- Home
- News & Events
- Soal Rakyat TV3 – Negara Obes bersama Kevin Zahri
Soal Rakyat TV3 – Negara Obes bersama Kevin Zahri
Pada minggu lepas saya dijemput sebagai panel untuk rancangan Soal Rakyat: Negara Obes? di TV3.
Secara peribadi, ia topik yang sangat dekat di hati kerana ia semenangnya menjadi medan pertarungan saya bersama Cabaran Jom Kurus sejak 2013.
Video Soal Rakyat: Negara Obes.
Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membanteras obesiti di Malaysia tapi malangnya kerajaan kurang kreatif untuk mendekati masalah obesiti. Saya sendiri pun pernah dan masih cuba untuk bekerjasama dengan KKM, KPM dan KBS tapi secara jujurnya, ia agak mengecewakan.
Jadi pada 2019, saya akan cuba jayakan beberapa initiatif di mana yang sendiri boleh sertai bersama untuk bantu diri, mungkin keluarga atau komuniti anda bersama.