fbpx

Hadi Halim Berjaya Kurang Berat 17kg Dalam 5 Bulan.

Nak kurangkan berat? Klik sini.

Salam

Ada perkara untuk dikongsi bersama anda which is hadi dah berjaya turunkan berat badan daripada 86kg kepada 69kg dalam masa 5 bulan tak guna herbalife, tak guna SD 2 Lipid, tak guna dr.rozmey atau lain2 produk lah kat pasaran. Tapi nak tahu rahsianya tak?

Baiklah bukan senang nak turunkan berat badan ini

Perkara yang paling penting kena ada ialah keazaman dan kesabaran yang tinggi
If ada ini insyallah pasti boleh teruskan untuk fasa seterusnya. Selain itu mestilah adalah amalan diet dan juga exercise.

Sebenarnya niat hadi bukan sahaja nak kurus tapi hadi juga nak jadi sihat. Hadi amalkan diet dan exercise hampir tiap-tiap hari sekarang, sebab hadi nak sentiasa cergas, cerdas dan sihat.

Berat Hadi asal 86kg

Ok, bagaimanakah caranya?

Firstly untuk diet, hadi gunakan cara pengiraan kalori. Mudah sahaja, ambik kalkulator kita , berat darab dengan 30. Contohnya berat hadi 69 darab 30 = 2070 ,ini adalah kalori intake harian hadi which is kalau nak kekal dengan berat badan sekarang, ameklah dalam lingkungan 2000 tapi kalau nak kurus kenalah ambik kurang, contoh hadi skrg hanya ambik dalam 1000 kalori intake shari. Nak kurus, kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.

…Nak kurus, kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar…

Kalau dapat tu, insyaallah boleh kurus. Kalau nak tau berapa nilai kalori sesuatu makanan kena lah baca pada packaging atau layari laman web yang sediakan kalori untuk setiap makanan macam sususejat.com dan cekodok.com

Komen dari Kevin: Kiraan di atas yang diamalkan oleh Hadi mungkin sesuai untuk beliau tetapi pengambilan 1000 kalori sehari tidak sesuai untuk semua. Bagi saya jangan ambil kalori kurang daripada separuh keperluan seharian.

Hadi makan 5 kali sehari, contohnya:

  • Pagi hadi makan roti wholegrain 2 kpg = 126 kalori dengan horlick kosong=60 = 186kalori.
  • Snek sebelum tengah hari: biskut oat dalam 82 kalori.
  • Tengah hari: ayam dada(300kalori) dan juga sayur (apalah2 jenis sayur  dalam 60-80), buah oren sebiji (50kalori)
  • Snek petang (biskut oat=82kalori)
  • Malam (roti wholegrain 2 kpg,=126kalori)
  • So semua jumlah baru 886kalori.

Tapi ini hanyalah sebagai contoh yang Hadi selalu ambik, kadang-kadang hadi ubah menu dengan telur dan juga ikan. Dan kadang-kadang jugak terlebih tapi pastikan tidak melebihi 1500.

Kita jangan stress sangat nak berdiet ini, senang jer. 1x seminggu, hadi akan rewardkan diri dengan boleh makan apa sahaja dan still boleh kuruskan badan.

So jangan risau anda masih boleh makan macam-macam , cuma kena jaga kalori intake jer.

Untuk lebih mendalam, kita kenalah pastikan diet kita seimbang, which is karbohidrat pertama, kedua protein dan seterusnya lemak. Jadi cuba pastikan anda ambik diet yang seimbang

Seterusnya: exercise

Pastikan lapisan lemak kat badan kita kurang dulu, jadi untuk buat itu, kenalah kalikan senaman cardio,contohnya macam jogging, berbasikal atau lain-lain sukan.

Kalau joging, pastikan dalam 20 mnit ke atas kerana dengan itulah lapisan lemak anda akan mula terbakar. Amalan joging dapat bakar dalam 250 higga 350 kalori. Selain itu hadi juga buat exercise lain seperti sit-ups, push-ups, dan senaman dumbbell. Ini smua untuk fitkan badan.

Kalau kita nak kurus, bukan nak berat kurang jerkan tapi nak jugak badan yang lawa. Ingat semua aktiviti harian boleh bakar kalori, contohnya tidur 8jam – 456kalori, berjalan 30 minit (100 kalori) dan lain-lain.

Tonton Video: Tidur Bakar 500kcal oleh Kevin Zahri di sini.

eBook Kevin Zahri
Untuk mendapatkan tambahan maklumat, hadi selalu mendapatkannya di kevinzahri.com.

Di mana terdapat bermacam2 tips untuk berdiet, exercise dan juga buku yang ditulis Kevin Zahri sendiri untuk panduan kurus 5kg dalam masa 5 minggu. Jadi rajin-rajinlah tengok untuk mendaptkan tips2 berguna , kita boleh dapatkan tips2 diet yang sangat berguna, cara exercise dengan tepat, great blog and thanks to Kevin Zahri, many great input.

Berat 69kg. Selepas kurang 17kg.

Alhamdulillah

So dengan cara-cara di atas , alhamdulillah dalam 5 bulan 17kg dah hilang. Selamat mencuba, kalau ada apa2 pertanyaan boleh tanya diri ini, insyaallah akan jawab. Segala yang hadi bagi ini, semua berdasarkan pembacaan hadi dari internet dan juga buku.

Sekian trima kasih dan selamat mencuba. Ingat, pastikan diri betul2 berazam dan kuat semangat. Insyaallah pasti berjaya

Privacy Preference Center