Masalah kulit berlebihan selepas kurus?

Takut dengan adanya kulit berlebihan selepas kurus atau gelebeh setelah kurangkan berat badan? Sepanjang program Jom Kurus dan pelbagai kisah kejayaan di mana ramai kurangkan 20kg, 40kg, 60kg malah 100kg pun ada, tak dinafikan ada yang berdepan dengan maslaah kulit berlebihan selepas “kurus”.

Seolah mengandung

Masalah kulit berlebihan itu boleh dikaitkan dengan masalah flabby skin baga ibi yang baru bersalin. Sekali lagi, tidak semua wanita menghadapinya tapi ia bukan lah sesuatu yang diharapkan.

Kenapa ia berlaku? Selain faktor genetik, the main reason adalah kulit kehilangan elastisiti setelah dipanjangkan atau ditarik sepanjang proses mengandung atau fasa obes. Ini umpama getah yang tarik untuk jangka masa berpanjangan dan selepas dilepaskan, ia sukar atau takkan kembali ke saiz asal.

Kurang elastik

Ingat, bukan kulit dan tidak elastik, ia kurang elastik dan akan mengambil masa untuk kembalikan dirinya. Bergantung kepada genetik dan amalan anda, proses ini mungkin makan masa bertahun-tahun dan even with that, ia mungkin tidak akan kembali seperti anda “kurus” dulu.

Pembedahan Buang Kulit?

Jadi what can you do? Ia bergantung kepada lokasi, severity dan keselesaan anda. Sepanjang program Jom Kurus, ada beberapa orang yang melalui pembedahan pembuangan kulit berlebihan. Ramai? Tak. Boleh kira dalam 1x tangan. Majoriti pasrah dengan keadaan, bersabar dengan masa membaiki penampilan and lakukan senaman bebanan untuk mengisi “kokosongan”.

For my wife, yang kurniakan dua cahayamata kepada saya, yes ada juga sedikit kulit berlebihan tapi appearance bahagian tersebut is much better now (my youngest is 7yrs), kerana kulit telah diberikan masa yang lama untuk slowly kembalikan dirinya.

Pada masa yang sama, she used a lot of collagen-based promoting creams but bear in mind these are NOT magic creams and berkesan berbeza-beza bagi individu ke individu.

Jadi tip-tip ringkas untuk elak kulit berlebihan selepas kurus?

  • Jangan kurus terlalu cepat
  • Jangan Yo-Yo diet
  • Krim Kolagen
  • Give it time.
  • Amalkan senaman bebanan.
  • Yoga untuk kelenturan dan tarikan kulit.
  • Scrub kopi
  • Minum secukup air
  • Diet yang seimbang
  • Terapi Urut
  • Pembedahan Pembuangan Kulit jika perlu.

Again, kulit berlebihan selepas kurus bukan tak elastik, cuma ia kurang elastik. I know this is not the PERFECT solution to your program tapi in hindsight, bermasalah kulit berlebihan mungkin lebih baik berbanding masalah yang sangkut-paut dengan masalah obesiti.

 

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like