fbpx

Senaman HIIT. Bagus ke tak?

 

hiitit

 

Ok, entry kali ni saya nak cerita pasal HIIT. Siapa ingat lagi entry saya yang lepas? Semua dah tau macam mana nak kira kekuatan jantung & regime latihan korg kan? Sesiapa yang tak tau lg, boleh cek kat link ni -> https://kevinzahri.com/health-fitness/kenali-jantung-anda

 

So dalam entry tu, kita ada discuss regime-regime latihan untuk membakar lemak iaitu pada 60-70% Maximal Heart Rate (MHR) korg. Tak ingat? Ok Refresh! Tgk gambar kat bawah ni;

Training Regime
Training Regime

 

Minggu lepas korg dah tau regime latihan membakar lemak adalah pada 60-70% MHR korg. So, agak-agak senaman HIIT ni berada kat regime mana? Jawapan dia adalah regime latihan yg menggunakan 80-100% daripada MHR korg. Ada yg tak tau ape maksud HIIT? Ia adalah short form drpd perkataan High Intensity Interval Training. Maksudnya, korang boleh pilih senaman jenis apa pun janji dia lain-lain. Cth;

  • Set 1; Squat, Burpees, Push Ups, Sprint 20m
  • Set 2; Mountain Runners, Race Block, Side Winders, Sprint 20m
  • Set 3; Jumping Jack, Lunges, Froggers, Sprint 20m

Senaman jenis HIIT ni sekejap je kena buat sebab resting period dia pun sekejap juga. Sekejap mana? Senaman jenis ni boleh sekejap macam 4 minit je buat. Boleh tengok link video kat bawah ni nanti macam mana HIIT ni boleh dilakukan.

 

Kebaikkan senaman jenis HIIT 

  • Waktu senaman yang agak pendek.
  • Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, orang yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu.
  • Kesan pembakaran kalori ‘after burn’ up to 12-24 jam. Maksudnya, lepas korg buat senaman jenis HIIT ni, badan korg still membakar kalori yang berlebihan dalam badan sehingga 12-24 jam. Haa..syok kan? Tgh tidur pun badan still akan membakar dgn jayanya. Wah, cepat kurus lah korg cmni!
  • Melatih badan utk menyahtoksinkan ‘metabolic waste’ daripada otot so that badan korg akan nampak lean je. Macam model-model fitness tu.
  • Sesiapa yg mengamalkan senaman jenis HIIT ni pulak selama 8 minggu, akan memanjangkan jangka hayat badan dan metabolic badan akan secergas org remaja.

 

Siapa yg boleh buat HIIT ni?

Mungkin bunyinya seperti mudah, waktu senaman yg pendek tu apalah sangat, kan? Tapi, adakah semua orang boleh melakukan HIIT?

TIDAK!!!

Tak semua orang boleh buat senaman jenis ni. Untuk melakukan HIIT, jantung korg kena betul-betul kuat dan betul-betul fit. Kalau jogging 20 minit tanpa henti pun dah semput, maksudnya jantung korg masih lagi belum dapat melakukan senaman jenis HIIT ni.

So, utk melayakkan diri korg utk membuat senaman jenis HIIT ni, selalu-selalulah buat senaman jenis cardio utk menguatkan jantung korg dulu. Kalau lepas 20 minit berjogging tu dengan selamba maksudnya jantung korg dah ada sedikit progression. Next, korg boleh try bersenam ala-ala HIIT utk try & error. Jgn takut plak dgn senaman jenis ni sebab saya sendiri melatih peserta-peserta saya menggunakan konsep HIIT. Boleh tgk video kitorg workout sama-sama kat sini;

https://www.facebook.com/photo.php?v=678989245470001&set=vb.451871701515091&type=2&theater

But remember, always know your limit! Pancit je, korg stop. Jaga heart rate korg so that tak exceed dari MHR yg korg dah kira. Nanti tiba-tiba ‘overclock’, padam terus! Macam komputer yang dah panas sgt takde fan nak sejukkan. Siapa pulak nak jawab? Hehe!

Korg juga perlu memastikan yang diri korg benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan HIIT. Once dah tau keupayaan diri, boleh start focus kat senaman jenis HIIT ni ok!

Selamat mencuba!

  • Coach Cem
  • Follow me on FB; CEM BODY ENGINEERING
  • Instagram; coachcem

Privacy Preference Center