Esyam Berjaya Kurang Berat Badan Tanpa Ubat Kurus.

[one_third boxed=”true”]
  • Nama: Mohamad Nor Hisyam Bin Abdul Hassan
  • Umur: 21
  • Matlamat: Kurangkan Berat Badan
  • Facebook: esyam.abdhassan
[button color=”accent-color” size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Ingin Kurang Berat Badan?” color_override=””] [/one_third]

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Nama saya Mohamad Nor Hisyam Bin Abdul Hassan. Saya berumur 21 tahun dan menetap di Kuching Sarawak. Sekarang saya penuntut tahun akhir di sebuah IPTA di Kuching. Setelah dipelawa oleh Encik Kevin Zahri untuk berkongsi tips dan pengalaman menguruskan badan, maka amat besarlah hati saya untuk berkongsi serba sedikit tips dan pengalaman saya.

… di zaman persekolahan, saya sudah cukup kelihatan ‘gergasi’ berbanding rakan-rakan sebaya yang lain…

Semasa zaman persekolahan, saya dikategorikan sebagai seorang yang gemuk. Dengan berat 115kg dan ketinggian 175cm, saya sudah cukup kelihatan ‘gergasi’ berbanding rakan-rakan sebaya yang lain. Malah saya juga telah dikategorikan sebagai obes. Ejekan dari orang sekeliling telah lali untuk saya dengar. Pelbagai jenis gelaran diberikan kepada saya.

Di zaman sekolah, pelbagai gelaran diberikan kepada saya. (Dua dari kiri)
Di zaman sekolah, pelbagai gelaran diberikan kepada saya. (Dua dari kiri)

Mee Goreng dan Nasi Lemak Menjadi Kegemaran

Dahulu, saya mempunyai tabiat makan yang tidak teratur dan teruk. Saya akan makan apa sahaja yang diinginkan selera saya tanpa mengira waktu. Sewaktu sarapan, saya gemar memakan mee goreng, nasi goreng dan nasi lemak. Ditambah masakan ibu saya yang sangat sedap, maka sepinggan hidangan tersebut tidak mencukupi bagi saya. Di sekolah, semasa waktu rehat, saya gemar membeli burger atau mee laksa sarawak, suatu makanan yg tinggi kandungan santannya. Selain itu, saya turut membeli keropok atau jajan sebagai ‘makanan tambahan’. Bila balik sekolah pula, ibu sudah menyediakan makanan tengah hari untuk kami sekeluarga. Seperti biasa, sepinggan hidangan tidak mencukupi bagi saya. Semestinya saya akan menambah nasi melebihi dari kuantiti yang sepatutnya. Nasi pula sudah cukup banjir dengan kuah yang tinggi kandungan minyaknya.

…Setelah makan, semestinya perut kita kenyang dan waktu itu adalah waktu paling enak untuk tidur…

Setelah makan, semestinya perut kita kenyang dan waktu itu adalah waktu paling enak untuk tidur. Tanpa berfikir panjang, saya terus melelapkan mata dengan hati yang senang. Waktu petang, setelah bangun dari tidur, saya mesti meminta kepada ayah saya untuk membeli cucur pisang. Saya pada waktu itu boleh menghabiskan 10 biji cucur pisang seorang diri. Dan waktu petang saya tidak diisi dengan aktiviti riadah atau senaman. Sukan jauh sekali. Saya jadikan saiz tubuh badan saya sebagai alasan untuk tidak aktif dalam mana-mana sukan. Waktu petang saya hanya diisi dengan melepak bersama kawan-kawan ataupun duduk menghadap komputer bermain game ataupun laman internet.

Pada waktu malam, saiz hidangan makan malam saya tidak banyak bezanya dengan makan tengah hari. Dan lebih teruk lagi, saya jadikan mee maggie campur telur dan milo ais sebagai hidangan ‘supper’ sebelum tidur. Hampir setiap malam saya pasti memasak mee maggi untuk makan.

Semasa dalam proses mengurangkan berat badan
Semasa dalam proses mengurangkan berat badan

Sejarah Transformasi: Penyanyi Aizat Menjadi Role Model

Pada tahun 2009, ketika saya di Tingkatan 5, alhamdulillah ketika itu Allah SWT bukakan pintu hati saya untuk mengubah gaya hidup. Ditambah lagi ketika itu negara heboh dengan wabak penyakit H1N1 dan saya bakal menduduki peperiksaan penting iaitu SPM. Saya terbaca dalam akhbar dimana mereka yang tidak mempunyai tahap imunisasi yang tinggi mudah untuk dapat penyakit dan dijangkiti virus merbahaya tersebut. Setelah itu, saya mula bertanya orang sekeliling dan juga mencari info di internet cara-cara untuk meningkatkan imunisasi badan. Hasil pencarian saya, caranya adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang betul.

…Penyanyi popular, Aizat ketika itu sudah mula menguruskan badannya, maka saya ambil beliau sebagai contoh ‘role-model’..

Bermula dari situ, saya mula mendapat kekuatan untuk mengubah gaya hidup saya. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan saiz pakaian juga membuatkan saya nekad untuk berdiet. Disebabkan faktor umur yang semakin meningkat remaja, semestinya keinginan untuk berfesyen menjadi impian saya. Ditambah penyanyi popular, Aizat ketika itu sudah mula menguruskan badannya, maka saya ambil beliau sebagai contoh ‘role-model’ untuk saya menguruskan badan. Kita sedia maklum bagaimana saiz tubuh Aizat sebelumnya. Hasil kegigihannya membuatkan saya kagum dan bersemangat untuk kurus.

Bantuan Kevin Zahri? Walaupun saya tidak pernah mengikuti program kesihatan yang dianjurkan oleh Encik Kevin Zahri kerana faktor tempat di mana saya menetap di Kuching, Sarawak. Namun, saya mengenali beliau melalui kaca televisyen dan saya juga banyak membaca dan mengambil tips-tips yang diberikan oleh beliau melalui kevinzahri.com dan majalah. Antaranya tips-tips mengenai jumlah kalori dalam makanan, jenis makanan yang boleh menyebabkan kegemukan, dan juga tips senaman yang boleh dilakukan.

Tidak Ambil Produk Kurus

Saya mula berdiet secara perlahan lahan. Saya tidak melakukannya secara drastik dan saya tidak mengambil mana-mana produk untuk kurus. Saya banyak mendapatkan tips untuk kurus melalui internet dan majalah. Sebagai permulaan, saya mengubah tabiat makan saya. Saya kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan mee kuning. Waktu sarapan, saya hanya mengambil sedikit sahaja mee goreng ataupun nasi goreng. Dan waktu rehat disekolah saya hanya makan roti atau mee hoon sahaja. Waktu makan tengah hari pula saya kurangkan pengambilan nasi dan kuah yang berminyak. Waktu petang pula saya tidak lagi membeli cucur pisang. Makan malam pula pada mulanya saya masih memakan nasi namun kuantitinya saya kurangkan sedikit demi sedikit sehinggalah saya berjaya untuk tidak mengambil nasi lagi untuk makan malam. Makan malam saya hanya ada roti, sayuran dan buah buahan. Saya masih menikmati lauk masakan ibu saya tapi saya kurangkan kuantiti pengambilannya kerana adat masakan orang Melayu, pasti tinggi kandungan minyak dan santannya.Tabiat memakan mee maggi untuk supper juga telah berjaya saya kikis.

Kini Esyam kelihatan fit dan lebih yakin. Mantap!
Kini Esyam kelihatan fit dan lebih yakin. Seronok.

Program Senaman Saya

Berkenaan dengan senaman pula, saya turut bermula secara perlahan-lahan. Setiap petang saya akan bersiar-siar di taman ataupun bermain badminton bersama adik beradik dan kawan-kawan. Saya akan pastikan setiap hari saya mesti beriadah dan berpeluh. Sedikit demi sedikit saya mula berjoging. Ayah saya banyak memberi dorongan kepada saya untuk berjoging kerana beliau sangat aktif bersukan dan menggemari aktiviti joging. Untuk permulaan, saya berjoging selama 10 minit sahaja. Bila saya semakin berkemampuan, saya berjaya berjoging selama 30-40 minit setiap hari.

Doa dan Syukur

Saya turut banyak berdoa semoga usaha saya membuahkan hasil. Syukur alhamdulillah, semuanya membuahkan hasil dan berat saya semakin menurun dari hari ke hari. Ramai dikalangan guru-guru, rakan-rakan dan saudara mara terkejut dengan perubahan diri saya. Dan saya juga kini tiada masalah untuk membeli pakaian kerana saya sudah boleh membeli baju mengikut saiz yang diingini dan jenama kegemaran saya. Bila tamat persekolahan, saya semakin aktif menjalankan kehidupan yang sihat dan semuanya berterusan sehingga saya melanjutkan pengajian saya di IPTA. Saya terus mengamalkan kehidupan yang sihat dan masih mengekalkannya sehingga kini. Dalam pada itu saya juga banyak memperbaiki pemakanan saya dan perlahan lahan saya menjauhkan diri dari melepak bersama kawan kawan di restoran makanan segera dan juga mengambil air gas. Kandungan gula yang tinggi tidak baik untuk kesihatan kita. Jika ‘terlajak’ memakan atau meminum benda yang manis dan tinggi kandungan gula, saya akan meneutralkannya dengan meminum banyak air suam. Dan jika terlajak memakan makanan yang berminyak, saya akan meminum jus limau nipis untuk memudahkan proses pembuangan lemak.

Berjinak dengan gym.

Selain itu, saya juga baru berjinak dengan gym. Jika ada kelapangan waktu, saya akan meluangkan masa bersenam di sana. Ataupun bersenam sendiri di rumah. Sebenarnya tiada masalah untuk bersenam di rumah asalkan tahu gaya dan caranya. Kebiasaannya saya bersenam menggunakan dumbell dan saya mempelajari teknik-teknik senaman melalui internet. Selain itu, saya juga mengamalkan senaman ‘push-up’ untuk membina otot dada dan juga senaman ‘planking’ dan ‘sit-up’ untuk mengelakkan perut buncit.

… Apa yang penting, teruskan usaha, kekalkan disiplin dan banyakkan berdoa…

Begitulah serba sedikit pengalaman saya dan sedikit tips untuk menguruskan badan. Akhir kata, kepada mereka yang ingin mengubah gaya hidup yang sihat, jangan mudah berputus asa. Setiap kejayaan perlu ada kesusahan dan kepayahan. Apa yang penting, teruskan usaha, kekalkan disiplin dan banyakkan berdoa.

Anda mampu mengubahnya!

0 Shares:
16 comments
    1. thanks akak. kadang2 rapuh jugak semangat tu lagi2 kalau pergi kenduri, bercuti ataupun time raya. hahaha. time tu makan makan makan makan je kerja saya.

  1. Beshnya… teringin nak kurus mcm ni.. tp sibuk dgn rumah n anak buat xada masa tuk exercise…. 🙁

  2. sy bulan 11 berat 86kg dgn tggi 165cm. kire obes dah. sekrg berat 78kg – target 60kg. bile nak dapat tu sy bg ms sebelum bulan 5 tahun 2014. kire raya dgn badan baru. sy amalkn minum air kosong,letak hirisan lemon & 1 sudu madu kampung(beli kt kpg sy kuala pilah). mlm x mkn. sebenarnya sy amalkan mnum lemon tu time kt opis sebb stress, keje bank deal ngn customer. sy x sedar sebb lame kelamaaan kwn2 ckp sy badan sy agak susut, sy x caya, smpi la family pun perasan… sekrg sy amalkan minum tu.. yg best opis sy 3 tingkat, ari2 sy turun naik…hihihihihi….x mustahil bley kurus & fit..yg penting sihat…

  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like