fbpx

Azrin Irzal 13 tahun: Kurangkan 14kg Dalam 3 Bulan

  • Nama: Muhammad Azrin Irzal Shah bin Azman Shah
  • Umur: 13 tahun.
  • Tinggi: 148cm.
  • Pencapaian: Kurang 14kg (59-45kg) dalam 3 bulan.
  • Status belajar: Pelajar Sekolah Menengah
  • Facebook: azrinirzal
  • Twitter: @Shahirzal
  • Instagram: irzal_shah

Saya bukan dari kalangan pelajar yang obes, malah ketika saya di sekolah rendah, berat saya sangat rendah dan terlalu kurus. Saya mula sedar saya menjadi obes apabila di darjah 5. Ketika saya baru masuk ke tingkatan 1, saya mula sedar yang badan saya dah menjadi seperti peserta The Biggest Loser.

I hate looking at my perut. Berat saya mencecah 60kg. Pada ketika itu, saya cuma tidak ambil peduli tentang risiko dan keburukan obesiti. Saya ingin berubah kerana melihat pelbagai penyakit yang menimpa orang obesiti selain itu, kebanyakan seluar dan baju saya semakin ketat dan saya sangat malu untuk berdepan dengan orang lain. Saya juga adalah jenis pemalas nak buat kerja.. Hehe.

…Saya selalu memotivasikan diri dengan membaca kisah kejayaan di blog kevin zahri…

Amalan gaya hidup dan diet sebelum sebelum berjaya kurang berat?

Saya selalu malas untuk bergerak, kecuali saya jadi rajin apabila nak ambil makanan, saya tidak mahir mengawal nafsu makan. Kalau lapar je saya hentam nasi 2 pinggan.. Air berkabonat memang BFF masa tu. Bersukan memang jauh sekali. Di samping itu, saya juga penggemar fast food, suka makan nasi, roti canai, mee goreng pada lewat malam dan lain-lain. Masa tu memang tidak tergerak hati langsung untuk turunkan berat badan.

…Masa tu memang tidak tergerak hati langsung untuk turunkan berat badan…

Apa yang saya belajar dari Kevin Zahri: Saya pernah cuba mencari tips di google, kebetulan terjumpa blog Kevin Zahri, saya mula tertarik dengan blog tersebut. Mulai haritu, saya selalu mengikuti tips yg diberi oleh cikgu Kevin di twitter, facebook, instagram dan laman web. Saya juga selalu menonton beliau di Selamat Pagi Malaysia RTM1 setiap selasa…

Amalan diet sebagai seorang pelajar?

Menu saya pelbagai setiap hari, ini salah satu darinya~

  • 7 pagi – roti wholegrain sekeping, 1 biji oren dan segelas susu low fat
  • 10 pagi – 1 biji apel merah dan teh tanpa gula
  • 12 tengahhari – oat cake 2 keping, secawan teh hijau
  • 2 tengahhari – nasi segenggam, stir fried veggie, steamed chicken dan air kosong
  • 4 petang – 3 keping biskut hi fibre jacob, teh tanpa gula
  • 6 pentang – instant oat, air kosong
  • lewat malam – kalau lapar saya makan buah dan susu low fat

Jogging bersama ayah?

Saya selalu jogging pada waktu malam bersama ayah saya selama 40 minit 3 kali seminggu, dirumah kalau terdapat masa lapang saya membuat senaman di mesin kardio ( kayuh basikal mcm kat gym tu)

Tip dan panduan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang masih obes?

Kepada sesiapa yg ingin kurus, 1 key thing is don’t give up .. Hanya teruskan…
Tips yg saya amalkan: makan dengan kerap small meal, banyakkan air mineral, sentiasa bergerak, jangan malas, tidur yang cukup. Kira BMR dan limit calorie intake yang diajar melalau eBook cikgu Kevin

Privacy Preference Center