Sauna untuk kurus? Apakah sauna bantu bakar lemak atau air?

Sauna adalah amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal termasuk kurangkan berat badan dan buang air berlebihan.

Sauna di Malaysia sering menjadi tren kurus di Malaysia dan sememangnya sauna merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan badan. Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan, jika diamalkan selalu, sauna juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

Ritual atau rutin yang dilakukan semasa bersauna berbeza mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Namun konsep asas bagi terapi bersauna adalah untuk meningkatkan suhu badan dengan duduk dalam sebuah bilik panas yang lazimnya berada pada suhu 180 darjah Fahrenheit. Selepas 10 hingga 20 minit, iaitu apabila haba bilik itu mulai menjadi terlalu panas, seseorang itu akan menyejukkan badan samada dengan masuk ke dalam kolam renang atau mandi. Selepas berehat seketika, seseorang itu akan kembali ke bilik sauna dan rutin ini boleh diulang sekerap mungkin.

Prinsip utama dalam terapi sauna adalah untuk membuatkan badan berpeluh dengan banyak kerana ini akan dapat membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama.

Membakar kalori

Yes, bersauan bakar kalori. Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram air dan dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori. 

satu sessi 30-45min sauna membakar 300-400kcal.

Proses kondensasi air at atas permulaan muka kulit menyejukkan badan. Ia adalah proses kawalan suhu badan. Untuk menghasilkan begitu banyak perlu dan melawan keadaan cuaca sauna, badan perlu bekerja dengan lebih keras dan kerja keras itu memerlukan tenaga yang banyak as well.

Kalau bandingkan dengan duduk termenung 30-45min dalam bilik biasa, anda akan bakar dalam 100kcal.

Mengurangkan stres

Stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit.

Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.

Melegakan otot

Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang.

Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.

Proses kondensasi air at atas permulaan muka kulit menyejukkan badan. Ia adalah proses kawalan suhu badan.

Kulit yang sihat dan berseri

Sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Detoksifikasi

Haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.

Hipertermia

Apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.

5 Amalan Keselamatan Menggunakan Sauna:

  • Jangan duduk dalam bilik sauna lebih daripada 45 minit.
  • Selepas meninggalkan sauna, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan mineral yang hilang semasa bersauna.
  • Tanggalkan kanta lekap (contact lense) sebelum memasuki sauna.
  • Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.
Jadi adakah ia sauna sesuai untuk kurus? 

Ia sebahagian amalan kesihatan tapi sauna bukan penentu untuk kurus atau kawalan berat badan. Sauna memang membakar kalori tapi setiap aktiviti, termasuk tidur, bakar kalori. 

Saya sendiri amalkan penggunaan sauna dalam 2-3x sebulan. Bukan untuk bakar kalori tapi untuk proses detoksi. To sweat it out and it is theraputic and relaxing.

But should you buy sauna Sumo yang hangat di Malaysia? Itu terpulang pada anda. Kalau anda berasa ia akan digunakan dari masa ke semasa and bukan mengambil ruang di stor rumah anda, go for it. Ia bukan lah pelaburan ribuan ringgit BUT remember, ia bukan penentu atau rahsia kurus anda. 

22 Shares:
31 comments
  1. Apa pendapat dan pandangan Kevin ttg sauna jenis murah yg dijual di pasaran utk kegunaan di rumah sekarang ni? 

      1. Apa pendapat dan pandangan Kevin zahri , jika sy ingin menurunkan berat badan dan sy berjoging 5 kali seminggu adakah itu cara yg betul utk kurus ? tQ

      2. Maaf..bleh terangkan apa maksud jgn buang duit..adakah sauna tu x berkesan juga sbb ianya berpeluh dgn jumlah yg bnyak…tolong terangkan pl..jazakkalah

        1. Salam Hazlina … perhaps my reply in 2012 was terlalu keras dan lebih kepada sauna infrared rumah yang agak mahal pada ketika itu – ribuan ringgit.

          Untuk sauna rumah yang macam “Sumo” itu, it is up to you. Ia tidak lah mahal sangat (i think RM400-500) but you need to ask yourself if betul2 guna ke tidak.

          My wife wanted to get one as well but we decided not to as, at the end of the day, nanti tak guna pun. Maybe gunakan 1-2x sahaja.

    1. salam sy Ada pertanyaan tentang sauna… adaka amàlan bersauna menyebab kesuburan wanita terjejas?

  2. hai, saya ada baca satu blog ni, dlm blog ni tulis sauna mmg xbole turunkan berat badan. mitos semata2. betul ke?

    1. Bila waktu sesuai bersauna dan beraoa kali seminggu dan mcm mna nk jaga diet mkn.. Nk turunkn nerat 30kg dlm 2 bulan

  3. Bolehkah sy combine aktiviti jogging dan sauna?
    Selepas jogging 30 min, cool down dan sambung pula dengan sauna.. is it okay?

  4. Assalamualaikum…saya nak tanya…lelaki boleh ke bersauna??? Betul ke kalau kerap bersauna akan menganggu kesuburan lelaki??

    1. Betul… Kalau plan mahu ada anak lelaki sangatlah tidak di galakkan untuk bersauna… Di kuatiri akan mengganggu penghasilan biji benih…

  5. salam sejahtera semua …. saya dah beli portable sauna dan menggunakan nya…berpeluh kujup tapi mmg rasa segar lps bersauna …selalunya lps balik kerja petang badan saya rasa letih lesu tapi selepas bersauna hilang rasa letih dan lesu tu…agak cemerlang la portable sauna nie…tak rasa rugi lak beli …

  6. Sy ske guna sauna yg portable tu. Mmg bolrh hilangkn lenguh2 bdan jgk kn. Okla kt spa mhal jgk skali treatment. Kalau sauna yg bilik tertutup tu xboleh nak duduk lama pn akan rasa lemas nk bernafas pn semput . Boleh pengsan kalau lama sgt ? untuk kurus tu xpasti la tp bdan lega dpt berpeluh

  7. My advice – tidak boleh melanggan beli sauna portable kerana dalam kebanyakkan pembeli – mereka guna untuk 2-3x selepas itu jarang diguna. Sama juga dengan treadmill dll. Pada dasar niat untuk membeli memang bagus tapi realitinya ia tidak diguna 🙂

      1. Mr. Kevin, alhamdulillah saya dh guna portable sauna tu kat rumah…tgk juga pada niat seseorang, jika dia rajin mesti dia guna..heheeh…saya dh setahun guna…tiap2 minggu sauna, sampai dh koyak la rumah dia tu :)..so far bdn ringan, berat pun turun juga.. yg penting kene rajin…

  8. Ye setuju… Sya pun beli satu.pertama Tak byk Masa back g spa..kedua musim covid ni.. so at least I guna seminggu sekali… Mmg fresh… Masa pkp ni kerap la guna…

  9. Sy juga ada beli satu portable sauna di rumah sebab sekarang harga dia xla semahal dulu. Alhamdulillah sy guna 1 atau 2 kali seminggu dan memang melegakan badan yang lenguh. Nak2 pkp ni, nak buat exercise outdoor pun rasa mcm tak meyakinkan. Sekurang2nya ada alternatif untuk mengeluarkan peluh 😁

  10. asslm,hai..soalan sy…kesimpulan perbincangan diatas,benarkah sauna murah ataupon sauna yg mahal ni,memg xberfungsi utk kurus?

    1. Sauna berfungsi untuk tingkatkan pembakaran kalori dll … tapi samada ia bantu seseorang untuk “kurus” lebih bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup secara am

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like