fbpx

My new Personal Trainer

Di post yang lepas, Kaka ada mengatakan yang Kaka hendak melantik personal trainer untuk Kaka lakukan latihan yang lebih intensif kan? So, pada kali ini Kaka hendak memperkenalkan personal trainer yang telah Kaka jumpa dekat institusi tempat Kaka belajar sekarang! Nama dia adalah Megat Iskandar Zulkarnain B. Azman. Kami belajar di tempat yang sama di institusi yang Kaka sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana sekarang.

Berikut adalah latihan sessi yang pertama bersama Megat.

Larian di atas treadmill

Megat adalah pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Sukan. Harga khidmatnya amat berpatutan dan mampu untuk Kaka bayar. Kaka juga menerima tawaran dari personal trainer dari beberapa pusat sukan, akan tetapi amat jauh dengan kediaman Kaka. Jadi, tips kepada sesiapa yang hendak mendapatkan khidmat jurulatih adalah cari yag dekat dengan tempat dengan kediaman kita supaya mudah berlatih dengannya dan paling penting, tiada alasan untuk ponteng latihan bersama Personal Trainer kita ni..

Sessi memperkenalkan peralatan di gym

Tidak usah pergi yang jauh-jauh semata-mata mendapatkan khidmat personal trainer yang terbaik kerana latihan yang diberi adalah lebih kurang sama. Terpulang kepada diri sendiri untuk merancang jadual latihan anda.

Privacy Preference Center