fbpx

Cara kira kadar degupan jantung semasa bersenam?

Kiraan denyutan nadi atau kadar degupan jantung semasa bersama adalah perhitungan bagi kadar detak jantung dalam masa seminit. … Bagaimanakah untuk mengukur kadar denyutan nadi?

Kalau korg nak tau jantung korg ni punya kebolehan. Korg boleh kira maksimum detik jantung korg. Caranya,

Step 1: Kira Kadar Degupan Jantung Maksima Seminit:

Formula nya adalah: 220 – Umur  = maximum heart rate (MHR). Contoh; kalau anda berumur 30 tahun: 220 – 30 = 190 bpm (beats per minit). So dalam 1 minit, MHR anda adalah 190 detik. Ok habis kira MHR, kapasiti tertinggi yg boleh jantung anda tampung. Now, nak tau plak regime-regime training untuk mencapai mengikut gol fitness masing-masing. So, anda boleh rujuk jadual kat bawah ini:

Zone Bakar Lemak Semasa Bersenam?

Ok, let say anda nak bakar lemak. Target kesusahan latihan (Intensity % of MHR) yang anda perlu achieve adalah pada 60 – 70%.

So bagaimana nak kira? Untuk mengira target detik jantung, anda boleh pakai formula ni;

MHR tadi anda dah tau. So kena kira yang lain plak. Nak tau sama ada korg dah sampai ke belum dalam sesuatu regime latihan tu, korg kena kira reserve heart rate korg. Cara nak kira;

MHR (Max Heart Rate) – RHR (Resting Heart Rate) = HRR (Heart Rate Reserve)

190 – 55 = 135 bpm. Mesti anda tertanya-tanya, mana datang 55 tu kan? Ok don’t worry. Let me explain, Resting Heart Rate tu korg boleh tau atau cek lepas je korg bangun dari tidur. Bangun je, lepas settle down, dah puas guling-guling then cek nadi utk tau berapa resting heart rate korg. Ambil bacaan utk 3 hari berturut-turut so that korg boleh kira purata utk RHR korg.

Kalau susah sangat nak ingat bangun pagi kena cek heart rate tu, korg boleh refer kat table bawah ni. Tapi, ni dah kira bukan actual resting heart rate korg la tau. Sekadar guideline boleh la;

Try agak-agak, kat mana kelompok korg then boleh ambil bacaan tu masukkan dalam formula Karvonen tadi. Then, bila dah dapat Heart Rate Reserve, bolehlah korg kira plak regime training yg korg nak tau tu.

{HRR (Heart Rate Reserve) x Training Intensity (%)} + RHR (Resting Heart Rate)

(135 x 0.65) + 55 = 142.75 @ 143 bpm. Angka 0.65 tu adalah tahap kesusahan latihan (Table 1) utk berada dalam regime bakar lemak (60-70%), saya mengambil nilai tengah iaitu 65%. Angka 55 pula tadi saya refer dekat Resting Heart Rate (Table 2).

Again, nak tau dalam 10 saat tadi, bahagikan dulu dgn 60 saat so that korg tau dlm sesaat jantung korg detik bape kali then darab dgn 10 saat utk tahu consistent nya denyutan itu. So;

(143/60)x 10 = 24 beats dalam 10 saat.

Anda dah tau kalau let say jantung korg berdegup sebanyak 24 kali dlm masa 10 saat maksudnya korg dlm regime latihan yang sedang membakar lemak. kalau lebih dari tu, maybe korg dah berada di regime aerobik, anaerobik, strength dan sebagainya.

Hopefully entry kali ni sedikit sebanyak dapat mengajar korg on how to know your jantung well & how to know your regime of training. Sebab, takut korg target lain, tapi latihannya lain. Nanti lambat pulak nak achieve fitness goal korg. Selamat mengira detik jantung anda!

 

Privacy Preference Center