Siri Video: Jom Kurus bersama Kevin Zahri
Intro kepada siri Jom Kurus bersama Kevin Zahri yang berikan panduan step-by-step untuk melakar pelan kurangkan berat badan. Ala-ala seminar Jom Kurus melalui video.
Video: Apa dia Cabaran 6 Minggu Jom Kurus?
Ingin kurangkan berat badan bersama-sama dan sertai pelbagai aktiviti menarik?
Sertai cabaran Jom Kurus 6 Minggu bersama Kevin Zahri. Untuk informasi jadual dan cara penyertaan, layari http://bit.ly/KmeRKN sekarang.
Azrin Irzal 13 tahun: Kurangkan 14kg Dalam 3 Bulan
December 27, 2013Success Stories
- Nama: Muhammad Azrin Irzal Shah bin Azman Shah
- Umur: 13 tahun.
- Tinggi: 148cm.
- Pencapaian: Kurang 14kg (59-45kg) dalam 3 bulan.
- Status belajar: Pelajar Sekolah Menengah
- Facebook: azrinirzal
- Twitter: @Shahirzal
- Instagram: irzal_shah
Saya bukan dari kalangan pelajar yang obes, malah ketika saya di sekolah rendah, berat saya sangat rendah dan terlalu kurus. Saya mula sedar saya menjadi obes apabila di darjah 5. Ketika saya baru masuk ke tingkatan 1, saya mula sedar yang badan saya dah menjadi seperti peserta The Biggest Loser.
I hate looking at my perut. Berat saya mencecah 60kg. Pada ketika itu, saya cuma tidak ambil peduli tentang risiko dan keburukan obesiti. Saya ingin berubah kerana melihat pelbagai penyakit yang menimpa orang obesiti selain itu, kebanyakan seluar dan baju saya semakin ketat dan saya sangat malu untuk berdepan dengan orang lain. Saya juga adalah jenis pemalas nak buat kerja.. Hehe.
Read more
Apa dia Cabaran 6 Minggu Jom Kurus 1Malaysia?
December 20, 2013News & Events,Video
Kepada mereka yang berazam untuk kurangkan berat badan untuk 2014 tapi mungkin kurang memahami apa dia Cabaran Jom Kurus 1Malaysia 6 minngu bersama Kevin Zahri, video ini berikan lebih info mengenai cabaran di mana anda boleh menangi sehingga RM6000.
Dodgeball di Malaysia? Untuk peserta cabaran Jom Kurus
Antara aktiviti bersama peserta cabaran 6 minggu Jom Kurus pada kali ini merupakan pertandingan Dodgeball yang dianjurkan dengan usahasama persatuan Dodgeball Malaysia.
Permainan dodgeball diadakan untuk gabungkan unsur sukan, pertandingan, endurance kecergasan, kekuatan core dan lain-lain. Apa2 pun memang seronok dan sangat intense.
Read more
Rahsia Claudia Jiton Kurangkan 31kg dalam 20 bulan.
December 9, 2013Success Stories
- Nama: Claudia Jiton
- Umur: 27 tahun.
- Pencapaian: Kurang 31kg (85-54kg) dalam 20 bulan.
- Instagram: claudiajiton
Saya merupakan seseorang yang sangat suka makan. Sejak berada di sekolah menengah, saya memang dalam kategori badan yang berisi. Sejak di sekolah menengah, berat saya sentiasa dalam lingkungan 75kg. Setelah berada di alam pekerjaan, saya dan rakan sekerja selalu makan di kedai dan selalu makan di restoran makanan segera. Dalam setahun bekerja, berat saya naik 10kg sehingga menyebabkan berat saya menjadi 85kg.
Masuk Hospital akibat masalah berat badan.
Pada Mac 2012, saya dimasukkan ke hospital akibat sejenis penyakit yang menyebabkan protein dalam badan saya keluar melalui air kencing sehingga menyebabkan saya kehilangan protein yang diperlukan dalam badan. Sepanjang 10 hari di hospital, doktor selalu pesan untuk saya kurangkan berat badan apabila sudah dikeluarkan dari hospital. Jadi, setelah dilepaskan dari hospital, saya nekad untuk turunkan berat badan secara sihat. Sepanjang hidup saya, saya memang selalu ingat saya akan sentiasa berbadan besar sebab mempunyai rangka badan yang besar. Cara pemakanan pula memang tidak sihat. Dulu, saya sangat suka makan makanan bergoreng. Kalau makan ayam, mesti pilih bahagian yang mempunyai banyak lemak dan kulit.
Read more
12 Sebab Orang Jepun Kurang Obes vs Malaysia
Memang diketahui umum bahawa kadar obesiti di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia (lebih 40% penduduk obes). Negara Jepun pulak mempunyai kadar obesiti paling rendah di kalangan negara membangun dunia dengan cuma 3%.
Jadi apabila saya dijemput oleh Yakult Malaysia untuk lawatan media ke Tokyo Jepun untuk belajar tentang hubungan probiotics dan kesihatan, saya juga gunakan waktu seminggu di sana untuk memerhati cara pemakanan dan gaya pemakanan orang Jepun. Jadi berikut adalah beberapa pemerhatian yang boleh dijadikan contoh kepada penduduk Malaysia.
[one_whole boxed="true" animation="Fade In" delay="200"]Tapi! Hasil pemantauan saya di Jepun, kehidupan mereka lebih sesak dan kelihatan lebih stres berbanding kehidupan di Malaysia. Mungkin ini juga sumbangan daripada budaya disiplin, patuh dan berjuang yang tinggi. Gaya hidup penduduk di Jepun, walaupun mereka kurang obes, nak katakan mereka sangat cergas pun tak jugak. Kalau berbanding dengan negara barat seperti Australia dan juga USA, tidak ramai yang bersenam outdoor. Tapi ini cuma berdasarkan pemerhatian saya selama seminggu di Tokyo, Jepu [/one_whole]
MIA International Accountants Conference 2013 Lunch Talk
November 28, 2013Corporate Wellness
I was kindly invited to conduct a one hour session together with pop singer Ferhad for the MIA International Accountants Conference 2013 held at the Kuala Lumpur Convention Centre. It was definitely a great experience to combine a fun health session with soulful singing by Ferhad.
Jom Sihat: Panduan Diet Kanak-Kanak
Obesiti di kalangan kanak-kanak Malaysia makin meningkat. Dapatkan tip-tip dan panduan diet untuk anak anda ikut gaya pemakanan dan gaya hidup Malaysia.
Nak kempis perut? Ikuti senaman abs circuit bersama Kevin
Jom bersama-sama ikuti senaman circuit abs 10 minit untuk bahagian perut bersama Kevin Zahri dan hos Selamat Pagi Malaysia - Nadia dan Zulkifli.
Jurulatih Peribadi: Berminat untuk bantu rakyat Malaysia kurang berat?
November 12, 2013News & Events
Ingin membantu rakyat Malaysia kurangkan berat badan? Adakah anda seorang jurulatih peribadi atau seorang yang giat aktif dalam aktiviti-aktiviti kecergasan atau penurunan berat badan? Sertai program Jom Kurus 1Malaysia 2014 kami dan menambah pendapatkan sehingga RM5000 untuk program 6 minggu.
... sertai Jom Kurus 1Malaysia 2014 sebagai team leader dan menambah pendapatkan sehingga RM5000 untuk program 6 minggu...
Kami sedang mencari team leaders dari seluruh negara untuk bersama Kevin Zahri dalam cabaran Jom Kurus 1Malaysia 2014 (11 Jan - 22 Feb 2014) Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang team leader (tidak semestinya seorang jurulatih sahaja), sila isi borang berikut sebelum 27hb November 2013.
[gravityform id="6" name="Jom Kurus 1Malaysia"]
Video Tip Kurus Sempena Maal Hijrah
Video interview saya bersama Selamat Pagi Malaysia RTM1 sempena awal muharram. Topik Maal Hijrah - dari XXXL ke ...