Program Virtual, Bukan Soal Kurus Musim 2, Menarik 3,000 Peserta. Thank you!

Dibimbing oleh Kevin Zahri dan barisan jurulatih, doktor, pakar nutrisi, instruktor aerobik, Zumba, Yoga dan jurulatih kecergasan hebat Malaysia, program virtual 8-minggu, Bukan Soal Kurus, musim kedua berjaya menarik 3,000 peserta sebagai program virtual kurangkan berat badan terbesar Malaysia. Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang sudi mencabar diri demi kesihatan, kecergasan, kegembiraan dan kawalan berat badan masing-masing.

LIVE Zoom Workout Hari-Hari

Sepanjang jadual program 8-minggu BSK , peserta dapat bersenam, belajar dan berinteraksi dengan kemua jurulatih, Kevin Zahri dan barisan jurulatih undangan seperti Atilia Haron, Nana Al-Haleq, Linora Low dan lain-lain.

Bimbingan WhatsApp

Setiap peserta juga dihubungan bersama jurulatih pilihan masing-masing untuk pembelajaran dan perbincangan sepanjang program 56 hari. Walaupun peserta bersama jurulatih masing-masing dalam kumpulan WhatsApp yang kecil, setiap peserta akan dapat bersenam dan hadiri sessi perkongsian dengan SEMUA jurulatih.

Platform eLearning dengan 200+ Video

Antara ciri utama program BSK ini adalah platform eLearning VIP untuk para peserta yang bincangkan 56 topik harian bersama Kevin Zahri dan bentuk video, quiz, komuniti. Antara topik yang dibincangkan sepanjang 8-minggu termasuk:

  • Bina pelan diet
  • Asas kurangkan berat baran 101
  • Bimbingan senaman
  • Mental Health
  • Depression
  • Pembinaan Home Gym
  • Cara kempiskan perut.
  • Tip positiviti kehidupan
  • Bimbingan suplemen
  • Fat Shaming
  • Fit Family & Kids
  • Dan macam-macam lagi

Setiap topik diiringi email harian untuk kukuhkan lagi pembelajaran dan diskusi bersama. Untuk lebih info atau preview kurikulum pembelajaran sepanjang program BSK 8-mingu ini, sila layari vip.kevinzahri.com.

Virtual Run 21

Ini antara pencapaian hebat para peserta yang tidak pernak terfikir untuk berlari separuh Marathon secara virtual. Dengan dorongan dan semangat ukhwah berkumpulan dan kebolehan mereka untuk mencabar diri bersama, ia pasti kenangan dan tanda kemenangan hebat baru diri mereka.

5-Star Reviews

Dengan lebih 300 ulasan 5 bintang dengan pelbagai kisah yang begitu sinonim dengan falsahahg “ia bukan soal kurus” dan “suka hati aku”, impak dan kejayaan program BSK dalam empower para peserta amat jelas.

hi coach Kevin. I just wanna say tqvm for initiating this BSK program. I feel like I’ve just taken another ‘diploma’ in my life. it was really a very comprehensive and engaging program.

Nurul, peserta bukan soal kurus.

Sijil Penyertaan Ditandatangani oleh Menteri KKM and Kevin Zahri

Program Bukan Soal Kurus ini adalah program kolaborasi bersama dengan Kevin Zahri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bagi peserta yang berjaya melengkapkan program BSK dengan jayanya, termasuk exam BSK pada penghujung program, mereka bakal memperolehi sijil penyertaan yang pada musim pertama ditandatangani oleh YB Dr Adham Bab, Menteri Kesihatan Malaysia dan Kevin Zahri. Wow!

BSK Edisi Korporat

Dengan kerjasama pelbagai syarikat di Malaysia, 8-Week Virtual Bukan Soal Kurus Corporate edition kini juga dijalankan sepanjang tahun untuk sektor kerajaan dan sektor korporat sebagai initiatif corpore wellness dalam kawalan pengerakan dan aktifkan para pekerja yang bukan sahaja kurang aktif dan sering dilanda stres akibat perintah kawalan pergerakan wabak Covid19.

Untuk lebih info tentang program Bukan Soal Kurus, sila layari bukansoalkurus.com.
Untuk info edisi korporat Bukan Soal Kurus, sila layari bukansoalkurus.com/corporate atau hubungi kami pada bila-bila masa.

Terima kasih Malaysia.

0 Shares:
Leave a Reply

Your email address will not be published.

You May Also Like