8 Tip Mudah Diet Malaysia

Tip-tip diet yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

Sejauh manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.Β  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7.Β Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)

Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda.

0 Shares:
0 comments
  1. hye kevin,
    adakah dgn minum air sejuk sebelum dan selepas senaman itu baik utk mendapatkan stamina?
    dan pengambilan protein soy shake dua kali dalam diet seharian adakah tidak menjejaskan sistem badan..kerana konfius dgn keburukan pngambilan protein jika berlebihan..

  2. salam kevin…saya ingin tahu..betul ka kalau kita mnum air ais(sejuk) ketika kita makan bersama hidangan kita akan membuatkan perut kita buncit?maksud saya..kita makan sikit lepas itu minum…makan lagi minum pula…adakah ia membuncitkan perut kita??

    1. Thank u bro Kevin…sy cuba ikut… Alhamdulillah menjadi…93 kg – 73 kg ( dalam masa 4 bulan…Cuma, untuk maintain adalah satu cabaran bagi sy…sy sentiasa mengikuti tips bro Kevin dengan harapan akan kekal dengan diet yang terbaik dan betul.. Insyaallah

  3. Hai Kevin..akak suka minum kopi pagi dan petang …bancuhan 3+1. sekali sekala minum air yoghurt juga campur dengan protin utk diet. Tapi berat masih sama. adakah ini disebabkan gula dlm kopi?? Lunch & dinner makan ikut diet.

    1. Hai Kak, maaf mencelah. πŸ™‚
      Kopi/nescafe/milo yg 3-in-1 dah sedia terkandung gula di dalamnya. Klau dicampur lg dgn gula, maka lagi tinggi kandungan kalori minuman yg kita minum tu & ada fakta (maaf tak ingat sumbernya) mengatakan, gula di dlm minuman 3-in-1 in susah utk dihadamkan oleh badan.
      Wallahualam. πŸ™‚ Abg Kevin ada apa2 komen? Hehe.

    1. i mean tido y lbh???lbh dr 8jam….tido ptg ke…something like that la….
      nie akn menyebabkan salah satu sbb ke??

      1. farah, i think it's all depend on our calorie intake, loss n deficit, mcm biasa kevin terangkan la…
        yg i tahu kalau xcukup tidur mmg akn mnyebabkan masalah nak turunkan berat badan, akan naikkan paras gula dlm darah n hormon ghrelin…hormon ghrelin ni akn menyebabkn kt lebih lapar and tend to eat more

  4. Dear Kevin,
    saya nak tanya,betul ke cara pemakanan saya : breakfast – susu with biskut or soya or yogurt rendah lemak, then lunch tak makan langsung,dalam pukul 6 petang baru makan bubur.hurm?

  5. kevin, saya sedang berdiet tanpa ambil karbo lansung..zero..cuma ambil protein..tu ok tak?atau saya sedang melakukan diet yang sonsang?

    1. salam nurul …. kalau anda buang carbs 100% …. memang boleh kurangkan berat badan tapi nanti bila dah “berjaya” dan makan balik carbs, sudah tentu your weight akan naik semula ….lebih baik, makan ikut keperlukan (sepertimana yang saya terangkan melalui ebook – https://kevinzahri.com/ebooks) dan amalkan diet yang kekal lama sampai πŸ™‚ tak susah pun ….

  6. Hai kevin…saya nak tanya…diet apa yg sesuai untuk saya sbb saya mudah gigil dan nak pitam jika tak ambil karbo…berat saya mendadak naik 10kg dlm masa 6 bln gara2 supper …adakah faktor umur juga main peranan kerana umur saya skarang 38thn… sekarang hendak turun 1 kilo pun sangat susah. Saya berbasikal exercise maximum hanya 15minit sahaja setiap hari or selang sehari..adakah ini mencukupi? Trimasih…

  7. salam, would like to ask your opinion about 'The 3 Fives' :
    http://www.who.int/foodsafety/consumer/3_fives_Be
    what do you think about it? this concepts was created during Olympic Games in Beijing for athletes.
    Is it suitable for non-athlete?is there any differences between Diet for athlete and non-athlete?
    thank in advance πŸ™‚ hope you can reply me soon πŸ™‚

  8. hi kevin..patut ke sy ambil makanan sblm berjoging..klu sy ambil protein saja berapa byk sy perlu ambil..adakah segelas low fat milk dikira banyak..ataupun sy pun perlu berdiet dulu then baru ambil karbo or protein selepas berjoging.TQ

    1. elakkan carbohydrates sebelum jogging …. kalau selepas pun, tunggu dalam 30minit terlebih dahulu so that maximize your elevated heart rate to burn calories and hopefully fat.

  9. hai. saya br just join gym. 3x seminggu. rehat selang sehari. kardio treadmill 1jam, diikuti dgn latihan angkat berat, as tumpuan pd membina otot bicep triceps hari pertama. hari ketiga, lebih kpd bahagian kaki. dan hari kelima, tumpuan lebih kpd membina otot2 chest. 12 ulangan untuk 3 set. ada juga nampak hasil. ttpi yg membingungkan sy, adalah tumpuan sy pd nak membuang lemak2 degil sekitar perut aka lovehandles! dah jenuh sy gunakan pelbagai alatan yg ditumpukan khas utk area tersebut. namun resultnya teramatlah menyedihkan. adakah jalan shortcut yg bole saya apply? atau patutkah saya lansung tidak menyentuh nasi? sbb ramai kawan2 yg bg nasihat sebegitu. dan ada drpd mereka berjaya! sy cuba utk amalkan 5-6 hidangan spt yg disyorkan dlm buku Kevin. harap encik kevin sudi memberi jawapan yg bernas. terima kasih.

  10. Salam Sejahtera..Encik Kevin saya ingin bertanya adakah suatu langkah yang sihat jika saya terus berjoging setelah memakan diet berat seperti nasi after 20 minutes?adakah ia akan memudaratkan ?thank you…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like