fbpx

Di sebalik label produk makanan.

Setiap barangan di supermarket atau kedai runcit pasti ada tertulis pada labelnya ‘free of..’, ‘good for..’, ‘low in..’ untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka. Ini sebenarnya menyukarkan pengguna untuk mengetahui mana satu makanan yang betul-betul baik untuk kesihatan dan mana satu yang sebaliknya. Gunakan ensiklopedia di bawah ini untuk belajar mengenai kebanyakan label makanan yang selalu di salah tafsir oleh pengguna.

Kurang Manis / Lightly Sweetened

Kebanyakan produk makanan yang menuntut makanan mereka kurang manis tanpa definisi ‘kurang manis’ yang formal.  Majoriti perkara ini dapat dilihat adalah pada label produk bijirin (cereal). Sebenarnya kebanyakan bijirin daripada produk mereka itu mempunyai lebih banyak jumlah gula yang digunakan daripada biasa. Sebagai contoh salah satu produk Keloggs yang menuntut sifat produknya adalah kurang manis tetapi sebenarnya gula yang terdapat pada 1 cawan bijirin dari Keloggs ini lebih banyak dari 1 hidangan biskut Oreo.

Sumber baik dari.. / Good Source of..

Sesetengah packaging mengatakan produk makanan mereka adalah sumber yang terbaik bagi sesuatu nutrisi. Ia bermaksud yang produk makanan tersebut mempunyai lebih kurang 10 – 19% daripada keperluan harian terhadap nutrisi tersebut. Dalam kata lain, anda perlulah makan makanan tersebut di antara 5 – 10 hidangan untuk memenuhi keperluan sebenar anda untuk nutrisi tersebut. Bukan hanya dengan sekali hidangan sahaja.

Kurang Lemak / Reduced Fat

Ini merupakan salah satu ayat yang paling banyak digunakan pada label sesuatu produk makanan. ‘Kurang Lemak’ ini bermaksud jumlah lemak dalam gram berkurangan sekurang-kurangnya 25%. Seronok bunyinya, kan? Masalahnya ialah, pengurangan lemak selalunya dibuat dengan pertambahan gula dan garam tanpa disebut pada label produk tersebut. Jadi, tiada keuntungan dari segi nutrisi yang boleh dibincangkan terhadap produk seperti ini.

Banyak jenis gandum / Multigrain

Ini bermaksud banyak jenis gandum yang digunakan dalam makanan tersebut seperti gandum, barli, beras, etc. Walaubagaimanapun, ia tidak menyatakan bagaimana tahap pemprosesan terhadap jenis-jenis gandum ini. Anda juga perlu berhati-hati dengan ‘roti gandum’ yang mungkin juga dibuat dari tepung gandum yang diwarnakan untuk menjadi lebih gelap. Satu-satunya yang boleh dipercayai apabila ia tertulis ‘100% gandum’ bermaksud tiada campuran sebarang tepung gandum yang diwarnakan.

Semulajadi / Natural

Istilah ini digunakan pada majoriti produk makanan. Pihak USDA iaitu United States Department of Agriculture tidak meletakkan apa-apa definisi kepada istilah ‘semulajadi’ dan tiada sebarang peraturan dalam menggunakan istilah ini. Ini bermaksud penggunaan istilah ‘semulajadi’ ini adalah tidak bermakna langsung dari segi nutrisi. Ia semata-mata untuk menarik perhatian pengguna sahaja. It’s meaningless.

Percuma / Complimentary

Selalunya, kita mudah terlihat perkataan seperti ini: chips extra, free refills. Sebenarnya pemberian percuma makanan murah yang berkalori tinggi ini adalah taktik yang biasa digunakan untuk meningkatkan nilai pada makanan tersebut. Ingat, hanya sebab ia percuma tidak bermaksud ia tidak akan dikenakan sebarang kos dan harus diingat makanan seperti ini sebenarnya boleh menambah kalori dengan sangat pantas.

Kurang garam / Reduced Sodium

Sama seperti ayat ‘kurang manis’, garam ini juga berkurangan sebanyak 25%. Walaubagaimanapun, pengurangan garam hanya boleh dilakukan pada produk yang mengandungi tidak melebihi 140miligram bagi setiap hidangan.

0% Trans Lemak / Trans Fat Free

Pemproses makanan boleh menggunakan ayat ini pada label produk mereka sekiranya produk mereka mengandungi kurang dari 0.49 gram trans lemak bagi setiap hidangan. Dengan mengambil kira jumlah trans lemak harian yang memerlukan 2 gram trans lemak, 0.49 gram ini bukanlah jumlah yang sedikit. Jadi, kalau label yang anda baca mengatakan 0 g trans lemak, tidak ada jaminan yang makanan itu tidak mengandungi trans lemak sedikit pun. Oleh itu, baca bahan-bahan yang digunakan, kalau mereka ada menggunakan minyak yang dihidrogenkan (hydrogenated oil) sedikit atau separuh, bermaksud anda perlu mencari produk makanan yang lain.

Nota: Artikel ini bukan ingin menjatuhkan mana-mana produk makanan yang terdapat di sini. Ia hanya sebagai rujukan para pengguna supaya para pengguna lebih mengetahui maksud-maksud pada label makanan sebelum ia disalahtafsirkan.

 

Privacy Preference Center