fbpx

Hello. Saya Kaka dan saya nak kurus!

Hi, nama saya Kaka.

Saya mempunyai berat badan berlebihan sejak beberapa tahun yang lalu sehingga mencecah tahap obesiti. Saya sedar bahawa saya perlu untuk menguruskan berat badan saya. Titik permulaan kesedaran untuk saya mengurangkan berat badan adalah apabila saya mula berasa pening pada awal tahun ini dan hampir untuk mendapat tekanan darah tinggi. Saya sedar ia adalah kerana saya tidak menjaga corak pemakanan saya dan kurang melakukan aktiviti fizikal sehingga hampir mendapat penyakit. Oleh itu, saya berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah berat badan saya.

Sekitar berat badan saya 103kg

…Oleh itu, saya berfikir untuk mencari penyelesaian kepada masalah berat badan saya.

Inspirasi Kisah Kejayaan

Saya melakukan penyelidikan saya sendiri tentang bagaimana untuk mengurangkan berat badan sehinggalah saya menemui laman web terbaik yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya iaitu kevinzahri.com. Ianya bukan sahaja memberi inspirasi, malah ia memberikan saya cara yang betul dengan konsep yang mudah difahami dan diikuti yang sesuai diamalkan bagi semua orang dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

eBook Panduan Kurang 5kg 5 Minggu

Kurang berat dengan eBook

Saya telah kehilangan berat badan saya sendiri dan masih ada perjalanan yang masih panjang untuk saya mencapainya. Pada bulan Mei tahun ini, saya memulakan perjalanan mengurangkan berat badan saya dengan membeli ebook 5kg dalam 5 minggu.

…Alhamdulillah, saya berjaya kehilangan 10kg selepas mengikuti langkah yang diberikan…

Saya membaca, Memahami dan mengikuti cara yang betul untuk mengurangkan berat badan i yang seberat 103Kg pada masa itu. Alhamdulillah, saya berjaya kehilangan 10kg selepas mengikuti langkah yang diberikan. Saya telah mengira keperluan kalori saya sendiri setiap hari dan melakukan defisit kalori.

Cabaran iSihat Bersama Kevin Zahri

Selepas itu, saya berasa bertuah kerana saya telah dipilih sebagai peserta untuk Cabaran iSihat musim kedua. Dalam program ini, saya bertemu dengan mentor saya dan kini bos saya iaitu Coach Kevin Zahri. Beliau melatih, dan menasihati saya bersama peserta yang lain tentang bagaimana untuk mengurangkan berat badan dan menjalani kehidupan yang sihat.

Tempat Ke-2 Cabaran iSihat. Berat 80.6kg

Pada akhir program tersebut, saya berjaya mengurangkan 12kg lagi di mana berat badan saya pada bulan lapan adalah 80.6kg dan saya telah memenangi tempat kedua.

Azam 65kg

Impian saya selepas ini adalah untuk mengurangkan lagi Berat sekarang iaitu 84kg (naik selepas raya, hehe) kepada 65kg dalam 3-4 bulan. Perjalanan ini akan bermula 1 Oktober sehingga Januari 31 2012.

Doakan saya Berjaya!

Privacy Preference Center