Anuar Amin: Saya Berjaya Kurangkan 10kg dalam masa 10 minggu

Dapatkan eBook Anda!

Berikut adalah soal jawap dan kisah kejayaan pengurangan berat badan En Anuar Amin yang bertugas di plantar minyak dan gas Petronas:
1) Kenapa anda teringin kurangkan berat badan?
Sebab kerja saya memerlukan saya berada dalam berat badan ideal. Saya kerja di plantar minyak dan gas. Petronas menetap kan syarat yang agak ketat untuk pekerja luar pantai. Jadi saya fikir saya perlu bermula dari sekarang untuk turun kan berat badan.
2) Sebelum ini pernah cuba kurangkan berat badan?
Pernah cuba tapi tak berjaya sebab masa tu tak ada pengetahuan tentang DCR (Daily Calorie Requirement). Masa tu cuma jogging jer. Berat tak turun-turun jugak sebab makan macam biasa.
3) Apa kejayaan penurunan berat badan yang anda perolehi?
Setakat hari ini 10kg dalam masa 10 minggu. Berat asal 85kg dan hari ini 75kg.
4) Bagaimana anda mencapainya?
Saya setuju dengan Kevin dan telah gunakan panduan ebook 5kgs in 5 weeks. Saya dah guna buku tu dan berjaya.
Pada mulanya tinggi saya 175 cm dan berat lama sebanyak 85kg. Memang bukanlah berat badan ideal. Jadi melalui panduan eBook, saya belajar macamana nak kira Keperluan Kalori Seharian (DCR) dan dari situ saya kurangkan makan dan lakukan regular exercise.
Berikut adalah cara saya kurangkan makan:

  • 6-7 am = sesudu madu+air suam
  • 7am = seketul roti berinti + air suam
  • 9am= Nesvita 3 in 1
  • 12 noon= Nasi pinggan standard + lauk+ sayur + air suam
  • 3pm = buah (eg sebiji epal or oren)
  • 5-6pm = a cup of coffee
  • 6-7pm (walk-5min, jog-20min, walk-5min total = 30 min then streching)
  • 8-9 pm = segelas susu rendah lemak (marigold) + 4 keping biskut cream craker

Selain itu saya amalkan banyakkan minum air kosong (tiada kalori). Yang penting sekiranya matlamat anda adalah turunkan berat badan, perlu ada usaha. Motto saya - no pain no gain. Jangan give up. Berat saya sekarang 75kg. Saya berjaya turunkan 10kg dalam 10 minggu.

Berat saya sekarang 75kg. Saya berjaya turunkan 10kg dalam 10 minggu.


5) Apa pesanan/tip anda untuk orang di luar sana?
Baca eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu Kevin..dengan ilmu saya pasti akan berjaya...percayalah pada diri sendiri...ketahui berapa calori yang perlu anda ambil.... banyakkan minum air kosong... matlamat = turunkan berat badan,motto = no pain no gain...jangan give up... .Good luck...I wish you all the best
Regards,
Anuar Mat Amin


5 Tip Untuk Mulakan Program Kecergasan

Oleh Hafiz Mahadzir
Adakah anda sedang berfikir untuk memulakan latihan kecergasan? Bagus! Anda cuma perlukan 5 langkah kearah gaya hidup yang lebih baik.
Apa saja yang anda lakukan, pastikan anda mendapat maklumat yang diperlukan secukupnya. Secara umum, aktiviti fizikal ini mampu untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik, memperbaiki koordinasi dan keseimbangan badan. Malah satu faktor yang paling sinonim dengan aktiviti fizikal ialah mengurangkan berat badan...

Tip 1: Nilai tahap kecergasan anda

Anda mungkin tahu sedikit sebanyak keupayaan tubuh badan. Tetapi dengan melakukan sedikit catatan asas sebagai permulaan dapat membantu anda mengetahi sejauh mana keupayaan anda di masa depan. Anda boleh mulakan catatan dengan:

  • Denyutan nadi sebelum dan selepas berjalan sejauh 1.6km
  • Tempoh masa yang diambil untuk anda berjalan sejauh 1.6km
  • Berapa banyak tekan tubi yang boleh anda lakukan
  • Berat badan anda
  • Ukur lilit pinggang

Tip 2: Rancang program kecergasan anda

Mungking mudah untuk kita bersenam setiap hari. namun perlu diingat kualiti setiap latihan adalah sangat penting dan bukannya kuantiti latihan. Ini adalah langkah untuk merancang program anda:

  • Sasarkan matlamat - adakah anda ingin turunkan berat badan? atau adakah anda ingin menyertai marathon? Sasaran yang jelas ini sedikit sebanyak membantu ada menilai pencapaian anda.
  • Lakukan pada keupayaan anda - Jika anda baru memulakan aktiviti kecergasan, mulakan dengan kadar yang sederhana. Jika anda pernah terlibat dengan sebarang kecederaan atau dibawah pengaruh ubatan, sila rujuk kepada mereka yang berkelayakan untuk membantu anda. Jurulatih peribadi boleh membantu anda merangka program yang bersesuaian.
  • Rancang untuk pelbagaikan aktiviti - mempelbagaikan aktiviti ini mampu mengelakkan anda dari rasa bosan dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan.
  • Sasaran yang logik - Anda perlu meletakkan satu sasaran yang logik untuk dicapai. Bukan sasaran yang dipengaruih oleh faktor sekeliling semata-mata

Tip 3: Sediakan keperluan bersukan anda

Keperluan asas untuk bersukan ialah kasut. Pilih kasut yang bersesuain dengan aktiviti yang anda pilih. Harga dan jenam bukanlah ukuran. Keselesaan adalah keutamaan. Keperluan lain seperti baju dan seluar juga adalah bergantung kepada kesesuaian aktiviti anda. Keselesaan dapat mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam.

Tip 4: Mulakan

Setelah melakukan persediaan yang diperlukan, sila ikuti langkah2 mudah ini:

  • Mula dengan kadar yang sederhana - Anda boleh mulakan senaman dengan berjalan secara perlahan dan sedikit regangan.
  • Kreatif - latihan anda mungkin merangkumi berjalan, berenang atau berbasikal. Selain dari latihan-latihan ini, anda juga boleh memilih satu hari pada hujung minggu utuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama rakan atau keluarga.
  • Dengar tubuh anda - Jika anda rasa sakit, loya dan sesak nafas, ambil sedikit masa untuk berehat. Mungkin badan anda belum bersedia untuk menerimanya.

Tip 5: Awasi tahap kemajuan anda

Ambil semula kiraan asas kecergasan anda selepas 6 minggu. Anda akan dapati ada sedikit peningkatan. Adalah sangat mustahak untuk anda selalu berfikiran positif dan membuat sasaran yang logik untuk dicapai. Jangan terlalu obses membandingkan kemampuan diri anda dengan orang lain.


Benarkah Nasi Lemak Punca Obesiti?


Oleh Izwan Zakaria
Beberapa minggu lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat cadangan supaya penjualan nasi lemak di kantin sekolah dihadkan kepada sekali sahaja seminggu.
Selepas cadangan itu diketahui orang ramai, banyak organisasi dan persatuan menyuarakan pendapat mereka yang kebanyakkannya tidak setuju dengan usul tersebut. Pertama sekali, sudah tentu
perniagaan kantin dan juga pengusaha nasi lemak akan terjejas jika cadangan ini dilaksanakan. Ramai juga berpendapat bahawa nasi lemak itu bukanlah musuh utama yang perlu diperangi, tetapi kesedaran
masyarakat tentang ‘pemakanan sihat’. Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?

...Tetapi, persoalan yang paling utama di sini benarkah nasi lemak punca utama kenapa murid di sekolah kita mempunyai risiko yang tinggi mendapat obesiti?...

Saya masih ingat dahulu zaman semasa saya masih bersekolah. Setiap pagi saya akan singgah ke kantin dan jamah dulu sebungkus nasi lemak dengan kawan-kawan sebelum sesi kelas bermula. Kadang-kadang kalau tak cukup sebungkus saya akan makan lagi sebungkus. Bila tiba waktu rehat, saya akan berlari pergi ke kantin yang sama dan makan sepinggan lagi nasi (bersama dengan rakan-rakan yang sama). Apabila tamat waktu persekolahan dan sampai ke rumah, ibu saya akan hidangkan nasi dan lauk untuk hari tersebut. Selalunya, saya sudah kenyang sebab sudah makan nasi dua kali di sekolah tapi ibu saya selalu berpesan, "Sebutir nasi itu ibarat setitik peluh petani, tak baik membazir".
Disebabkan tidak mahu mengecewakan ibu saya, saya akan habiskan juga nasi itu. Sudah tentu bila tiba waktu makan malam, saya akan dihidangkan dengan nasi lagi bersama dengan hidangan lain.
Begitulah selalunya rutin pemakanan saya semasa saya bersekolah. Saya juga tidak bersenam dan hanya habiskan masa dengan bermain komputer dan menonton TV.
Bila saya sambung belajar di universiti, saya mula sedar mengapa saya gemuk. Saya tidak tahu langsung apa itu ‘kalori’, ‘lemak’ , ‘karbohidrat’ dan sebagainya. Saya cuma tahu yang kita perlu makan kalau lapar dan membazir makanan ialah suatu perkara yang tidak baik.

Jadi salahkah nasi?

Saya tidak ada niat untuk menuduh nasi sebagai punca kenapa saya gemuk mahupun ibu saya kerana mengingati saya supaya menghargai titik peluh petani.
Tetapi, saya rasa murid-murid di sekolah pada hari ini juga mungkin mengalami dilema yang sama seperti saya dahulu. Kemungkinannya mereka tidak tahu berapa jumlah kalori di dalam sebungkus nasi
lemak. Saya juga yakin kemungkinan ibubapa mereka juga tidak tahu berapa jumlahnya.
Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese. Obesiti hanya akan berlaku apabila kita makan secara berlebihan lebih dari apa yang badan kita perlukan.

Nasi lemak bukan faktor utama kenapa seseorang menjadi obese.

Kerajaan perlu mengajar murid-murid di sekolah mengenai makanan. Satu subjek baru patut diwujudkan dan silibusnya meliputi topik-topik mengenai ‘apa itu kalori’, cara memilih makanan sihat, kepentingan senaman dan sebagainya. Kalau kita boleh ajar murid mengira, membaca, sudah tentu kita boleh ajar murid bagaimana untuk hidup dengan sihat bukan?

Akhir kata

Akhir sekali, semua pihak perlu mengambil langkah positif dalam melihat semula cara hidup dan budaya pemakanan kita. Kerajaan boleh hadkan penjualan nasi lemak di kantin tetapi nasi lemak masih tetap
lagi dijual setiap hari di gerai, warung, di restoran mamak, di tepi jalan. Kalau kita boleh didik generasi muda mengenai makanan, kita tak perlu risau dan takut terhadap nasi lemak sebab ia bukanlah musuh
kita, tetapi makanan tradisi kita. Musuh kita sebenarnya ialah kelalaian kita sendiri apabila kita alpa dan tidak mahu mengambil langkah untuk berubah ke arah yang lebih sihat.


I am hiring: Full-time, part-time, intern and/or freelancers

Update 29th April: Thanks for all the applicants. I will try and reply to each one of you over the weekend. FYI, I received sooo many applicants ... thanks for your support and interest :)

Hello everyone,
There has been a lot going on here in my health and fitness world. Even more so with the addition of the upcoming RakanSukan.com project and Cekodok.com phase 2 upcoming launch. So here I am looking for the following positions:

  • Writer/Translator/Blogger: I am looking for 1-2 people to help me translate my ebooks from English to Malay, translate and write health and wellness blog posts for KevinZahri.com, Cekodok.com and other projects I may have. This position is suitable for internships or work-from-home part-timers. Must have good writing skills dalam Bahasa Malaysia and mahir dalam penggunaan tools seperti Wordpress, Facebook dan lain-lain.

    Intern/Part-time Salary: from RM500 per month. Full-time: from RM1,200

  • PR/Marketing/Business Development: Am looking for an experienced PR and marketing person to help me with sponsor relations, media and other activities. Will also be the main contact for corporate wellness talks and other services. Must have good communication and writing skills. Must be able to work independently. Can be a full-time or part-time position.

    Part-time: Retainer + Commission. Or Full-time: from RM2,500 + Commission.

  • Event Planner Executive: Looking for a pro-active full-timer or part-timer who can help me plan, organize and execute public health seminars, events and corporate wellness programs. Again can be project basis, full-time or part-time.

...Interested or want to know more? Sila hantar email kepada saya di sales[@]kevinzahri.com atau hubungi saya online.


Ulasan Produk: Gelang Tangan Magnet AC Mizal

Hmmm dua minggu lalu I reviewed Herbalife - I shared kebaikkan dan keburukan. So jadi hari ini saya ingin review produk sensasi dan kontroversi - gelang tangan magnet Ac Mizal.
Since laman web AC Mizal Konsortium is ironically under construction, some of the images yang saya guna adalah daripada blog Aididleaks

Kebaikan gelang tangan mangetic

Pada pendapat saya, gelang tangan magnetic sebagai pengubat atau penawar penyakit memang merepek. Kalaulah ada kebaikkan sekalipun, I would bet it is more psychological than anything else. Seolah-olah macam baju yang cantik. Apabila anda dress up dengan baju terbaik, anda rasa hebat dan yakin - kurang stress. Gelang tangan may have that same psychological effect on your mind. Macam tipu diri sendiri. So a healthy mind leads to a healthy body? Hmm terpulang lah. But definitely, there is no short cut to a better health.
Tapi apa2 pun berikut adalah claims kebaikkan gelang tangan AC Mizal daripada website mereka sendiri:

...well kalau anda kaji internet tentang apa teori sekalipun, tentu ada saintis yang kata A dan ada yang kata B... termasuk gelang tangan magnetic. Lagi-lagi apabila saintis tersebut diambil kerja oleh pihak berkenaan. Kalau anda tonton cerita Thank You for Smoking, than you know what I mean.

5 Perkara yang anda perlu tahu tentang gelang tangan.

Ok yang ini bukan sahaja limited untuk gelang tangan AC Mizal tetapi gelang tangan magnet secara keseluruhan. Tapi gunakan produk AC Mizal sebagai contoh, berikut konon-kononnya adalah claims kebaikkan gelang tangan

  1. 1.
    Ia gelang tangan ... magnet! All the so called scientific claims adalah kajian am semata-mata dan tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak. If katakan you feel better selepas memakai gelang tangan tersebut, I would bet that itu adalah kesan pychological just like a placebo.
  2. 2.
    Ubati tekanan darah tinggi? Memang tak lah. Kalau anda tidak pandai mengawal pemakanan, gaya hidup dan sistem kardiovaskular anda, jangan harap mana-mana gelang tangan boleh membantu. Tiada jalan ringkas untuk mengawal kesihatan diri.
  3. 3.
    Ubati arthritis pada hips dan lulut? Hmmm well yes and no. Ada kajian yang mengatakan bahawa pemakai gelang magnetik dapat membantu kurangkan sakit pada sendi2. Tapi ada pendapat lain bahawa ia bukan kerana memakai bracelet tapi kerana placebo effect. Sanggupkah anda belanja RM1,000 to find out?
  4. 4.
    False Claims. Kalau anda google phrase "magnetic bracelet", anda akan bump across pelbagai laman web yang mengatakan bahawa gelang tangan magnetic ini adalah satu scam - penipuan. AC Mizal sendiri pun tergolong dalam kontrosersi yang sama.
  5. 5.
    RM1000 untuk gelang tangan magnet!? Hmmm saya kesian dengan pengguna yang membeli gelang tangan tersebut cause memang melampau. Most magnetic bracelets harganya dalam RM200-400, kenapa yang ini pula sampai RM1,000? Well 1. kerana ia MLM di mana profit sharing melibatkan pelbagai pihak, jadi perlu increase margins and 2. kerana ia dipasarkan oleh orang terkenal. Jadi ada premium.

Rumusan: Tiada kajian kerajaan di Malaysia mahupun di USA menyahkan keberkesanan gelang tangan magnet. Malah di US, pemasaran therapy gelang magnet sangat terkawal. Syarikat di US tidak dibenarkan untuk membuat mana2 medical claims melainkan ia diiktirak dan disahkan oleh kajian saintifik yang sah. Tapi kalah anda nak beli jugak untuk RM1,000 itu hak anda. In Malaysia malangnya kawalan advertising dan marketing is very longgar.


Adil 20kg Weight Loss Story: Mr Obese No More!

  • Name: Adil Affandy Othman
  • Goal: Weight Loss
  • Achievement: Lost 20+ kg in less than a year.

Start Your Own Weight Loss Journey

My body had always been on the heavier side since I was 9. When I hit secondary school in 1991, my waist was already measuring 36 inches. By the time I hit 15, I was already 100 kg. At that age, I was already obese. I had tried numerous efforts since then to lose the extra kilos, but unfortunately with no permanent results. At some points, I managed to lose 5 kg only to regain 7 kg shortly after that. I eventually gave up on losing weight and began to accept my body as it was.  
My trigger point came in middle of last year when I had swelling on both ankles at the same time, the effect of a simple injury that happened many years back. My ankles were very weak and even a short walk would end up with swelling. The doctor put me on crutches and I could not move around easily. At that time (around June 2010), my weight was 109.0 kg. The doctor at the hospital told me in an unsympathetically tone:

If you don't start losing some weight and take on a healthy lifestyle, I can guarantee that when you turn 40 in eight years' time, you will be on wheelchair permanently".

The statement hit me on the face and served as a wake-up call from a long dream. With my wife's support, I embarked on a total transformation journey.
I signed-up for a gym near my house and purchased eight personal training sessions (as at present I still have another two more sessions to complete). In the beginning, I committed myself to three sessions per week, combining both cardio and strength training in each session. It was not easy for me at first to start exercising as I was very self-conscious on how I look. But hey, nobody at the gym gave me a weird look so the self-esteem factor diminished immediately.
I did a lot of research over the internet for tips on healthy lifestyle, including the right food consumption guide. I stumbled across Kevinzahri.com and Cekodok.com - these two websites that basically became my major source of reference.
I have avoided white rice for the past six or seven months, but always ensure that I obtain my carbohydrates from other healthier sources. I used to hate consuming vegetables, oats, mueslis, granula bars and milk. But now, these foods are part on my daily intake that I can't live without. Mind you, it took 66 days for this to become a permanent habit. Instead of consuming three large meals a day, I now consume six smaller meals with three to four hours apart. 

...Instead of consuming three large meals a day, I now consume six smaller meals with three to four hours apart...

From 109kg to 88kg in less than a year.

The results from my transformation journey did not come overnight or even a week. It was slow at first, but after a month or so, the results finally came in. From a potato couch that weighed 109.0 kg in June 2010, I managed to take it down to 90.0 kg in February 2011. And now at the end of March, the weight is between 87.5 kg to 88.0 kg (depending on the time of the day and my food intake).
I am still far away from achieving my ideal weight target. But I am happy that I have inspired a lot of people from my circle of families, friends and colleagues to embark on a healthier lifestyle. Even my doctors look at me with envy and ask about the secrets to my weight lost. Well friends, the secrets had always been well-known facts for ages!!!

My advice to you:

The key points to ensure your success:

  1. Never, never, never give up;
  2. Do it right from the first step;
  3. Do your homework (learn about calories, portion control and nutrition);
  4. If you can afford it, seek help from family, friends and professionals (e.g. Personal trainer); and
  5. Remember that it is not a temporary change, but it is a life long commitment for a healthier lifestyle.

Asian Obesity Rankings: Malaysia in Top 5!

Was doing research recently on global obesity statistics and found some interesting research material done by OECD - an international organisation helping governments tackle the economic, social and governance challenges of a globalized economy.
Following are some cool statistics.

Global obesity Statistics.

Don't see Malaysia on this list. Probably just selected countries.

Daily energy consumption.

This means that the average Malaysian adult consumes some 2900 calories per day - and if you have been reading my How to lose 5kg in 5 weeks eBook, you know that that is way too much and the reason for weight gain and obesity.

Overweight percentages in Adults - Malaysia 4th highest!

Well, the figures speak for themselves.


Ab Workout Video with me and Sarah Lian for ESPN's MyEG Xtra Time

Following is a video from my weekly exercise slot with Sarah Lian for ESPN's MyEG Xtra Time. This episode is called Sarah Lian's Abacadabra Workout. Its pretty funny but hopefully in-between all the balls, you can learn a lil.

... catch me on ESPN's MyEG Xtra Time every Friday at 8pm...


Ab Workout Video with me and Sarah Lian for ESPN's MyEG Xtra Time

Following is a video from my weekly exercise slot with Sarah Lian for ESPN's MyEG Xtra Time. This episode is called Sarah Lian's Abacadabra Workout. Its pretty funny but hopefully in-between all the balls, you can learn a lil.

... catch me on ESPN's MyEG Xtra Time every Friday at 8pm...


students-obesity-malaysia

Obesity Among Malaysian Students: Who is at fault?

In response to Kementerian Kesihatan Malaysia's (KKM) statement to enforce BMI to be listed in report cards and my recent discussion on this very topic on Astro Awani, I just want to share my view on this topic - Rising Obesity Among Malaysian Students.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti.

I really do not understand Kementerian Kesihatan Malaysia's obsession with BMI (Body Mass Index). BMI here, BMI there. We all know what it is but do you really think that parents need to see their kids BMI to tell them that they need to lose weight? If they truly are their parents and see their kids daily, they don't need anyone telling them that their kids are underweight, normal or obese. Why? Coz its right in front of them.
BMI is such a primitive way to gauge someone's weight to health ratio. Its too simplistic. Is does not consider the students bodytype, muscle mass etc. Read more about BMI and Apakah Berat Badan Anda Yang Ideal.

So why are Malaysian students overweight?

That is the real question. Let's break it down and see who is responsible and what can be done.

...To parents: your children's well-being is your responsibility. Making sure they eat well is your responsibility. Putting rules in place, going out to play, outdoor activities, leading by example all are your responsibilities..

  • Student: Is the student at fault? Well yes and no. I would not blame primary students for lack of awareness or know-how as they purely reply on the guidance of those around them. BUT for secondary students, they should know better and be the first to realize that they ought to do something about their weight and appearance.
  • Parents: Of course you are at fault. Parents should never use their careers as an excuse. Your children's well-being is your responsibility. Making sure they eat well is your responsibility. Putting rules in place, going out to play, outdoor activities, leading by example all are your responsibilities.
  • Teachers: Well they are educators but I would not place weight management for students as their responsibility. It is a bonus if they take a personal and pro-active interest in a students weight. But if a student comes up to you and asks "Teacher, teacher ... how do I lose weight?", you should or rather must know the answer.
  • Kantin sekolah: Well yeah but they are a commercial entity and will supply what is in demand. That is the cruel reality. A solution? Well either limit the food options to mainly healthy options so that the canteen operator can still make a decent profit and/or municipalize (opposite of privatize) the whole canteen so that everything is controlled by the schools.
  • Facebook: Well not FB but rather the whole internet revolution, gaming and technology is probably to blame for an ever so dormant lifestyle. What to do? It is what it is but here again, parents and students must find activities, set rules to balance their lives.
  • Government? Well I don't think it is fair to put all the blame on the government. The responsibility to stay healthy is ours. But if I were to raise a concern, it is that our education system DOES NOT encourage all students to be active. I have blogged about this numerous times. This probably is the joint responsibility of the Health, Sports and Education Ministries.

The bottom line is ...

If you are a teacher, parent or student and are reading this article, to overcome obesity, you need to be in control! This means you need to know 1) what caused it and 2) how are you going to take control and overcome it. This requires know-how.
The bottom line, if a child comes up to you and asks "How do I lose 5kg?" .... you should know and answer "well, 5kg adds up to 38500 calories. Now if you want to lose that many calories, you need to come up with a proper weight loss plan that may involve a better meal plan, exercise or a combination of the two".


Harian Metro: Apakah sarapan yang biasa bagi Kevin Zahri?

APAKAH sarapan yang biasa bagi Kevin Zahri? "Saya jarang makan nasi lemak waktu pagi sebaliknya rutin saya biasanya bijirin dan susu atau roti dan telur. Saya penggemar roti. Dua keping roti dan tiga biji telur yang saya buang separuh kuningnya sudah melengkapkan keperluan pagi saya.
"Ada karbohidrat, protein (putih telur) dan sedikit lemak (kuning telur),” kata pakar pemakanan dan kecergasan itu.
Menurutnya, kira-kira 90 peratus individu yang mahu mengurangkan berat badan tidak tahu keperluan kalori diri sendiri.
"Sarapan tidak penting berdasarkan jenis makanan kerana apa yang penting adalah kandungan khasiatnya.
“Setiap pemakanan tidak kira sarapan, makan tengah hari atau makan malam, juga kudapan seboleh-bolehnya perlu seimbang,” katanya.
Daripada segi khasiat atau nutrisi mikro, makanan yang dimaksudkan seimbang perlu ada karbohidrat, protein dan lemak. Rationya tidak sama kerana apa yang paling penting daripada ketiga-tiganya ialah karbohidrat. Mungkin 55 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan selebihnya lemak.
"Ramai yang menganggap karbohidrat perlu dikurangkan tetapi hakikat sebenarnya ia nutrisi asas yang diperlukan dan kepentingan utama bagi keperluan badan pada setiap sesi makan.

...Ramai yang menganggap karbohidrat perlu dikurangkan tetapi hakikat sebenarnya ia nutrisi asas yang diperlukan dan kepentingan utama bagi keperluan badan pada setiap sesi makan...

"Karbohidrat sering dikatakan patut dikurangkan untuk menurunkan berat badan. Ini tidak sepatutnya berlaku jika kita tahu keperluan dan jumlah diperlukan badan pada setiap sesi makan.
"Ramai yang makan lebih daripada 55 peratus contohnya 70 atau 80 peratus karbohidrat pada setiap sesi makan. Itu yang sepatutnya dikurangkan bukannya membuang terus daripada pengambilan makanan,” katanya.
Mengambil apa saja secara berlebihan tidak elok pada kesihatan badan walaupun protein, karbohidrat atau serat.

Karbohidrat ada di mana-mana

"Karbohidrat ada di mana-mana misalnya dalam roti, gula, air oren, pasta, mi atau roti canai. Kita mungkin mengambil terlalu banyak karbohidrat tanpa disedari, jadi itu yang perlu diawasi dan dikurangkan,” katanya.
Ratio pengambilan makanan seimbang tidak semestinya tetap iaitu 55 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan 15 peratus lemak.
"Mungkin ada yang mengam?il kira-kira 60 peratus karbohidrat, 20 peratus protein dan 20 peratus lemak. Apa yang penting, karbohidrat mesti nombor satu, diikuti protein dan lemak untuk memperoleh makanan.
"Paling penting setiap individu tahu keperluan kalori mereka sendiri kerana setiap orang berbeza keperluannya berdasarkan berat, tinggi, umur dan jantina,” katanya.
Sarapan sangat penting tetapi ramai yang membuang jadual itu daripada rutin harian mereka. Ramai juga yang tidak faham dan tahu keburukan meninggalkan sarapan.
"Selalunya orang yang tidak mengambil sarapan menyangka mereka mudah menguruskan berat badan tetapi sebenarnya ada beberapa keburukan.
"Keburukan paling utama adalah metobolisme badan akan menurun kerana badan yang tidak mendapat tenaga pada waktu pagi akan cuba untuk menyimpan tenaga simpanan dengan mengurangkan metobolisme.
"Produktiviti akan berkurangan dan rasa cepat penat kerana pembakaran kalori kurang berbanding jika mengambil sarapan,” katanya.
Keburukan kedua, apabila waktu semakin tengah hari, nafsu semakin bergelora kerana tersangat lapar dan mungkin makan lebih banyak daripada sepatutnya. Ia juga mendorong kita membuat pilihan kurang baik mengikut selera dan nafsu semata-mata.
"Seelok-eloknya orang yang mengawal berat badan kena mengamalkan makan lima atau enam kali sehari iaitu sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan, makan malam dan kudapan tetapi dalam kuantiti bersesuaian.
"Setiap individu sangat penting mengetahui keperluan kalori sehari. Sekiranya tidak tahu keperluan kalori, bagaimana hendak menga?al kemasukan makanan?
"Kita harus tahu khasiat yang dimakan dan mengagak kandungan kalorinya tetapi tidak perlu terlalu tepat,” katanya yang memberikan contoh roti jenama High 5 yang menyediakan fakta khasiat.

Roti bagi Kevin adalah pilihan yang baik dan mudah untuk sarapan.

"Sebenarnya sarapan yang terbaik adalah yang disukai oleh kita sendiri. Cuma, roti mudah dan cepat bagi ke?daan masyarakat kita yang mengejar masa.
"Kita juga perlu tahu perbezaan antara roti putih dan roti gandum penuh. Sekiranya mahukan tenaga cepat, roti putih lebih baik.
"Karbohidratnya lebih ringkas dan mudah dihadam, kita pula cepat mendapat kandungan glukosnya. Roti gandum penuh lebih susah dihadam kerana ia karbohidrat kompleks dan mengandungi serat, sesuai untuk mereka yang mahukan tenaga berterusan.
"Untuk yang bekerja di pejabat, roti gandum penuh boleh menjadi kudapan yang memudahkan supaya mendapat tenaga berterusan.
"Dua keping roti, sapu dengan tuna atau minum susu sedikit sudah menjadi kudapan yang baik. Ini dapat mengawal nafsu makan pada tengah hari,” katanya.
Roti juga sesuai bagi kanak-kanak kerana manusia sama ada dewasa atau kecil tetap memerlukan khasiat yang sama iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Cuma keperluan jumlah kalori kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa.
"Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak mendapat khasiat sewajarnya. Sekiranya ibu bapa sentiasa menyediakan makanan ringan di rumah untuk diambil sepanjang masa, ini sukar mengawal kesihatan yang baik," katanya.

Ramai yang suka menggantikan nasi dengan roti. Ia adalah mitos yang paling popular walaupun sebenarnya ia tidak menyumbang apa-apa perbezaan.

"Menggantikan roti putih dengan roti gandum penuh adalah lebih baik kerana roti gandum penuh tidak mengeluarkan glukos secepat nasi.
“Nasi lebih kurang sama dengan roti putih kerana paras glukos akan naik lebih cepat. Penghidap kencing manis tidak mahu banyak glukos dalam darah jadi gantian roti gandum penuh adalah pilihan yang lebih baik.
"Bagi yang hendak makan nasi, elok menggunakan nasi perang. Cuma hendak mendapatkan nasi perang tidak semudah mendapat roti gandum penuh.
"Keperluan nasi atau roti bagi setiap orang adalah segenggam. Sekiranya kita mengambil dua keping roti dan menggenggamnya, ia sudah mencukupi untuk sekali makan,” katanya.
Ada yang mengelakkan karbohidrat terus daripada dunia pemakanan mereka. Mereka tidak menyentuh roti, nasi, mi dan gula. Ia memang berkesan kerana penyebab kenaikan berat badan ialah karbohidrat yang wujud merata-rata dalam makanan.

Jangan sangka karbohidrat itu ‘jahat’

"Tetapi apa yang salah adalah sikap kita sendiri kerana mengambil karbohidrat berlebih-lebihan. Jangan sangka karbohidrat itu ‘jahat’. Kita sangat memerlukan karbohidrat tetapi dalam jumlah yang sesuai,” katanya.
Ada jenis diet popular yang mengamalkan pembuangan karbohidrat dalam pemakanan sebaliknya hanya protein dan lemak dan dalam tempoh tertentu, mereka boleh mengurangkan berat badan.
"Tetapi diet ini adalah diet yang membosankan dan kebanyakan pengikutnya akan berpaling tadah selepas beberapa lama. Waktu itulah berat badan akan naik kembali.

..diet ini adalah diet yang membosankan dan kebanyakan pengikutnya akan berpaling tadah selepas beberapa lama...

"Justeru, pengambilan makanan yang sederhana dan sesuai dengan keperluan diri adalah kunci pengawalan berat badan dan kesihatan yang baik.
“Karbohidrat sangat penting pada setiap waktu makan kerana ia penyumbang tenaga utama kepada kita,” katanya.


10 Cara Tingkatkan Metabolisma Badan

Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?

Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.

Kalau nak belajar dengan lebih lanjut, dapatkan eBook saya.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.

Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma.

Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.

Kata akhir, untuk tingkatkan metabolisma, yang penting adalah senaman angkat berat, pemakanan seimbang yang kerap dan apa jua aktiviti dalam kehidupan anda untuk tingkatkan penggunaan kalorie.