Warm Up & Cool Down – Siapa Tak Buat, Badan Confirm MERANA!

Penting! Sesi Warm Up & Cool Down adalah WAJIB sebelum memulakan apa-apa jenis aktiviti fizikal.
Penting! Sesi Warm Up & Cool Down adalah WAJIB sebelum memulakan apa-apa jenis aktiviti fizikal.

 

Siapa yang kat sini, bila time dia nak workout je, dia tak pernah pun warm up & apa ntah lagi cool downkan? Tahu tak korg, sesiapa yang skip proses warm up & cool down ni, peluang untuk dia injured adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang buat warm up & cool down tu.

 

KEPENTINGAN WARM UP

Memastikan semua komponen di dalam tubuh badan bersedia sebelum melakukan segala bentuk aktiviti fizikal:

  • Jantung
  • Sendi
  • Otot

Maksud bersedia kat sini adalah antaranya;

  1. Menaikkan tingkat energi yang dikeluarkan oleh metabolisme tubuh.
  2. Meningkatkan pertukaran (pengikatan) oksigen dalam hemoglobin.
  3. Meningkatkan kecepatan perjalanan signal saraf yang memerintah gerakan tubuh.
  4. Memudahkan otot-otot berkontraksi dan rileks secara lebih cepat dan efisien.
  5. Mengurangkan ketegangan pada otot.
  6. Meningkatkan kapasitas kerja fisik.

 

Ok so dah tau kepentingan warm up kan? Nak tau macam mana warm up yang mudah & berkesan? Boleh tengok video ni:

https://www.facebook.com/video.php?v=10152230381995210&set=vb.58007095209&type=3&theater

 

Cool down pula WAJIB dilakukan setiap kali selesai sesuatu aktiviti itu. Haa, kat sini ramai yang culas. Habis je workout or apa-apa aktiviti fizikal tu, dia terus balik rumah. Ramaikan yang buat macam ni? Hehe. Ok jom tengok kepentingan cool down pulak.

 

KEPENTINGAN COOL DOWN

  1. Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur
  2. Menjajar semula otot-otot
  3. Mengurangkan kesakitan & kerengsaan selepas bersenam
  4. Menggalakkan pengaliran darah ke jantung
  5. Membantu mengeluarkan bahan buangan daripada badan
  6. Membantu untuk me’relaks’kan anda

 

Proses cooling down ini WAJIB dilakukan supaya darah tidak terperangkap dalam otot yang tidak bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) yang akan menyebabkan korg rasa pening-pening. Ia juga boleh mengelakkan korg daripada mengalami kesakitan otot disebabkan asid laktik yang terkumpul semasa melakukan aktiviti fizikal tu.

 

Video warm up dah ada, nak tau macam mana video cool down yang efektif? Jangan risau, boleh tengok video ni:

 http://www.youtube.com/watch?v=Z0HbrPUrkDo&feature=youtu.be

 

So kepada semua kat luar sana tak kisahlah korg ni suka workout ke, penggemar sukan lasak, mahupun main bowling or berkebun je pun, always remember not to skip your warm up & cool down. Jangan ingat kita sihat, rupa-rupanya lagi banyak sakit sebab kita selalu skip warm up & cool down ni. So jangan skip tau! In syaa allah sampai ke tua badan korg sihat.

 

 

  • Coach Cem
  • Follow me on FB; CEM BODY ENGINEERING
  • Instagram; coachcem
0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like