fbpx

Omar Kurang 41kg Dalam 10 Bulan Tanpa Suplemen

[one_half boxed=”true” animation=”Fade In” delay=””]

  • Nama: Omar Muhammad Bin Omar
  • Umur: 19 tahun.
  • Tinggi: 172cm.
  • Pencapaian: Dari 135kg ke 94kg dalam 10 bulan.
  • Status belajar: Pelajar Pra-Universiti@Tingkatan 6
  • Twitter: @Omar_Omark

[button color=”Extra-Color-2″ size=”medium” url=”https://kevinzahri.com/jom/ebooks/panduan-kurangkan-5kg-5minggu/” text=”Nak Kurang Berat Badan?”]

[/one_half]

Nama saya Omar Muhammad bin Omar, berumur 19 tahun dan merupakan pelajar lepasan STPM 2013. Sejak dari awal lagi saya sudah menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dalam blog Kevin Zahri. Setelah berjaya menurunkan berat sebanyak 41kg dalam masa 10 bulan, barulah saya rasa lebih confident untuk menghantar kisah saya.

Berat 125kg Semasa Tingkatan 5

Sejak dari sekolah rendah lagi saya merupakan seorang kanak-kanak yang berfizikal agak montel atau bahasa mudahnya bulat. Apabila memasuki alam persekolahan menengah, berat saya semakin meningkat dan terus meningkat. Sehinggalah ketika habis tingkatan 5 saya telah mengumpul berat sebanyak 125kg.

Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa dan saya sendiri dah lali dengan semua itu.

Sejak dari dulu lagi saya memang sentiasa berazam untuk turunkan berat badan. Tapi akhirnya kesemua azam itu hanya ”masuk longkang”@hangat-hangat tahi ayam sahaja. Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa dan saya sendiri dah lali dengan semua itu.

Semasa berat 125-135kg di sekolah menengah.
Semasa berat 125-135kg di sekolah menengah.
ejekan.
Semasa di sekolah, ejekan dan cemuhan sememangnya perkara biasa.

Walaupun kadang-kadang agak menyakitkan hati. Ketika menunggu keputusan SPM, saya tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Aktiviti luar memang tidak dilakukan sama sekali tetapi aktiviti mengunyah pula sememangnya menjadi hobi. Tambahan pula saya seorang yang suka memasak. Segalanya sedap di mata saya. Tidak memeranjatkan apabila berat saya meningkat menjadi 130kg ketika waktu itu. Selepas itu saya menyambung pelajaran ke tingkatan 6.

Kenapa ingin berubah?

Ketika di tingkatan 6, berat saya telah mencecah 135kg. Kenapa ingin berubah? Sebabnya saya dah bosan jadi begini. Segalanya susah bila berbadan besar. Susah bergerak, susah nak cari pakaian*pinggang saiz 50, baju saiz XXXL*, susah nak solat, susah nak memandu kereta*especially kancil* dan macam-macam lagi. Semuanya bermula pada pertengahan bulan Februari 2013, saya bersama seorang guru pergi menemani seorang rakan untuk ujibakat menjadi model iklan. Selepas ujibakat itu, kami berbual-bual kosong dan terkeluarlah topik untuk kuruskan badan.

Cikgu Linda mencadangkan kami untuk diet ala-ala The Biggest Loser selama sebulan*Terima kasih cikgu Linda! kalau tak kerana idea cikgu mesti saya tak akan berjaya ke tahap ini!*. Sesiapa antara kami bertiga yang menurunkan berat paling sedikit akan didenda untuk minum jus epal campur peria. Saya bersetuju untuk sertai. Namun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk berjaya. 1 Mac 2013 saya mula berdiet.

Apa yang saya belajar dari Kevin Zahri?

Saya terjumpa blog dan facebook Kevin Zahri ketika beberapa bulan selepas mula diet. Setelah mengikuti post-post di FB Kevin Zahri, saya banyak belajar tips untuk makan secara sihat, ilmu tentang kalori dan juga teknik bersenam dengan cara yang betul. Sebelum ini memang tak pernah tahu langsung pasal pengiraan kalori. Di samping mengunakan maklumat tersebut untuk membantu saya menurunkan berat badan, saya turut kongsikan dengan rakan-rakan di facebook saya.

Saya tidak mampu untuk membeli e-book kerana masih lagi belajar. Walaubagaimana pun memang tidak dinafikan banyak ilmu yang saya perolehi daripada post beliau tersebut. Ruangan Success Stories di blog abang Kevin Zahri juga sentiasa menjadi tempat rujukan saya. Kisah-kisah mereka memberikan suntikan semangat kepada saya untuk teruskan perjuangan.

…To abang Kevin : Terima kasih kerana banyak berkongsi ilmu…

Gaya Hidup yang tak terkawal

Saya sememangnya menggemari semua jenis makanan sedap yang berkalori tinggi dan berlemak. Antaranya, minyak sapi, mayonis, marjerin, mentega, burger special, segala jenis kek, makanan bergoreng dan macam-macam lagi. Nasi juga sentiasa menjadi makanan utama. Pagi, tengah hari, malam sentiasa mencari nasi. Saiz hidangan sememangnya semaksima mungkin. Pendek kata semuanya nak EXTRA. Aktiviti bersukan sememangnya perkara yang saya paling benci dan ramai orang yang suka melabel saya sebagai pemain rugbi kerana berbadan besar. I’m totally hate it so much!! Tak semestinya orang berbadan besar kena main rugbi.

Akibatnya semua lemak-lemak dari makanan tersebut tersimpan di dalam badan saya. Ibu bapa saya pun sering nasihatkan saya untuk kawal pemakanan. Tapi saya endahkan sahaja dan teruskan gaya hidup itu.

Pernah juga saya mencuba produk kuruskan badan seperti teh kurus *nama dirahsiakan*. Tapi setiap kali minum, perut saya akan sentiasa memulas dan akan menyebabkan cirit birit. Selepas itu saya berhenti dan tidak pernah mencuba produk lain.

Diet Nasi Segenggam.

Bermulanya tarikh saya diet, saya berhenti makan nasi dengan mendadak. That was the first step I did! Hari pertama sememangnya sangat merana dan saya hampir berputus asa. Tapi saya tetap teruskan. Saya gantikan nasi dengan karbohidrat lain seperti roti, mi, pasta dan sebagainya. Saya tahu diet tanpa nasi sememangnya kurang sihat. Tapi itu sahaja caranya. Nafsu makan saya terlampau besar dan sekiranya saya makan walau sedikit nasi akan menyebabkan saya tambah lagi dan jadilah TERLEBIH NASI! Selepas beberapa bulan kemudian, barulah saya makan nasi semula.

Tapi kali ini saya berjaya kawal kuantitinya. Segenggam sahaja seperti yang disarankan oleh abang Kevin.

Berikut adalah tips dan amalan diet saya :

  1. Kawal pemakanan. Selalu pantau kalori dalam makanan *before this memang tak pernah peduli label nutrition di pek makanan*. Jangan ambil lebih kalori dari keperluan badan!
  2. Makan ikut waktu. Dinner wajib saya ambil sebelum pukul 9 malam.
  3. Kurangkan karbohidrat dan lebihkan sumber protein dan sayuran hijau. Bak kata abg Kevin, nasi segenggam jer. Insyaallah boleh lakukan. Makanan yang berminyak perlu dikurangkan. Sekali-sekala sahaja dibenarkan.
  4. Setiap pagi dan sebelum masuk tidur saya akan minum air perahan lemon tanpa gula. Breakfast setiap pagi pula saya akan makan oat yang direndam dalam air. Oat bagus untuk penghadaman*tapi rasanya sangat tak sedap, so tutup hidung dan telan terus*.
  5. Minum air kosong mencukupi. Saya minum sehari dalam 2-4 liter. Air manis memang jarang ambil sebab saya ni jenis yang malas nak bancuh air.
  6. Saya amalkan minum teh hijau without sugar setiap kali lepas lunch dan dinner. Teh hijau dapat tingkatkan kadar metabolisma badan.

Note : Buat secara berperingkat@slow and steady. Jangan mendadak terus nanti perut terkejut.

Tips Senaman dan Gaya Hidup:

  1. Buat target. Bina jadual penurunan berat badan. Sebulan target nak lost berapa kilo? Saya buat sebulan 5kg kena buang. Bila dah ada target, kita akan ada halatuju dan lebih mudah untuk dicapai.
  2. Disebabkan badan yang besar menyebabkan saya segan untuk jogging di kawasan awam. Plus, memang tak larat nak jogging pun. Masuk gym memang tidak sama sekali. Jadi saya hanya bersenam di rumah. Setiap hari saya akan skipping selama 30 minit. Kepada yang baru nak bermula, buat secara berperingkat, mulakan dengan 10 minit. Bila dah biasa baru tambahkan masa. Apabila berat dah turun agak banyak barulah saya mulakan aktiviti berjogging.
  3. Selalu buat senaman squats. Before this memang tak tahu pasal senaman ini. Lepas abang Kevin share barulah saya tahu dan mula lakukan. Pertama kali buat memang kaki sakit sangat-sangat. Lama-lama ok dah. Setiap hari saya boleh buat 150 squats.
  4. Selain itu, saya turut mengamalkan senaman weight training menggunakan dumbbell untuk bina otot lengan.
  5. Selalu buat stomach vacuum*boleh rujuk caranya di google*. Senaman ini sememangnya berkesan untuk mengempiskan perut.
  6. Cheat day kadang-kadang saya buat. Ikut mood.
  7. Get enough sleep everyday.
  8. Kadangkala sampai satu tahap saya akan rasa a bit down dan kecewa. Especially bila berat badan tak turun. Jadi untuk atasi masalah itu saya akan sentiasa baca kisah-kisah kejayaan di blog abang Kevin. Kisah mereka yang dah berjaya sangat membantu untuk motivate diri. Thanks you guys !

Saya juga selalu tonton rancangan realiti seperti Extreme Makeover : Weightloss Edition. Para peserta rancangan itu sangat memberi inspirasi kepada saya untuk teruskan usaha kuruskan badan.

Sepanjang saya berdiet memang tidak ambil sebarang suplemen. Harganya tinggi dan saya masih tidak mempunyai pendapatan sendiri lagi.

Tip kepada pembaca yang ingin mulakan program kurangkan berat badan:

  • Sentiasa rujuk blog/page fb abang Kevin Zahri. Kalau mampu bolehlah beli e-book terus.
  • Kuatkan azam! Jangan sesekali menyerah kalah! Always remember : ”Aku nak kurus! Aku Nak KURUSSS!!!!”
  • Untuk menaikkan semangat lagi, cuba beli baju yang bersaiz kecil dari saiz asal badan. Saya gelar sebagai inspiration tshirt. Setiap hari tengok baju tu dan cakap dalam hati ”One day I’m gonna wear this shirt!”
  • Just do it until u make it!!!
  • Lebih seronok kalau kuruskan badan beramai-ramai. So, bolehlah ajak kawan-kawan yang berbadan besar untuk join sekali.
  • Eat healthy and enjoy your meals.
  • Last but not least, snap gambar sendiri selalu. Barulah akan nampak perubahan bentuk badan.
Sekarang berat saya hanya 94kg. Insyaallah selepas ini saya akan cuba untuk turunkan lagi menjadi 80kg pula.
Sekarang berat saya hanya 94kg. Insyaallah selepas ini saya akan cuba untuk turunkan lagi menjadi 80kg pula.

Alhamdulillah, berkat usaha saya selama ini telah membuahkan hasil. Saya telah berjaya menurunkan berat sebanyak 41kg. Walaupun tak banyak sangat penurunan but it’s better than nothing. Sekarang berat saya hanya 94kg. Insyaallah selepas ini saya akan cuba untuk turunkan lagi menjadi 80kg pula.

“Haters always gonna hate. Apabila kita cuba kuruskan badan akan ada orang-orang yang bermulut longkang mencemuh dan ingin melihat kita gagal. Abaikan mereka, pekakkan telinga dan teruskan usaha kita. They are haters and that’s what they do. Bila kita berjaya, mulut mereka akan terkunci dengan sendiri.”

Privacy Preference Center