Suplemen Pembakar Lemak. Adakah Ia Berkesan?

Anda pernah mencuba suplemen pembakar lemak yang menjanjikan penurunan berat badan dengan mudah? Kebanyakan suplemen pembakar lemak mendakwa bahawa ia boleh meningkatkan tenaga, merangsang metabolisma dan mengurangkan selera makan.
Pengakuan: Saya pernah cuba suplemen pembakar lemak semasa saya di belajar di univeristi. Itu mungkin sudah 10 tahun yang lepas. Pada masa tersebut saya gunakan produk berjenama TwinLab. Ada ia berkesan? Hmm tak tahulah kerana saya hanya gunakannya untuk seminggu. Hanya seminggu? Yup kerana saya kurang selesa dengan kesan sampingan – peningkatan metabolisma. Ia membuatkan saya rasa resah dan kurang tenteram.

Bagaimana dengan anda? Anda pernah mencuba suplemen pembakar lemak yang menjanjikan penurunan berat badan dengan mudah? Adakah ia berkesan untuk anda? Kebanyakan suplemen pembakar lemak mendakwa bahawa ia boleh meningkatkan tenaga, merangsang metabolisma dan mengurangkan selera makan. Mari kita mengupas beberapa contoh suplemen pembakar lemak dan adakah ia benar-benar berkesan.

Suplemen pembakar lemak yang mungkin anda pernah temui termasuklah:

Carnitine atau L-Carnitine

Carnitine dikatakan merupakan pembakar lemak. Ia sebenarnya terdapat secara semula jadi di dalam tubuh kita dan juga boleh didapati dengan memakan daging, ikan, ayam dan sesetengah makanan bersusu. Carnitine membantu memindahkan asid lemak ke otot dan membakar lemak yang berlebihan itu. Kajian menunjukkan bahawa carnitine seeloknya diambil sekiranya anda juga melakukan senaman kerana ia lebih berkesan menambahkan nisbah kehilangan lemak berbanding otot semasa bersenam.

L-Carinitine memang senang diperolehi di mana-mana farmasi kerana ia dalam bentuk cecair dan tidak perlukan pendaftaran dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – BPFK

Chitosan

Chitosan adalah substans yang diekstrak dari bahagian luar haiwan marin seperi ketam dan udang. Ia bertindak dengan mengikat kepada vitamin larut lemak (A, D, E, K) dan menghalang tubuh dari menyerapnya. Hasil penyelidikan banyak menunjukkan bahawa chitosan mungkin berkesan mengurangkan lemak tetapi keputusannya adalah tidak muktamad. Terdapat pula kajian yang menunjukkan chitosan menyebabkan kekurangan nutrien larut lemak yang sebenarnya diperlukan di dalam tubuh kita.

Teh Hijau

Kandungan polyphenol di dalam teh hijau dikatakan dapat menaikkan aktiviti termogenik di dalam tubuh kita, lantas menggalakkan penggunaan kalori sebagai tenaga dan membantu membakar lemak di dalam tubuh dalam jangka panjang. Pada masa yang sama, teh hijau juga membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel akibat radikal bebas yang mengurangkan sistem imun tubuh. Kebanyakan kajian mencadangkan pengambilan 300 hingga 600 mg teh hijau dengan makanan setiap hari – sama dengan meminum 4 cawan teh hijau setiap hari.

Termogenik adalah istilah yang selalu dikaitkan dengan suplemen pembakar lemak. Ia bermaksud peningkatkan metabolisma badan. Teh hijau, kafein, guarana dan lain-lain semua adalah suplemen pembakar lemak berbentuk termogenik

Guarana


Guarana merupakan sejenis herba yang didapati dari hutan hujan Amazon di Brazil. Ia mengandungi guaranin yang telah digunakan sebagai suplemen untuk mengurangkan lapar, melegakan kepenatan dan mencegah obesiti.

  • Ia bertindak seperti kafein dan merangsang pengeluaran hormon yang meningkatkan termogenesis iaitu keupayaan tubuh untuk membebaskan asid lemak dan menggunakannya dalam pembuatan tenaga. Ia dikatakan sebagai pemberi tenaga segera.
  • Guarana mempunyai kesan diuretik sampingan dan anda dinasihatkan untuk menambahkan pengambilan air apabila menggunakan herba ini.

Hasil kajian menunjukkan yang pengambilan guarana dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam tubuh selepas lebih kurang 6 minggu pengambilannya.

Kafein (Caffeine)

Sama dengan guarana, kafein adalah kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak. Berikut adalah contoh penggunaan kafein dalam proses penurunan berat badan:

  • Kafein mempercepatkan metabolisma. Sekali lagi ia mempunyai ciri-ciri termogenik.
  • Kafein membebaskan fatty acids yang membantu pecahkan lemak untuk pembakaran tenaga. Kajian mengatakan sekiranya anda mengambil kafein sebelum bersenam, anda dapat membakar 30% lebih lemak.
  • Kawal nafsu makan. Dengan membakar lemak sebagai sumber tenaga, kandungan glukos darah tidak jatuh ke paras yang menaikkan nafsu makan.

Yang Diharamkan?

Terdapat banyak lagi suplemen di pasaran yang mendakwa sebagai pembakar lemak. Di kalangan pembakar lemak, terdapat juga suplemen yang sebenarnya memudaratkan kesihatan seperti Chromium Picolinate dan Ephedrine atau Ephedra. Kedua-dua suplemen ini telah terbukti merosakkan DNA di dalam tubuh, mengurangkan kandungan zat besi dan kandungan oksigen di dalam darah, menyebabkan pening kepala, insomnia, tubuh bergegar dan menaikkan tekanan darah. Oleh sebab itu suplemen ini telah diharamkan dari pasaran. Pastikan suplemen yang anda ambil tidak mengandungi kedua substans tersebut.

adakah suplemen di atas benar-benar dapat membakar lemak

Persoalannya, adakah suplemen di atas benar-benar dapat membakar lemak di dalam badan anda? Suplemen pembakar lemak mungkin dapat membantu bertindak sebagai pemangkin dalam rejimen pengurusan badan anda tetapi anda tidak boleh bergantung kepada suplemen tersebut sahaja secara keseluruhannya. Tiada jalan pintas untuk menguruskan badan.

Tiada jalan pintas untuk menguruskan badan. Untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak, anda perlu membakar lebih banyak kalori dari yang anda makan.

Untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak, anda perlu membakar lebih banyak kalori dari yang anda makan. Amalan pemakanan sihat, berkalori rendah serta senaman masih perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil yang sebaiknya.

Ingin panduan kurang lemak yang berkesan tanpa suplemen? Dapatkan ebook Panduan Kurang 5kg dalam 5 minggu sekarang.
0 Shares:
4 comments
  1.  FAT BURNER ADVANCED brand API ok ke? bila check balik Ingredients ade Chromium Picolinate..dah terbeli pulak tu..hmmmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

10 Tip Motivasi dalam Diet

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang. Ikuti 10 tip motivasi untuk berjaya dalam diet dan penurunan berat badan.