10 Tip Untuk Atasi Masalah Plateau Berat Badan

Dah diet tapi berat badan tidak berubah atau dah kurang berat badan tapi kini berat badan masih sama walaupun anda amalkan pemakanan dan senaman yang sama?

Jangan risau. You are not alone dan ya, anda mungkin berdepan masalah plateau berat badan yang normal. Malah ia kerap dilalui para peserta yang telah berjaya kurangkan berat badan melalui program BSK atau Jom Kurus kita.

Berikut adalah 10 tip untuk bantu anda break though masalah plateau berat badan anda.

1. Fokus Pada Kualiti Makanan

Setelah anda berjaya kurangkan berat badan melalui defisit kalori dan kawalan kuantiti kalori, cuba alih perhatian anda kepada kualiti makanan. Ini bukan soal kalori tapi soal: garam, fiber dan nutrient-density makanan anda.

Garam dan fiber terutamanya membantu dalam kawalan water retention dan perlawasan anda.

2. Rehat Seketika

Yes, saya faham anda bersemangat untuk bersenam sepanjang masa tapi Overtraining adalah stres pada badan. Malah senaman itu sendiri sememangnya merupakan stres fizikal which is OK tapi jangan memperkecilkan kepentingkan rehat dalam usaha anda untuk kurang atau kawal berat badan.

3. Kurangkan Stres. Cukup Tidur?

Sambungan cerita “stres”. Stres berlebihan dari pelbagai sumber kehidupan, termasuk social media, kewangan dan kurang tidur, boleh mengelorakan hormon badan yang boleh mempengaruhi simpanan lemak badan.

Jadi, take a step back, meniliti kehidupan anda dan cuba seimbangkan stres sebanyak mungkin.

4. Lawas Anda OK Tak?

Jangan memperkecilkan kepentingan melawas dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan. Berapa kali sehari? Sasarkan 2x sehari. Di sini kualiti pemakanan, pengambilan air dan tabiat melawas anda penting untuk melawas dengan konsisten.

5. Pelbagaikan Senaman, termasuk intensiti!

Jangan terlalu manjakan diri dalam amalan senaman. Badan sukar untuk mengatasi plateau berat badan atau plateau kecergasan kalau anda asyik mengamalkan senaman yang sama. Push yourself untuk memaksa badan to break through the plateau. Badan perlukan sebab untuk berubah.

If things dont change, they will remain the same.

6. Cuba Tukar Coach!

Bukan soal curang tapi soal kepelbagaian dalam usaha anda untuk didedahkan kepada bentuk dan intensiti senaman yang berbeza. Yes coach anda memang hebat tapi setiap coach ada corak senaman yang beliau gemari tapi over time, bagus kalau anda tukar kepada jurulatih atau bidang senaman yang lain. It helps to shake things up.

Contoh dari Zumba ke MuayThai atau HIIT kepada LIIT dll. Mix it up tapi cuba jada hati coach masing-masing.

7. Diet Puasa To Shock The System

Tak semestinya diet intermittent fasting atau lain tapi amalan puasa enam, sunat atau Ramadhan itu sendiri memang mempunyai pelbagai manfaat dalam membantu stabilkan hormon, kejutkan metabolisma badan dan macam-macam lagi.

8. Jika Perlu, Recalculate your BMR

Dah kurangkan 20kg? BMR anda pun dah berkurangan dalm 150-200kcal setiap hari. Kenapa? Kerana antara faktor yang mempengauhi BMR adalah berat badan anda. Jadi jika perlu, go back to basics dan kira semula BMR, DCR atau keperluan kalori anda.

Kalau anda tidak pasti bagaiman untuk menilai ini, do check out my eBook “Panduan Kurangkan 10kg Dalam 6 Minggu” atau online course saya Kurus MasterClass: Panduan Kurangkan 10kg Dalam 6 Minggu.

9. Celebrate Your Non-Scale Successes

Dalam usaha anda untuk terus kurangkan berat badan demi mencapai berat badan yang ideal, penting untuk anda meraikan kejayaan non-scale seperti gaya hidup aktif, kecergasan, kekuatan dan macam-macam yang sangkut-paut dengan gaya hidup yang sihat. Kalau anda hanya menilau angka berat badan, anda pasti dan STRESS dan tak kurus-kurus jugak 🙂

Check out my “Happy & Kurus” course untuk pelbagai panduan GEMBIRA dalam usaha kurangkan berat badan anda.

10. Trial & Error

Akhir kata, tiada satu cara atau kaedah yang sesuai untuk semua pembaca di sini. Trial & error untuk cuba menilai yang mana sesuai untuk anda. Adakah ia mudah? Harapan saya tidak kerana kalau ia mudah, kebarangkalian besar, anda tidak akan menghargainya.

Enjoy the challenge dalam perjuangan anda untuk lebih sihat, cergas, kuat, happy dan yes, lebih kurus.

Semoga tip-tip ini membantu dalam usaha anda untuk mengatasi masalah plateau berat badan anda.

Untuk lebih info dan bimbingan bersama saya, do join our upcoming Cabaran 30 Hari “Kurus” di kevinzahri.com