Isa Abdullah: JK1M – Sasaran BMI Ideal Tercapai!

Terima kasih JK1M 1 & 2 2014 Kevin Zahri!

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kevin Zahri atas penyediaan platform Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) kerana memberikan kesempatan ini untuk bersama-sama ribuan peserta di seluruh negara untuk bersama-sama menjalani kehidupan rutin yang lebih sihat dan cergas, serta cuba keluar daripada masalah obesiti yang dihadapi 44% penduduk negara.

Menjelang minggu ke-4 ini catatan berat semasa adalah 66.6kg telahpun mencapai berat badan ideal. Namun begitu mencapai BMI ideal sahaja bukanlah penentu kepada komposisi badan yang ideal. Elemen-elemen komposisi badan seperti peratusan lemak, peratusan air dalam badan, jisim otot, tahap fizikal, kadar metabolisme badan, umur badan, jisim tulang, dan kandungan lemak dalam badan perlu diambil kira.

current weight 2014 04 04

Komposisi Badan semasa setakat 04 April 2014

BMI:  66.6 / (1.65 X 1.65) = 24.46  Normal
Julat BMI ideal: 54kg-67kg    (Sasaran: 64kg)
Peratusan Lemak Badan: 19.2%   (Sasaran: 16%)
Peratusan Kandungan Air Dalam Badan: 58.4%    (Sasaran:60%)
Tahap Fizikal: 6 Status: Standard   (Sasaran Tercapai)
Umur Badan: 28   (Sasaran Tercapai. Sasaran baru <28 tahun)
Jisim Tulang: 3.0  Status: Normal   (Sasaran Tercapai)
Tahap Lemak dalam organ: 12 Tidak sihat  (Sasaran: 8)  Masih mempunyai risiko yang tinggi penyakit kardiovaskular yang tinggi seperti darah tinggi, kolesterol, masalah hati dan kencing manis.
Paras kolesterol dalam darah: 5.5 Berjaga-jaga. (Paras kolesterol sasaran adalah kurang daripada 5.2)

Rumusan: Beberapa aktiviti senaman perlu diteruskan seperti kardio, HIIT, ‘crossfit training’ dan senaman abdomen.

Pelan Kedua

Pelan pertama untuk ke lembah Kelang iaitu berurusan untuk berjumpa dengan supervisor ilmiah tidak kesampaian kerana faktor kekangan masa dan sebab-sebab lain namun pelan kedua tetap tersedia iaitu aktiviti kecergasan hujung minggu selepas berbincang dengan saudara Ezahd dan rakan-rakannya.

Aktiviti penghujung minggu ke-3

Menyertai aktiviti senaman Kardio dan ‘Crossfit Training’ pada 4 April 2014 di Extreme Hardcore Fitness Centre Wangsa Melawati pada sesi 8.30 pagi dan 8.00malam

crossfit

crossfit02

Keesokannya, 5 April 2014, menyertai Fabulous Step Aerobics Ideas 2014, anjuran Fabulous Fitness di Peak Physique Health & Fitness Centre, Sogo Kuala Lumpur pada jam 10pagi untuk para jurulatih dan pencinta seni aerobik tanahair yang berlangsung selama 2jam 30 minit.

aerobic01

aerobic02

Sesi Latihan Dogdeball bersama peserta JK1M 1 pada 5 April 2014 jam 5 petang di Sinamax Gombak.

10003441_10154040606290691_2021556146_n

Aktiviti santai, makan malam ‘cheat meal day’ di Mango Chilli, Wangsa Walk dan sesi karoks di Superstar, Wangsa Walk.

2014404201658

eskrim

Seterusnya menyertai larian ‘KL Car Free Morning 7km Run’ anjuran DBKL pada 6 April 2014 jam 7.00pagi. Di dalam penyertaan kali pertama ini, larian 7km telah berjaya ditamatkan dalam masa 42 minit 58 saat.

running

Menyertai Jomfit Zumba di Dewan Cempaka anjuran JK1M Titiwangsa pada 6 April 2014 jam 10.00pagi yang berlangsung selama 2jam 30minit.

zumba 02

zumba 03

EKSTRA: 10 Petua Mengurangkan Lemak Di dalam Badan

1. Cuba elak atau kurangkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman!
2. Elakkan pengambilan karbohidrat yang telah diproses. (Seperti: roti, biskut, sandwich, pau,  mee atau mihun. Lebih baik memakan nasi berbanding memakan karbohidrat yang telah diproses)
3. Meminum 2 – 3 liter air sehari (1 liter bagi setiap 25kg berat badan)
4. Tidur secukupnya ( 7-8 jam sehari).
5. Hindari diri daripada sebarang tekanan persekitaran di rumah atau di tempat kerja.
6. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
7. Makan protein tanpa lemak ( putih telur/ ikan / dada ayam bakar/rebus/stim atau protein soya).  Harus diingat bahawa protein berasaskan soya bukan suplemen.
8. Bersenam secukupnya mengikut kemampuan sendiri.
9. Elakkan makanan segera serta makanan di dalam tin.
10.Banyakkan memakan buah-buahan atau jus buah tanpa gula.

Penghargaan:

Jutaan terima kasih juga kepada para jurulatih dan ketua pasukan Taiping, En Mohd Faiz Hamzah, ketua pasukan Kuala Kangsar Ustaz Norazman Md Noh, serta para jurulatih saudara Azmil Mubarak, Azim Qayyum dan Meor Mohd  kerana telah banyak mengorbankan masa lapang mereka untuk membantu kami peserta JK1M bangkit bersama-sama menangani masalah berat badan masing-masing.

ramai ramai zumba

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada En. Haffiz Razali, ketua pasukan dan jurulatih JK1M Titiwangsa, jurulatih Haniff Gadaffi, rakan seperjuangan saudara Ezahd, kak Rosida dan rakan-rakan JK1M 1 dan 2 TTT, serta ‘autobots’ atas kesudian menumpangkan saya dalam beberapa aktiviti kecergasan sepanjang hujung minggu ke-3 JK1M musim kedua ini. Sahabat Selamanya.

0 Shares:
3 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like