Acik Hanafz : Perubahan Yang Menyeronokkan!

Everyone deserves to be HAPPY!

Salam Ukhuwwah readers!

Ok tak ape, tajuk kali ni dah macam Doraemon punya alat ajaib. Tapi memang serius ah, our journey getting more fun day by days. Dah masuk minggu ketiga ni, tahniah untuk semua para peserta berjaya berdiri macho disisi team leader kawasan masing-masing. Mari tepuk bahu kanan sebagai penghargaan buat diri yang dah bertungkus lumus ke tahap ni. Weee~! ^_^ Sorry, post ketiga lambat sikit sebab nak kumpul cerita menarik minggu ni buat jadik kitab untuk tatapan dan pemangkin semangat semua. Ahaks! Meh sini nak cerita activity minggu yang awesome as peserta JK1M Season 2.

Wangsa Warrior!

Trekking di FRIM bersama team Batu Caves
Trekking di FRIM bersama team Batu Caves

Masa awal2 masuk dulu sangat segan la sebab register sensorang plus tak kenal sesiapa pun kat dalam tu kecuali Kevin & team leader, Nini. Kevin pun ada dalam screen je, so boleh hai2 kat Nini la. Alhamdulillah dengan aktiviti menarik yang sangat banyak buat kami saling kenal dan kebal apetah lagi kental. Gitew. Sifu & Nini

Gambar dengan Nini after Sports Carnival. Burn habis muka. HAHA~

Paling menarik sebab semua orang dalam JK1M ni mempunyai matlamat yang sama dengan kita! So, saling ingat mengingati, bagi nasihat dan cadangan nak makan apa malam karang pun semua tu sangat bermakna as a team. Nak buat aktiviti apa-apa pun orang cakap, “ada geng” nak bertungkus lumus sama-sama nak kerjakan lemak masing-masing. Best kan?

Sesi memanjat Bukit Kiara dengan limpahan hujan lebat. Subhanallah!
Sesi memanjat Bukit Kiara dengan limpahan hujan lebat. Diakhiri dengan makan pagi. Tu paling bonding. Haha.

Sports carnival buat ukhuwwah kami semakin kuat sebab nak lawan team lain an. Ha, mase ni mula la nak feeling2 throwback zaman sukan sekolah. Yang buat lagi menarik is semua peserta kena main semua game. Circuit Training -Tarik tali- Dodgeball-Futsal- Netball- Balapan. Gagah tak? Masa balapan tu azab sangat. Rasa macam da pecut je tapi situ jugak. Haha. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk habiskan semua game. Ramai jugak yang pakai jam calorie burn monitor tu. Ada yang burn 3000kcal, 4000kcal dan paling banyak 5000kcal..wow! Kalau saya lepas tu confirm berguling cari nasi kandar. Haha. Tahniah! Tahniah!

Workout & Co

By knowing all that, saya dah tak cepat penat dah bila workout. Weee

Sebab kasut terseret dengan dahsyatnya masa main tarik tali tu, makayah saya hadiahkan kasut. Semangat bertambah! Thank you makayah! Plus, minggu ni saya dapat best friend baru, dumbell nama dia. Ditambah pulak dengan peluang workout with Kevin rasa macam datang kenduri dapat duduk meja pengantin yang ada udang panjat-panjat tu. Alhamdulillah, such a bless! Kevin ajar cara weight training yang betul untuk ladies dan cara breathing yang betul. By knowing all that, saya dah tak cepat penat dah bila workout. Weee! Paling saya ingat dan take note tentang rangka workout anda. So takde lah nanti blur lepas buat squat nak buat ape. List down apa yang kita nak buat or boleh guna list yg Kevin selalu post contohnya Jom Fit Muslimah Circuit dan banyak lagi. Weight training for ladies ni pun ada via video. Nanti boleh tengok dan buat sama-sama 😉

Sesi Weight Training bersama Sifu KZ
Sesi Weight Training bersama Sifu KZ

Eat Clean?

Selalu sangat tengok hashtag eat clean ni kat Instagram jadi saya pun declare “minggu eat clean untuk acik” selama dua minggu. Sebelum mula, macam biasa kena tahu apa yang kita nak buat. Kevin kata knowledge tu penting. Eat clean ni basically kita jaga diri dan perut kita dari makan makanan yang hardcore. Pada saya makanan bergoreng semuanya hardcore. Dessert pun sama. Nak makan boleh tapi kurang kan. Sayur pun sekarang saya dah mulasuka dengan ulam & salad. Rasa dia fresh kot! Kalau nak compare dengan dulu, saya bukan herbivore =)

My notes before I started Eat Clean
My notes before I started Eat Clean

Supplement

Ramai orang tanya, saya ambil supplement apa dalam program ni? Nampak ceria dan cergas sentiasa. Hehe alhamdulillah. Supplement saya yang saya ambil sekarang adalah suntikan semangat dari mak,ayah, adik beradik dan semua orang sekeliling. Doa mereka adalah everything bagi saya. Doa dan usaha saya adalah ubat utama dalam tergeraknya usaha untuk jadi lebih sihat. Orang sekeliling terutama family pun main peranan penting dalam perubahan kita. Tapi harus diingat ya acik dan kawan-kawan, peranan paling penting adalah dari diri sendiri.

Lutut sakit, so masa workout akan dibantu oleh staff gym, Reen.
Lutut sakit, jadi akan dibantu oleh staff gym, Reen.

Setiap kali muscle sore, rasa nak berhenti usaha tapi persoalan yang sama bermain dalam kepala- Kalau bukan aku,siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Lagi pun mak selalu pesan “jangan sia-siakan doa mak”. I have to do my best for myself! Ruang dan peluang tu sentiasa ada cuma terpulang pada kita nak ke tak nak.

Jom Fit? 🙂
Acik Hanafz

0 Shares:
6 comments
  1. Wowww…blm berkesempatan utk join jk1m..tp sy sudah mngikuti progrm kevin zahri..so…jeng3..br 4 minggu suda dpt hasil&smakin brsmngat utk trussssss…nk sihat!!!!!yeahhhhh

  2. woww.. impressive u girl.. i just discovered this program.. i dah kurus.. tp sekarang struggle utk fit.. ade shape sikit.. baru rase confident.. thanks kevin for all the tips.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like