fbpx

Amirul Agam kurus 33kg dalam 6 bulan.

  • Muhamad Amirul Agam Bin Iryadi
  • Umur: 22 tahun
  • Tinggi: 173cm
  • Berat Asal: 98kg
  • Berat Sekarang: 65kg
  • Pencapaian:
    Kurangkan berat 33kg dalam 6 bulan
    Freelectics Malaysia
    Teamleader JK1M
  • Kerjaya: Technician Hotel
  • Facebook: amirulagam
  • Instagram: @amirulagam

Dilahirkan sempurna pada tahun 1992, kemudian membesar seperti kanak-kanak yang lain. Pada tahun 1999 permulaan masuk sekolah rendah darjah satu badan / berat saya mula naik tanpa segan silu,sehingga saya masuk ke alam persekolahan menengah,saya berjaya turun berat badan kerana aktif dalam aktiviti sukan disekolah.

Berat naik semasa di Kolej

Setelah tamat SPM,saya melanjutkan pelajaran di JB ,sebuah kolej swasta (2010). Disini bermula kisah hitam saya, naik berat badan dengan mendadak tanpa saya sedari. Boleh dikatakan saya makan nasi waktu zaman kolej 5 kali sehari dan tak kira waktu, biasalah zaman kolej selalu tidur lewat,melepak mamak tengok bola,waktu tu confirm makan tak ingat dunia.

Pada tahun 2012, selepas saya tamat pembelajaran di JB, saya dapat tawaran kerja,yang mana saya perlu pergi medical checkup untuk pastikan tahap kesihatan saya dalam keadaan baik sebelum memulakan kerja. Tahu tak apa doktor tu cakap ? dia cakap.

“… Awak ni umur baru 20 tahun tapi berat dah 98kg, kalau awak cecah 100kg saya berani jamin awak akan dapat penyakit jantung …”

Wow!! pedih gila dengar leteran doktor,dan doktor cakap saya ditahap obesiti pertama. Waktu tu saya tak peduli pun doktor cakap apa,janji saya lulus ujian medical untuk masuk kerja.

Bila dah masuk kerja bahagian kejuruteraan ni, confirm lah banyak panjat guna tangga,nak jadikan cerita, tangga saya naik tu patah. fuhh !! betapa berat nya saya.. Tapi masih tak sedar. bila saya sedar?? bila saya perasan,waktu nak naik tangga dari ruang tamu ke bilik, yang hanya ade beberapa anak tangga tapi saya mengah yang teramat.

Saya akan hidap penyakit jantung?

Waktu tu mula teringat pesanan doktor, adakah saya akan hidap penyakit jantung? Kalau jadi apa-apa pada saya bila kene penyakit yang boleh bawa maut ni,siapa nak jaga keluarga?? Keesokan harinya,saya mula langkah pertama, saya jogging dikawasan rumah tapi mampu lakukan 10 minit je dah mintak nyawa. hahaha . Memang giveup rasanya. Kemudian pada waktu malam,saya mula cari di internet,macam mana cara untuk kurus dan sihat tanpa perlu ke gym dan ambil personal trainer.

Sebab apa saya tak nak pergi gym?

Sebab konfiden level! Malu nak pergi gym sebab badan gemok gile!! Kenapa tak nak ambil personal trainer? Sebab saya tak mampu untuk bayar yurannya. Tapi itu bukan alasan untuk saya tak boleh berubah. Jadi cari punya cari,saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,sebenarnya banyak je senaman yang boleh dilakukan dirumah dengan percuma ,tinggal kita semangat atau tidak je untuk melakukannya.

Senaman yang saya lakukan bernama FREELETICS,senaman hight intensity interval training dan tinggal menggunakan sebarang peralatan. saya mula melakukan selama seminggu.semua dalam keadaan terkawal. kemudian saya mula untuk mencabar diri saya, saya buat cabaran untuk diri, saya ingin melakukan senaman ini selama 6 minggu dan perlu turun 10kg.

[one_whole boxed=”true”]Saya hanya melakukan senaman dirumah dan taman permainan tanpa mengeluarkan duit dan tidak memerlukan peralatan. Amat sesuai dilakukan dirumah,taman permainan dan sebagainya,anda hanya perlu ruang yang sedikit sahaj untuk melakukannya kepada mereka yang nak cuba senaman ini, you guys boleh download APPS FREELETICS di Android dan iOS. [/one_whole]

Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah!

Alhamdulillah selepas 6 minggu saya turun 10kg dengan melakukan senaman dirumah sahaja! Wow!! Bila dah turun 10kg semangat makin bertambah. Saya mula mencabar diri saya untuk melakukan cabaran 15 minggu freeletics. Selepas selesai cabaran, alhamdulillah saya berjaya turun total lebih 30kg dari berat asal dengan melakukan senaman dirumah sahaja.

…saya terima kutukan dan kritikan seperti “hangat-hangat tahi ayam” , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat

Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri

Kevin Zahri banyak mengajar saya sebenarnya. Walaupun sewaktu proses penurunan berat badan saya, Kevin tidak mengenali saya pun dan saya tidak pernah jumpa Kevin. Tetapi dengan bantuan video Kevin Zahri, memberi tips bagaimana nak ambil nasi dengan betul dan perkongsian beliau mengenai berat air sangat membantu saya untuk turun berat badan kerana darisitu saya mula membina diet saya yang seimbang. [/one_whole]

Pernah cuba suplemen popular!

Terus terang saya cakap,sebelum saya jumpa senaman yang boleh dilakukan dirumah,saya pernah cuba produk untuk kuruskan badan,terpedaya dengan gamba testimoni .saya habis hampir Rm300 tetapi hanya berjaya turun beberapa kg sahaj untuk 1 bulan.

Selepas tengok video kevin zahri yang menerangkan tentang suplemen hanya bantu buang berat air sahaja dari situ saya mula cari jalan yang lebih sihat untuk kurus.

Sepanjang saya melakukan transformasi berat badan, banyak juga saya terima kutukan dan kritikan seperti “hangat-hangat tahi ayam” , perkataan seperti itu buat saya tambah semangat.saya nak buktikan pada mereka yang selalu kritik perjalanan transformasi saya, Alhamdulillah mereka yang dulunya mengutuk saya ,sekarang mereka mintak tips bagaimana saya mampu menurunkan berat badan. selepas 10 bulan saya melakukan senaman ini, saya terfikir untuk berkongsi dengan orang kat luar,sebab saya percaya dengan wujudnya kelompok kumpulan untuk bersenam akan bertambah lagi semangat dan motivasi untuk kurus.

Freelectics Malaysia

Saya menubuhkan Kumpulan senaman untuk bersenam secara berkumpulan dikawasan ampang mulanya, kemudian merebak disekitar lembah klang dan sekarang hampir ke seluruh Malaysia. Kumpulan yang digelar FREELETICS MALAYSIA, alhamdulillah niat dari nak kurus dan sekarang saya mampu berkongsi sesuatu dengan orang ramai.

InsyAllah pahala menanti disyurga.

Bagaimana cara pemakanan saya?

Saya akan pastikan pengambilan kalori harian saya tidak akan lebih. Contoh kalori yang saya perlu ambil 1700kcal, jadi saya akan makan tidak melebihi 1700kcal atau lebih tepat 1500kcal.

Menu makanan saya.

  • Sarapan pagi- Capati , teh tarik (gula baik untuk mulakan kerja harian) dan 2 gelas air suam.
  • makan t/hari- nasi (segenggam) , ayam , sayur dan juga 4 gelas air suam ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • malam (sebelum 7.00pm)- tossei,telur rebus 2 biji (putih sahaja) dan air suam 4 gelas ( 3 gelas air suam sebelum memulakan suapan)
  • snek malam (10.00pm)- apple hijau.
  • elakkan tidur lewat malam kerana tidur lewat akan membuat anda rasa lapar.
  • cheatday (makan apa sahaja tetapi tidak lebih had, contoh saya menikmati KFC tapi bukan 3 ketul tetapi 1 ketul sahaja)

Tips yang saya ingin berikan.

  1. Semangat: Jika anda mempunyai semangat untuk berubah,pasti anda akan berjaya .
  2. Motivasi: cari Seberapa banyak motivasi yang boleh buat anda bersemangat dan tidak giveup.macam saya dulu suka tonton video transfomasi badan dari youtube untuk beri motivasi.
  3. Disiplin: anda kena ada displin yang tinggi untuk pastikan anda berjaya turunkan, disiplin dari segi pemakanan dan senaman.
  4. Target: kene ada target baru boleh berjaya,contoh macam saya target nak turun 10kg dalam masa 6 minggu ,so saya push untuk capai target saya.

Akhir sekali pesanan saya tidur kene cukup sepanjang progress anda dan diet perlu bijak untuk capai matlamat anda.

Privacy Preference Center