FREE Webinar USM – Senaman Di Rumah bersama Kevin Zahri

Sentiasa sihat dan cergas adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengekalkannya sebagai sebahagian daripada gaya hidup. Bersenam bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah membantu dalam pengurusan tekanan terutama ketika pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Oleh itu, adakah anda sudah bersedia untuk berpeluh dan memulakan gaya hidup sihat bersama speaker jemputan khas kami iaitu saudara Kevin Zahri?

Beliau yang lebih dikenali sebagai “Cikgu Fitness Malaysia” merupakan jurulatih peribadi dan pakar pemakanan yang mendapat pengiktirafan dari Amerika Syarikat dan berpengalaman lebih daripada 15 tahun. Beliau juga merupakan pengasas program kesihatan terkenal di Malaysia dikenali sebagai “Bukan Soal Kurus”.

Tajuk : Webinar Gaya Hidup Sihat Siri 1
Bersama “Cikgu Fitness Malaysia”: Senaman di Rumah
Tarikh : 19hb Ogos 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 – 11.30 pagi
Platform (LIVE stream): Facebook @ KSGHAMDIUSM, Facebook UHEIS atau YouTube @UHEIS