10 Cara Tingkatkan Metabolisma Badan

Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa – tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Berikut adalah 10 tip untuk tingkatkan metabolisma badan anda.

Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?

Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.

Kalau nak belajar dengan lebih lanjut, dapatkan eBook saya.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.

Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak “bakar” lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk “bakar” lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah – tingkatkan metabolisma.

Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.

Kata akhir, untuk tingkatkan metabolisma, yang penting adalah senaman angkat berat, pemakanan seimbang yang kerap dan apa jua aktiviti dalam kehidupan anda untuk tingkatkan penggunaan kalorie.

1 Shares:
0 comments
  1. thanx for the info tapi nak tanya la, kenapa masa awal diet, berat saya mudah turun sampai 5kg dlm 4-5weeks rasanya tapi lepas tu susah nk turun/berat x turun2? adakah berkaitan metabolisme? saya dah cut calorie ikut pengiraan Kevin dan ada senam 2-3x seminggu..

    1. good question! yes as your weight drops, your metabolisma drops as well.
      if you read my book, your BMR (basal metabolic rate) depends on various factors including weight.
      Here you need to recalculate your BMR based on your new weight and make adjustments 🙂
      all the best!

  2. Thanks for the info, Kevin. Just one question though. How can we guess/see if our metabolism has increased or not?

    1. hmmm you can't. but if you do take care of your food and exercise, you should always feel energized … this is a good sign that your cardiovascular fitness and metabolism are up.

    1. sugar and refined foods are not good for your metabolism as they create energy spikes and dips – its the dips that cause your metabolism to slow – leaving you feeling lethargic and tired.

  3. hai kevin. BMI isteri saya berada pada paras normal. Masalahnya beliau mempunyai selulit yang banyak di bahagian perut. Bagaimanakah cara yang berkesan untuk menghilangkan selulit tersebut?

  4. Kevin, bagaimana untuk tidak berasa letih bila exercise ?..saya selalu rasa sangat lesu selepas exercise, walaupun senaman ringan sahaja.

  5. hi,saya nak bertanya.saya adalah pesakit jantung koronari yn juga mempunyai masalah obesiti(135kg),diabetes n darah tinggi..saya ingin menurunkan berat badan..adakah boleh saya menggunakan lipo 6 black atau lain2 fat burner?..harap dapat berikan saya sedikit panduan utk cara diet n makanan yg sesuai..tq

  6. Hi Mr Kevin,
    Just asking, saya dalam proses untuk membentuk abdominal yang cantik. Adakah produk seperti Pati Halia/Limau Nipis etc boleh membantu mempercepatkan proses ini disamping membuat latihan abdominal yang intensif dan konsisten.

  7. hai kevin….suplemen ape y sesuai ngan owg m'sia??? adakah suplemen ada di jual di farmasi??? boleh bagi contoh2 suplemen y sesuai..tq..

  8. setahu sayala, memang awal2 bile kite change lifestyle cam cut off calorie intake, bersenam memang akan reduce weight yang banyak. sebab sebelumnya kite tak camtu
    then bile badan da adapt n stabil ngan our changes so berat akan turun tapi tak banyak cam dulu…
    jangan patah semangat, continue with your healthy lifestyle and watch what u eat, kadang2 kite rase makan cket tapi calorie count pada makanan tu besar…cam rugi..

  9. macamana nak naikkan berat badan?
    my weigh turun naik antara 43-45…nak reach 45 tu mmg susah…tinggi 153cm…
    berat skrg 43…check bmi underweight…so,ada tak tips untuk tambahkan berat?
    sy makan banyak tapi tak naik2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

The new look

[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” top_padding=”30″ overlay_strength=”0.3″ shape_divider_position=”bottom”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” width=”1/1″ tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default”…