Panduan Senaman Untuk Warga Tua

header-tua

Since I just turned 30 on the 12th Dec, I felt I should write a blog post on exercising for the elderly.

So, patutkah anda berhenti senaman dan menjaga kesihatan apabile anda atau ibu anda sudah berumur? Definitely not…..health and fitness patut menjaga sebahagian daripada kehidupan anda walaupun umur anda menjangkau 50an, 60an dan seterusnya.

…If you have a mother that’s sitting at home too lazy to keep aktif…this section juga sesuai untuk anda to motivate her…..she is your mother afterall ;)…

Semakin berumur, kita semakin bijak? Betul ke?! Hmm more or less la kot kerana mereka yang berumur 40 ke atas, biasanya sudah mahir tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan ini, terutama bila berlaku perubahan fizikal. Ibu2 sudah tentu anda tidak boleh ikut rutin kesihatan sama seperti anda berumur 25 tahun dahulu dan mahu kelihatan seperti umur 25 tahun.

Ingin berseman dan menjaga kesihatan anda? Saya syorkan seperti berikut:

  • Fokus kepada latihan kardiovaskular selama 30min sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Untuk melatih jantung dan paru-paru, dan membakar lebih kalori. Kalau susah berjoging cuba pula yang ini, jalan kaki, mengembara atau jalan2 di pust membeli-belah pun a lot better than sitting at home.
  • Makan 5-6 kali sehari – untuk merangsang metabolisma.
  • Angkat berat 2-3 kali seminggu untuk menambah kekuatan.

Health Checks in your 40’s and 50’s

Kekadang, dalam usia 40-an dan 50-an, penting bagi kita mengakses keseluruhan kesihatan dengan selalu membuat pemeriksaan kesihatan.

Ia langkah persediaan untuk menangani masalah kesihatan pada masa hadapan. Di bawah adalah pemeriksaan yang perlu anda lakukan:

  • Kandungan gula dalam darah
  • Tekanan darah
  • Kandungan kolesterol
  • Berat/BMI dan lain-lain
  • Mammogram & pemeriksaan bahagian pelvic

Warga emas (> 60 tahun)

Yes, masih belum terlambat untuk bersenam. Kadangkala saya berasa sedih apabila melihatkan warga emas di Malaysia disuruh duduk di rumah sahaja. Sepatutnya galakkan mereka jadi aktif.

…ada had senaman untuk pesakit darah tinggi, sakit jantung, osteoporosis dan seumpamanya. Dapatkan nasihat doktor dahulu….

But…. sebelum memulakan senaman, perhatikan tahap kesihatan anda. Ada had senaman untuk pesakit darah tinggi, sakit jantung, osteoporosis dan seumpamanya. Dapatkan nasihat doktor dahulu. Sedikit panduan jika anda sudah bersedia untuk bersenam dalam 60an:

  • Dapatkan kebenaran doktor.
  • Pilih aktiviti yang menyeronokkan seperti berbasikal, berenang atau jalan kaki.
  • Buat latihan ringan 2-3 kali seminggu. Tidak perlu angkat beban.
  • Bersenamlah dalam keadaan selesa dan tenang.
  • Fokuskan kepada pergerakan regangan ringan dan fleksibel seperti yoga atau tai chi.
  • Makan 5-6 kali sehari untuk merangsang metabolisma.

Dengan umur sebegini, kadangkala terasa malas hendak bersenam. Tetapi, ingat! Sedikit senaman lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jadikan ia seronok dan gembira.

Bersenam bermaksud menjadikan kehidupan hari tua anda dengan lebih bermakna.


Kevin Zahri

I am a passionate educator and advocator in helping Malaysians live better, healthier, stronger, and happier lives. Ingat, ia bukan soal kurus.

Author posts

Privacy Preference Center