Kaka Nak Kurus: Inilah Cara Saya Bina Pelan Diet Untuk Kurang 20kg.

Hye, bagaimana dengan persediaan anda semua dalam proses mengurangkan berat badan? Hope semuanya sudah bersedia dengan pengiraan BMR dan DCR masing-masing supaya dapat mencapai berat yang diimpikan.

Okay..bagi saya pula, kaka sudah memulakan pengiraan dan juga pelan pemakanan untuk mengharungi proses diet iaitu mengurangkan lagi 20 KG dalam tempoh 4 bulan ini.

1. Motivasi

First of all, of course lah kembali bertanya pada diri. Sudah bersiap sedia kah untuk kaka berdisiplin sepanjang tempoh ini dan masa-masa akan datang? Jawapan tu agak lama untuk diberikan.. adalah dalam 2/3 hari. Hehe..tapi fikir balik ianya berikan faedah dan juga kepuasan yang tidak terhingga dalam diri.

…Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri…

Lagipun, jika kita sudah biasa amalkan diet seimbang, kelak ia akan membuatkan kita terbiasa dengan cara dan pola pemakanan sedemikian rupa, Jadi, kaka motivatekan diri lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan di dalam website ini. Ingat, diri sendiri adalah jurulatih peribadi yang tidak terhingga nilainya kerana kesedaran dan tindakan yang dilakukan adalah hasil usaha diri kita sendiri! Bukan orang lain, bukan sedara mara, bukan rakan-rakan, dan sebagainya.

2. Kiraan Keperluan Kalori!

Persiapan kedua adalah memulakan pengiraan BMR dan DCR agar kita tahu keperluan kalori yang diperlukan agar mudah untuk kaka melakukan kalori defisit nanti dan mengurangkan lagi 20kg. Bagaimana ya hendak melakukannya pengiraan ini? Tanyalah dengan Coach Kevin, melalui ebook beliaulah kaka belajar dan memahami cara pengiraan ini.

Pengiraan DCR dan BMR

3. Bina Pelan Pemakanan.

Yang ketiga, kaka melakukan pelan pemakanan yang harus diambil supaya proses pengurangan berat badan berjalan dengan lancar. Jika kita hentam sahaja pelbagai jenis makan tanpa mengetahui nilai kalori nya, tidak bergunalah kaka membuat pengiraan DCR dan BMR tu. Jadi, apa yang kaka lakukan adalah memahami kalori yang diambil agar keperluan nutrisi dalam badan mencukupi.

Pelan pemakanan di dalam bilik sebagai ingatan
Di dapur.. haha, setiap sudut kaka motivatekan diri supaya tidak leka

Jadi, itu sahaja persiapan pengiraan dan pelan pemakanan yang kaka lakukan. Senang bukan? Kira jika persediaan dari segi bab-bab penulisan dan membuat nota hanyalah pada awal proses pengurangan berat badan. Seterusnya, kita akan memulakan aktiviti fizikal dan mental untuk mencapai berat yang diingini! Bagi kaka, pemahaman konsep mesti datang dahulu, selepas itu barulah kita memulakan plan diet kita.

Jangan lupa follow saya di twitter atau follow hashtag #kakakurus

Sekian.

0 Shares:
21 comments
    1. Semua tu perlukan disipline dan kesungguhan yang tinggi. Gud Luck.. Pelan diet dan jadual yang cantik pun tetap tidak akan berjaya jika usaha tiada… Saya pernah mencuba. =)

  1. kaka bleh x bntu nk dtgkn motivasi dlm diri…sgt2 gv up dh stlh berbgai usaha wat.nk folow ebook pon x kuat smgt..hmmm

  2. hi kaka, em sy pn ade beli ebook kevin.. tp xbuat on paper punye planing just kira2 dlm fikiran saje… 1 thing nk tanye… utk kira calori food yg kt ambik tu e.g nasi, lauk you ambk dari mana? some ckp 1 cup rice 150kcal, ade 220kcal.. anyone?

  3. assalamualaikum kaka macam mana kurang kan berat badan sebanyak 60 kg sebenarnya berat saya ialah 95 kg

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like