Rahsia Marini Amin Kurangkan 35kg Berat Badan

[one_half boxed=”true”]

Marini Amin

  • Umur: 23.
  • Matlamat: Kurangkan berat badan
  • Kejayaan: Kurangkan 35kg.
  • Instagram: mariniamin
[button color=”Extra-Color-2″ size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu” text=”Nak Mulakan program kurang berat anda?”] [/one_half]

Hai, saya Marini Amin berumur 23 tahun, dan berasal dari Kuala Lumpur. Saya mengalami masalah berat badan sejak dari sekolah menengah. Pada tingkatan 5 berat badan saya naik mendadak sehingga 110 kilogram. Dengan ketinggian 171cm, dan size rangka yang besar, saya kelihatan seperti giant. Kawan2 sekolah ada yang panggil saya ‘Big Show’. Ketika itu size seluar saya adalah size 40 yang saya masih simpan sehingga kini. Lepas SPM (2007) , saya meneruskan pelajaran ni IPT (2008) dan di situ berat saya turun sehingga 80 kilogram tetapi dengan cara pemakanan yang tak sihat & pengambilan pil kurus yang sering menyebabkan saya sering rasa pening dan pitam.

Bila saya hentikan pengambilan pil tersebut berat saya naik mendadak menjadi 87 kilogram. Saya cuba senaman dan kononnya jaga makan tapi sekadar hangat – hangat tahi ayam. Ada juga saya mengambil meal replacement tapi tak lama kerana saya masih belajar dan tak mampu nak teruskan program tu. Berat saya berterusan yo-yo sepanjang saya belajar sampai ke tahun 2011.

marini-amin-sebelum

…lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal…

Sertai Jom Kurus dan Jom Fit

Akhirnya saya give up, dan makan je ikut suka sampai saya jumpa Facebook milik Kevin Zahri. Dari situ saya sedikit sebanyak mengikuti tips – tips yang di sedia kan. Saya paling tertarik dengan konsep ‘segenggam nasi’ beliau. Saya cuba ikut apa yang di sarankan dan berjaya turun sebanyak 2 kilogram. June 2012 (85kg) , saya menyertai ‘Jom Kurus’ di Prince Court bersama Kevin dan dari situ saya pasang niat untuk serius turunkan berat badan ikut cara Kevin. Saya mula bersenam (brisk walk) 5 kali seminggu selama satu jam dan makan mengikut perkiraan kalori yang Kevin ajar. Sejak dari tu saya rajin sertai aktiviti kesihatan seperti ‘Larian 40 Taman’ bersama M.Zulkifli, ‘Jom Fit’ Kevin Zahri, ‘Fit for Life’.

marini-amin-kevin-zahri

Berat saya turun sebanyak 10 kilogram dengan mengambil masa selama 10 bulan. Sebulan hanya kurang satu kilogram. Jumlah yang sikit kalau nak bandingkan dengan orang lain yang boleh turun lebih tapi Kevin selalu pesan slow progress is better than no progress, yang penting kita tahu cara nak kawal. Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat.

Kevin turut menjemput Marini untuk senaman circuit bersama di Selamat Pagi Malaysia RTM1.

…Setiap kali berpeluang jumpa Kevin, beliau sentiasa berpesan dan berikan saya semangat…

Berat badan saya masih kekal 75 kilogram sehingga ke hari ini. Dua bulan lepas, saya menyertai pusat gymnasium dan mengamalkan senaman campuran cardio dan juga latihan beban sebanyak 30 mins per session (cardio + weight) , 5 kali seminggu dengan dua hari rest day. Berat badan saya kekal tapi ukuran saya berkurang. Ini mungkin kerana faktor size tulang dan ketinggian saya dan juga jenis latihan senaman yang saya buat. Setakat ini ukuran saya berkurang sebanyak 10 inci dan saya mengharap kan lebih lagi.

Lebih 30,000 downloads. Cuma RM40.
Lebih 30,000 downloads. Cuma RM40.

Dengan tunjuk ajar Kevin dan panduan dari e-book 5kg dalam 5minggu, saya masih boleh menikmati semua jenis makanan dengan syarat, tidak melebihi account calorie keperluan saya.

Saya nak kongsi sedikit tips pengawalan yang saya amalkan ketika hari raya:

  1. Makan bila perlu. Saya hanya akan makan main meal pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. In between saya akan makan kurma atau almond as snack. Tak setiap rumah saya makan.. hehe
  2. Limit kuih raya hanya 5 biji sehari.
  3. Minta air putih instead of air gas. Kalau segan nak minta, spare mineral water dalam handbag.
  4. 30 minit bersenam. Saya hanya buat di rumah sahaja. Contoh; circuit workout atau pun cycling.
  5. Kalau teringin sangat nak makan hidangan tuan rumah, saya akan jamah dalam kuantiti yang sedikit contohnya nasi impit 3 biji (size kecil) dengan kuah kacang satu sudu.

Proses ‘kurus’ ni jujur saya kata kan bukan mudah.

marini-amin-transformation
Untuk para pembaca yang sedang usaha ‘buang’ berat badan berlebihan, saya harapkan anda semua JANGAN sesekali putus asa. Be strong. Kalau rasa macam down, cari balik point untuk BANGUN & teruskan USAHA. Semangat yang kuat sangat sangat perlu! Ingat, slow progress is better than no progress. Jangan tamak. Setiap individu punyai badan yang cara kerja nya berbeza, jadi anda kena kenal diri sendiri dan guna cara yang sesuai. 🙂

0 Shares:
15 comments
  1. wow..saya pun mempunyai masalah berat badan berlebihan 85kg dengan ketinggian 170cm..
    memang inspiring bila baca enrty saudari ni.. terima kasih atas perkongsian 🙂
    i’ll work harder to loose weight 🙂

  2. Allah..we have the same height and weight. Almost the same story as mine as well..but I started to get chubby since I was in primary school. Until I got into college and my weight at that time reduce from 80 to 63 ( was quite active in sports ) but then 2 years back, I quit sports and my weight increases to 78 now. Klau blh nk BMI normal semula. For that kne turunkan berat badan blik..I was tired, lose hope and etc but your story is really inspiring. Thank you. Really.

  3. wow.. mmg berkesan … xperlu amik apa2 supplement … sy dulu zaman sekolah kurus .. tapi skrg berat bdn naik mendadak ….. skrg sy nk usaha mcm adik ni .. nak kembali langsing mcm dulu ..

  4. Best nya. Saya 169cm dan berat 100kg. I’m 20y/o. Your story ni really inspiring. Nak join program Kevin memang tak boleh sebab takde budget lagi and takde masa. But with reading inspiring stories kat website ni pun dah memadai. Doakan saya dapat turunka berat badan pada tahun 2015 ni 🙂

  5. berat saya sekarang 58 kg, dengan ketinggian 163cm, im 20 y/o, masa sekolah berat saya around 45-48 underweight bmi, masa pmr berat naik smpai 50kg, tgok gaba nampak chubby pipi, then i makan ubat doctor because that time i always sakit , berat turun mendadak, bila habis spm berat naik 53, org kata masuk plkn boleh kurus, but in plkn im 55kg?!! huh! my berat senang naik senang turun, now ramai kata nampak berisi sebab pipi i, badan i ta effect apa2 kalo berat naik, but pipi ni membuatkan org ramai ingatkan i gemuk, tak tawu nak buat macam mana, but now in normal bmi, i rasa kurang confident bila tgok gaba i nmpk gemuk, risau berat bertambah naik,what should i doooo, dah 10 kg naikk hmmm

  6. i’m a mother of 1 daughter..dulu berat sy sebelum mengandung 50kg tinggi 162cm..bmi normal..ms pregnant berat badan sy naik 20kg sbb suke mkn fast food cm mcd kfc..mknan kg mmg xblh mkn..kononnya lpas bersalin berpantang dptla trun..tp turun xbnyk 12kg je..lpas hbs pantang sy control jg mkn..tp berat badan still naik now berat badan sy 68 nk dekat 70kg cm ms sy mengandung dulu..tpi badan sy xnmpk naik juz mke,perot n peha nmpk naik sy risau sbb hubby sllu ckp sy berat..kdg malu dgn hubby sbb perempuan lain mengandung jg tp still slim..nk join program kevin zahri mmg xblh sbb ad budget n xad masa..sy ad try pill kurus pon xjalan..how should i do??can give me a tips..

  7. you are so cute..plus with that height and posture, you are eligible enough to be a “model”~~,,

  8. tahniah!!! early jan 2014 berat badan saya 101 kg, semangat nak kurangkan berat badan tertiba je dtg, so, saya mulakan langkah bersenam setiap 7am (1 jam) 5x seminggu di Gym ofis sebelum mulakan tugasan jam 8:45am. sebulan skali saya akn myertai fun run or walk run yang dianjurkan oleh NGO ataupun kerajaan. Alhamduillah sehingga Dec 2014 saya Berjaya kurangkan 10 kg.. wlpn lambat 1 bulan 1 kg.. saya tidak mahu terlalu cepat.. biar lambat asalkan selamat.. yg penting saya nak jaga kesihatan dalaman n luaran.. go go go… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like