7 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Mudah Turunkan Berat Badan

Berikut adalah antara tujuk sebab lelaki lebih mudah turun berat badan berbanding wanita.

1. Dia tidak 'mengidam' makanan manis.

Bagi kebanyakan wanita, mereka mengidamkan makanan seperti aiskrim dan coklat, tetapi kebanyakan lelaki mengidamkan jenis makanan seperti stik. Kajian dari Cornell University mendapati wanita kebanyakannya akan mencari makanan yang manis untuk mengurangkan tekanan manakala lelaki lebih cenderung untuk makan makanan seperti daging di masa-masa tertentu. Kenapa ini memberi kelebihan kepada lelaki? Ini kerana mereka makan makanan yang mengandungi protein, mengenyangkan, dan mengelakkan makan secara berlebihan jauh lebih baik dari kek coklat yang wanita sukakan.

Jika anda mengidamkan sesuatu pencuci mulut atau manisan juga, cuba gabungkan makanan berkhasiat seperti protein tinggi dengan chocolate chips ataupun kacang badam.

2. Dia tidak berasa stress dan marah apabila gagal menurunkan berat badan.

Jika anda seorang wanita, anda pasti akan tertekan dan memikirkan yang anda telah gagal. Kemudian anda mula mengurung diri di dalam rumah untuk mengasingkan diri dari orang lain. Dan bagaimana pula situasi lelaki yang menghadapi masalah yang sama? Dia mungkin masih boleh tersenyum sambil menikmati snek di depan televisyen.  Kemudian, dia kembali meneruskan usahanya untuk mengurangkan berat badan tanpa rasa kecewa dan marah.

Untuk mengelakkan mentaliti sebegini terjadi, cuba laksanakan panduan 80% kaum lelaki. Kebanyakan lelaki akan mengelakkan apa jua perkara yang menghalang kesempurnaan, dan perkara yang sama dilaksanakan dalam diet mereka juga. Apabila wanita mula berdiet, mereka berusaha dari 0 ke 100, dan mereka menjadi ‘sempurna’ dalam masa semalaman, dan itulah sebenarnya ciri kegagalan. Itulah sebabnya panduan 80% ini diwujudkan iaitu cuba capai target penurunan berat badan sebanyak 80% setiap hari yang anda boleh.

Sehingga pada suatu hari, ia akan menjadi 120% kerana anda akan membiasakan diri anda. Untuk hari-hari tertentu seperti PMS anda mungkin akan mencapai 50% ataupun 20% daripada target. Tiada masalah asalkan purata pencapaian anda untuk hari itu mencapai 80%.

3. Dia membuat latihan angkat berat

Apabila kaum lelaki pergi ke gim, mereka selalunya akan memilih jenis latihan angkat berat yang membuat mereka berasa kagum jika melihat orang lain melakukan latihan angkat berat tersebut. Membina otot dalam masa yang singkat, menggunakan banyak otot dalam satu masa. Manakala bagi wanita, mereka akan memilih dumbell yang ringan dan membuat latihan yang sempurna tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Jadi, ketepikan berat ‘Barbie’ itu. Jika anda melakukan dua set 12-15 pengulangan angkat berat, beban yang anda angkat mungkin terlalu ringan. Oleh itu, cuba pilih beban yang anda boleh angkat hanya dalam lingkungan 8 – 10 pengulangan. Apabila badan anda sudah terbiasa dengan 10 kali pengulangan, kemudian cuba tambah berat beban sehingga anda boleh membuat 3 kali pengulangan sahaja. Sekiranya anda mengamalkan latihan ini, anda akan dapat lihat otot di bahagian bawah lengan akan bertambah dan tisu-tisu lemak akan berkurangan.

4. Dia tidak menggunakan makanan sebagai terapi.

Wanita juga mengalami tekanan perasaan seperti lelaki. Mereka selalunya akan makan dengan banyak ketika tertekan. Kemudian, mereka berasa brsalah kerana makan bertalu banyak dan menjadi lebih tertekan sehingga mempengaruhi untuk makan dengan lebih banyak lagi. Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.

Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.

Hentikan tabiat sebegini dan cuba kenalpasti apakah keperluan di sebalik kehendak anda itu. Cuba letakkan keinginan untuk makan yang timbul itu dari 1 hingga skala 10. Jika skalanya adalah 8, cuba lihat apa yang menyebabkannya menjadi 8. Adakah anda kena marah dengan boss di pejabat? Atau anda dikejar anjing jiran?

Dengan menyesuaikan skala tersebut dengan tahap keinginan anda untuk makan dan tahap tekanan yang anda hadapi, lama-kelamaan anda akan belajar bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sebenarnya lapar atau hanya untuk merawat perasaan anda yang ‘terluka’ itu. Dengan mengamalkan langkah sebegini, anda akan lebih bijak memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

5. Dia meluahkan rasa marahnya.

Orang lelaki kebanyakannya memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih ‘fizikal’ untuk melepaskan kemarahan mereka seperti berlari atau kickboxing. Manakala kebanyakan wanita cenderung untuk ‘menelan’ segala masalah yang mereka hadapi dengan pelbagai jenis makanan ! Oleh itu, jika anda berasa marah, cuba anda biasakan diri dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengubati kemarahan anda selain MAKAN. Anda boleh berlari di tepi pantai atau mungkin berjalan-jalan di kawasan taman rekreasi berdekatan untuk menenangkan fikiran anda.

6. Dia meluangkan masa untuk dirinya sendiri

Bila orang lelaki ni marah-marah, dia tak terus pergi ke peti sejuk macam kebanyakan orang perempuan. Diorang tak cari coklat ke, aiskrim ke untuk sejukkan hati mereka. Tapi kalau wanita sedang marah, mereka sanggup ambil cuti kerja! Bagi kebanyakan wanita, satu-satunya sumber hadiah atau penawar kepada kemarahan mereka adalah makanan (BACA: selain shopping, of course!).

Oleh itu, apa kata bermula hari ini luangkan masa satu jam untuk diri anda sendiri. Berikan diri anda hadiah atau ubati kemarahan anda dengan perkara lain yang lebih berfaedah seperti meluangkan masa di kempleks membeli-belah untuk window shopping. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan anda ke spa atau saloon bersama-sama sambil update gossip terbaru.

7. Dia tak pernah berpantang makanan!

Apabila wanita sedang berdiet, mereka berpantang makanan-makanan tertentu sehingga mereka tidak tahan untuk melanggar pantang yang mereka cipta sendiri. Kemudian, mereka akan makan macam tak ingat dunia ! Kajian mengenai perbezaan makanan dan diet pada lelaki dan wanita di Austria mendapati pendekatan kaum lelaki terhadap khasiat sesuatu makanan tidak rumit dan lebih selesa untuk diamalkan. Mereka masih lagi makan snek semasa menonton televisyen tetapi mereka akan makan dengan kuantiti 1/3 daripada kuantiti yang mereka biasanya ambil. Kajian di US pula mendapati secara purata, wanita yang sedang berdiet selalunya akan makan secara berlebihan selepas berdiet dengan beranggapan yang mereka akan meneruskan diet tersebut supaya kurang rasa bersalah terhadap diri sendiri.

Oleh itu, jangan ‘boikot’ makanan kegemaran anda, cuma anda perlu bijak mengawal kuantiti yang anda ambil.

Selain itu, jika anda berkeinginan untuk makan makanan yang manis, cuba lakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengalihkan tumpuan daripada keinginan anda itu. Cari aktiviti yang benar-benar anda suka dan boleh menggembirakan hati dan minda anda.


6 Kesilapan Wanita Semasa Diet

Anda dah kawal pemakanan anda, mengira kalori makanan yang anda ambil, mengikuti weight loss program, dan buat exercise hampir setiap hari. Tetapi bila anda naik ke atas penimbang, jumlah berat badan anda tetap sama. Pada masa itu anda terfikir apa lagi yang anda perlu lakukan. Di mana silapnya? Dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Sebenarnya, walaupun dengan pengambilan makanan yang sihat, amalam bersenam, anda mungkin membuat beberapa kesilapan kecil yang menyebabkannya tiada hasil atau penurunan berat badan. Di sini akan dikongsikan bagaimana untuk meningkatkan kualiti amalan sihat yang sedang anda amalkan supaya anda dapat mencapai target untuk mendapatkan tubuh badan yang fit dan langsing.

1. Jika anda mengira kalori yang anda ambil:

Pastikan pengambilan makanan yang betul. Anda sudahpun maklum perkara ini: Ambil jumlah makanan yang mempunyai kalori lebih rendah dari apa yang tubuh anda perlukan untuk maintain berat badan anda sekarang, dan mengurangkan berat badan anda. Berdasarkan dari satu survey yang dilakukan, kebanyakan daripada kita masih lagi tidak tahu atau salah dalam mengira keperluan kalori harian yang ideal.

Sebagai contoh, anda menganggarkan sebanyak 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat target anda, tetapi sebenarnya anda hanya memerlukan sebanyak 1800 kalori. 200 kalori extra yang anda ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badan anda sehingga 10kg!

Apa yang anda boleh lakukan? Anda boleh melawat website cekodok.com untuk mendapatkan cara yang betul untuk mengira kalori yang anda perlukan dalam sehari. Kemudian, set kan limit ke atas makanan dan snek yang anda ambil.

Jika 1800 kalori adalah kalori maksimum yang anda perlu ambil setiap hari, cuba bahagikannya kepada tiga hidangan 500 kalori dan satu hidangan snek 300 kalori.

Dapat panduan buku "KURUS" tapi ingat, ia bukan soal kurus.

2. Jika anda memilih makanan berkhasiat:

Periksa jumlah makanan yang anda ambil. Apa yang ada dalam pinggan ada memang sangat penting, bukan sahaja jenis makanan, malah jumlah makanan tersebut. Sebagai contoh semasa anda bersarapan di rumah, suami anda bersarapan pancake dengan mentega dan syrup, anak anda bersarapan donat, manakala anda mengambil secawan quaker oat bersama sejumlah kekacang, sepotong pisang, dan satu gelas besar jus kiwi. Ya, anda mungkin menang dari segi nutrien makanan yang diambil, tetapi dari segi kalori, andalah di tempat yang tercorot sekali. Makanan yang anda ambil memang kedengaran seperti yang paling berkhasiat, tetapi ia boleh menyumbang sebanyak 700 kalori iaitu lebih 1/3 daripada kalori yang anda perlukan dalam sehari!

Apa yang anda boleh lakukan? Langkah terbaik adalah dengan mencatat jumlah makanan yang anda ambil. Sekalipun anda menulisnya di atas tisu dan kemudian  membuang tisu tersebut selepas makan pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda aware dengan jumlah makanan yang anda ambil. Anda juga boleh menukar makanan berkhasiat yang tinggi kalori kepada makanan yang tinggi serat seperti:

  • Sayur-sayuran:  Setiap cawan bayam mengandungi 7 kalori dan terung rebus sebanyak 35 kalori. Manakala mash potato adalah sebanyak 249 kalori!
  • Buah-buahan: Setengah cawan buah strawberi mengandungi 23 kalori dan buah pisang mengandungi lebih dari 100 kalori. Sebiji buah oren pula mengandungi hampir separuh kalori yang terdapat dalam segelas jus oren. Buah-buahan lain yang rendah kalori seperti tembikai dan bluberi.

3. Jika anda memesan makanan yang PALING berkhasiat di dalam menu di sesebuah restoran:

Buat research dahulu sebelum anda ke restoran tersebut. Contoh: Anda memilih untuk makan sandwich istimewa berbanding pizza. Anda mungkin fikir yang anda sudah membuat pilihan yang bijak untuk diet anda. Tetapi cuba anda fikir semula.

Sandwich istimewa itu sudah tentu mempunyai keju dan mayonis untuk menambah kesedapannya. Tetapi tahukah anda sandwich yang anda pilih itu mengandungi hampir 900 kalori? Manakala 2 keping Peperoni Pizza di Pizza Hut sebagai contoh mengandungi 520 kalori. Sekalipun anda menukar roti sandwich kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama.

Apa yang anda boleh lakukan: Cuba cari maklumat tentang nutrisi makanan yang terdapat di restoran tersebut sebelum anda ke sana. Kebanyakan restoran makanan segera menyediakan informasi ini samada di restoran mahupun ni website mereka. Dan jangan terkejut apabila anda melihat jumlah kalori makanan mereka!

4. Jika anda teringin hendak makan makanan kegemaran semasa anda diet

Anda boleh makan, tetapi anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda mahukan sesuatu yang manis, makanan rendah lemak dan kurang gula seakan-akan makanan terbaik yang anda boleh ambil untuk diet anda. Tetapi, penyelidik di Cornell University menyatakan bahawa mereka yang overweight yang memilih makanan atau snek yang dikatakan rendah lemak menyumbang kalori sebanyak dua kali ganda dari kebiasaan! Istilah 'rendah lemak' dan 'kurang gula' ini seolah-olah memberi 'green light' kepada pengguna untuk makan dengan lebih banyak.

Tetapi kebanyakan daripada kita tidak sedar bahawa makanan yang dikatakan 'rendah lemak' ini sebenarnya mempunya jumlah kalori yang hampir sama dengan makanan yang lain. Sebagai contoh: Biskut kismit oatmeal biasa mengandungi sebanyak 107 kalori dan 4 gram gula. Manakala biskut yang sama tetapi versi 'rendah lemak' ini mengandungi 106 kalori dan 9 gram gula!

Apa yang anda boleh lakukan: Makan dengan jumlah portion yang berpatutan. Jika anda sukakan aiskrim, anda boleh makan satu scoop kecil aiskrim tersebut untuk melepaskan keinginan anda itu. Seperti kata David Grotto, seorang penulis buku kesihatan, "You won't stick to a diet that doesn't include you favourites". Life is too short.

5. Jika anda 'Ratu Sit-Up'.

Jangan lupakan latihan kardio. Salah satu kesilapan besar bagi wanita yang ingin mendapatkan perut yang kempis, mereka melakukan terlalu banyak sit-up dan melupakan latihan kardio. Perut anda tidak akan flat sehingga anda membuang lapisan lemak yang terdapat pada perut anda. Oleh itu, anda tidak boleh meninggalkan latihan kardio.

Apa yang anda boleh lakukan: Setiap minggu, cuba lakukan tiga sesi latihan kardio bersama latihan untuk perut kira-kira 30-60 minit.

6. Jika anda makan snek untuk menghilangkan lapar:

Awasi pengambilan makanan tersebut. Anda mungkin fikir yang anda sudah cukup mengawasi pengambilan makanan anda. Tetapi kajian mendapati, mereka yang makan 'tanpa sedar' seperti mengambil segenggam popcorn rakan semasa menonton wayang atau merasa doh biskut yang anda buat boleh menyumbang beratus kalori seterusnya menambah berat badan anda tanpa anda sedari.

Makan semasa minda anda tidak fokus terhadapa apa yang anda suap seperti semasa menonton televisyen, mendengar berita dan sebagainya akan menyebabkan anda makan dengan banyak daripada kebiasaan. Biasanya anda boleh makan sehingga lebih 15% dari kebiasaan iaitu kira-kira sebanyak 72 kalori!

Apa yang anda boleh lakukan: Elakkan makan semasa anda sedang melakukan sesuatu seperti menghadap komputer atau berbual-bual. Anda boleh mengelakkannya dengan menutup komputer anda untuk seketika semasa anda hendak makan. Sekiranya anda ingin masak, cuba kunyah gula getah atau chewing gum. Jadi, setiap kali anda ingin rasa masakan anda, anda perlu mengeluarkan chewing gum itu dan ini boleh membuatkan anda aware dengan berapa banyak biskut atau kek yang telah anda rasa.


Bizzy Body Challenge: Lets Meet Dina Ibrahim

As part of our "Let's Challenge Bizzy Body" challenge, we are featuring the journey and testimonials of 5 lucky Ladies. Let's meet Dina Ibrahim, 24 from Ampang Jaya

About Dina

My name is Nur dina ibrahim just call me Dina. I just turn 24 on 2nd July (yay~) and this is the best ever gift i have ever received! I live in Ampang Jaya and never married. I just graduated from Kolej Polytech Mara (Ipoh) in multimedia and now waiting for job interview so I consider myself as jobless. hehe. I am number 6 out of 7 siblings. I consider myself as adventurous but first I have to overcome my weight problem, that is because I cant do much when Im overweight!

My major problem is my love for food!

My major problem in weight issue is because my LOVE for food! yes, I eat everything that I want and I never leave my plate with food it is always empty and it goes to my belly. Parties and function is my favorite because I can eat a lot and the food is delicious.And I love cooking and baking. In my family, I am the only one who is overweight so I know its not because of my family background or anything.

My body shape is pear which I have larger hips and thighs. When I am in my ideal weight which is 65kg, I am active, I love outdoor activity so much. Then when I go study, I started to be fat because I make excuses not to work out and I eat so much fast food being a lazy bum. When I go to medical checkup, doctor warn me to get back in shape or I might face serious health problems.

That is my wake up call and my goal right now to get back being active and do things i love best that is mountaineering! I believe i can do it with my determination and Bizzy Body helps ;)

Why do I want to lose weight?

Last month, I have started taking care of myself, I control my food intake and start working out but I just know something is lacking and so happened one day as I browsed Kevin Zahri website(I love your page,thanks!), I come across this "Let's Challange Bizzy Body" and without a doubt i signed up and ready to see wonders to my body!

My Weight Loss Struggles:

YES! I dont remember when is the last time I look at the weight scale and not being worried. I have started being overweight since I finished my form 5. Since I was a little kid, I am not a skinny person but not that big, not that overweight. My weight start to rocket high when Im 18 years old and nothing to blamed but my eating habit.

...Since I was a little kid, I am not a skinny person but not that big, not that overweight. My weight start to rocket high when Im 18 years old...

Have I tried any Diet, fitness, slimming or supplement before?

Yes. as I could remembered, in year 2009 I have decided to get in shape so I do diets and work out. I dont take any kind of supplement but I do have some green tea. My activities mostly at gym and cardio workout (running,hiking,aerobics) as well as weight training and pilates. I have lost a total of 26kg's in 3 and half month but sadly I dont follow my eating habit after that because I think I did it and now I can eat what I want,rarely work out, I go crazy with carbs and sweets and then here I am today, being overweight, again!

And it is totally because I have lack of knowledge, and I do brutal diets that don't satisfy my self that is why its never work because I am "dieting" not change it to be a lifestyle.

What do I hope to achieve through Bizzy Body's treatments

I really hope that I could drop down 5kg or more because I am planning to follow my friends go to Kinabalu mount mybe early next year and also i am having my convocation this December so it would be great to lost few kgs! Also, I hope that Bizzy Body can reduce my "Super stubborn fat" at my hip and thighs area because that is the most fattest area in my body! help!


Health Talk with PUSPANITA - 12 Mitos Diet And Fitness

Was invited by Puspanita to conduct a health and wellness talk in conjunction for their Health Karnival on the 1st July 2011 at Kementerian Sumber Manusia (KSM), Putrajaya.

PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Visit http://www.puspanita.org.my for more info.

12 Mitos Diet Dan Fitness

The title of my talk was "12 Mitos Diet dan Fitness" which basically discussed 12 of the most common health and fitness myths. A couple sample questions were:

  • Genetik saya memang gemuk. Tak boleh buat apa! Bersyukur je lah dengan apa yang ada ..
  • "Perut aku dah buncit! Takpe esok. Aku nak buat sit-up lah …"

If you are interested to have your own health talk or corporate wellness program in Malaysia, do visit my corporate wellness section or download my wellness brochure.

Health and Diet Talk Pictures

Following are some pictures from the event.





























Let's Challenge Bizzy Body - Let's meet the lucky winners

As you all know, I have been working on a "Let's Challenge Bizzy Body" weight loss challenge throughout July - https://kevinzahri.com/bizzybody. We received over a 100 applicants but unfortunately we are only able to select 5 to enroll in the full program - with over RM2,500 worth of free slimming treatments by Bizzy Body.

Everyone else, however, will not go home empty handed. You should receive your mystery gifts worth over RM900 from Bizzy Body as well.

Let's meet the luck winners who will not only under-go the slimming treatments but also share their journey with everyone here at KevinZahri.com.

Nur Dina Ibrahim

Azura abd lazam

Teh Yen Shing

Nadia Fuaad

Priya Chandran


8 Tip Sihat Awet Mudah Cara Malaysia

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan untuk kekal aktif dan pada yang sama kelihatan awet muda. Kesibukkan tugas harian juga kadang-kadang membantutkan usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Berdasarkan perkongsian dan perbincangan dengan beberapa individu yang masih kelihatan muda dan aktif di usia lewat 40an saya yakin bahawa cara hidup dan pemakanan yang betul merupakan asas yang sangat penting.

8 tip awet mudah mudah untuk anda amalkan:

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

1. Tidur Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 - 8 jam setiap hari.

2. Bersenam Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.

3. Buah-Buahan & Sayuran Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Disamping khasiatnya yang sangat tinggi. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.

4. Minum Air Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.

5. Jangan Merokok Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6. Amalkan Pemakanan Seimbang Amalkan pemakanan seimbang didalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 

7. Tangani Tekanan Dengan Bijak Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi keishatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.

8. Berfikiran Positif Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Ini adalah tip-tip mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Sedikit sebanyak saya yakin tip-tip ini mampu memberi satu sinar baru untuk hari yang lebih baik.


10 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda

Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.

Ingin panduan tip diet ala gaya hidup di Malaysia? Dapatkan eBook "25 Tip Diet Untuk Kurangkan Lebih 25kg Setahun"

Terdapat lebih kurang 10 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

  1. 1.
    Soft Drinks / Minuman bergas
    Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.

    Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

  2. 2.
    Minuman Kedai Kopi
    Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o' atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.

    Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

  3. 3.
    Produk kaya tepung
    Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. 'Tepung yang diperkaya' menunjukkan yang tepung tersebut telah di 'bleached' dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

  4. 4.
    Roti, kek, dll
    Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.

    Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis 'tanpa lemak tepu' pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

  5. 5.
    Makanan / Minuman pek segera (instant)
    Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

    Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.

    Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

  6. 6.
    Makanan dalam tin
    Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

  7. 7.
    Makanan bergoreng
    Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.

    Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

  8. 8.
    Makanan segera
    Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

  9. 9.
    Snek buah
    Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.


Di sebalik label produk makanan.

Setiap barangan di supermarket atau kedai runcit pasti ada tertulis pada labelnya ‘free of..’, ‘good for..’, ‘low in..’ untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka. Ini sebenarnya menyukarkan pengguna untuk mengetahui mana satu makanan yang betul-betul baik untuk kesihatan dan mana satu yang sebaliknya. Gunakan ensiklopedia di bawah ini untuk belajar mengenai kebanyakan label makanan yang selalu di salah tafsir oleh pengguna.

Kurang Manis / Lightly Sweetened

Kebanyakan produk makanan yang menuntut makanan mereka kurang manis tanpa definisi ‘kurang manis’ yang formal.  Majoriti perkara ini dapat dilihat adalah pada label produk bijirin (cereal). Sebenarnya kebanyakan bijirin daripada produk mereka itu mempunyai lebih banyak jumlah gula yang digunakan daripada biasa. Sebagai contoh salah satu produk Keloggs yang menuntut sifat produknya adalah kurang manis tetapi sebenarnya gula yang terdapat pada 1 cawan bijirin dari Keloggs ini lebih banyak dari 1 hidangan biskut Oreo.

Sumber baik dari.. / Good Source of..

Sesetengah packaging mengatakan produk makanan mereka adalah sumber yang terbaik bagi sesuatu nutrisi. Ia bermaksud yang produk makanan tersebut mempunyai lebih kurang 10 – 19% daripada keperluan harian terhadap nutrisi tersebut. Dalam kata lain, anda perlulah makan makanan tersebut di antara 5 – 10 hidangan untuk memenuhi keperluan sebenar anda untuk nutrisi tersebut. Bukan hanya dengan sekali hidangan sahaja.

Kurang Lemak / Reduced Fat

Ini merupakan salah satu ayat yang paling banyak digunakan pada label sesuatu produk makanan. ‘Kurang Lemak’ ini bermaksud jumlah lemak dalam gram berkurangan sekurang-kurangnya 25%. Seronok bunyinya, kan? Masalahnya ialah, pengurangan lemak selalunya dibuat dengan pertambahan gula dan garam tanpa disebut pada label produk tersebut. Jadi, tiada keuntungan dari segi nutrisi yang boleh dibincangkan terhadap produk seperti ini.

Banyak jenis gandum / Multigrain

Ini bermaksud banyak jenis gandum yang digunakan dalam makanan tersebut seperti gandum, barli, beras, etc. Walaubagaimanapun, ia tidak menyatakan bagaimana tahap pemprosesan terhadap jenis-jenis gandum ini. Anda juga perlu berhati-hati dengan ‘roti gandum’ yang mungkin juga dibuat dari tepung gandum yang diwarnakan untuk menjadi lebih gelap. Satu-satunya yang boleh dipercayai apabila ia tertulis ‘100% gandum’ bermaksud tiada campuran sebarang tepung gandum yang diwarnakan.

Semulajadi / Natural

Istilah ini digunakan pada majoriti produk makanan. Pihak USDA iaitu United States Department of Agriculture tidak meletakkan apa-apa definisi kepada istilah 'semulajadi' dan tiada sebarang peraturan dalam menggunakan istilah ini. Ini bermaksud penggunaan istilah ‘semulajadi’ ini adalah tidak bermakna langsung dari segi nutrisi. Ia semata-mata untuk menarik perhatian pengguna sahaja. It's meaningless.

Percuma / Complimentary

Selalunya, kita mudah terlihat perkataan seperti ini: chips extra, free refills. Sebenarnya pemberian percuma makanan murah yang berkalori tinggi ini adalah taktik yang biasa digunakan untuk meningkatkan nilai pada makanan tersebut. Ingat, hanya sebab ia percuma tidak bermaksud ia tidak akan dikenakan sebarang kos dan harus diingat makanan seperti ini sebenarnya boleh menambah kalori dengan sangat pantas.

Kurang garam / Reduced Sodium

Sama seperti ayat ‘kurang manis’, garam ini juga berkurangan sebanyak 25%. Walaubagaimanapun, pengurangan garam hanya boleh dilakukan pada produk yang mengandungi tidak melebihi 140miligram bagi setiap hidangan.

0% Trans Lemak / Trans Fat Free

Pemproses makanan boleh menggunakan ayat ini pada label produk mereka sekiranya produk mereka mengandungi kurang dari 0.49 gram trans lemak bagi setiap hidangan. Dengan mengambil kira jumlah trans lemak harian yang memerlukan 2 gram trans lemak, 0.49 gram ini bukanlah jumlah yang sedikit. Jadi, kalau label yang anda baca mengatakan 0 g trans lemak, tidak ada jaminan yang makanan itu tidak mengandungi trans lemak sedikit pun. Oleh itu, baca bahan-bahan yang digunakan, kalau mereka ada menggunakan minyak yang dihidrogenkan (hydrogenated oil) sedikit atau separuh, bermaksud anda perlu mencari produk makanan yang lain.

Nota: Artikel ini bukan ingin menjatuhkan mana-mana produk makanan yang terdapat di sini. Ia hanya sebagai rujukan para pengguna supaya para pengguna lebih mengetahui maksud-maksud pada label makanan sebelum ia disalahtafsirkan.

 


Pentingnya serat dalam diet!

Serat merupakan komponen karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh badan manusia. Secara asasnya, ia terbahagi kepada 2, iaitu serat larut (soluble fiber) dan serat tak larut (insoluble fiber). Ia boleh didapati dengan banyak dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin (grains).

Fungsi utama serat, terutamanya dari jenis yang bagus seperti serat larut, ialah untuk melancarkan lagi pergerakan kumuh/tahi di dalam usus besar manusia. Memandangkan serat tidak boleh dicernakan oleh badan, maka ia tidak akan menyumbang kepada distribusi nilai kalori buah-buahan/sayuran/bijirin yang kita makan, walaupun ia merupakan sejenis karbohidrat. Ini kerana badan kita tidak mempunyai enzim yang mampu untuk mencernakan serat sebagai sumber tenaga. Pendek kata, serat tidak menyumbang apa-apa tenaga, tidak menyumbang apa-apa kalori kepada tubuh kita, dan lebih penting TIDAK menggemukkan.

oats

Serat adalah merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Disamping mengurangkan nafsu makan, ia memberi kita rasa ‘kenyang’ dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita. Makanan berserat juga memerlukan kita mengunyah dengan kadar yang lebih, membuatkan kita menikmati makanan lebih lama dari biasa, sekaligus mengelakkan tabiat makan secara berlebihan. Selain itu, kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka.

Oleh yang demikian, mereka yang berusaha untuk menurunkan berat badan harus sedar dan jangan sesekali untuk mengabaikan pengambilan serat dalam diet mereka. Cuba untuk menikmati sarapan yang tinggi serat seperti Oatmeal (bijirin oat), roti gandum penuh dan buah-buahan campuran kerana makanan seperti ini akan membuatkan anda kenyang sehingga waktu tengahari, disamping rendah nilai kalori, dan kebiasaannya tinggi kandungan vitamin dan mineral.

Berusahalah untuk makan sekurang-kurangnya 18g serat sehari. Berikut disenaraikan beberapa contoh buah-buahan yang tinggi kandungan seratnya.

Blackberries – (1 cawan = 74kcal): Secawan Blackberries mengandungi 10g serat

Pear – (1 medium = 103kcal): Sebiji pear membekalkan 5.5g serat

Strawberries – (1 cawan = 50kcal): Secawan strawberri mengandungi 3.8g serat

Epal – (1 medium = 80kcal): Sebiji epal mengandungi 3g serat

Pisang – (1 medium = 89kcal): Sebiji pisang mengandungi 2.6g serat

Buah-buahan

Beberapa contoh makanan lain yang tinggi kandungan seratnya pula adalah:

Lima Beans - Secawan Kacang Lima mengandungi 13.2g serat

Kacang Pea - Secawan Kacang Pea membekalkan 8.8g serat

Barli - Secawan Barli membekalkan 6g serat

Brokoli - Secawan Brokoli mengandungi 5.1g serat

Oat - Secawan hidangan oat mengandungi 4g serat

Walaubagaimanapun, pastikan anda minum lebih air ketika anda meningkatkan pengambilan serat dalam diet secara mendadak. Untuk permulaan, anda mungkin akan berasa ‘mual’ sekiranya tidak biasa menikmati makanan berserat dengan banyak. Usah khuatir kerana itu hanyalah gejala biasa. Setelah beberapa ketika, badan akan menyesuaikan diri juga dengan perubahan ini.


Suze Orman on Health, Wealth, and Happiness (with Jillian Michaels)

I recently came across an interesting read on Everyday Health.

The article features Jillian Michaels (Biggest Loser) and personal finance superstar Suze Orman for an exclusive, candid chat about her life's ups and downs, her achievements, and her new book, 'The Money Class.'

Interview with Suze Orman by Jillian Michaels

Following is part of the interview. Click here for the entire interview.

Suze Orman has been called many things: an uber brand, a pop culture icon, a New York Times best-selling author, an Emmy award winner, one of Forbes magazine's most powerful women in America, one of Time magazine's most influential people in the world, Oprah's money guru, America's money lady, and the list goes on. For me personally, she embodies all those things, but most importantly I am proud to call her a trusted friend and mentor.

It's for this reason that as I assumed my new role as "inspiration editor" for EverydayHealth.com, Suze was my first call. Every month I'll be doing interviews with some of the most … well … inspiring people in the world, and I knew that Suze would provide me with brilliant information while still being patient and tolerant enough to be my very first "celebrity" interview.

And so we begin on a Friday evening. She's just flown back to her home in Florida after wrapping up an exhilarating speaking engagement where she brought more than 600 inner-city teens to their feet in uproarious applause. This is the tail end of her book tour for her latest best seller, The Money Class. I presumed she'd be exhausted due to her breakneck schedule, but I was wrong!

In typical Suze fashion it begins with a smack-down. "Jillian, as your mentor I need to stress that whenever you are doing an interview and you are recording somebody you should get them on tape giving you permission to record." So without hesitation I ask, "Suze, do I have your permission to record?" "You most certainly do. Okay, go on, sweetheart," she replies. And now we are off to the races.

A little history lesson: I remember watching TV late one night and coming across one of Suze's PBS specials. This is when she hooked me. She told a compelling tale about how she went from rags to riches that left me feeling like I myself could conquer the world. So in case you missed it, this is where we begin…

Jillian Michaels: We have come to accept you as America's money guru, but that wasn't always the case. With so many feeling lost in life, can you share with us the path that led you to your true calling?

Suze Orman: That question can be answered in so many ways. But here is the story I think you are after. I went to the University of Illinois from 1969-1973, and after four years I decided I was going to strike out and see the world. I borrowed $1,500 from my brother Bobby and bought a used Ford Econoline van. I drove out to Berkeley, Calif., where I lived in that van on the streets for about four months. I didn't have enough money to pay for the first and last months' rent for an apartment until I landed my dream job as a waitress at the Buttercup Bakery. I worked there from the age of 23 to 30. So for seven years I worked for $400 a month as a waitress until I got this brainstorm that I could open my own restaurant.

I asked my parents for $20,000 and they didn't have that kind of money to give to me. I went to work the next day and Fred Hasbrook, one of the people I had waited on for seven years, came into the bakery and asked me, "What's wrong, Sunshine? You don't look happy." I told him the story. To make a long story short, all the people that I had been waiting on for all those years rallied together and gave me $50,000 to open up my own restaurant. I didn't know what to do with that money and they told me to go down and put it in a money market account with Merrill Lynch and let it sit there until I learned what to do to open up a restaurant.

Again to make a long story short the broker who took that money ended up trading it in one of the most speculative strategies around — the options market — and within three months lost all $50,000. I didn't know what to do so I thought, well, I can be a broker, they just make you a broker. So I went and I interviewed for a job at Merrill Lynch because I knew that I would never be able to pay back that $50,000 making $400 a month. They didn't have any women working for Merrill Lynch in the Oakland office at that time as stockbrokers, so when I ended up in the manager's office, this is what he said to me "Suze, women belong barefoot and pregnant. I will hire you, but you will be out of here in six months." So I asked him how much he was going to pay me to make me pregnant. When he said $1,500 a month, I said, I'll take it — and before you knew it I was learning how to be a stockbroker. To this day I think they hired me to fill their women's quota, but regardless I was on my way.

As I was studying to be a stockbroker I read what was known as the "you're your customer rule," which essentially stated that you could not risk a client's money if they could not afford to lose it. So in essence, what Randy, the stockbroker who lost all my money, did was illegal, because I couldn't afford to lose that money, so he shouldn't have risked it. When I told the manager that I thought Randy was a crook, he said, "That crook makes us a lot of money, so go and sit down and say nothing. Just keep studying, Suze."

At that point I thought, well, he told me he was going to fire me in six months anyway and at this point I was four months into it, so I decided that while I may still be relatively young and have time to pay back the money, what if this had happened to my mother or my grandmother? I did the only thing I knew to do. It would be easy to sit there and say nothing, but it would not have been right. So I ended up suing Merrill Lynch while I worked for them. Here is the great part: Because I sued them they could not fire me — who knew? By the time the case was to go to court I was their No. 6-producing broker in the Oakland office, and right around that time a new manager came in, looked at the case, settled out of court, and gave me back the $50,000 plus interest. I was able to pay everybody else back, and that is how I got my start in the business of investing.

Read the entire interview.


3 Kesilapan Semasa Bersenam

Bersenam adalah satu-satunya cara terbaik untuk membakar kalori yang kita ambil sepanjang hari. Tetapi, jangan biarkan kesilapan-kesilapan berikut berlaku semasa anda melakukan workout anda.

Kesilapan #1: Melakukan latihan senaman yang sudah terlalu biasa anda buat.

Apabila anda melakukan senaman yang sama setiap hari dalam setiap minggu, bukan minda anda sahaja yang membuat anda berasa bosan, malah otot-otot anda juga turut sama 'bosan'. Samada anda berjalan 30 minit sehari di kawasan perumahan anda atau membuat beberapa set latihan kekuatan yang sama setiap hari seperti latihan mengangkat dumbbell, selepas beberapa ketika, badan anda akan berhenti bekerja kerana sudah terlalu biasa membuat latihan yang sama, dan hasilnya akan sukar untuk dilihat.

Betulkan kesilapan: Cuba ubah bentuk latihan. Sesekali apa kata anda pergi mendaki bukit atau gunung pada hujung minggu daripada anda melakukan jogging atau berlari di atas treadmill yang anda telah biasa lakukan. Selain itu, cuba cari bentuk latihan kekuatan yang baru. Anda boleh dapat kebanyakan jenis latihan senaman daripada majalah, DVD, atau Youtube. Sebarang perubahan yang anda cuba lakukan dalam mencabar fizikal anda adalah sesuatu yang dapat memperbetulkan kesilapan anda itu.

Kesilapan #2: Anda menjadi obses terhadap latihan kardio.

Benar senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan anda, tetapi jika anda tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan anda perolehi, tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan anda akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Itu adalah sangat penting terutamanya bagi anda yang sudah meningkat usia.

Bermula pada usia 30-an, wanita kebanyakannya akan hilang berat badan dan otot (muscle) sebanyak kira-kira 0.23kg (0.5 pound) setiap tahun. Lelaki pula biasanya akan mempunyai otot lebih lama, tetapi akan mula kehilangan otot dengan kadar yang tinggi bermula usia 60 tahun. Oleh kerana otot biasanya dibakar melalui pembakaran kalori walaupun ketika sedang berehat, kehilangan otot ini akan menyebabkan penurunan metabolisme. Inilah salah satu sebab utama mengapa kita dapat melihat simptom penuaan bermula pada usia 40 tahun.

Betulkan ia: Cuba sertakan latihan kekuatan pada hari anda melakukan kardio. Angkat berat sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kesilapan #3: Anda stuck di zon pembakaran lemak.

Jika anda menggunakan treadmill, eleptical, atau mana-mana machine kardio di gim, anda mungkin dapat melihat satu programming di mana ia mempunyai option untuk memilih zon ‘fat-burning’. Berdasarkan fakta, pada intensiti yang lebih rendah, tubuh anda akan membakar peratus lemak yang tinggi! Sounds great, right? Anda tidak perlu bekerja lebih dan anda dapat mengurangkan lemak di perut, pinggul dan peha anda dengan cepat.

Tapi jika anda fikir bentul-betul, pada penggunaan tenaga badan yang rendah, badan anda akan membakar lemak dengan peratus yang lebih tinggi berbanding karbohidrat, tetapi secara keseluruhan ia masih membakar kalori dengan jumlah yang sedikit.

Contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 68kg yang berjalan di atas treadmill pada kelajuan 5km/sejam, sebanyak 112 kalori akan dibakar dalam masa 30 minit. Pada kadar penggunaan tenaga yang sederhana ini, wanita itu telah membakar separuh kalori yang didapati dari lemak atau sebanyak 56 kalori lemak. Sebaliknya, jika dia melakukan workout selama 30 minit pada kadar 6km/sejam, hanya sebanyak 40% kalori berkemungkinan dari lemak yang akan dibakar. Tetapi perlu diingat, secara keseluruhannya dia akan dapat membakar sejumlah 170 kalori dalam masa 30 minit. Oleh itu sebanyak 68 kalori dari lemak yang akan terbakar. Ini bermaksud, jumlah pembakaran kalori dari lemak adalah lebih tinggi pada intensiti latihan yang lebih tinggi.

Betulkan ia: Bakar lebih banyak kalori dan jadikan kalori yang dibakar itu adalah kalori daripada lemak di dalam badan dengan menambah kesuluruhan usaha dan intensity latihan. Cara yang terbaik adalah melakulan latihan yang berintensity tinggi berselang seli dengan intensity atau kelajuan yang perlahan.


KevinZahri.com Exclusive: Win RM2500 Worth Of Slimming Treatments from Bizzy Body

This is a KevinZahri.com exclusive promotion in collaboration with Bizzy Body - The Slimming Expert.

Do you want to win RM2500 worth of free weight loss treatments? Well who doesn't!? Well before I go into details, what are your views on slimming centres? Do they work? Are the testimonials truthful? Ask anyone about slimming treatments and you will probably get all kinds of remarks and feedback - both positive and negative.

What are my views? For those who have read my books and weight loss ebooks, I have no problem with slimming centers as long as you - the consumer, is aware and educated about the procedures etc. End of the day, there is no substitute for a decent diet and exercise regime.

...Check out one of my recent article on Malaysian Slimming Centres ...

So Lets Challenge Bizzy Body and their "Lose 5kg in 8 Days" Campaign

Bizzy Body just recently launched their "Lose 5kg in 8 Days" campaign and if so confident that they kindly agreed to sponsor 5 individuals to receive customized weight loss treatments worth RM2500!

What is the catch? Well none really. Those selected will be required to share their experience, photos and testimonials directly here at KevinZahri.com. This way you can be sure that their testimonials are genuine and truthful.

How to enroll and get RM2500 worth of weight loss treatments? To enroll and more information, just head on over to kevinzahri.com/bizzybody