Muslimah Workout: Senaman Perut
Dapat rutin senaman untuk bahagian perut anda dalam siri workout JomFit Muslimah ini yang anda boleh buat di mana-mana. Rutin senaman ini melibatkan heel touch, cross plank rotation, bicycle crunches, flutter kicks dan leg raises.
Gambar Pelancaran Cabaran Jom Kurus Brunei di Fitness Zone
Berikut adalah beberapa gambar dari sessi pelancaran Cabaran Jom Kurus 6 minggu Brunei bersama Kevin Zahri di Fitness Zone, Bandar Seri Begawan pada 30 Mac 2014. Sessi kickoff tersebut termasuk sessi bengkel untuk membine pelan kurangkan berat badan dan sessi senaman bersama Kevin Zahri, team leader Brunei Abby Nur Nabillah Abdullah dan hampir 20 peserta.
Peserta cabaran Jom Kurus Brunei ini akan melalui cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu sehingga 10 Mei 2014. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Abby di +6738115536.
Rienalissa: #2 Teamwork and Destiny/Coincidence
Hi Dearest Reader!
This is my second journal and I would like to share my experiences and all previous awesome activities!
Before that, I had two great things to share;
1. Teamwork
Last Saturday, we had a boot-camp at Tg. Balau. We were divided into two groups, handled by Coach Shima, Coach Ad and Coach Mus. I was in the first group to start the activity and for the first two rounds, I started mumble alone because I was extremely exhausted (I thought I was, but it was actually an excuse to stop pushing myself). I had to jump, run, crawl and dragging car tire. I did and stop, did and stop again. At the beginning of activity, our coach reminded us that our safety is most important, so don't force ourselves. However, thing that keeping me enthusiastic were the support from team. As I stop, they said "You can do it!", "You look thinner!" (haha, i knew it was a lie). I was second last person to complete the activity, but I still did! 8 rounds of that and I felt great!! Thanks teammate!
2. Destiny/Coincidence
After the boot-camp, I had a small conversation with one of the teammate, Kak Elzura. I told her that it was a coincidence that I worked in Health & Safety field so I would start to take good care about my own self. She said something that was simple but deeply meaningful; "Nothing is a coincidence in our life. It's not a coincidence you got that job, you joined JK1M and you got a chance to inspire other through your journal but Allah SWT had wrote our life journey nicely." I felt a big knock on my head, just like I woke up from a dream. Yes, just because of our simple conversation, I start to appreciate my life better than before. Thanks Kak Ell!
Our Activities
For week 2 (22-28/03/14), below were our activities;
- Saturday: Boot-camp
- Sunday: Gym Session
- Tuesday: Aerobic
- Wednesday & Thursday: Badminton
- Friday: Jogging
I'm lucky to be in one team with passionate people. Most of the activities had a positive involvement from us and coach keeps on supporting us. During the activity, coach will share with us a valuable knowledge such as about our body parts, food intake and calculation for BMR. It helps us a lot to improve our healthy life.
Positive Changes
It's something hard to believe that I didn't drink cold/iced water anymore, and I eat vegetable daily. Honestly, I hate vegetable so much and I didn't eat it at all. But in the past two weeks, even my mother was shocked when I ate it daily. It taste good actually! I wish I ate it for the past 27 years, so my body might be healthier and slimmer, hehe.
I had lost 4.2 kilos within this two weeks. My target is higher than than, but more important is my stamina is way better than before. Previously when I go to gym, after burning around 100 calories, I would stop. But now, I can easily burnt at least 400 calories. I didn't get nervous and shy anymore to go to the gym because coach had teach us what should we do at the gym.
I hope that I can improve and maintain all of the changes for a better healthy life. Last but not least, do not just depends on supplement, cream, girdle to loss weight without doing any exercise. Exercise is the simplest and cheapest way, and you'll feel great as I did! :)
Till meet you again on the update for week 3.
XoXo
Lissa
Muslimah Home Workout #1
Memperkenalkan our JomFit Muslimah workout series untuk menggalakkan muslimah di Malaysia atau di mana-mana untuk kekalkan kecergasan. Semua senaman dalam siri ini boleh dilakukan dimana-mana dan tidak perlukan peralatan yang canggih.
Acik Hanafz : Dari Biasa Ke LUAR BIASA!
Salam ukhuwwah readers!
Diam tak diam dah masuk minggu kedua kami dalam program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Musim Kedua. Dalam seminggu ni macam-macam aktviti menarik yang dah kami lalui. Baru 2 minggu. Berbaki 4 minggu lagi penuh dengan debaran sebab banyak lagi aktiviti best yang ada! Superbly excited!
Workout
Perkara pertama yang saya dan team Wangsa Warrior lalui adalah "Introduction to Circuit Training" yang dikendalikan oleh team leader kami sendiri, Marini Amin dan team jemputan, Bar Braders. Memang satu benda yang baru bagi saya sebab sebelum ni memang ada buat workout but semua through Youtube dan tak pasti samada dalam kedudukan yang betul semasa buat aktiviti atau tak. Memang sakit badan sangat-sangat. 3 hari off tak pergi gym. Mak kata sebab lemak terkejut tuan dia nak jadi sihat. HAHA!
Biasanya saya akan buat senaman yang ringan dan yang saya nak sahaja. Dalam erti kata lain, 'workout manja-manja'. Tapi sekarang saya akan push diri saya pada had dan kemampuan badan saya untuk apa jua jenis workout. Sebab pada saya, perubahan yang sedang saya fokuskan ini adalah perubahan dari biasa kepada yang LUAR BIASA! Bukan seksa diri, tiada istilah macam tu kalau kita kenal diri kita dan tahu had dan kemampuan diri.
Pelan Makanan
Seterusnya, Marini buat kelas Meal Plan untuk perjelaskan dengan lebih terperinci tentang DCR, BMR, LOA dan sebagainya. Bermula dari kelas ni saya mula untuk ubah cara pemakanan yang lebih sihat. Sebelum ni kalau nak ber-diet macam-macam kaedah dah buat macam yang saya pernah sebut dalam post yang lepas. Paling saya ingat saya pernah declare tak nak makan nasi untuk 100 hari. End up hari ke 64 saya dah langgar pantang dan makan nasi dengan banyaknya. Ini dinamakan, craving ; which is absolutely not good! Jadi, perkara yang paling saya ingat Marini mention masa dalam kelas adalah "Kenali diri sendiri" sebab daripada tu baru kita tahu apa yang kita suka sangat makan, terlebih makan dan tak boleh makan. Macam saya, saya tak boleh makan makanan berminyak, nanti pening. So, saya kena kurangkan makan makanan berminyak dan pandai-pandailah counter dengan diri sendiri (kawal minda) untuk jaga diri dari pening dan penyakit-penyakit yang - nauzubillah.
Biasanya saya mudah tergoda dengan makanan-makanan fast food. Lagi pulak sekarang ni banyak betul makanan fast food. Dah la banyak, senang nak dapat pulak tu. Nasi sebelum ni bukan sepinggan, tapi berpinggan-pinggan. Sebab kalau makan sikit nanti nak cari fast food pulak. Tak kenyang katanya. Lepas kelas dan tengok lagi sekali video dari Kevin, saya ambil initiatif untuk kenal diri saya. Dalam masa seminggu, saya makan 5 kali sehari, 3 main meal dan 2 snack. Saya berjaya untuk makan nasi segenggam tanpa ketar lutut untuk cari makanan lain. Alhamdulillah! Paling excited bila timbang berat, untuk minggu ni saya dah berjaya kurangkan 1.7 kg. Of coz la makin bersemangat untuk minggu-minggu akan datang!
Cabar Diri
Kalau ada yang kenal saya memang tau dah Acik ni bukan jenis suka aktiviti lasak. Panjat bukit? Tolong la tak payah ajak. Tapi disebabkan bila join JK1M ni, kita akan dikelilingi orang yang bersemangat dan yang memberi semangat. Saya cabar diri untuk join program-program yang saya tak pernah join sebelum ni macam Bootcamp dan Dodgeball.
- Bootcamp : Bakar Lemak di Titiwangsa Join bootcamp - nervous gila sebelum join- lepas join rasa sakit badan tapi seronok!
- Dodgeball - game tak pernah main / dengar selama 25 tahun hidup ni. - happy gila - get to know each other, and from other team too!
- Fundamental of Running by sis anne - sedih jugak sebab tak mampu nak lari. tak sampai seminit dah mengah. tapi yang bestnya semua orang bagi sokongan. tak lari tak ape, janji brisk walk and have a good breathing along brisk walk tu.
- Zumba - aktiviti paling tak stress. bila kita move along with the music, secara tak langsung, otot-otot yang penat semua de-stress and this is was extremely fun activities. HAHA
Weekend ni InsyaAllah ada sports carnival, nervous + excited! Moga Allah terus beri semangat dan kekuatan untuk perubahan ni. Moga semua baik-baik saja. Amin!
Push To The Limit,
Acik Hanafz ^.^
Isa Abdullah: Strategi Kawal Diet Musim Kenduri
Cabaran Musim Cuti Sekolah:
Kini telah masuk minggu kedua cabaran Jom Kurus 2 berlangsung, cabaran semakin terasa apabila menghadapi musim cuti sekolah ini dengan menerima jemputan beberapa majlis perkahwinan saudara-mara dan sahabat handai. Siapa yang tidak tergoda dengan juadah serta aroma nasi minyak gulai kawah pengantin yang begitu menusuk kalbu sehingga ada yang tidak menyedari tertambah nasi dan lauk daging gulai kawah yang jarang-jarang dapat dijamah.
Namun sesekali apa salahnya, kan? Rasa ralat dan nafsu makan makin terasa apabila menerima dua atau tiga undangan sekaligus pada hari yang sama. Syukur alhamdulillah. Kita doakan para pengantin dikurniakan keberkatan dunia akhirat dan semoga berbahagia ke anak cucu.
Usah terlalu risau, makan saja semua yang ada! Cuba kawal pengambilan makanannya, nasi tetap segenggam, perbanyakkan sayur, ambil seketul dua daging sekadar nak merasa bersama protein ayam. Terima sahajalah kesemua undangan perkahwinan itu. Anggaplah pada hari itu adalah hari 'cheat day' anda.
Kita digalakan sehari dalam seminggu untuk berehat dan memakan apa sahaja yang kita inginkan. Cuma perlu kecilkan bahagian pemakanannya. Misalnya dari sepinggan kepada setengah pinggan. Dari secawan kepada setengah cawan.
Strategi Menghadapi Musim Kenduri
1. Senaman pagi
Pada awal pagi lakukan senaman berkualiti seperti melompat tali, berlari laju dan perlahan berselang seli, naik tangga turun tangga atau sekadar berjalan 30 minit di padang permainan/taman perumahan mengikut kemampuan masing-masing. Jika peluh menitis bak air hujan. Itu suatu petanda yang baik bahawasanya senaman anda sudahpun optimum.
2. Sarapan
Bersarapan itu penting untuk memberikan badan anda tenaga, supaya badan mampu bekerja membakar lebihan lemak di dalam badan. Tanpa sarapan badan anda akan lesu, mudah mengantuk dan tidak mampu membantu di dalam penurunan berat anda. Bersarapan la secara ala kadar sahaja misalnya dua biji telur rebus bersama teh O atau kopi O minuman bijirin kurang gula.
3. Minum banyak air
Meminum air masak sebanyak-banyaknya 1-2liter 30minit sebelum berkunjung ke majlis perkahwinan ternyata dapat mengurangkan selera makan anda. Abaikan tip ini jika hari ini adalah hari 'cheat day' memang bercadang nak makan banyak.
4. Senaman petang/malam
Lakukan beberapa senaman ringkas di dalam rumah seperti melompat tali, lompat bintang atau beberapa rutin yang anda suka, asalkan peluh dapat dikeluarkan. Jangan pilih rutin senaman menyusahkan yang tidak mampu anda lakukan. Matlamat utama senaman ialah mengeluarkan peluh. Ini sekurang-kurangnya dapat membakar kalori makanan yang telah kita makan siang tadi.
5. Snek pagi dan petang
Memakan sebiji buah-buahan atau sebarang jus buah tanpa gula (jika perlu).
6. Makan malam
Cukuplah sekadar memakan ulam-ulaman sambil meratah ikan bakar atau dada ayam panggang. Cuba abaikan sebarang karbohidrat (seperti nasi, roti, mee, mihun, biskut) ketika ini. Jika masih terasa lapar minumlah banyak air masak atau sebarang jus buah-buahan tanpa gula.
7. Tidur
Tidur secukupnya, 7-8jam membantu badan bekerja membakar lebihan lemak badan sehingga 500kalori.
Perkembangan Berat semasa:
Pada cabaran hari ke-12 dalam JK1M edisi ke-2 ini perkembangan berat badan semasa adalah seperti berikut:
Berat asal: 79.7kg
Berat semasa: 71.0kg
Peratusan: [79.7 - 71.0] / 79.7 X 100 = 10.9%
Sasaran Penurunan Sepanjang 6 minggu: 20%
Matlamat: mengejar berat badan ideal 64kg
Penghargaan:
Cikgu Kevin Zahri, pihak penganjur dan jawatankuasa penganjur
Jurulatih utama: En Faiz Hamzah, Ustaz Norazman Mohd Noh.
Kata-kata Semangat
Kecewa makan banyak? Jangan Stres! Anggap saja hari ini adalah rezeki anda. Anda layak memakannya. Perjalanan masih jauh teruskan perjuangan, jangan patah semangat. Dapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih anda.
Pengisian blog akan datang
Tajuk pengisian blog akan datang: "Strategi Menurunkan Berat Badan Semasa Hari Menimbang".
Sila klik butang love, komen, beri cadangan atau ajukan sebarang soalan jika anda suka dengan posting ini.
Senyum selalu, salam ceria.
-ISA 26/03/2104
Bibiana Kurang Berat 18kg Selepas Bersalin Anak Ke3
- Bibiana Sinimon
- Umur: 32 Tahun
- Berat Permulaan: 64kg
- Berat Selepas: 46kg
- Berapa lama ambil masa? 16 minggu
- Tinggi: 152cm
- Pekerjaan? Guru
- Facebook: babylovehoney
Saya adalah seorang ibu kepada tiga orang anak, juga seorang guru sekolah menengah. Saya baru melahirkan puteri ke tiga pada tahun lepas 2013 bulan oktober secara pembedahan. Akibat pembedahan tersebut saya panik kerana orang di luar dan internet mengatakan wanita selepas bersalin pembedahan boleh kurus tetapi perut sukar kempis semula. Ini memberi motivasi kepada saya untuk membuktikan pendapat tersebut boleh di ubah.
Seawal 12 minggu saya mula bersenam ringan dan mendapat kebenaran dari doktor setelah mengesahkan luka pembedahan keadaan baik.
Saya bersenam mengikut panduan bersenam wanita selepas bersalin. Aktiviti Jom kurus dan e book lebih memberi penambahan kepada motivasi saya ini. Kini saya lebih langsing dari sebelum mendirikan rumah tangga. This is happen when you believe.Bersenam untuk kesihatan seumur hidup,ilmu serta petua melalui ebook Kevin Zahri untuk pengurusan berat badan dan semangat kental untuk berjaya.
Nafsu Makan Tak Terkawal.
Amalan pemakanan tidak teratur, suka mengikut nafsu makan. Banyak bersenam dan aktif tapi pemakanan tidak ambil peduli. Gemar minum manis seperti cola dan makan makanan berlemak. Tidak suka makan sayur dan jarang makan buah. Pernah mencuba crash diet tapi gagal bertahan sehingga berat naik semula.
Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?
Terapi minda: bersedia dari segi mental untuk mempersiapkan diri melalui program mengurangkan berat. Membaca untuk mendapatkan ilmu dan petua pengurusan berat badan dari segi pemilihan pemakanan dan senaman yang sesuai. Makan 3 hidangan utama dan 2 healthy snack dengan pengambilan kalori yang betul. Contoh menu:
Percaya kepada diri sendiri, kuatkan mental dan berusaha mendapatkan ilmu pengurusan berat badan.
- 7.30pagi sarapan: ubi manis 1 genggam, telur rebus 1 biji, minuman cereal spirulina.
- Snack 10am: Greek Yogurt dan air lemon kosong.
- 12 tengahari:brown rice segenggam, sayur brokoli, lobak, kubis (stim) dan ikan rebus separuh. Minum air kosong.
- Snack 3 petang buah apple dan timun.
- Makan malam sblm jam 8 mlm brown rice segenggam, sup sayur campur, ayam rebus.
- Snack malam jam 10; susu rendah lemak 250ml.
Bersenam tiga kali seminggu.
Waktu pagi bangun seawal pukul 4.30 untuk mengemas rumah. 5.30 pagi melakukan circuit training 30 minit di rumah. Jika outdoor saya akan berlari atau berjalan tidak kurang dari 5km setiap 3 kali seminggu.[one_whole boxed="true"]Suplemen? Tidak, sebab saya percaya kepada konsep eating clean.[/one_whole]Percaya kepada diri sendiri, kuatkan mental dan berusaha mendapatkan ilmu pengurusan berat badan.
Circuit Workout JK1M #7: Bersama Aizzat Adnan
March 24, 2014Weight Loss,Video
Senaman rumah ini melibatkan semanan butt kicks, jumping jacks, squats, lunges dan calf raises. Jurulatih: Aizzat Adnan
Zamani: Perjalanan Seorang Obesiti
Saya Ahmad Zamani Mohd, berumur 33 Tahun. Pernah mencecah berat 140 kg, pergghh. Tak pernah terfikirkan nak seberat tu. Walaupun mempunyai badan yang sebegitu berat, saya tidak pernah pun rasa bersalah pada diri sendiri dan keluarga. Sehinggalah pada suatu waktu, saya menerima ujian dari Allah S.W.T iaitu demam denggi. Kemudian selepas demam denggi, ditimpa pula sakit pneumonia. Bayangkanlah sewaktu itu saya mempunyai 2 orang anak lelaki yang comel baru berusia 2 Tahun dan 10 bulan. Berat selepas sakit ketika itu adalah 131 kg.
Lantaran daripada itulah, saya berfikir untuk berubah 360 darjah dalam kehidupan saya. Untuk makluman pembaca, saya telah mengikuti blog kevin zahri sewaktu umur saya 29 Tahun. Orang kata niat nak kurus ada, tapi tindakan belum dibuat.
Pada May 2013, bermulalah kehidupan baru saya apabila mendaftar sebagai peserta Isihat dan seterusnya program Jom Kurus di bawah kendalian kevin zahri. Saya azamkan niat dalam hati untuk belajar cara mengurangkan berat badan daripada sifu Kevin Zahri. Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat sehingga hampir 50kg dalam 7 bulan dengan hanya menyertai program terbabit.
Dalam program terbabit, ramai kenalan baru yang sama objektif yang dapat saya kenali. Syukur, namun perjuangan saya masih belum selesai. Niat saya seterusnya untuk mendapatkan berat sebanyak 65 kg, disamping membantu rakan-rakan lain yang masih mengalami masalah obesiti.
Kini dengan berat 80 kg, saya memerlukan 15kg untuk mencapai berat 65 kg saya. Walaupun, dengan berat 80 kg ketika ini, saya gembira kerana daripada baju bersaiz 4XL ke L, seluar dari saiz 46 inci ke saiz 34 inci, tidak mudah penat, sudah tidak berdengkur lagi dan sangat aktif. Stamina saya juga 200% peratus menigkat. Buktinya, 2 minggu lepas saya ada ke klinik dan doktor telah memeriksa tekanan darah dan degupan jantung, dan beliau bertanya saya (Awak Atlet ke ?), saya hanya mampu senyum melihat pertanyaan doktor terbabit. Sekarang baru saya tahu, usaha yang selama ini saya lakukan baru terbalas, alhamdulillah, syukur.
Orang yang paling gembira semasa transfomasi saya ini, tentulah isteri saya. Sokongan yang tidak pernah luntur membuatkan saya semakin semangat meneruskan perjuangan ini. Ibu dan bapa saya, yang sentiasa memberi galakan dari segi motivasi, menjadikan saya lebih kuat untuk teruskan perjalanan menurunkan berat badan saya ini. Selain itu, saya sangat berterima kasih kepada Sifu kevin zahri, yang tidak pernah lokek ilmu, bersedia berkongsi ilmu yang beliau ada dan menganjurkan program yang sangat-sangat bermanfaat ini untuk rakyat Malaysia.
Untuk kawan-kawan diluar sana, teruskan dengan perjuangan anda menurunkan berat badan. Teruskan amalan gaya hidup sihat. Zamani (Team Leader Kawasan Cheras)
Circuit Workout JK1M #6: Bersama Kevin Andrews
Workout hari ini bersama jurulatih Kevin Andrew: Box Drills, Alternating Toe Touch, Inch Worms dan Ice Skaters.
Isa Abdullah: Usia bukan halangan untuk kekal sihat
Usia Bukan Penghalang
Walaupun usia sudahpun menjangkau pertengahan 40an, namun ianya bukanlah satu alasan untuk mencari seribu alasan untuk tidak bersenam dan menjaga pemakanan masing-masing. Sediakan sedikit ruang untuk diri sendiri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.
Semakin 'berkhasiat' sesuatu makanan yang diambil dari segi kalorinya maka semakin berkualitilah senaman yang badan kita perlukan. Pendek kata: Kita boleh makan apa saja makanan yang kita nak tetapi kualiti senaman pada hari itu haruslah berbaloi juga untuk kekalkan berat badan. Apapun, kalau betul-betul nekad dan fokus untuk menurunkan maka disiplin di dalam pemakanan perlu. Ini dia makanan yang harus dielakkan> berminyak, bergaram, bergula, makanan segera(wax) dan makanan dalam tin(bahan pengawet).
Kepentingan Sarapan
Amalan bersarapan setiap hari merupakan satu kemestian, kerana badan memerlukan cukup tenaga untuk bekerja membakar lebihan lemak yang tersembunyi di dalam badan kita. Seperti kebiasaannya saya bersarapan selepas melakukan aktiviti senaman pada awal pagi.
Siapa kata tak boleh makan di restoran makanan segera? Kopi o panas kurang manis dan bubur ayam hanya RM5. Makan bubur setengah mangkuk pun dah terasa kenyang. Kopi boleh diisi semula percuma tanpa had. Kalori sekitar 200 (setengah mangkuk + termasuk 3 cawan Kopi O).
Sumber: http://kfc.com.my/colonel-nutritional.php
Berat Semasa
Pada cabaran hari ke-6 dalam JK1M edisi ke-2 ini perkembangan berat badan semasa adalah seperti berikut:
Berat asal: 79.7kg
Berat semasa: 76.8kg
Peratusan: [79.7 - 76.8] / 79.7 X 100 = 3.64%
Potensi Penurunan Sepanjang 6 minggu: 3.64 X 6 = 21.83%
Berikut adalah beberapa pertanyaan daripada kawan-kawan di media sosial.
1. Makan Lewat Malam Menggemukkan?
Pertama sekali, badan kita tidak mendapat rehat yang cukup. Tidur mencukupi selama 8 jam membantu badan membakar lebihan lemak sehingga 500 kalori sehari. Jika tak cukup senaman maka lebihan karbohidrat akan membentuk lemak di dalam badan.
Namun, tiada salahnya seseorang itu makan lewat malam jika dan hanya jika seseorang itu sememangnya tergolong sebagai individu yang aktif bersukan, atlet la katakan. Makanan kegemaran saya adalah nasi beriani dan mee goreng mamak, maka kena bersedialah untuk membakar 2000-3000kalori sehari.
2. Saya tidak bersarapan kerana saya sedang diet. Tapi mengapa berat saya tidak turun-turun?
Apa? Salah konsep diet tu! Macam mana nak turun berat kalau tak cukup nutrisi? Macam mana nak turun berat kalau kalori tak cukup? Tanpa nutrisi yang cukup macam mana badan kita cukup tenaga untuk bekerja membakar lebihan lemak? Anda Dalam kategori diet yang mana?
Diet 1: Kalau nak kekal berat badan kena seimbangkan karbo + protein.
Diet 2: Kalau nak fokus turunkan berat badan maka kena lebihkan protein.
Diet 3: Kalau nak tambah berat badan makanlah banyak protein dan karbohidrat untuk menaikan berat secara sihat.
Diet 4: Tak nak sarapan, tak nak makan tengahari- ini ajaran sesat ni. Sia-sia sahaja, berat pasti tak turun!
Mengapa protein penting dalam penurunan berat badan?
Protein mengenyangkan, meningkatkan metabolisme badan, seterusnya membantu dalam pembakaran lebihan karbohidrat dan lemak dalam badan.
Kenapa perlu kurangkan karbohidrat?
Lebihan karbohidrat jika tidak cukup senaman akan membentuk lemak dalam badan.
3. Macam mana nak berdisiplin di dalam pemakanan harian?
Selagi anda makan makanan yang berminyak, bergaram, bergula, makanan segera dan makanan dalam tin maka usahlah bermimpi di siang hari nak turunkan berat. Sia-sia sahaja impian anda itu kerana anda tidak serius, tidak ada nekad dan minda tidak terfokus untuk menurunkan berat. Kunci kepada penurunan berat badan adalah 80% pemakanan + 20% senaman.
Sekian perkongsian untuk hari ini, jumpa lagi. Salam ceria.
-ISA 21/03/2014