Fitness Fun with Coach Cem

This event is only for JK1M season 3 participants but its not totally about fitness but a variety of team building games.

  1. Cheers Competition
  2. Team Building Game
  3. Prize Ceremony
  4. Photo Session

RM70/team is for the activities above. Venue at Tmn Tasik Cyberjaya, 8am on the 26th October 2014. Please contact Cem directly at 013 6301 490.


18 Okt 2014: Jom Kurus di Kota Kinabalu, Sabah

[fancy-ul icon_type="font_icon" icon="icon-star" color="Accent-Color" enable_animation="true"]

  • Date: 18 Oktober 2014
  • Flow:
    Pendaftaran Seminar: 9am
    Seminar 10-12pm
    Circuit Training 12-1pm
    Zumba 1-2pm
    Kickboxing 2-3pm
  • Venue: Juara Sport Planet, Juara Sport Village, Jalan Ketiau-Tombovo, 88200 Putatan, Sabah
  • Contact Person: Kevin 0138346231 atau Lee 0109836316

[/fancy-ul]

[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/shop/cart.php?action=add&product_id=352″ text=”Seminar Only RM60″ color_override=””]

[button color=”accent-color” hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/shop/cart.php?action=add&product_id=353″ text=”Senaman Only RM40″ color_override=””]

[button color=”extra-color-2″ hover_text_color_override=”#fff” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/shop/cart.php?action=add&product_id=342″ text=”Combo RM80″ color_override=””]

Great news kepada sesiapa yang akan berada di Kota Kinabalu, Sabah pada 18 Oktober 2014 ini. Kevin Zahri akan datang untuk sessi seminar Jom Kurus dan senaman 3jam senaman bersama peserta JK1M dan general public yang ingin sertai bersama di Juara Sport Planet, Juara Sport Village, Jalan Ketiau-Tombovo, 88200 Putatan, Sabah.

Bayaran?

Sessi ini percuma untuk peserta JK1M musim ke3.  Bukan peserta? Anda boleh sertai seminar Jom Kurus untuk RM60, senaman 3jam RM40 atau kedua-dua sekali dengan pakej RM80 sahaja.

Untuk lain-lain soalan, anda boleh hubungi Kevin Andrews 0138346231 atau Lee 0109836316


Beach Bootcamp Jom Mantap

Good news to all that would like to challenge themselves!

Jom Mantap menganjurkan satu aktiviti 'Beach Bootcamp Challenge' kepada semua yang nak FIT!!!

Ayuh jom join kami untuk cabar diri anda semua!

  • Date : 18 October 2014 (Saturday)
  • Time : 3.30PM-4.15PM - Registration
  • 4.30-6.30PM - Beach Bootcamp Challenge!
  • 6.30-7.00PM - Sharing Fitness Journey
  • Venue : Batu 3, PORT DICKSON (nearby Hotel Mayangsari & opposite of Golden Street Village Beach)
  • Fees: (1) Peserta JK1M3 : RM30 sahaja (2) Lain-lain: RM35 sahaja

PENYERTAAN HANYA TERBUKA KEPADA 50 PAX ONLY!!!! So ayuh join us!

Kelebihan Program: Anda dapat merasai teknik workout dan rintangan yang lebih mencabar dari segi kekuatan dan ketahanan diri! Suatu pengalaman yang sangat fun dan challenging untuk mengekalkan lifestyle yang lebih fit dan sihat!


Pesta Dodgeball JK1M 2014 Musim ke3

Tournament dodgeball Cabaran Jom Kurus 1Malaysia JK1M pada 22 Oktober 2014 ini.

Tarikh: 22/10/2014 (Rabu - Cuti Deepavali)
Tempat : KSL Sports Puchong
Masa : 8am - 1pm
Yuran penyertaan : RM150 (satu pasukan 9 orang)

Syarat penyertaan :
1. Penyertaan terbuka kepada peserta JK1M musim ke3
2. Setiap pasukan terdiri dari 3 orang lelaki dan 6 perempuan.
3. Sewaktu permainan hanya 2 lelaki dan 4 perempuan yang dibenarkan
4. Masa permainan adalah 5 minit separuh masa dan 1 minit rehat.
5. Team leader tidak dibenarkan bermain.
6. Tarikh Tutup Penyertaan: 19/10/2014 (Ahad)
Borang Pendaftaran boleh didapati dari Team Leader masing-masing.
Yuran Penyertaan hendaklah dibayar sebelum pertandingan dijalankan. Pembayaran boleh dibuat melalui deposit tunai/bank transfer ke:
Maybank 112157034515 (Mohd Ezuwan Shah Basir)

Hadiah:
Pertama : RM600 + Hamper
Kedua : RM400 + Hamper
Ketiga : RM200 + Hamper
Keempat : RM100 + Hamper

Boleh hubungi: Ezuwan : 013-2761212 ; Zie : 019-6401062


Special Offer! Seminar Jom Kurus Cuma RM50 pada 15 Okt 2014

Special offer kepada mereka yang terlepas dari menyertai sessi seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri di Kuala Lumpur yang sentiasa penuh. Ini merupakan special offer dengan bayaran cuma RM50 (biasa RM100) untuk seminar bersama Kevin pada 15 Oktober 2014 ini di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

[one_whole boxed="true" animation="Fade In" delay="100"]Nak join? Daftar sekarang melalui https://kevinzahri.com/jomkurus/seminar. Tempat terhad.[/one_whole]

 


Jom Kurus di Kuantan, Kota Bharu dan Penang

Sertai seminar Jom Kurus dan senaman bersama Kevin di Kota Bharu (10 Okt), Kuantan (11 Okt) atau Penang (12 Okt) hujung minggu ini.

Murphy Oil Malaysia Corporate Wellness Day

I was recently invited to be part of Murphy Oil Corporation's Wellness Day which was held at the KLCC Convention Centre. The session was divided into multiple sessions which included a fun interactive health talk and an introduction of circuit training for the professionals.

[one_whole boxed="true"]If you are looking to engage Kevin for your corporate health program in Malaysia, please visit our Corporate Wellness page for more information. [/one_whole]


JK1M Photo Contest: RM1000 Grand Prize

Enter our first online JK1M Photo Contest. The grand prize winner will receive RM1000, 2nd place RM400 and 3rd place RM200 and will be chosen by Kevin himself and announced during the JK1M winners dinner in KL.

[button color="accent-color" hover_text_color_override="#fff" size="large" url="https://kevinzahri.com/jk1m/photocontest" text="Enter The JK1M Photo Contest" color_override=""]


Jom Mantap: Experience Talk Untuk Kurangkan Berat Badan

Registration dan pembayaran boleh dibuat seperti berikut:

  1. Watsapp/SMS maklumat peribadi anda kepada Dd (019-2463779)
  2. Berikan details peribadi anda seperti:
    Nama:
    Email:
    H/P No.:
  3. Bukti Pembayaran: Pembayaran boleh dilakukan ke akaun berikut: Nur Adilla binti Abd Rahaman (Dd) – Maybank 164137462414 / CIMB 7003641593

Good news kepada semua. Kami menyediakan event ‘Experience Talk: Weight Loss & Fitness Sharing Session’ bersama-sama individu hebat yang telah mengurangkan berat badan mereka! Dari 220kg-140kg; dari 120kg-69.7kg; dari 105kg-60kg dan dari 75kg-55kg.

Ayuh join Jom Mantap “Experience Talk : Weight Loss & Fitness Sharing Session” seperti berikut:

Date : 9 October 2014 (Thursday)
Time : 8.00pm – 8.30pm : Registration
8:30pm – 9.30pm : Experience Talk
Venue : Auditorium PCMC, Level 1,
Prince Court Medical Center,
Jalan Kia Peng,
Kuala Lumpur
Fees: (1) Peserta JK1M3 : RM10 sahaja
(2) Peserta Luar : RM15 sahaja

Kelebihan Program : Anda juga boleh bertanyakan tips hebat dan bersua muka dengan mereka yang telah mengurangkan berat badan yang banyak dan bertanyakan cara-cara mereka untuk fit dan mengekalkan lifestyle yang sihat!!!


FitsKool Program MRSM Sandakan

FitsKool atau "Fit is Cool" adalah program kecergasan bersama Kevin Zahri khusus kepada pelajar sekolah menengah untuk memberi pendedahan kepada kepentingan kecergasan minda dan fizikal dalam menjadi pelajar cemerlang. Kevin sendiri pernah menjadi pelajar MRSM yang aktif dan juga mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dll. Berikut adalah beberapa gambar program 1hari bersama MRSM Sandakan. Untuk lebih gambar, layari gallery Flickr.

[one_whole boxed="true"]Ingin jemput Kevin untuk program FitsKool atau Corporate Wellness? Hubungi Kaka di 019 282 7820 atau gunakan online contact form. [/one_whole]


Amirul Agam kurus 33kg dalam 6 bulan.

  • Muhamad Amirul Agam Bin Iryadi
  • Umur: 22 tahun
  • Tinggi: 173cm
  • Berat Asal: 98kg
  • Berat Sekarang: 65kg
  • Pencapaian:
    Kurangkan berat 33kg dalam 6 bulan
    Freelectics Malaysia
    Teamleader JK1M
  • Kerjaya: Technician Hotel
  • Facebook: amirulagam
  • Instagram: @amirulagam

Dilahirkan sempurna pada tahun 1992, kemudian membesar seperti kanak-kanak yang lain. Pada tahun 1999 permulaan masuk sekolah rendah darjah satu badan / berat saya mula naik tanpa segan silu,sehingga saya masuk ke alam persekolahan menengah,saya berjaya turun berat badan kerana aktif dalam aktiviti sukan disekolah.

Berat naik semasa di Kolej

Setelah tamat SPM,saya melanjutkan pelajaran di JB ,sebuah kolej swasta (2010). Disini bermula kisah hitam saya, naik berat badan dengan mendadak tanpa saya sedari. Boleh dikatakan saya makan nasi waktu zaman kolej 5 kali sehari dan tak kira waktu, biasalah zaman kolej selalu tidur lewat,melepak mamak tengok bola,waktu tu confirm makan tak ingat dunia.

Pada tahun 2012, selepas saya tamat pembelajaran di JB, saya dapat tawaran kerja,yang mana saya perlu pergi medical checkup untuk pastikan tahap kesihatan saya dalam keadaan baik sebelum memulakan kerja. Tahu tak apa doktor tu cakap ? dia cakap.

"... Awak ni umur baru 20 tahun tapi berat dah 98kg, kalau awak cecah 100kg saya berani jamin awak akan dapat penyakit jantung ..."

Wow!! pedih gila dengar leteran doktor,dan doktor cakap saya ditahap obesiti pertama. Waktu tu saya tak peduli pun doktor cakap apa,janji saya lulus ujian medical untuk masuk kerja.

Bila dah masuk kerja bahagian kejuruteraan ni, confirm lah banyak panjat guna tangga,nak jadikan cerita, tangga saya naik tu patah. fuhh !! betapa berat nya saya.. Tapi masih tak sedar. bila saya sedar?? bila saya perasan,waktu nak naik tangga dari ruang tamu ke bilik, yang hanya ade beberapa anak tangga tapi saya mengah yang teramat.

Saya akan hidap penyakit jantung?

Waktu tu mula teringat pesanan doktor, adakah saya akan hidap penyakit jantung? Kalau jadi apa-apa pada saya bila kene penyakit yang boleh bawa maut ni,siapa nak jaga keluarga?? Keesokan harinya,saya mula langkah pertama, saya jogging dikawasan rumah tapi mampu lakukan 10 minit je dah mintak nyawa. hahaha . Memang giveup rasanya. Kemudian pada waktu malam,saya mula cari di internet,macam mana cara untuk kurus dan sihat tanpa perlu ke gym dan ambil personal trainer.

Sebab apa saya tak nak pergi gym?

Sebab konfiden level! Malu nak pergi gym sebab badan gemok gile!! Kenapa tak nak ambil personal trainer? Sebab saya tak mampu untuk bayar yurannya. Tapi itu bukan alasan untuk saya tak boleh berubah. Jadi cari punya cari,saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,sebenarnya banyak je senaman yang boleh dilakukan dirumah dengan percuma ,tinggal kita semangat atau tidak je untuk melakukannya.

Senaman yang saya lakukan bernama FREELETICS,senaman hight intensity interval training dan tinggal menggunakan sebarang peralatan. saya mula melakukan selama seminggu.semua dalam keadaan terkawal. kemudian saya mula untuk mencabar diri saya, saya buat cabaran untuk diri, saya ingin melakukan senaman ini selama 6 minggu dan perlu turun 10kg.

[one_whole boxed="true"]Saya hanya melakukan senaman dirumah dan taman permainan tanpa mengeluarkan duit dan tidak memerlukan peralatan. Amat sesuai dilakukan dirumah,taman permainan dan sebagainya,anda hanya perlu ruang yang sedikit sahaj untuk melakukannya kepada mereka yang nak cuba senaman ini, you guys boleh download APPS FREELETICS di Android dan iOS. [/one_whole]

Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah!

Alhamdulillah selepas 6 minggu saya turun 10kg dengan melakukan senaman dirumah sahaja! Wow!! Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah. Saya mula mencabar diri saya untuk melakukan cabaran 15 minggu freeletics. Selepas selesai cabaran, alhamdulillah saya berjaya turun total lebih 30kg dari berat asal dengan melakukan senaman dirumah sahaja.

...saya terima kutukan dan kritikan seperti "hangat-hangat tahi ayam" , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat

Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri

Kevin Zahri banyak mengajar saya sebenarnya. Walaupun sewaktu proses penurunan berat badan saya, Kevin tidak mengenali saya pun dan saya tidak pernah jumpa Kevin. Tetapi dengan bantuan video Kevin Zahri, memberi tips bagaimana nak ambil nasi dengan betul dan perkongsian beliau mengenai berat air sangat membantu saya untuk turun berat badan kerana darisitu saya mula membina diet saya yang seimbang. [/one_whole]

Pernah cuba suplemen popular!

Terus terang saya cakap,sebelum saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,saya pernah cuba produk untuk kuruskan badan,terpedaya dengan gamba testimoni .saya habis hampir Rm300 tetapi hanya berjaya turun beberapa kg sahaj untuk 1 bulan.

Selepas tengok video kevin zahri yang menerangkan tentang suplemen hanya bantu buang berat air sahaja dari situ saya mula cari jalan yang lebih sihat untuk kurus.

Sepanjang saya melakukan transformasi berat badan, banyak juga saya terima kutukan dan kritikan seperti "hangat-hangat tahi ayam" , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat.saya nak buktikan pada mereka yang selalu kritik perjalanan transformasi saya, Alhamdulillah mereka yang dulunya mengutuk saya ,sekarang mereka mintak tips bagaimana saya mampu menurunkan berat badan. selepas 10 bulan saya melakukan senaman ini, saya terfikir untuk berkongsi dengan orang kat luar,sebab saya percaya dengan wujudnya kelompok kumpulan untuk bersenam akan bertambah lagi semangat dan motivasi untuk kurus.

Freelectics Malaysia

Saya menubuhkan Kumpulan senaman untuk bersenam secara berkumpulan dikawasan ampang mulanya, kemudian merebak disekitar lembah klang dan sekarang hampir ke seluruh Malaysia. Kumpulan yang digelar FREELETICS MALAYSIA, alhamdulillah niat dari nak kurus dan sekarang saya mampu berkongsi sesuatu dengan orang ramai.

InsyAllah pahala menanti disyurga.

Bagaimana cara pemakanan saya?

Saya akan pastikan pengambilan kalori harian saya tidak akan lebih. Contoh kalori yang saya perlu ambil 1700kcal, jadi saya akan makan tidak melebihi 1700kcal atau lebih tepat 1500kcal.

Menu makanan saya.

  • Sarapan pagi- Capati , teh tarik (gula baik untuk mulakan kerja harian) dan 2 gelas air suam.
  • makan t/hari- nasi (segenggam) , ayam , sayur dan juga 4 gelas air suam ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • malam (sebelum 7.00pm)- tossei,telur rebus 2 biji (putih sahaja) dan air suam 4 gelas ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • snek malam (10.00pm)- apple hijau.
  • elakkan tidur lewat malam kerana tidur lewat akan membuat anda rasa lapar.
  • cheatday (makan apa sahaja tetapi tidak lebih had, contoh saya menikmati KFC tapi bukan 3 ketul tetapi 1 ketul sahaja)

Tips yang saya ingin berikan.

  1. Semangat: Jika anda mempunyai semangat untuk berubah,pasti anda akan berjaya .
  2. Motivasi: cari Seberapa banyak motivasi yang boleh buat anda bersemangat dan tidak giveup.macam saya dulu suka tonton video transfomasi badan dari youtube untuk beri motivasi.
  3. Disiplin: anda kena ada displin yang tinggi untuk pastikan anda berjaya turunkan, disiplin dari segi pemakanan dan senaman.
  4. Target: kene ada target baru boleh berjaya,contoh macam saya target nak turun 10kg dalam masa 6 minggu ,so saya push untuk capai target saya.

Akhir sekali pesanan saya tidur kene cukup sepanjang progress anda dan diet perlu bijak untuk capai matlamat anda.


Futsal Tournament JK1M Musim ke3.

Futsal Tournament JK1M Musim ke3 pada 11Okt 2014 di Sports Planet, Kota Damansara. Hanya open kepada peserta #jk1m musim ke3. Utk pendaftaran dan info lain, sila berhubung dgn Firdaus 013-674-6308 atau Naailah 017-300-9090.

Untuk pelbagai event dan tawaran untuk peserta JK1M, visit our event page.