Obesiti kanak-kanak? 10 tips untuk ibu bapa

Dalam 1-2 tahun ini, topik kegemukkan kanak-kanak sering menjadi tumpuan media. Hari ini, sekali lagi Nona TV3 bincangkan topik ini. Walaupun saya kurang setuju dengan tindakan Nona dan media interview kanak-kanak obes secara terbuka, di sini saya ingin kongsi 10 tip mudah yang ibu bapa boleh amalkan untuk kawal berat badan anak mereka.

  1. Biar kasih sayang bertempat: ramai ibu bapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Nanti yang susah anak tu juga. Kesian dia.
  2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.
  3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan anda denga konsisten.
  4. Makanan ringan untuk hujung minggu: Biarlah makanan sepanjang Isnin-jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chips, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.
  5. Masa riadah setiap hari: Di zaman cyberworld, penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti2 fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
  6. Kawal masa untuk PS3 dan telefon bimbit: Macam dalam tip di atas, pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak MALAS!
  7. Sediakan snek yang sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.
  8. Ketahuikah keperluan kalorie anak anda: Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Ia bergantung kepada jantina, umur dan paling penting kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
  9. Semak diri: Tahukah anda keperluan kalori seharian anda mahupun diri sendiri?
  10. Buang tabiat lama: Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.
  11. Ia tanggungjawap anda: Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.

Gambar Saya Sejak Kecil


Top 5 Cancer Causing Foods

Some of the top five foods which can cause cancer. Found it on facebook.


Panduan Langsing Selepas Bersalin

Tahniah! Anda telah melahirkan cahaya mata dengan selamat dan melalui tempoh berpantang dengan seeloknya. Anda mungkin telahpun kembali bekerja sepenuh masa dan kini telah dapat menyesuaikan diri dengan ritma kehidupan baru bersama si manja anda. Dan mungkin juga anda telah mula berfikir, 'Macam mana untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing dan cergas seperti sebelum mengandung dahulu?'

Macam mana untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing dan cergas seperti sebelum mengandung dahulu?

Anda tidak keseorangan. Persoalan ini bermain di fikiran kebanyakan wanita yang telah melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak. Pelbagai perubahan fizikal dan emosi dilalui di dalam tempoh tersebut. Salah satu daripadanya adalah penambahan berat badan disebabkan kehamilan. Kebanyakan wanita akan mengalami purata kenaikan berat badan sebanyak 15-20 kg semasa mengandung.

Isteri saya sendiri pun naik berat sebanyak 18kg semasa menghamilkan anak kami - Rafael Zahri

Kurangkan berat badan selepas bersalin?

Selepas melahirkan anak, anda akan terus kehilangan lebih kurang 6 kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg lagi. Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.

Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. Anda juga pasti akan kesuntukan atau sukar untuk mencari masa untuk bersenam kerana masih menyesuaikan diri dengan rutin baru sebagai seorang ibu.

Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal

Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal secara semula jadi sebelum anda membuat langkah untuk mengikuti pelan pemakanan yang terkawal atau rejim senaman yang terancang.

Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang mungkin anda pernah dengar tentang bagaimana mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas bersalin. Di antaranya mungkin adalah berkenaan pemakaian bengkung, berurut secara tradisional, petua jangan meminum air sejuk dan sebagainya. Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas bersalin.

Panduan Senaman Kegel

Mulakan rutin senaman yang ringkas dan ringan. Senaman yang paling mudah dimulakan adalah yang boleh dibuat sendiri di rumah. Tahukah anda bahawa anda boleh memulakan senaman kegel sehari selepas bersalin? Kegel penting untuk mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Ia dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts, yang juga berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung.

Mula dengan berjalan

Senaman yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan. Ia boleh dilakukan bersama seisi keluarga dan juga bersama bayi anda sekali. Anda boleh berjalan di taman, di sekitar kawasan perumahan anda malah juga di pusat membeli belah! Bayi boleh digendong atau ditolak di dalam stroller. Ini akan menambahkan lagi intensiti senaman anda.

Panduan Video Post Natal

Sekiranya anda telah bersedia untuk pergi selangkah lagi dan mahu melakukan senaman secara terancang, anda boleh membeli video senaman yang boleh dibuat di rumah, menjadi ahli di gimnasium atau pusat kecergasan atau mencari pelatih peribadi yang mengkhusus dalam senaman postnatal. Anda juga boleh mengikuti kelas senaman regangan seperti yoga atau pilates dan senaman aerobik atau menari. Setidak-tidaknya, bersenam akan membantu menghilangkan stress dan seronok untuk dilakukan!

Terdapat pelbagai pilihan senaman untuk anda mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Ianya bergantung kepada minat dan juga faktor seperti masa dan tempat yang sesuai bagi anda.

Diingatkan juga, sekiranya anda mengalami sebarang komplikasi semasa mengandung dan bersalin, dapatkan pengesahan doktor dahulu sebelum anda memulakan apa-apa rejim senaman.

Cara Hilangkan Selulit Pada Punggung Dan Peha?

Soalan:

Saya Nisa, i just nak tanya, i ni berat 45kg, tinggi 150cm, masalahnya badan nisa ni selulit tu agak banyakla, lagi-lagi kat peha, so sekarang nisa cuma buat cardio like running and cycling sahaja, so adakah selulit tu akan hilang jika saya buat cardio sahaja?

Jawapan: Panduan Buang Selulit?

Nisa, terima kasih kerana sudi menghantar email kepada saya. Hmmm biar saya terangkan serba sedikit mengenai isu selulit, how it develops dan apa yang Nisa boleh lakukan untuk mengurangkannya (if at all)

Apa Dia Selulit? Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagen itulah yang memberikan selulit rupa seperticottage cheese yang Nisa tidak ingini. Selalunya selulit bentuk pada peha, punggung and sometimes pada tangan, betis dan torso atas.

85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit

Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada  wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Cara Untuk Mengurangkan Selulit?

Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, it is almost impossible untuk menghilangkan selulit. Apa yang Nisa bole lakukan adalah mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu obvious.Untuk keterangan yang lebih lanjut, biar saya list down pelbagai kaedah untuk treat selulit (kurangkan lemak):

  • Liposuction: Ia adalah treatment untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan reoccur over time.
  • Selain itu, terdapat juga remedies berikut
    • Mesin Endermologie: ini banyak digunakan oleh beauty centers dan spa. Ia mengunakan roller dan suction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Again, its only a short term remedy.
    • Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Theory: Less collagen maka kurang selulit?
    • Krim-krim dan lain lain.
  • Urut Untuk buang selulit? Urutan semata-mata tidak dapat hilangkan kesan selulit. Kalaulah urutan tu dapat longgarkan lemak pun, lemak anda tetap tak ke mana-mana.
  • Gaya Hidup Sihat! Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.

Urut Untuk buang selulit? Urutan semata-mata tidak dapat hilangkan kesan selulit. Kalaulah urutan tu dapat longgarkan lemak pun, lemak anda tetap tak ke mana-mana.

Kesimpulan?

Nisa patut terima hakikat bahawa selutli adalah genetically driven. Treatment di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit tetapi tidak dapat menjamin untuk mengubati atau menghilangkan kesan-kesan selulit.

Nasihat saya: Fokus usaha anda kepada mengurangkan lemak dan berat badan secara am dan berterusan. Amalkan gaya hidup yang aktif dan cergas untuk tegangkan otot dan kulit. Yes, anda boleh mencuba pelbagai krim, urut dan servis pusat pelangsingan untuk mengurankan kesan selulit. Pastly, embrace badan anda yang tetap cantik walaupun mempunyai kesan selulit.


Kawal selera makan palsu

Publication: Harian Metro: Sihat dan Cergas Bersama Kevin Zahri

SELAMAT tahun baru 2012! Apa azam tahun baru ini? Itulah persoalan biasa yang kedengaran menjelang setiap tahun baru. Ada yang ingin mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, dapat kerja, naik pangkat, bertemu jodoh, jadi jutawan dan kuruskan badan.

Kuruskan badan?

Kebiasaannya, apabila berbicara mengenai azam yang satu ini, kaum Hawa dan Adam yang mengalami masalah kegemukan, berat badan berlebihan dan obesiti menjadi individu pertama melahirkan hajat untuk memiliki bentuk badan menawan.

Ini kerana, mereka mahu tampil menarik dan bergaya. Namun, harus diingat, jika mahu kuruskan badan, lakukannya dengan cara yang betul bagi memastikan diri anda sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Menyatakan azam mahu menguruskan badan memang mudah tetapi bagaimana mahu melaksanakannya? Adakah azam ini akan dilakukan secara bersungguh-sungguh atau ia hanya bakal menjadi angan dan omong kosong saja?

Justeru, bagi membantu anda, saya akan memberikan lima tip mudah untuk memastikan anda dapat menguruskan badan dengan lebih teratur. Bagaimanapun sebelum itu, saya ingin mengingatkan anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda inginkan dan kemudian perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Antara perkara penting yang harus disematkan di dalam diri adalah jangan sesekali mudah putus asa tetapi sebaliknya terus berusaha untuk mencapai matlamat itu.
Anda juga perlu faham setiap individu berjaya menguruskan badan dengan tahap kepantasan yang berbeza. Berikut adalah lima tip untuk memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul dan tidak akan 'tergelincir'.

1. Catatkan matlamat anda:

Jika anda benar-benar ingin berjaya dalam misi menurunkan berat badan, ia harus dirancang dan dijadualkan dengan baik sebelum pelaksanaannya. Ambil pen dan kertas untuk menyenaraikan semua butiran perkara yang boleh dan dilarang dibuat. Pastikan anda menyimpan kertas itu di tempat yang senang dilihat dan akan bertindak sebagai 'alat penggera' (peringatan).Tempat terbaik untuk menyimpannya ialah di pintu peti sejuk anda. Selain itu, anda juga perlu mengkaji semula matlamat anda pada setiap hari bagi memastikan ia masih berada di landasan yang betul.

2. Tetap dan kekalkan tarikh sasaran

Menetapkan atau menandakan tarikh sasaran pada kalendar akan membantu anda melawan kecanggungan selain dapat menghalang kegagalan azam yang ingin dicapai. Jangan biar dan benarkan rancangan anda gagal.

Rencanakan sasaran dan tarikh tertentu untuk setiap perkara berhubung agenda matlamat tetapi biarlah ia
realistik.

3. Mengawal selera makan palsu

Mulai sekarang, buang semua makanan yang kurang berkhasiat seperti kek, pastri, makanan segera, minuman berkarbonat dan snek makanan ringan. Aktiviti membuang dan menjauhkan diri daripada semua makanan itu memang diakui amat sukar pada awalnya tetapi faedah yang akan diperoleh kelak boleh membantu anda
mencapai matlamat tahun baru.

Apa yang harus anda lakukan selepas itu adalah menambah item makanan yang lebih berkhasiat ke dalam senarai pembelian barangan. Antaranya termasuk diet protein seperti putih telur, ikan dan ayam, buah-buahan seperti epal, kurma, pear, strawberi dan oren, sayuran-sayuran hijau seperti cendawan, kacang merah dan brokoli serta makanan berkalori rendah, keju rendah kalori, agar-agar tanpa gula dan air mineral.

4. Menjadi lebih cekap dan mahir

Jangan ambil mudah setiap perkara atau rutin kecil yang termasuk dalam senarai matlamat anda. Pastikan diri anda boleh melaksanakan rancangan itu supaya hasilnya berbaloi. Lakukan sesuatu aktiviti pada setiap minggu seperti anda boleh menetapkan minum lapan hingga 10 gelas air kosong pada minggu pertama.

Minggu kedua pula, anda boleh tetapkan tidak akan menggunakan lif sebaliknya berjalan saja. Seterusnya, lakukan senaman selama 20 hingga 30 minit setiap hari dan elakkan menjamah makanan yang berlemak. Pada minggu kelima pula, anda perlu ambil makanan yang kaya dengan protein serta nutrien.

5. Simpan buku rekod

Setiap perkara yang direkod atau dicatatkan selalu memberi hasil yang lebih baik dan anda tidak perlu mencabar daya ingatan sendiri. Oleh itu, simpanlah segala butir aktiviti atau langkah yang sudah dicatatkan dengan sebaik mungkin.

Gunakan bantuan visual untuk memastikan dan menyemak rejim misi menurunkan berat badan anda. Ini akan terus menggalakkan anda dalam memberikan yang terbaik seterusnya mencapai azam tahun baru dengan jayanya.


Infographics: Targeting Children With Treats

In an effort to support the nutritional standards for school meals and our teachers and students, Teach.com has created an infographic, “Targeting Children with Treats” with statistics sharing lifestyle, consumption, and media activity relating to children. It takes a community to raise a child and we know how important teachers are to the growth and development of our students!

Teach.com encourages you to help as we spread this important message!

Brought to you by Teach.com and MAT@USC.


10 Great Ways to Lose Weight NOW

Losing weight is not as difficult as it seems. But sadly however, most people with excess pounds are always struggling. It doesn’t have to be like this. You will just need to know a few things before you start your efforts. Here are 10 great ways you can lose those extra pounds.

10 Ways in Which You Can Lose Weight

  1. Drink water – Drink as much water as you can every day. Drinking water will help you flush out all the toxins that are accumulated in your body. This will make your body run efficiently. Your digestive system will function properly and so will your metabolism.
  2. Get adequate sleep – Let nothing cause you sleeplessness. Your body will feel tired in the morning. But the impact is much more than this. If you are not getting enough sleep, then the cartisol levels in your body will rise and this will make it easier for the fat to get retained. Also, if you are awake in the night, you will probably be eating more too.
  3. Take in fewer calories – This is a simple one. If you consume fewer calories, then you can easily maintain your current weight and even drop a few pounds. But remember, you should never do this aggressively, because by doing this you will weakening your body.
  4. Self test: Do you actually know how many calories you need per day? Most people don't. If you need step by step instructions on how to calculate your needs and adjustment it to lose weight, check out my weight loss ebook
  5. Eat raw foods – Raw foods are fruits, nuts, vegetables and others like this. You do not have to cook to prepare a meal with many of these foods. Vegetables and fruits will give you fewer calories. Raw foods will also clean your body from the inside.
  6. Eat smaller meals – Instead of eating larger meals just once or twice in a day, it would be better if you can spread these meals throughout the day and take food each time in smaller quantities. This will ensure that you will be digesting throughout the day. Your digestive system will be under less pressure.
  7. Remove all junk foods from your menu – Most people are obese because they choose the wrong foods. These days, we are all consuming all those pizzas, burgers, fries, and other foods that are rich in oil and other harmful things. Stop eating them completely or at least restrict the intake. You will certainly get good results.
  8. Do not eat after 8 in the night – It might seem difficult if you return late from work or if you watch TV at night. It could be bad because most people are in the habit of snacking while they are watching TV. Snacks are processed foods. They will definitely add a lot of calories.
  9. Do not go to bed immediately after your dinner – Some people will hit the bed immediately after the dinner. This is a bad habit. You should definitely go for a short walk. This will help your body digest the food better.
  10. Exercise – You will accumulate fat if you are not losing the calories you are taking in. Exercising or working out will help you do this. So do a few exercises. This will help you burn the calories.
  11. Get my ebook! – Weight loss is not just about doing these nine simple things but most importantly it is about know-how. My How to lose 5kg in 5 weeks provides with exactly that, the know-how on how to build a unique plan to help you lose weight in just 5 weeks.

Video: Shocking Before and After Transformation in 5 Hours - EXPOSED!

For those of you who are often sucked into these before and after pictures of various slimming products, fat burners, supplements etc, the following video is really cool. Hopefully it will help you make better decisions when buying a product or supplement.

Extra note: US advertising law are pretty strict but in Malaysia, I have seen some ridiculous before and after pictures that are definitely photoshopped and look weird. Don't be fooled.


Suplemen Pembakar Lemak. Adakah Ia Berkesan?

Pengakuan: Saya pernah cuba suplemen pembakar lemak semasa saya di belajar di univeristi. Itu mungkin sudah 10 tahun yang lepas. Pada masa tersebut saya gunakan produk berjenama TwinLab. Ada ia berkesan? Hmm tak tahulah kerana saya hanya gunakannya untuk seminggu. Hanya seminggu? Yup kerana saya kurang selesa dengan kesan sampingan - peningkatan metabolisma. Ia membuatkan saya rasa resah dan kurang tenteram.

Bagaimana dengan anda? Anda pernah mencuba suplemen pembakar lemak yang menjanjikan penurunan berat badan dengan mudah? Adakah ia berkesan untuk anda? Kebanyakan suplemen pembakar lemak mendakwa bahawa ia boleh meningkatkan tenaga, merangsang metabolisma dan mengurangkan selera makan. Mari kita mengupas beberapa contoh suplemen pembakar lemak dan adakah ia benar-benar berkesan.

Suplemen pembakar lemak yang mungkin anda pernah temui termasuklah:

Carnitine atau L-Carnitine

Carnitine dikatakan merupakan pembakar lemak. Ia sebenarnya terdapat secara semula jadi di dalam tubuh kita dan juga boleh didapati dengan memakan daging, ikan, ayam dan sesetengah makanan bersusu. Carnitine membantu memindahkan asid lemak ke otot dan membakar lemak yang berlebihan itu. Kajian menunjukkan bahawa carnitine seeloknya diambil sekiranya anda juga melakukan senaman kerana ia lebih berkesan menambahkan nisbah kehilangan lemak berbanding otot semasa bersenam.

L-Carinitine memang senang diperolehi di mana-mana farmasi kerana ia dalam bentuk cecair dan tidak perlukan pendaftaran dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - BPFK

Chitosan

Chitosan adalah substans yang diekstrak dari bahagian luar haiwan marin seperi ketam dan udang. Ia bertindak dengan mengikat kepada vitamin larut lemak (A, D, E, K) dan menghalang tubuh dari menyerapnya. Hasil penyelidikan banyak menunjukkan bahawa chitosan mungkin berkesan mengurangkan lemak tetapi keputusannya adalah tidak muktamad. Terdapat pula kajian yang menunjukkan chitosan menyebabkan kekurangan nutrien larut lemak yang sebenarnya diperlukan di dalam tubuh kita.

Teh Hijau

Kandungan polyphenol di dalam teh hijau dikatakan dapat menaikkan aktiviti termogenik di dalam tubuh kita, lantas menggalakkan penggunaan kalori sebagai tenaga dan membantu membakar lemak di dalam tubuh dalam jangka panjang. Pada masa yang sama, teh hijau juga membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel akibat radikal bebas yang mengurangkan sistem imun tubuh. Kebanyakan kajian mencadangkan pengambilan 300 hingga 600 mg teh hijau dengan makanan setiap hari – sama dengan meminum 4 cawan teh hijau setiap hari.

Termogenik adalah istilah yang selalu dikaitkan dengan suplemen pembakar lemak. Ia bermaksud peningkatkan metabolisma badan. Teh hijau, kafein, guarana dan lain-lain semua adalah suplemen pembakar lemak berbentuk termogenik

Guarana


Guarana merupakan sejenis herba yang didapati dari hutan hujan Amazon di Brazil. Ia mengandungi guaranin yang telah digunakan sebagai suplemen untuk mengurangkan lapar, melegakan kepenatan dan mencegah obesiti.

  • Ia bertindak seperti kafein dan merangsang pengeluaran hormon yang meningkatkan termogenesis iaitu keupayaan tubuh untuk membebaskan asid lemak dan menggunakannya dalam pembuatan tenaga. Ia dikatakan sebagai pemberi tenaga segera.
  • Guarana mempunyai kesan diuretik sampingan dan anda dinasihatkan untuk menambahkan pengambilan air apabila menggunakan herba ini.

Hasil kajian menunjukkan yang pengambilan guarana dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam tubuh selepas lebih kurang 6 minggu pengambilannya.

Kafein (Caffeine)

Sama dengan guarana, kafein adalah kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak. Berikut adalah contoh penggunaan kafein dalam proses penurunan berat badan:

  • Kafein mempercepatkan metabolisma. Sekali lagi ia mempunyai ciri-ciri termogenik.
  • Kafein membebaskan fatty acids yang membantu pecahkan lemak untuk pembakaran tenaga. Kajian mengatakan sekiranya anda mengambil kafein sebelum bersenam, anda dapat membakar 30% lebih lemak.
  • Kawal nafsu makan. Dengan membakar lemak sebagai sumber tenaga, kandungan glukos darah tidak jatuh ke paras yang menaikkan nafsu makan.

Yang Diharamkan?

Terdapat banyak lagi suplemen di pasaran yang mendakwa sebagai pembakar lemak. Di kalangan pembakar lemak, terdapat juga suplemen yang sebenarnya memudaratkan kesihatan seperti Chromium Picolinate dan Ephedrine atau Ephedra. Kedua-dua suplemen ini telah terbukti merosakkan DNA di dalam tubuh, mengurangkan kandungan zat besi dan kandungan oksigen di dalam darah, menyebabkan pening kepala, insomnia, tubuh bergegar dan menaikkan tekanan darah. Oleh sebab itu suplemen ini telah diharamkan dari pasaran. Pastikan suplemen yang anda ambil tidak mengandungi kedua substans tersebut.

adakah suplemen di atas benar-benar dapat membakar lemak

Persoalannya, adakah suplemen di atas benar-benar dapat membakar lemak di dalam badan anda? Suplemen pembakar lemak mungkin dapat membantu bertindak sebagai pemangkin dalam rejimen pengurusan badan anda tetapi anda tidak boleh bergantung kepada suplemen tersebut sahaja secara keseluruhannya. Tiada jalan pintas untuk menguruskan badan.

Tiada jalan pintas untuk menguruskan badan. Untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak, anda perlu membakar lebih banyak kalori dari yang anda makan.

Untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak, anda perlu membakar lebih banyak kalori dari yang anda makan. Amalan pemakanan sihat, berkalori rendah serta senaman masih perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil yang sebaiknya.

Ingin panduan kurang lemak yang berkesan tanpa suplemen? Dapatkan ebook Panduan Kurang 5kg dalam 5 minggu sekarang.

Mengapa Senaman Penting Untuk Wanita

Senaman penting untuk semua. Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Mengapa? Kaum wanita melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan mereka dari zaman remaja dan bermulanya menstruasi ke fasa kehamilan, menjadi seorang ibu hinggalah ke tahap menopaus. Fuh, pelbagai dugaan dihadapi oleh wanita! Apatah lagi bagi mereka yang juga bertugas sepenuh masa. Di samping bekerja dan menjaga anak-anak dan rumahtangga, bila pula ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan sendiri?

Berikut adalah 8 sebab mengapa senaman itu begitu penting untuk wanita dan mengapa anda tidak boleh mengabaikannya lagi.

1. Membantu mengurangkan berat badan

Ia adalah azam kebanyakan wanita di kala tahun baru menyapa. Mahu mengurangkan 5, 10 atau 20 kg. Senaman adalah satu aspek yang penting bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Sekiranya anda telah memulakan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman akan membantu dan mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan dan pembakaran lemak tersebut. Dengan mengurangkan berat badan, anda akan mempunyai tubuh yang lebih sihat dan mengelakkan pelbagai permasalahan yang mungkin dihadapi sekiranya mempunyai berat badan yang tinggi atau obes.

2. Membina kecergasan dan kekuatan tubuh

Sekiranya anda mudah berasa letih dan berasa lemah untuk mengerjakan aktiviti fizikal tertentu, senaman akan membantu membina kecergasan dan kekuatan tubuh anda. Bayangkan anda dapat mengikuti aktiviti sukan syarikat anda dengan penuh bertenaga atau boleh bermain dan berkejaran dengan anak-anak anda. Bukankah itu lebih baik daripada hanya duduk di tepi sebagai penonton?

3. Menjana tenaga

Anda sudahpun menghadapi hari yang sibuk dan tubuh anda hanya mahu berehat. Tetapi banyak lagi kerja atau perkara lain yang anda perlu siapkan. Bagaimana? Percaya kah anda, senaman yang anda rasakan mungkin lebih meletihkan dan menyambar tenaga anda sebenarnya akan menjana lebih tenaga dan anda akan berasa lebih hidup! Ini adalah kerana senaman itu menghasilkan endorfin dan adrenalin, hormon-hormon yang memberikan tenaga kepada anda. Meskipun begitu, jangan bersenam terlalu lewat pada waktu malam. Anda mungkin terlebih tenaga dan sukar untuk tidur pula.

4. Membantu menjaga kesihatan jantung, mencegah osteoporosis dan barah payudara

Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga di mana ahli keluarga anda menghadapi masalah jantung, osteoporosis atau penyakit barah, mula lah bersenam kerana ia telah terbukti dapat membantu mencegah permasalahan berikut. Osteoporosis dan barah payudara khususnya adalah penyakit yang kritikal kepada wanita. Apa sahaja yang anda dapat lakukan untuk membantu mencegahnya adalah satu langkah yang baik. Statistik menunjukkan yang senaman memang membantu merendahkan risiko penyakit-penyakit ini pada wanita.

5. Sebagai penghilang stress

Dengan seribu satu perkara yang perlu dihadapi dan disiapkan setiap hari, siapa yang tidak akan stress? Bersenam adalah satu outlet yang baik untuk meredakan tekanan yang anda hadapi seharian. Bila anda bersenam, anda mengeluarkan peluh dan mengeluarkan toksin dari badan anda. Senaman seperti kickboxing, seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo dan senaman aerobik dan menari memang bagus untuk melepaskan stress anda. Malah, ia sebenarnya menyeronokkan!

6. Sebagai aktiviti tambahan untuk diri anda sahaja

Sebagai ibu, isteri dan sekiranya bekerja sepenuh masa, anda akan jarang-jarang mempunyai masa untuk diri sendiri. Keluarga, anak-anak dan tugas pejabat sentiasa didahulukan. Pilihlah satu masa untuk diri anda sahaja iaitu 'Me Time'. Lebih baik sekiranya anda isi dengan senaman yang menyeronokkan dan membantu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental anda.

7. Satu contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda

Bersenam menetapkan contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda agar mereka juga menjaga kesihatan dari usia yang muda. Ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak menggemari subjek pendidikan jasmani di sekolah dan anda boleh membantu merubah tanggapan mereka ini. Bersenam sebenarnya boleh menjadi aktiviti mingguan keluarga yang menyeronokkan dan mengukuhkan lagi talian kekeluargaan anda.

8. Anda akan berasa dan kelihatan hebat!

Tentunya salah satu sebab yang paling penting di antara semua! Apabila anda bersenam, anda menjaga kesihatan anda dari segi fizikal dan mental, dalaman dan luaran. Dan ia akan menunjukkan hasil luaran di mana anda akan kelihatan dan berasa hebat sama sekali! Tahap keyakinan anda akan meningkat dan ini mampu merubah tanggapan anda terhadap kehidupan. Dan itu sudah pastinya tidak ternilai.


14 Rahsia Kevin Zahri Kekalkan Berat Badan Yang Mengejutkan!

Salam semua. Saya rasa ramai di sini mengenali saya melalui laman web, buku, ebook dan mungkin melalui seminar saya tapi mungkin ramai yang tidak kenal saya di luar ruang kerjaya fitness. Jadi si sini saya ingin menjawap beberapa soalan dan kongsi rahsia-rahsia untuk kekal langsing, sihat dan cergas.

Mungkin ada yang terkejut membaca tip-tip berikut tapi kalau anda ingin belajar lebih tentant cara-cara saya mengawal pemakanan dan senaman, dapatkan ebook-ebook saya.

1. Berapa Kali Kevin Menunjungi Mamak?

Dalam seminggu probably 5x. Saya rasa untuk kekalkan berat badan, bukanlah masalah kedai mamak tapi pilihan makanan dan minuman.

Apa yang saya selalu pesan di mamak? Nescafe ais, teh tarik, telur rebus (makan yang putih sahaja), tandoori, ayam goreng (bahagian dada jugak).

2. Kevin makan nasi tak?

Makan! 1-2 kali sehari. Sekali lagi, bukanlah nasi itu sendiri yang menjadi masalah tapi kuantiti pengambilan. Tapi kalau saya makan nasi, saya pastikan hanya mengambil segenggam tangan.

3. Dalam sehari makan berapa kali?

5-7 kali. Memang jarang makan 3x (kecuali bulan puasa). Untuk mengawal nafsu makan dan pastikan metabolisma badan sentiasa tinggi, kita perlu makan kerap!

4. Bukankah gaya pemakanan Kevin lebih kepada budaya barat?

Tidak sama sekali tapi ramai yang anggap begitu. Pemakanan dan gaya hidup memang serasi dengan pemakanan dan budaya Malaysia. Saya sering ke mamak, selalu makan nasi dan lauk-lauk. Yang penting adalah kualiti dan juga kuantiti pemilihan makanan.

5. Air krim, koklat, kek? Makan Tak?

Hari-hari! Boleh dikatakan saya mesti ada manis-manisan setiap hari tapi kuantiti pengambilan tidaklah besar mana. Kalau makan kek koklat, sudah pasti saya akan kongsi dengan kawan-kawan atau isteri saya.

Awas: Saya bukanlah dalam proses mengurankan berat badan. Sekiranya anda ingin kurangkan berat, pastikan pemilihan makanan tetap membolehkan anda untuk kekalkan defisit kalori sepertimana yang saya ajar melalui ebook panduan kurangkan berat saya.

6. Jadi makan malam jugak? Sebelum tidur?

Sudah tentu. Kalau lapar macamana nak tidur! Tapi oleh kerana aktiviti makan kurang, saya tidak perlukan makanan yang cepat hadam. Saya akan memilih makanan yang digest slowly seperti whole-grain cereal, susu lemak rendah dan lain-lain. Kuantiti pun lebih kecil.

7. Sudah pasti Kevin bersenam hari-hari?

Tidak sama sekali. Saya pun sibuk dengan pelbagai aktiviti lain seperti kerja, luang masa bersama keluarga dan macam-macam lagi. Dalam seminggu saya bersenam (termasuk gym) tiga kali. Yang penting kuanliti senaman bukanlah kuantiti.

8. Suplemen pulak?

Yup saya ada mengambil beberapa suplemen untuk membantu dalam usaha mengekalkan kesihatan saya. Saya mengambil:

  • Whey Protein: Ia sumber protein yang bersih, kurang lemak dan sesuai untuk makanan sebelum dan selepas sessi senaman saya
  • Glutamine: Untuk membantu dalam proses pemulihan antara workout dan elakkan kehilangan otot-otot.
  • Glucosamine: Yang ini untuk sendi-sendi. Ini bukan penting untuk mereka yang berumur tapi untuk sesiapa yang giat aktif.
  • Multi-vitamin: Untuk memenuhi keperluan mikro-nutrient.
  • Cod Liver Oil: Untuk tulang dan membantu badan kuatkan sistem immunisasi.

9. Sekali ke gym berapa lama satu sessi?

Paling lama pun 60min. Bagi saya, lebih daripada itu membuang masa. Why? Kerana kalau dapat bersenam lebih dari sejam, maka intensiti senaman itu tidak mencukupi untuk mendapatkan kualiti yang saya inginkan.

10. Senaman perut? Selalu ke?

Jarang sebenarnya. Dalam sebulan mungkin saya akan melatih perut 2x. Kenapa tak selalu? Kerana apabila saya lakukan senaman untuk otot lain, bahagian perut pun giat aktif sekaligus, jadi saya rasa tak perlu untuk luangkan banyak masa untuk otot abdominals semata-mata.

jadi saya rasa tak perlu untuk luangkan banyak masa untuk otot abdominals semata-mata.

11. Pernah tak Kevin mengalami masalah berat badan?

Alhamdulillah tak pernah. Tapi bukan kerana genetik saya bagus. Sebenarnya bodytype saya jenis mesomorph. Jadi berat saya pun boleh turun naik. Tapi saya pandai mengawal berat, pemakanan dan senaman.

12. Pernah berhenti bersenam untuk jangka masa panjang?

Yup ada. Semasa isteri saya mengandung pada tahun 2010, saya berhenti bersenam (tak pergi gym dan lain-lain). Tiada sebab yang tertentu, cuma masa itu memang terlalu sibuk dan saya tumpukan 100% attention kepada well-being isteri tersayang.

Adakah berat saya meningkat pada masa tu? Tak! Secara automatik, saya kurangkan pengambilan makanan kerana saya tahu dengan kurangnya aktiviti, saya tidak perlukan kalori yang banyak. Tapi pada masa itu, kekuatkan dan saiz otot berkurangan kerana tiada senaman yang menggalakkan tumbesaran otot.

13. Adakah kecergasan Kevin sekarang pada tahap optimum?

Tak hahahah. Saya seperti orang lain jugak. Kita sentiasa berusaha untuk membaiki diri, kuatkan badan, membaiki kecergasan dan lain-lain. Ini adalah proses yang tiada penghujung. Kecergasan dan kesihatan adalah gaya hidup dan saya sentiasa mencari keseimbangan dan cara-cara untuk membaikinya.

14. Apakah kesilapan terbesar bagi mereka yang ingin kurangkan berat badan?

Yang paling ketara:

  1. Tiada ilmu yang betul untuk mengawal pemakanan. Setakat nak "makan kurang" itu tidak memadahi.
  2. Tidak konsisten dalam pengalaman.
  3. Terlalu bergantung kepada suplemen dan produk-produk untuk membela kesihatan diri.
  4. Cepat putus asa.

What is Weight Management? How can you maintain a healthy weight?

Weight problems are often a cause of concern for people of different ages. Whether male or female, a person becomes more at risk for diseases once he or she is diagnosed as over-weight or clinically obese. Doctors would sometimes prescribe medicines or advise surgery, but usually they would recommend weight management to persons who have issues with their health and weight. But really, what is weight management and how do you do it?

Here are some answers to the question, “What is Weight Management,” plus tips on doing it effectively.

Weight management refers to the techniques you do to keep your weight at a healthy level. The term “weight management” is different from “dieting” because it involves more than regulating your food intake. Managing your weight also takes regular exercise, prevention and treatment of the diseases associated with being overweight, and maintaining an overall healthy lifestyle aside from following a strict diet.

Some people may go as far as going through surgery and/or medications to solve their weight problems; however, proper nutrition and taking time to lose weight are the healthiest methods to manage weight.  

What is Weight Management and how important is it?

Weight management involves not just losing weight, but maintaining the healthy weight you have achieved. It is a fact that maintaining a healthy weight for a long time is just as hard as losing excess weight; however weight management, or rather weight maintenance is very important.

The number one reason why you should lose weight and keep it at a healthy level is because it would save you from the various diseases related to being obese or overweight.

Obesity is not just a Malaysian problem. In the United States alone, there are roughly around 130 million Americans suffering from obesity (65 million women and 70 million men, 66% adults ages 20-plus and 20% children and adolescents). At an average, the total (health) cost of obesity is more than one billion every single year. This is a major cause of alarm hence more emphasis should be put on successful weight management.

What is Weight Management and how do you succeed in managing your weight?

Proper weight management is a combination of keeping yourself physically active, regulating your calorie intake, avoiding junk foods, eating nutritious foods, getting rid of your bad habits, and being patient and consistent with your “healthy weight plan.” It doesn’t really matter whether you lose your fats or weight at a slow pace. What matters is that once you have achieved your desired weight, you are also able to keep it for a long time. This may mean changing your lifestyle for good but rest assured – the benefits would also be long-term.

For me, managing your weight is about four key elements:

  1. Desire: It all starts with the "need" or "desire" to take control of your weight, life and health. Without proper motivation, it is hard to get going.
  2. Know-how: You MUST know how to manage your weight in the first place. Desire alone does not give you the know-how.
  3. Execution: Now that you have the desire and know-how, you need to execute these based on a proper plab that you derive based on your unique lifestyle.
  4. Experience: You can't buy experience + managing your health and weight is a lifetime committment and trust me when I tell you that if you have the proper know-how coupled with experience, managing your weight gets easier over the years.
Want to learn how to manage your weight? I have written a detailed step by step instruction manual that will help you take control and manage your weight for a lifetime. The eBook is called "How to Lose 5kg in 5 weeks" - after reading it you will know exactly that weight management means based on your unique lifestyle and habits.