fbpx

Wan Fadhilah : Masih dilandasan yang betul…

Wahhh tajuk…hihihi….Tapi itulah hakikatnya…Perbezaan antara saya diet sendiri dan lepas saya masuk program JK1M ni…Dulu kalau diet sendiri memang tak lama lah…Pantang ada orang cakap saya nampak kurus sikit, mula lah saya makan dengan banyaknya tanpa rasa bersalah…Padahal baru 2 minggu diet..hihihihi…Lepas saya joint JK1m ni, nak makan banyak pun rasa “bersalah”  sebab kawan-kawan satu team semua saya tengok gigih mengawal pemakanan mereka…Jadinya nak tak nak, terpaksa lah juga saya kuatkan mental saya untuk terus kawal pemakanan saya kan..hihihi…So Alhamdulillah harini hari ke 18 saya masih mampu untuk mengawal nafsu makan saya tu…

Dahulu saya nak bersenam pun malas..Aktiviti sukan sekolah pun saya malas nak ambil bahagian…Boleh dikatakan saya hanya aktif berkawad sahaja semasa zaman sekolah..Itupun sebab minat yang mendalam dalam Kadet Polis…Kalau tidak jangan haraplah saya nak bersusah payah nak berpanas dan letihkan diri…hihihihi…..Tapi sekarang, setiap hari saya akan bersenam dan ada sahaja aktiviti bersama team saya…Bila sehari tidak bersenam saya pula rasa bersalah pada diri sendiri….Itulah semangat baru  yang saya jumpa dalam diri saya yang sebelum ini langsung tidak pernah ada….

10

Gambar atas ni masa aktiviti hiking di Taman Rimba Kiara, 23 Mac 2014. 

09

Gambar lagi…hihihi…Kami pantang nampak Team Leader kami pegang kamera…Walaupun penat tapi sangat seronok…Balik rumah memang muka saya “gelap” sampai hari ini…hahaha…

Setiap minggu kami akan timbang untuk tahu berat terkini…Detik-detik ini lah yang menakutkan…hihi…Tadaaaaaaa….inilah hasilnya untuk minggu ke2…Seronok tengok…Tapi berat ni mungkin disebabkan saya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sehari sebelum…hahaha…Mungkin sebab itulah berat macam banyak sikit turun…

03

Seronok je tengok angka tu…

 11

Muka masing-masing yang takut nak naik penimbang tu…hihi…Haffiz (Team Leader) gigih catat berat terkini kami…

13Gambar atas ni masa Karnival Sukan JK1M Kuala Lumpur, 29hb Mac 2014

12

Sempat bergambar dengan team Cyberjaya sementara tunggu turn nak lawan dodgeball…

05Gambar mase lawan futsal dengan team cyberjaya…hihihi…kalah dengan senangnya..kena “lauk” je…

01

Semua muka happy je walaupun tak menang…hihihhihi…

07

Hobi asyik bergambar jela kan…

06

ni pun salah satu aktiviti yang best…tambah kalori balik..hihihhi…

14

Sempat bergambar dengan Encik Kevin Zahri…hihi…

02Ni pula gambar masa lepas main dodgeball dan netball, 31 Mac 2014

16

Haaaaa….ni yang kejayaan terbesar saya..hihihi…Semalam berjaya rasa kek ni sepotong kecil je..Besar ibu jari…Sukar nak percaya kan..Sebelum ni 1/4 kek ni pun saya boleh habiskan…Serius kek ni sedap tau…hihi…Kalori kalori…Kena ambil kira tau!

Jom teruskan usaha untuk kuruskan badan…Jangan buat separuh jalan…Peringatan untuk diri sendiri juga…

Privacy Preference Center