fbpx

Acik Hanafz : So I Choose To Change!

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua! (^_^).  Nama yang tercoret di surat beranak ialah ‘Atiqah Mohd Ali Hanafiah’ tapi panggil Acik dah cukup, baru la mesra sikit kan? hehe. Umur dah menjangkau 25 tahun, berasal dari Setapak Kuala Lumpur. Dan saya kini sedang giat mengusahakan perniagaan sendiri iaitu “The Okpo Project – Chocolate Fudge Cake & Cuppees”. Catchy tak nama? Muehehe. Detik 15 March 2014 lalu, bermulalah coret bibit perjalanan hidup saya dan peserta lain ke dalam keluarga baru “Jom Kurus 1 Malaysia” Musim 2. Meh sini nak cerita macam mana boleh “terjebak”.

 Lifestyle, Makanstyle?

Selepas pembedahan appendix 16 tahun yang lalu, berat saya naik mendadak selari dengan umur yang meningkat. Saya nekad untuk turunkan berat badan kerana tidak tahan dengan ejekan rakan. Yang sedih tu, saudara mara turut serta mengejek. Wuuuu. T_T

Banyak usaha saya nak turunkan berat badan dan ini termasuklah tak makan nasi, penggunaan produk terkemuka, dan tak makan langsung! Tapi semua tu berakhir dengan pertambahan berat badan yang mendadak. Seram! Masuk alam universiti, 5 tahun pengajian berat naik 20 kg. Bergraduat dengan berat 110kg. Saya aktif dengan aktiviti di kolej dan fakulti. Setiap kali habis training atau meeting, mesti disusuli dengan makan-makan di kedai mamak. Boleh bayang tak? Gaya hidup sihat mahasiswa jenis apa saya pun tak pasti. Hehe

No Way Out!

Sampai lah Februari tahun lepas, adik saya cadang untuk follow Chris Powell & Kevin Zahri. Masa tu saya cuba tips dalam e-book dan join aktiviti-aktiviti yang saya tak sangka saya boleh join. Seronok la keluar peluh.

Jom Fit @ KLCC : Gigih tak berzumba bagai? Hehe
Jom Fit @ KLCC : Gigih tak berzumba bagai? Hehe

Tapi masalahnya saya tak konsisten dan buat tips-tips yang diberi bila semangat dan terasa nak buat. Senang cerita, sentiasa dalam zon selesa. Kawan saya suruh saya join gym, saya join gym. Makan lepas gym pun lebih banyak dari workout. Dan kehidupan saya macam tu aje untuk tahun lepas. Boleh la nak kata give-up sebab saya rasa macam dah trapped  dalam badan dengan berat tiga angka. Lutut pun dah sakit-sakit. Rasa macam – no way out! Jadi saya continue life saya sebagai Food Lover. Acehceh!

Turning Point

Awal tahun ni, Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya nak go through iklan-iklan Kevin pasal Jom Kurus yang passed by kat newsfeed Facebook. Saya jadi terus bersemangat bila tengok Team Leader kawasan saya Marini Amin. Saya follow instagram dia dan beberapa Team Leader yang lain. Come on, 110kg  turn into 70kg?? Amazing kot!

15 March '14 - Tanpa ilmu ibarat meniti sungai tanpa jambatan.
15 March ’14 – Input JK1M Kick-Off!

Ruang dan peluang yang Allah bagi kat saya untuk hidup ni sama untuk semua manusia. Ada keluarga dan rakan-rakan yang sangat supportive. Masa tu baru saya teringat salah satu antara 10 ciri peribadi muslim adalah Tubuh Yang Cergas (Qawiy-ul Jism). Jadi saya pilih untuk berubah!

| Wangsa Warrior | JK1M @Wangsa Maju
| Wangsa Warrior | JK1M @Wangsa Maju

Thank you Kevin beri peluang untuk saya dan rakan-rakan berkongsi kisah kami. Mungkin untuk lima minggu mendatang jari-jemari kami akan mengecil tapi penulisan dan perkongsian kami tetap stay melebar. HEHE! Stay tuned~

Yang Bakal Kurus & Sihat,

Acik Hanafz ^^,

Privacy Preference Center