Tips Mudah Kuruskan Lengan

Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai. Ikuti tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai dengan meningkatnya usia bagi sesetengah orang.

Di bawah ini akan dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

1. Angkat berat

Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

2. Makanan

Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air

Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. Aerobik

Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.

Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.

5. Boxing

Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’  ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

6. Push-up

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.

Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.

Apa sekalipun, anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!

12 Shares:
21 comments
    1. Kalau minum air terlampau banyak mungkin akan membebankan buah pinggang. Bagi mereka yang sememangnya ada sakit buah pinggang memang kena kawal pengambilan air,kalau tidak tubuh badan akan membengkak.

    2. Sorry kalau menyampuk.kita akan mengalami gemuk air kalau minum air at the same time kita consume garam bnyak sangat.garam tu akan perangkap air yg kita minum dalam badan.here’s why gemuk air terjadi

  1. insyaallah in future saya akan menulis artikel berkenaan 'kesan minum berlebihan' untuk informasi kepada semua. tq. 🙂

    1. ana tido y berlebihan adakah punca kenaikan badan??
      dan kulau tidor kurang plk???
      n knp prmpuan ssh nk trn kn berat dbn??

  2. Hello Kevin, i just wonder if we use dumbell as the tools of our exercise, especially for women adakah lama-kelamaan muscle-muscle akan mulai terbentuk di lengan? Saya risau jika kerap menggunakan dumbell yang agak berat akan membuatkan lengan jadi berotot sedangkan saya hanya mahu mengecilkan lengan bukan menjadikan ia berotot sepeti lengan lelaki.

    1. tak. jangan risau. in fact, women seharusnya berlatih dengan beban just as intense as men … itu baru dinamakan senaman beban yg berquality.but women tidak akan membentuk otot seperti lelaki kerana kekurangan hormon testosterone. so hit those weights 🙂

      1. ok tetapi jika menggunakan dumbell, teknik bagaimanakah yg sebetulnya? mengangkat atau menghayun atau bagaimana? jika saya memilih untuk terus menggunakan dumbell yg berat adakah ianya cara yang boleh dan betul dan tidak membahayakan?

  3. saya ada baca dalam artikel mengenai kesan minum air terlalu banyak akan menyebabkan hyponatremia.. keracunan air.. jadi semuanya perlu bersederhana.. bukan salah makanan atau minuman tu tetapi kuantiti yang diambil sebenarnya perlu dititikberatkan..

  4. kalau setiap hari angkat dumbell apa kesannya..? adakah tangan menjadi besar ,,,, berapa kalikah angkat dumbell seminggu,, sebab keturunan saya jenis naik lemak dekat tangan dulu berbanding badan…………..

Leave a Reply to atifah Cancel reply

Your email address will not be published.

You May Also Like

Cara Mengira Penggunaan Kalori Ketika Bersenam

Ramai selalu bertanya kepada saya "Berapa kalori saya bakar sekiranya saya jogging 30min?". Well, agak sukar untuk memberikan jawapan yang tepat kerana ia bergantung kepada beberapa faktor: berat badan seseorang, kelajuan, terrain, cuaca dan lain2...