Zulhimi Kurang Berat 14kg dan Nampak Fit

[one_third boxed=”true”]

  • Nama: Zulhimi Amar B. Zul Amran
  • Umur: 25 Tahun
  • Matlamat: Become ripped and lean.
  • Pencapaian: Berjaya kurang 14kg dan tambah otot.
  • Perubahan Berat: 62-52kg
  • Twitter: @zulhimiamar
[button color=”accent-color” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Ingin Kurang Berat Badan?” color_override=””] [/one_third]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Kevi Zahri. Disini saya kongsikan pengalaman saya mengurangkan berat badan dari bulan Februari 2012 sehingga sekarang. Saya tidak menggunakan sebarang produk dan penurunan berat badan saya adalah 100% natural.

Permulaan berat naik.

Saya seorang yang kurus dan kecil semasa di sekolah. Malah ketinggian saya pada 156cm membuatkan saya Nampak seperti kanak2 walaupun setelah habis sekolah. Selepas masuk ke kolej berat badan mula bertambah. Di kolej saya kurang aktif. Kebanyakan masa pada waktu malam dihabiskan dengan makan dan tidur tanpa sebarang senaman atau aktiviti yang sihat langsung.

…Saya tidak menggunakan sebarang produk dan penurunan berat badan saya adalah 100% natural…

Menafikan kegemukan.

Disebabkan saya sememangnya kurus dari kecil, bila badan saya mula naik, say tak ambil peduli langsung. Walaupun hampir setiap tahun balik beraya dari tahun 2007 hingga tahun 2011, semua saudara mara menegur kenaikan berat badan saya. Jawapan saya sama sahaja “happy memang macam ni”. Waktu kemuncak kegemukan saya adalah pada tahun 2011 dimana berat saya mencecah 70kg. Sepatutnya jumlah itu kecil bagi sesetengah orang tetapi ketinggian saya membuatkan saya nampak lebih berisi. Malah gelaran “gemuk pendek” dah lali ditelinga saya.

Waktu kemuncak kegemukan saya adalah pada tahun 2011 dimana berat saya mencecah 70kg.

Permulaan Diet

Saya mula cuba menurunkan berat badan pada bulan Oktober 2011 tapi tidak betul-betul serius. Saya hanya singgah berjogging ditaman semasa balik dari kerja selama setengah jam ke 45 minit. Saya masih tidak menjaga makan dengan baik. Saya mengharapkan jogging untuk membakar kalori tanpa belajar betul-betul tentang kalori dan nutrisi. Selepas sebulan saya mula malas memandangkan tidak nampak sebarang hasil.

…Selepas sebulan saya mula malas memandangkan tidak nampak sebarang hasil…

Mula Serius

Saya mula serius berdiet pada Februari 2012. Masa tu berat dah mencecah lebih kurang 70 kg. Saya sentiasa mengelak penimbang dan juga cermin pada ketika itu. Terasa saya terlalu ambil mudah tentang berat badan saya sehingga mula rasa kurang cergas dan cepat penat walaupun melakukan kerja-kerja mudah.

Antara Cubaan Diet Saya

Saya cuba berdiet dengan mengurangkan pengambilan nasi. Saya hanya makan roti dan hotdog rebus pada sebelah pagi, hanya makan lauk pada tengahari dan malam saya makan sandwich telur atau tuna sahaja. Tapi lama kelamaan saya rasa saya hanya menahan lapar dengan makan macam ni. Saya mula terfikir macam mana mereka yang pergi ke Gym dapat makan dengan banyak dan Berjaya kekal fit. Saya mula melayari www.bodybuilding.com. Saya mula mengikut forum yang ada mengenai pemakanan, kiraan kalori dan makronutrien.

Antara Benda Penting.

Saya banyak membaca. Itu yang penting. Saya jadi obses pada awal-awal tapi bagi saya tak mengapa asalkan untuk benda yang betul.

  1. Kira kalori: Ini bagi saya paling penting. Saya belajar mengira BMR, TDEE. Saya guna www.myfitnesspal.com untuk mengira kalori. Website itu bagus untuk track kalori harian anda kerana terdapat makanan dari Malaysia yang boleh kita track. (Dapatkan eBook Kevin untuk belajar cara melakar program diet ikut keperluan kalori)
  2. Mula mengurangkan minuman manis. Saya hanya minum nescafe pada waktu pagi sahaja. Sekali air manis sehari. (exception for protein drink)
  3. Kongsi! Yang paling penting, saya nampak sesetengah rakan-rakan saya yang mahu cuba berdiet, gagal kerana tak berkongsi niat mereka dengan keluarga dan rakan-rakan yang lain. Mereka takut kena ejek sebab diet. Bagi saya biarkan orang nak kata apa. Awal-awal saya mula berdiet, semua orang bertanya kenapa nak diet. Lepas saya Berjaya, mereka Tanya macam mana saya buat.

Ini antara perkara utama yang saya sentiasa ingatkan kepada seseiapa saja yang mahu mula berdiet. Lain-lain cara berdiet ada banyak panduan di dalam blog ini malah banyak artikel tentang diet yang berbeza di dalam internet.

Selepas Kurang 14kg

Sekarang Sudah Berhenti Kira Kalori

Saya sudah berhenti mengira kalori kerana saya telah dedikasikan 3-4 bulan mengira setiap kalori makanan yang ada sebelum ini. Saya mula makan benda yang sama setiap hari untuk memastikan saya sentiasa kekal dengan berat saya sekarang. Saya dah terbiasa mengagak kalori makanan yang saya makan dan sentiasa mengira jumlah keperluan harian.

Nota dari Kevin: Amalan Zulhimi memang tepat. Tidak perlu kira-kira kalori setiap hari sampai bila-bila. Apabila anda sudah pandai bajet dan agak jumlah kandungan kalori makanan dan minuman kegemaran anda, ia sudah menjadi perkara biasa.
Saya mula masuk gym dan berjinak2 dalam sukan bina badan.

Saya mula masuk gym dan berjinak2 dalam sukan bina badan. Setelah mengikuti sukan ini, saya lebih teliti dalam pemilihan makanan. Saya sudah tidak mengira berat badan tapi lebih fokus dalam menurunkan total body fat.

Saya berhenti menjadikan penimbang sebagai pengukur. Saya lebih ambil kira ukur lilit bahagian lengan, pinggang, pinggul sebagai ukuran matlamat saya. Saya juga menggunakan cermin sebagai panduan.

Ikuti Blog Kevin Zahri

Saya mula mengikuti blog Kevin Zahri dan twitter beliau untuk mendapatkan panduan tentang kalori makanan yang ada di Malaysia. Susah untuk mendapatkan panduan makanan gaya hidup Malaysia pada awalnya tetapi blog Kevin Zahri terdapat banyak info yang saya perlukan. Saya juga mengikut nasihat untuk mula makan nasi segenggam sebagai punca tenaga.

…saya juga mengikut nasihat untuk mula makan nasi segenggam sebagai punca tenaga…

Akhir kata, tak kira apa saja jenis diet yang anda ikuti, yang penting kalori keluar dan kalori masuk. Bagi saya tak perlu sebarang produk untuk menurunkan berat badan asalkan kita tekad dan disiplin dalam apa yang kita inginkan.

0 Shares:
6 comments
  1. tanak buat marathon 100 hari untuk tambah berat dan fit ke? kalo ada sy nak join… tinggi 169cm berat 55kg…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like