry Halim – Kl
Suzita Badrul Sham – Cheras
Siti Aminah Borhan – Cheras
Susilawati Sobeng – Ampang 2
Norhazarina Mat Sarap – Puchong
Nur Diyana Mad Jali – Gombak
Haszalina Mat Saat – Ampang 1
Nor Farahin Nazmi – Ampang 1
Nor Aulpah Hamidon – Ampang 2
Fadzilah Ahmad Ishak – Bangi
Masitah Ishak – T.T.T
Nur Ayuni Roslan – Cheras
Nor Aini Yaacob – Seri Kembangan
Nur Ain Hidayah Samuil Abdullah – Meru
Maslinda Yat Yasah – Shah Alam
Nortina Mahmud @ Yahaya – Shah Alam
Nur Iftifal Mod Ghazali – Shah Alam
PUTRAJAYA & CYBERJAYA
Azizatil Anum Omar – Putrajaya 1
Noor Lisa Rahmat – Putrajaya 2
Ruzana @ Diana Mohd Nor – Cyberjaya
ZON UTARA
Mohd Firdaus hamid – Island
Muhammad Fitri Bukhari – Island
M. Shazally Hj Sinin – Ipoh
Mohd Shahril Hasim – Ipoh
Mohd Amzary Mohd Zaini – Ipoh
Jafni Haron – Ipoh
Nurul Hasliana Mohd Soifuddin – Island
Ku Zawani Ku Ahmad – Alor Setar
Shuhada Ahmad – Ipoh
Wan Norizawati Wan Din – Ipoh
Aida Ismail – Ipoh
Zawiyah Hamzah – Island
Aini Izzah – Ipoh
Siti Khalijah Mohammad – Ipoh
ZON TIMUR
Wan Abdul Rashid – Kemaman
Marliana Slamet – Kuantan
Wan Mardziyyah Wan Ibrahim – Kemaman
ZON SELATAN
Noraini Idris – Seremban
Masnora Hj Sepikun – Seremban
ZON BORNEO
Mohd Irwan Rais – Papar
Ahmad Farhan Ghazali – Papar
Dg. Siti Norbaizora Othman – Papar
Gerldine Atau – Kuching
Johana Maturin – Papar
Video: Cara Kecil Bahagian Tertentu Badan?
Ingin kecilkan peha, punggung, lengan mahupun perut anda? Anda perlu tahu cara yang betul supaya anda tidak membazirkan wang dan masa.
Experience Talk: Weight Loss Success Stories
On the 9th October 2014, Jom Mantap held a weight loss success stories sharing session at Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Speakers included various success stories from the 2014 Cabaran Jom Kurus 1Malaysia or JK1M. The talk attended by more than 120 public participants listened to stories from Ezuwan Shah, Isa Abdullah, John Faizul, Zuli Mazlina and Elynna Zaijan.
[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" url="https://kevinzahri.com/jommantap" text="Join Upcoming Jom Mantap Events." color_override=""]
Zuli Mazrina Kurangkan 23kg dalam 5 Bulan Dengan Senaman Outdoor
October 30, 2014Success Stories
Zuli Mazrina bt Zainal Abidin
- Umur: 30 tahun
- Tinggi: 150cm
- Berat Asal: 75kg
- Berat Sekarang: 52kg
- Pencapaian: Kurangkan 23kg dalam 5 bulan
- Kerjaya: Kakitangan IT.
- Instagram: @zulimazrina
- Facebook: zulimazrina
Saya bukanlah daripada keluarga yang obes. kebanyakkan keluarga saya semuanya normal. Berat badan saya mula naik lebih kurang 4-5 tahun yang lepas selepas tamat belajar dan masuk ke alam pekerjaan. Mungkin disebabkan gaya hidup saya yang tidak aktif menyebabkan berat badan naik dari 50kg ke 75kg.
Makin lama ia amat merisaukan sebab ada sejarah keluarga perpenyakit kencing manis, darah tinggi dan angin ahmar membuatkan saya sedar pentingnya untuk menjaga kesihatan. Pada permulaan lebih kurang 2 tahun yang lepas saya cuba untuk kurskan badan, saya amik pil dan ubat kurus malah erobik juga saya sertai, tetapi tiada hasil malah berat sentiasa juga naik.
Ini lah gaya hidup saya sebelum mungurangkan berat badan:
- Makan lewat malam
- Makan tidak teratur
- Suka makanan bergoreng
- Suka jajan atau makanan ringan
- Kurang minum air masak
- Kurang senaman.
Experience Talk
Zuli juga participated dalam baru-baru ini untuk kongsi pengalaman beliau kurangkan berat badan di Prince Court Medical Center.
Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri
Cara hidup yang sihat. Kaedah penurunan berat badan yang tidak terlalu ekstrim dan mendadak. Cara penjagaan pengambilan kalori yang mudah untuk diikuti dan tips yang mudah juga banyak diberikan ikut gaya hidup di Malaysia.
Amalan Diet Yang Pentingkan Kawalan Kalori?
Untuk amalkan diet dengan betul pemilihan makanan perlu tepat iaitu perlu dijaga dari segi nilai kalori, nutrisi juga lemak dalam sesuatu makanan. Untuk permulaan, saya kurangkan pengambilan gula (air manis), garam dan minyak. Saya bukan lah seorang yang sempat dan rajin untuk memasak makanan sendiri setiap hari. Makan diluar sebenarnya tidak susah jika kita tahu tantang apa yang perlu kita makan.
Kebiasaan, saya akan memasak pada hujung minggu, manakala pada hari biasa, makanan tengahari saya akan makan dikedai, beberapa tips saya gunakan dalam pemilihan makanan saya :
- Utamakan pilih makanan yang direbus, dikukus atau dibakar (ikan/ayam/daging)
- Jika tiada ambil lauk sahaja tanpa kuah (masakan berkuah seperti kari, lemak, asam pedas dll)
- Lebihkan sayur (ulaman/goreng/masak air)
- Nasi segenggam
- Pengambilan snek (nilai kalori 100 -150) adalah sangat perlu untuk membuatkan kita makan berlebihan untuk meal seterusnya.
- Minum air kosong secukupnya
- Makan buah setiap hari untuk memudahkan proses penghadaman dan pencernaan.
- Tidak makan berat selepas pukul 8 malam
Adakah anda gunakan suplemen?
Tidak. Hanya ambil green tea untuk mudahkan proses detox.[/one_whole]
Senaman Tabata dan Outdoors
Saya banyak buat senaman outdoor seperti jogging, fusal/dodgeball/badminton dan juga workout routine.
- Joging 4-7km kebiasaannya 3 kali seminggu.
- Workout routine (tabata) untuk upper body, abs dan lower body)
- Futsal/dodgeball/badminton 1 kali seminggu
Pesanan kepada pembaca:
Apa yang saya rasa sepanjang perjalanan saya untuk kurangkan berat badan dan kekalkan gaya hidup yang sihat:
- Setiap perjalanan pasti ada likunya
- Setiap liku-likunya pasti ada cabaran
- Setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya
- Setiap penyelesaian perlu ada usahanya
- Setiap Usaha perlu ada kesabaran
- Setiap Kesabaran pasti ada ganjarannya
- Dan setiap ganjaran itu adalah satu KEJAYAAN
Coming Soon: eBook 20 Suplemen Popular Malaysia
Pengguna hari ini tidak boleh lari dari pelbagai penjual suplemen di Malaysia. Walaupun suplement atau makanan tambahan tidak wajib dalam usaha kurang atau menambah berat badan, ia boleh membantu sekiranya anda mahir dalam memilih produk yang bersesuaian. Jadi di sini, eBook bari ini akan mengulas 20 jenis suplemen yang popular di Malaysia. eBook ini percuma untuk kesemua ahli eBook kevinzahri.com dan boleh dimuat-turun pada 10 November 2014 ini.
Belum jadi ahli? [button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="medium" url="https://kevinzahri.com.membership" text="Cuma RM80 untuk keahlian seumur hidup." color_override=""]
JK1M #4 Team Leader Application is now open.
Pendaftaran untuk menjadi team leader JK1M musim keempat is now open sampai ke 14 Nov 2015.
October 29, 2014
JK1M#3 Ends Today! Closing Video Message
Begitu cepat 6 minggu berlalu sekali lagi. Berikut adalah video penutup cabaran JK1M musim ke3 yang berikan tip motivasi untuk teruskan perjuangan bersama keluarga JK1M, info gala dinner Nov 8 2014 ini, cabaran Jom Mantap dan lain-lain.
[one_whole boxed="true" animation="Fade In" delay="100"]Musim ke4? Cabaran Jom Kurus 1Malaysia, JK1M, akan kembali awal Januari 2015 nanti. Daftar untuk pre-registrations.[/one_whole]
JK1M3: Senarai Hadiah Wang Tunai Ikut Kawasan
Senarai wang tunai kawasan JK1M
Berikut adalah senarai wang tunai yang akan diedarkan melalui team leader kepada pemenang-pemenang kawasan JK1M musim ke3 masing-masing.
Pemenang keseluruhan peringkat kebangsaan akan diumumkan pada 8 Nov di Kuala Lumpur nanti. Pemenang kategori lelaki dan wanita menerina wang tunai RM5000.
[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jk1m” text=”JK1M Musim Ke4 Akan Bermula Jan 2015.” color_override=””]
Team Leader | Prize Money |
ABDUL RAHMAN BIN BAHARUDDIN |
RM548.1 |
Adam Harris Fafau |
RM1012.95 |
ADLY HAZRY BIN HASSAN |
RM1247.4 |
Ahmad Zamani Bin Mohd |
RM1030.5 |
Ain Zubaidah Ismail |
RM622.5 |
Amir Khushairi |
RM834.75 |
Amirul Agam |
RM1147.5 |
Azizol Aziz |
RM639 |
Azlan Alfian bin Rosli |
RM351 |
Diane Sera |
RM1591.2 |
Esfah Lili Jafri |
RM837 |
Fadzil Sharuddin |
RM450 |
Fazanne Ampang |
RM1512 |
Gillian Joannie Benjamin |
RM1312.2 |
Haniff Gadaffi Yusoff |
RM900.75 |
Harizon Ramli |
RM510.75 |
Ilhan Mat Kassim |
RM446.25 |
Isa Abdullah |
RM301.5 |
Kevin Andrew |
RM1285.2 |
Mohamad Ashraf Hasim |
RM1144.26 |
Mohammad Rasywan Bin Rasala |
RM169.2 |
MOHD EZUWAN SHAH BIN BASIR |
RM1584 |
MOHD FADHLUL HADI BIN OTHMAN |
RM405 |
Mohd Faiz b Hamzah |
RM391.5 |
Mohd Izzat Mazlan |
RM193.5 |
Mohd Khairul Azuan Bin Din |
RM1197 |
Mohd shahfazreen bin shahruddin |
RM1576.8 |
Aiman bin abdullah@ismail |
RM604.8 |
Nana Haleq |
RM1080 |
Nazrin Nasser |
RM675 |
Neni Ellyana bte Mohamed Siddiqui |
RM1001.7 |
Noor Zunairah binti Zaharudin |
RM90 |
Safarudin Osman |
RM952.5 |
Shafiq Amran |
RM495 |
SHARINA NADIA BINTI AMPUAN AHMAD |
RM306 |
SITI JAMEELAH BINTI MD JAPILUS |
RM1053 |
Siti Kamariah Jahri |
RM1165.5 |
SURIYANTO BIN SUJIPTO |
RM1382.4 |
Wan Fatin Ayuni Wan Mazuri |
RM804.6 |
Wan Hazirim |
RM408.9 |
Firdaus Akhimullah |
RM723.75 |
Wan Fadhilah Rashid |
RM760.5 |
Faizal Bin Muhd @ Mohd Idrus |
RM544.32 |
Zakwan Zelkeflee |
RM909 |
Nu’aim A’benar |
RM373.5 |
Muzafar Awang |
RM631.8 |
Ian Cheang |
RM352.8 |
Kamarul Izzwan |
RM177 |
Nazim Bujang |
RM648 |
Atilia Haron |
RM119.7 |
Farah Kamal Kurang 35kg dari berat 115kg
October 17, 2014Success Stories
Farah Kamal
- Umur: 26 tahun
- Tinggi: 153cm
- Berat Asal: 115.7kg
- Berat Sekarang: 80.5kg
- Pencapaian: Kurangkan berat 35kg dalam 2 tahun
- Kerjaya: Graphic designer.
- Instagram: @fitnessfarah_
Saya memang overweight since kecik. Memang makan xpernah jaga langsung, Everytime pendidikan jasmani dekat sekolah, mesti bagi alasan macam² untuk elakkan. Sports memang bukan dalam senarai aktiviti hidup saya. Pernah jugak turun berat badan, tapi xlast long sebab memang hobi saya adalah masak and makan. Selepas je habis sekolah menengah, berat saya xpernah cecah bawah 100kg, memang akan naik je. So ada suatu hari, saya naik LRT and ada mak cik dalam umur 60-an nampak saya and terus offer saya tempat duduk dia. Dia ingat saya pregnant and saya kecik hati time tu and balik rumah terpikir, that's when I decided to do something about myself.
Tidak pernah kisah pasal weight atau food intake.
Selalu makan apa² saja from appetizer til dessert. Saya mmg suka makan and selalu cuba restaurant baru yang orang recommend. Saya ada habit makan fast food pada tengah malam especially McDonald's. Saya akan order large set, extra fries and dessert. Mostly 4 kali seminggu makan macam ni. Saya juga pernah cuba slimmming pills & slimming centre and turun memang turun, tapi bila stop makan pills, naik berat badan triple apa yang lose. Nafsu makan membuak-buak. Saya makan 5-6 nasi dalam sehari and berat naik 20kg dalam masa 4 bulan.
Sertai Program Cabaran iSihat bersama Kevin
Saya pernah beli e-book dari Kevin, tapi saya baca ala kadar je and tak ikut apa yang ada dalam e-book tu. Saya mmg follow Kevin di Twitter and dapat tahu pasal Cabaran i-Sihat. Saya menyertai program tersebut dan tahu cara betul bagaimana nak lose weight. Tetapi time tu tak jaga makan langsung and kurang exercise. Sampai lah 1 Jan 2012, saya mengikut 100% apa yang saya belajar dari Kevin dan turun 20kg dalam masa 8 bulan.
Diet Untuk Kurang 20kg dalam 8 Bulan
Saya akan makan 5-6 kali sehari. Breakfast, morning snacks, lunch, evening snacks, dinner, supper (depends on workout)
- Usually breakfast akan ambil Overnight Oats, Roti sekeping with Peanut butter + Pisang, Fruit Smoothies or Chicken/Tuna Wrap.
- Snacks, memang akan ambil buah-buahan.
- Lunch kalau bekerja, nasi segenggam + ikan ATAU ayam + sayur.
- Dinner pon mesti ada 1/4 pinggan carbs, 1/4 protein dan 1/2 pinggan sayur.
- Supper ni depends, kalau workout malam, mmg amik pre-workout meal. Selalunya makan ayam tandoori, grilled salmon, baked chicken and semua tu makan dgn sayur.
Senaman Pelbagai: Indoor dan Outdoor.
- Kalau outdoor selalu ada kawan² teman. Aktiviti seperti jogging, swimming, circuit training and hiking.
- Kalau indoor/rumah selalu buat circuit training (dapat dari online) atau Focus T25 video.
- Kalau gym memang akan ke kelas seperti Zumba, Body Combat, Shbam, Energy Aerobic dan lain². Selain kelas, buat jugak cardio machines and weight machines.
Tip Farah Kepada Pembaca?
- Makan 5-6 kali sehari.
- Minum air banyak.
- Amalkan segenggam carbs setiap kali main meal.
- Jangan lupa sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Jaga portion nak makan sesuatu.
- Jangan skip meals.
- Exercise at least 3 kali seminggu.