Mesin Gegar Kurus: Jangan buang duit anda!

Oh gegar la lemak ku ini … gegar dan pergi jauh-jauh dari tubuh ku ini.

Ramai yang sering bertanya dan mungkin tertarik hati dengan mesin-mesin “gegaran” untuk longgarkan lemak-lemak badan. Harapan si pembeli, sudah tentu, semoga mesin tersebut dapat merealisasikan impian untuk kurangkan lemak-lemak badan hasil dengan “gegaran” tersebut.

Tapi kalau ia semudah mesin gegaran, semua orang dah dapat badan yang dimimpi-mimpikan.

Kevin zahri

Mesin gegas kurus bukan “menipu” tapi ia “memperdayakan” anda.

Produk jualan-jualan di luar sana tidak atau jarang menipu tapi mereka menggunakan teknik pemasaran untuk memperdayakan anda.

To tell you what you want to hear.
To show you what you want to see.

They distract you with the illusion of great looking fit model yang sememangnya dah cergas dan langsing (due to exercise and training). They show you testimonial dari “doktor” yang iktiraf keberkesanan produk tersebut. In truth medical studies can always be skewed and polarized depending on your hypothese.

Example – “Can mesin gegar kurus kuruskan seseorang?” Of course yes, ia tingkatkan pembakaran kalori but so does amalan solat 5x hari.

And yes they tell you that “mesin ini akan tingkatkan pembakaran kalori anda”, dan memang betul. Malah sebarang aktiviti atau peningkatan aktiviti akan menambah pembakaran kalori, termasuk lah jari saya yang sedang menaip perkataan untuk posting blog hari ini. Setiap aktiviti membakar kalori.

Jadi apa kah objektif mesin gegaran itu?

Secara ringkas, ia meningkatkan pembakaran kalori. Kerana berdiri dengan gegaran lebih sukar berbanding berdiri biasa. Umpama mesin cardio and strength pada masa sama.

Saya sendiri pun pernah untuk vibration plates di gym untuk menyukarkan pergerakan squats, lunges etc tapi sekali ia bukan untuk “kurus” tapi untuk rangsang otot dengan senaman yang lebih mencabar.

Selain itu, yes untuk berdiri dengan gangguan gegaran, ia akan merangsangkan otot core (perut) anda untuk menyeimbangkan diri tapi again, ia tidak akan kempiskan perut anda selagi anda tidak mahir mengawal atau kurangkan berat badan dengan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat secara am.

Nak beli mesin gegar kurus jugak boleh?

Walaupun untuk majoriti yang beli nanti tak pakai pun, as I always say, ia suka hati masing-masing. Tak salah membeli. For most ia adalah pembelian psychological di mana “paling kurang anda lakukan sesuatu untuk kesihatan diri daripada tak buat apa”. The purchase itself can make you feel good about your intentions.