Rashikin Kurang Berat Badan 47kg Tanpa Produk Kurus

Rashikin kurang berat badan

Rashikin Kurang Berat Badan 47kg Tanpa Produk Kurus

Rashikin kurang berat badan

  • Nama: Muammar Rashikin bin Abdul Hamid
  • Umur: 31
  • Status: Berkahwin. Anak 2.
  • Kejayaan: Kurangkan 47kg. Dari 130 ke 83kg.
  • Matlamat: Kurangkan Berat Badan

Mulakan program anda hari ini.

Assalamualaikum,

Saya Muammar Rashikin bin Abdul Hamid, berumur 31 tahun dan telah berkahwin dengan Noramalina binti Ab Rahman serta dikurniakan 2 orang puteri. Setelah membaca banyak kisah-kisah kejayaan orang lain. Saya juga begitu teruja untuk kongsikan perjalanan menurunkan berat badan secara natural tanpa bantuan apa-apa supplement.

…Saya juga begitu teruja untuk kongsikan perjalanan menurunkan berat badan secara natural tanpa bantuan apa-apa supplement…

Kurangkan berat badan demi masih depan anak tersayang.

Bukan Gemuk Dari Kecil

Dari kecil saya bukanlah seorang budak yg gemuk. Badan saya mula naik pada darjah 4 kerana saya sangat berselera untuk makan sehinggalah saya masuk ke sekolah asrama berat saya turun kembali, mungkin kerana jadual makanan yg teratur dan terhad. Apabila di universiti, berat badan saya mula naik dan naik, saya tidak bersukan malah selera makan saya makin meningkat. Perkara ini berlarutan sehingga saya menempuh alam perkerjaan. Fast food menjadi kegemaran saya, kadang-kadang sampai 3-4 kali seminggu. Apa-apa yang saya order di restoran dan kedai makan mesti order “extra”.

Sampai masa nak tidur saya boleh habiskan sebiji burger sampai saya tak sedar berat saya sampai ke tahap obesiti 130kg. Sebelum berkahwin saya cuba menurunkan berat badan saya menggunakan supplement yang ada di pasaran, memang berjaya tapi hanya sementara.

Kalau dulu nampak obes, tua dan tak bermaya, kini lebih muda dan cergas.

Nekat Bermula Oktober 2012.

Semuanya bermula pada bulan Oktober 2012 selepas Aidilfitri, pada masa itu semua baju dan seluar yg saya ada sudah menjadi amat ketat. Tidur saya berdengkur kuat dan nafas tersangkut-sangkut, ramai rakan-rakan yang beritahu termasuk isteri saya. Berjalan naik tangga dah termengah-mengah, hatta nak ikat tali kasut sendiri pun tak cukup nafas kerana tertunduk.

Kurang Berat Dengan Ilmu

Semua benda yang berlaku berbuat saya semakin risau, sampai bila saya mahu begini. Saya nekad kali ini saya mesti menurunkan berat badan saya. Saya gagahkan diri membuat cardio dengan berjogging di sekitar rumah saya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa seksanya larian pertama saya, membuat carian di internet sehinggalah berjumpa dengan eBook Kevin Zahri. Sejak dari itu mula mengenali makanan-makanan yang saya ambil dan cara menurunkan berat badan sehingga menjadi gaya hidup saya.

15 Tip Dan Amalan Saya Untuk Kurangkan Berat Badan

Disini saya ingin kongsikan apa yang telah saya pelajari dan lakukan sepanjang menurunkan berat badan secara natural.

  1. Belajar tentang nutirisi makanan, apa itu protein, Karbo, lemak serta fungsinya. Saya kawal pengambilan makanan sehari dengan mengambilkira kalori yang masuk.
  2. Saya tidak lagi mengambil air manis dan berkabonat
  3. Saya juga meninggalkan junk food dan process food
  4. Saya cuba jadikan makanan yang saya ambil se”bersih” dan sesihat yang
    mungkin
  5. Senaman kardio 3-4 kali seminggu selama 20-30minit
  6. Kerap membuat latihan bebanan di rumah menggunakan berat badan sendiri dan
    kadangkala saya ke gym
  7. Sertai program jomfit bakar 1000kcal kevin
  8. Setelah hampir 8 bulan perjalanan menurunkan berat badan saya
  9. Dulu saya tidak boleh berlari walaupun jarak yang dekat, kini saya boleh berlari 10km
  10. Dulu saya sentiasa bernafsu untuk makan, kini saya boleh mengawal nafsu dan makan mengikut keperluan.
  11. Dulu saya tidur berdengkur, kini tidur saya senyap (menurut isteri saya).
  12. Dulu saya naik lif walaupun setingkat, sekarang saya naik tangga walaupun 3 tingkat.
  13. Dulu saya tak suka cermin, sekarang asyik nak tgk cermin
  14. Dulu saya memakai seluar bersaiz 44inci, kini 32inci.
  15. Dulu berat saya 130kg, sekarang 83kg

Privacy Preference Center