Hello. Saya Kaka dan saya nak kurus!

Hi, nama saya Kaka.

Saya mempunyai berat badan berlebihan sejak beberapa tahun yang lalu sehingga mencecah tahap obesiti. Saya sedar bahawa saya perlu untuk menguruskan berat badan saya. Titik permulaan kesedaran untuk saya mengurangkan berat badan adalah apabila saya mula berasa pening pada awal tahun ini dan hampir untuk mendapat tekanan darah tinggi. Saya sedar ia adalah kerana saya tidak menjaga corak pemakanan saya dan kurang melakukan aktiviti fizikal sehingga hampir mendapat penyakit. Oleh itu, saya berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah berat badan saya.

Sekitar berat badan saya 103kg

…Oleh itu, saya berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah berat badan saya.

Inspirasi Kisah Kejayaan

Saya melakukan penyelidikan saya sendiri tentang bagaimana untuk mengurangkan berat badan sehinggalah saya menemui laman web terbaik yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya iaitu kevinzahri.com. Ianya bukan sahaja memberi inspirasi, malah ia memberikan saya cara yang betul dengan konsep yang mudah difahami dan diikuti yang sesuai diamalkan bagi semua orang dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

eBook Panduan Kurang 5kg 5 Minggu

Kurang berat dengan eBook

Saya telah kehilangan berat badan saya sendiri dan masih ada perjalanan yang masih panjang untuk saya mencapainya. Pada bulan Mei tahun ini, saya memulakan perjalanan mengurangkan berat badan saya dengan membeli ebook 5kg dalam 5 minggu.

…Alhamdulillah, saya berjaya kehilangan 10kg selepas mengikuti langkah yang diberikan…

Saya membaca, Memahami dan mengikuti cara yang betul untuk mengurangkan berat badan i yang seberat 103Kg pada masa itu. Alhamdulillah, saya berjaya kehilangan 10kg selepas mengikuti langkah yang diberikan. Saya telah mengira keperluan kalori saya sendiri setiap hari dan melakukan defisit kalori.

Cabaran iSihat Bersama Kevin Zahri

Selepas itu, saya berasa bertuah kerana saya telah dipilih sebagai peserta untuk Cabaran iSihat musim kedua. Dalam program ini, saya bertemu dengan mentor saya dan kini bos saya iaitu Coach Kevin Zahri. Beliau melatih, dan menasihati saya bersama peserta yang lain tentang bagaimana untuk mengurangkan berat badan dan menjalani kehidupan yang sihat.

Tempat Ke-2 Cabaran iSihat. Berat 80.6kg

Pada akhir program tersebut, saya berjaya mengurangkan 12kg lagi di mana berat badan saya pada bulan lapan adalah 80.6kg dan saya telah memenangi tempat kedua.

Azam 65kg

Impian saya selepas ini adalah untuk mengurangkan lagi Berat sekarang iaitu 84kg (naik selepas raya, hehe) kepada 65kg dalam 3-4 bulan. Perjalanan ini akan bermula 1 Oktober sehingga Januari 31 2012.

Doakan saya Berjaya!

0 Shares:
16 comments
  1. all the best kaka..i know u can do it !!! u still young and has high metabolisme..actually i also one of the participants from ISIHAT 1 program..masa last date timbang..berat saya lebih kurng jer mcm awak 80kg something,…even tk menang pun top 3 d..tapi saya mmg nekad jgk…sekarang nie..saya dh berjaya break the stone… my weight now is 65 kgs….wlpun progress slow …tapi utk my personal target still not achieve utk trn smpi 60 kgs ..my aim atleast by this year ill achieve that weight..once again thank alots dgn adanya program ISIHAT dan juga coach Kevin….klau saya tk join maybe Im not what i am now..my weight pun maybe dlm range dlm 87-90kgs..so…CHAIYOK KAKA!!….

    1. Seriously Fara? Oh my god, congrate! lagi sikit je tu nak ke 60 kg! Teruja i dengar. 😀 maybe u also can share your story in reducing weight and bertukar2 idea with me. Tak sabar nak dapatkan weight like you’re now. Thumbs up! wish me luck ya?

  2. wish u very big good luck kaka. 🙂 there’s no obstacle to achieve fitness if we are really high determination and discipline to achieve it. it is not impossible! if other peoples can lose weight, why not us?? (that is my motivation word i stick it to the wall in my house). my journey on lose weight, in the early year of 2012, my weight is 85kg, 15 July is 80kg and now 9 Oct, is 70Kg. still under progress to achieve my ideal weight which is 65kg. just having properly diet (calorie deficit) and exercise more to breaking the plateau of weight. Good luck! 🙂 Regard; Thanks to Sir Kevin Zahri for such valuable teaching on how to lose weight theoretically and practically. For those who wants to lose weight, feel free to join “JOM KURUS” by Kevin Zahri, sure u will have meaningful starting and success in your losing weight journey. 🙂

  3. Salam Kaka..

    InsyaAllah.. kalau u betul2 berazam, pasti u akan capai target u..

    Saja nak share my story.. I dulu masa sekolah memang obes. My weight waktu Form 5 adalah 86kg. Lepas abis sekolah, I berazam nak turunkan berat sebelum masuk IPT, so I berjaya reduce dengan senaman dan kawal pemakanan sampai berat tinggal 76kg. Masa di IPT, berat kekal 76kg, tiada masa nak bersenam semua.

    Bila masuk zaman bekerja, I berazam nak turunkan lagi. Dengan senaman dan kawal pemakanan, I berjaya turunkan berat sampai 62kg.

    Lepas sahaja berkahwin, I mengandung. Selepas bersalin, berat I waktu tu 90kg. Berkat keluar masuk gym, I berjaya turunkan berat ke 62kg kembali.

    5 tahun selepas itu, I mengandung lagi. Berat selepas bersalin pada masa itu adalah 80kg. Keluar masuk gym lagi, sekarang berat maintin 58-59kg.

    Apa yang nak I katakan adalah, kalau kita berazam betul2, pasti kita akan dapat capai apa yang kita nak. Dalam hidup I, proses turun naik ini telah banyak I lalui.

    So I wish u best of luck! Hanya exercise dan kawal pemakanan dapat bantu u dalam proses ini..

    1. wow…brpe lame kluar msk gym?sy teringin sgt tp sy takut….ape senaman yg biase buat di gym??please sy nk tau ur secret….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like