Wan Fadhilah : Gaya hidup saya berubah semenjak sertai JK1M!

Assalammualaikum…

15 Jun 2014 genap 3 bulan selepas saya sertai program Jom Kurus 1 Malaysia….Gaya hidup saya memang berubah secara mendadak selepas saya sertai JK1M ni…Dulu setiap hujung minggu saya akan habiskan masa  untuk makan, minum, tidur, tengok televisyen dan kemas rumah sahaja…Tetapi kini setiap hujung minggu ada sahaja aktiviti yang saya sertai dengan rakan-rakan JK1M….Seronok!Itu yang mampu saya katakan…Saya seronok untuk teruskan perjuangan mendapatkan bentuk badan idaman saya…Saya akui memang ada ketika saya tersasar dari ‘landasan’…Makanan memang susah untuk dipisahkan dari saya…Hahahaha….Saya sangat suka makan…Memang agak susah untuk mengubah pola pemakanan secara drastik tetapi rakan-rakan di dalam kumpulan JK1M banyak membantu dari segi memberi peringatan dan memberi kata-kata semangat…Itu yang sememangnya saya perlukan untuk teruskan misi ini…

 

Kepuasan dapat dirasakan bila saya sendiri yang dapat lihat perubahan saya…Seluar dan baju saya banyak yang dah longgar…Baju kurung kerja saya pun sangat-sangat longgar…Dan lagi seronok bila jumpa saudara-mara yang jarang jumpa, memang komen-komen positif yang saya terima… 🙂 Terima kasih Mr Kevin Zahri..Terima kasih kawan-kawan Team JK1M Taman Tasik Titiwangsa kerana tanpa kalian saya tidak akan ‘sedar’…Perjuangan ini akan diteruskan sehingga saya berjaya mendapatkan berat idaman saya… 🙂

 

baru 12

Naik Bukit Broga kali pertama…

 

baru8

Bukit Broga lagi untuk kali ke2 dalam masa 2 minggu…

baru9

    baru4

bergambar selepas “KL Car Free Run”

baru7

Wallclimbing di Putrajaya

baru 13

Tak pernah la sebelum ni terpikir boleh panjat menda alah ni…hihihihi..

baru 10

Sesi “workout” di malam hari..

baru 11

Mendengar cara-cara yang betul untuk buat “burpees”..Kini saya dah mahir…hihi…

baru6 Selit gambar bersama Acik…Blogger JK1M juga… 🙂

baru3Haaaaa…Tengok tu…Dulu baju yang sama sendat dan ketat…Macam balut nangka..Sekarang dah longgar sesangat….

baru1

Dulu (gambar baju kelabu) dan kini (baju coklat)….Sangat beza kan..Dulu saya ‘comel’..Bulat dan tembam…hihihi

baru2

Gambar bawah : saya yang dahulunya 69kg…Dan gambar atas, saya yang kini 60.5kg…

Saya berbangga dengan diri saya sendiri…Walaupun lambat tetapi cara yang saya lakukan ini adalah betul..Tiada sebarang ubat kurus…Hanya dengan mengawal kuantiti makanan dan bersenam….Perjuangan masih baru dan tetap akan diteruskan…Misi untuk mendapatkan berat 53kg…

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like