Isa Abdullah: Refleksi Dan Petua Turun Berat Dari 100kg Ke 60kg Dalam 4 Bulan

Dari 100kg ke 60kg
Dari 100kg ke 60kg
Menjuarai peringkat kebangsaan kategori lelaki Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri, JK1M dua kali berturut-turut. Matlamat utama sebenarnya adalah

Jom Ubah Gaya Hidup!

“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” [Surah Al-Ra’du,13 ayat 11]

“maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya.” [Surah‘Abasa,80 ayat 24]

Amalan gaya hidup sihat bersama Ketua Pasukan JK1M Kuala Kangsar
Amalan gaya hidup sihat bersama Ketua Pasukan JK1M Kuala Kangsar, Ustaz Norazman Md Noh, Personal Wellness Coach.

Catatan berat sepanjang musim Jom Kurus Edisi 1 dan 2

Menjuarai peringkat kebangsaan kategori lelaki Jom Kurus 1 Malaysia Kevin Zahri, JK1M dua kali berturut-turut untuk edisi 1 dan 2 sememangnya tidak diduga. Matlamat utama sebenarnya adalah mencapai berat badan dan komposisi badan ideal untuk pencapaian peribadi bagi meneruskan gaya hidup sihat dan cergas bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.

Berat sebelum menyertai JK1M: 104kg [22 December 2013]

Berat Permulaan: 96.5kg [11 Januari 2014]

Berat Akhir: 56.9kg [23 April 2014]

Berat Semasa: 64kg [23 Mei 2014]

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kevin Zahri atas penyediaan platform Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) kerana memberikan kesempatan ini untuk bersama-sama ribuan peserta di seluruh negara untuk bersama-sama menjalani kehidupan rutin yang lebih sihat dan cergas, serta cuba keluar daripada masalah obesiti yang dihadapi 44% penduduk negara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua pasukan Taiping dan Kuala Kangsar serta rakan-rakan seluruh negara yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan di dalam mencapai komposisi badan ideal. Cabaran seterusnya adalah mengekalkannya!

Bersama Ketua Pasukan JK1M Taiping, En. Mohd Faiz Hamzah, NAFI Certified Personal Trainer.
Jelajah Gua Tempurung 13 April 2014: Bersama Ketua Pasukan JK1M Taiping, En. Mohd Faiz Hamzah, NAFI Certified Personal Trainer.

Petua turunkan 10kg-15kg dalam 6 minggu

Senaman ini saya sarankan kepada mereka yang beratnya 80kg ke bawah.
Lakukan senaman 3 kali sehari tanpa henti sehingga minggu ke-6. Dengan hanya kira-kira 30 minit setiap sesi. Contohnya: 6.40pagi, 5.30petang dan 8.30 malam. Masa bersenam boleh diubahsuai mengikut keselesaan dan kesesuaian diri.

Langkah 1: Berjalan pantas

Langkah 2: Berlari

Langkah 3: Joging

Langkah 4: Memecut

Untuk sesi 6.40pagi dan 5.30petang: Ulang beberapa kali bermula daripada langkah 1 ke langkah 4 di atas sehingga 30-40 minit. Ianya sesuai dilakukan di luar rumah, padang pusat rekreasi atau trek larian.

Untuk sesi 8.30 malam: Boleh mencuba senaman kardio sama ada berjalan pantas atau berlari pada tanjakan (treadmill) atau berbasikal dengan sedikit latihan kekuatan dengan membuat sebarang angkatan berat. Cadangan: lakukan kardio selama 40minit dan latihan kekuatan sekadar 10-20minit.

Bagi mereka yang berat 80kg ke atas (mahupun mereka yang baru memulakan senaman) saya sarankan terlebih dahulu supaya hanya sekadar berjalan seperti biasa sejauh 5km setiap hari terlebih dahulu sehingga hari ke-21 supaya ianya menjadi rutin. Ini berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri – sepanjang 3 minggu yang pertama saya hanya mampu berjalan sahaja. Saya tidak berupaya berlari mahupun lompat bintang! Pasti semput, tak cukup nafas. Mulai hari ke-22 barulah saya selang-selikan dengan berjalan biasa dengan berjalan pantas. Pada minggu kelima dan keenam barulah saya meningkatkan intensiti kepada berjalan biasa > Joging > berjalan pantas secara berselang seli. Cara ini juga sesuai untuk mereka yang baru memulakan sesi senaman bertujuan menguatkan otot betis dan peha serta mengurangkan kecederaan pada tumit dan buku lali.

Makanlah apa saja jika cukup senaman.
Makanlah apa saja jika cukup senaman. Bersama sahabat baik, Pemilik Kay Fitness Studio Sungai Petani, Cik Karmilah Jambo, Ketua Pasukan JK1M Sungai Petani Edisi 1 dan 2.

Amalan Pemakanan

Makanlah 5 kali sehari. Jangan sesekali mengabaikan atau mengorbankan masa sarapan mahupun makan tengahari anda. Tak kisah la makan apa saja asalkan cukup senaman. Gandakan pengambilan putih telur, dada ayam atau ikan dalam menu harian [Utamakan pengambilan protein di dalam pemakanan harian]. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, manis dan bergaram. Berhenti makan sebelum kenyang. Minum air suam selepas makan untuk memberikan rasa kenyang. Jika ada air sejuk (contoh: jus oren) minum air sejuk sehingga habis terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.

Sesi Kardio: Zumba atau senam robik mampu membakar 500kalori dalam 30minit!
Sesi Kardio seperti Zumba, senam robik, tarian moden mampu membakar sehingga 600kalori dalam 30minit!

Kepada mereka yang tidak sukakan aktiviti berjalan atau berlari, bolehlah memilih sebarang aktiviti kardio lain contohnya: zumba, senam robik, melompat tali, berbasikal, aktiviti mendaki, meredah hutan dan sebagainya. Pasti ramai yang suka menari dgn iringan muzik segar, rancak dan terkini.

Jom Kurus dan Cergas! Anda juga boleh melakukannya!

Ketika bersenam haruslah banyakkan bersabar. Bersenamlah mengikut kemampuan masing-masing jangan terlalu memaksa diri. Bersenam dalam keadaan riang gembira. Elakkan sebarang stress. Saya mengucapkan anda semua selamat berjaya, semoga perkongsian ini dapat membantu mencapai berat badan ideal anda. Salam ceria.

Akan Datang: Jom Kurus 1 Malaysia Edisi 3  Seri Iskandar Ogos 2014

2014503150731

Ingin Sertai Jom Kurus 1 Malaysia JK1M Edisi 3 bersama saya? Program akan berlangsung pada 13 September hingga 25 Oktober 2014 di bandar Seri Iskandar, Perak. Untuk maklumat lanjut hubungi saya 0178669751 sms/whatsapp atau layari kevinzahri.com dari semasa ke semasa.

0 Shares:
13 comments
  1. Sekarang berat sy 64. Sy mau berat sy 48. Sy jogging hnya hujung mggu jak. Btw setiap kali jogging tu, berapa kilo yg kurang sebenarnya? Help me… btw boleh abg bg num. Senang contact nak tnya apa2 ttg ksihtn.

    1. Hi! Penurunan berat badan adalah daripada 80% pemakanan + 20% senaman. Tiada jalan pintas jika nak turun berat. Saya berumur 43 tahun dan ramai lagi di luar sana yang boleh turun berat menerusi senaman serta pemakanan sihat harian. Disiplin, motivasi dan ketahanan mental perlu cukup kuat jika nekad untuk turun berat. Salam ceria.

    1. hi aisyah.. sedikit masa lagi akan update info tentang jk1m musim ketiga 😉 nantikan informasi mengenainya di kevinzahri.com salam ceria.

  2. Malu kepada suami/bakal suami kerana kesan Selulit atau kesan Stretchmark lepas Bersalin seperti buah tembikai di badan?

    Ingin Mengurangkan berat badan??

    Dapatkan Produk L’arome yg sedang Meletup di Pasaran ini!

    Hanya Sapu sahaja! Kesan dapat dilihat dalam masa kurang dari kurang 1 minggu!

    Mesej /whatsapp/mesej di nombor 013-2075007 untuk pertanyaan atau Tempahan sekarang, Stok Terhad

    L’Arome di suratkhabar Utusan :

    http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140216/kn_04/Rahsia-kurus-cepat-dengan-LAROME

    ——————————————————————

    Agen juga Diperlukan di Seluruh Malaysia

    ——————————————————————

    Mesej kami di inbox atau WhatsappMesej di 0132075007 untuk tempahan atau penerangan Lanjut

    ——————————————————————

    Like FB Page ———–>

    https://www.facebook.com/LaromeKulitCantikBadanKurus

  3. boleh tak kalau saya tak melakukan aktiviti berlari tetapi saya ganti dengan buat aktiviti berlari setempat, membuat senaman, berbasikal, lompat bintang, squats dan sebagainya, boleh tak?

  4. Saya dari tmn maju seri iskandar…berat sy 153kg…tinggi 167…..skrg sy mengamalkan diet less karbo…dan ke gym setiap hari….boleh tuan tlg sy utk turun berat bdn….sy sakit lutut dan tumit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like
Read More

Tia Hakim: How I Lost 18 Kilos In 8 Months

My name is Tia Hakim, when I got pregnant, I gained 22 freaking kgs which made me 76kgs. Right after delivery I lost 10kgs (weight of baby, blood, placenta etc). I am now 48-49kgs at 168cm. So this is the journey of how I went from 66kgs to 48kgs.