Penting Rehat Dalam Senaman

Isu rehat memang penting! Rehat merupakan satu perkara yang selalu dipandang rendah oleh ramai pengunjung gym. Overtraining merupakan kesan kurang rehat seseorang. Contoh orang yang kurang perihatin kepada rehat dan adalah mereka yang:

Isu rehat memang penting! Rehat merupakan satu perkara yang selalu dipandang rendah oleh ramai pengunjung gym. Overtraining merupakan kesan kurang rehat seseorang. Contoh orang yang kurang perihatin kepada rehat dan adalah mereka yang:

  1. Melatih satu bahagian badan (seperti biceps) hampir setiap hari
  2. Melatih sepanjang tahun, tanpa rehat
  3. Berlatih beberapa jam di gym setiap hari.
  4. Sudah bosan meneruskan program latihan.

Saya bahagikan rehat kepada dua jenis, 1. rehat antara sessi senaman dan 2. Seasonal Rest atau rehat bermusim.

Rehat Antara Sessi

Betul atau tidak: Otot membesar sewaktu weight training di gym!? Tidak! Otot sebenarnya membesar sewaktu rehat. Sessi senaman di gym merupakan perangsang untuk pembesaran otot tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih. Otot itu perlu direhatkan untuk membolehkan badan membaiki dan sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan. Proses ini mengambil masa lebih kurang 72 jam. Oleh kerana itu, anda diggalakan untuk menunggu paling kurang 72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi. Tanpa rehat antara sessi ini, usaha anda agak sia-sia.

Rehat Bermusim

Bagi atlit dan pengunjung kerap gym seperti Ravi, sendi, tulang dan otot anda banyak melalui wear & tear yang tidak dapat dibaiki dalam sehari-dua. The only way to allow your body to fully recuperate, adalah dengan menjadualkan rehat bermusim setiap 3-5 bulan. Berapa lama anda harus rehat? Saya syorkan 1-2 minggu. Dalam period tersebut, anda harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan anda recover sepenuhnya. Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk refuel your mental enthusiasm. Lama-kelamaan, semua orang jemu melatih week in and week out, jadi rehat bermusin ini sesuai untuk rehatkan diri anda dari segi fizikal & rohani.

Takut rehat ini akan merosotkan perkembangan anda? Mungkin anda akan kehilangan sedikit performance atau kekuatan sewaktu rehat bermusim, tetapi ia hanya sementara dan cepat kembali apabila anda mulakan training semula. Ia umpama stock market yang mempunyai kitaran atas & bawah (up & down cycle).

Remember: its not the quantity but the quality of your workouts that matter! Pentingkan rehat untuk mengelakkan daripada overtraining

0 Shares:
4 comments
  1. yeah..saye skrg tgh mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan akibat tidak berehat..disebabkan itu sudah hampir smggu saya tidak menjejakkan kaki ke gym..saya juga suka berjogging.tetapi jogging juga memerlukan dua sesi rehat yang dinyatakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More 26

We Rock The Spectrum Malaysia. A Special Kids Gym

Rafa, Mika and I were invited to a different kind of gym. A kids gym called We Rock The Spectrum Malaysia at Melawati Mall. Not that one would notice, the kids gym is Autism-focused as an indoor playground and gym that provides children fun activities and a sensory-safe environment.
Read More

Kandungan Kaffein Minuman Popular Malaysia

Kandungan kafein minuman popular Malaysia seperti milo, nescafe, starbucks, red bull, pil pembakar lemak, teh hijau dan teh tarik. Sudah tentu, nilai sebenar bergandung kepada cara ia disediakan. Ingat: 400mg merupakan daily allowance atau had pengambilan caffeine harian.