Wajib tak mengenali Glycemic Index setiap makanan?

Dalam usaha anda untuk mengawal jumlah pengambilan kalori, “musuh” utama adalah nafsu makan anda yang sentiasa membakar jiwa anda sepanjang hari. Sudah tentu banyak perkara yang mempermainkan nafsu makan itu tapi penting bagi anda mengenalpasti makanan yang anda bekalkan bantu kawal nafsu makan atau disebaliknya.

Di sini, penting untuk anda memahami serba sedikit berkenaan Glycemic Index makann berkarbohidrat. Glycemic index adalah kemampuan suatu makanan, biasa karbohirat untuk “menggelorakan” paras gula darah. Ini penting kerana, paras glukos darah yang sentiasa bergelora akan secara langsung menggelorakan nafsu makan anda.

Jadi perlu elak makanan gula ringkas?

Elak tu susah dan bukan bermakna tak boleh makan makanan yang “GI-Joe” tinggi tapi jangan mengharapkan makanan tersebut untuk menggenyangkan anda.

Nafsu sedang bergelora? Instead of layan dengan makanan GI tinggi (makanan gula ringkas) yang tak kenyang-kenyang jugak, lebih sesuai layan dengan makanan berGI rendah (makanan berserat).