Terengganu Scientific Conference: Jom Kurus Methodology
September 26, 2014Corporate Wellness
As part of the 5th Terengganu Scientific Conference 2014 for innovative approach to healthcare, I was invited to share my weight loss seminar methodology or popularly known as "Jom Kurus". The conference was organized by the Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu and attended by doctors and other medical professionals.
[one_whole boxed="true"]For more information or to engage me for your event, visit my corporate wellness page. [/one_whole]
Kisah Kurus: Zuhara Kurangkan 40kg dalam 2 tahun.
September 23, 2014Success Stories
Zuhara binti Zainal Abidin
- Umur: 33 tahun
- Tinggi: 157cm
- Berat Asal: 111kg
- Berat Sekarang: 70kg
- Pencapaian: kurang 55kg dalam 18 bulan
- Kerjaya: Bekerja sendiri
- Facebook: zuhara.zainal.abidin
- Instagram: @zuharaza
Assalamualaikum para pembaca,
Saya, Zuhara bt Zainal Abidin, berumur 33 tahun dan tinggal di Nilai, Negeri Sembilan. Sepanjang hidup saya memang berat berlebihan, bermula pada usia 13 tahun. Semasa kecil saya memang seorang yang sangat kurus hingga merisaukan keluarga. Ini kerana, saya tidak suka makan nasi dan sayur. Bermula usia 13 tahun, berat saya semakin bertambah dan bertambah dan tidak pernah kurus lagi sehinggalah sekarang. Saya bukanlah seorang 'food addict' tetapi saya memang tidak pernah ambil pusing tentang apa yang saya makan atau kuantiti makanan yang diambil. Selagi perut tidak penuh selagi itu saya akan makan sehingga betul-betul kenyang dan sengkak. Itu belum lagi dicampur dengan amalan suka minum minuman manis dan tidak suka langsung mengamalkan minum air putih (air kosong). Semasa umur belasan tahun, saya boleh minum air coklat kesukaan saya sebanyak satu jug besar seorang diri. Minuman coklat itu boleh habis satu tin dalam masa kurang seminggu!!
Dari segi aktiviti fizikal juga, saya memang bukan seorang yang suka bersukan atau aktif bersukan. Walaupun ada ketikanya saya ke sekolah menaiki basikal, tetapi itu bukanlah apa yang saya kategorikan sebagai 'senaman'. Sesekali saya juga akan bermain badminton bersama adik-adik dan kakak-kakak saya tetapi bermain secaa santai sahaja.
Semakin lama, dari tahun ke tahun, berat saya semakin bertambah dan bertambah sehinggakan dari 2 angka mencecah ke 3 angka dalam masa beberapa tahun sahaja. Kemuncaknya pada awal Januati 2012, di mana penimbang saya menunjukkan angka 111kg. Pada waktu tersebut saya sangat terperanjat melihat angka tersebut dan secara tiba-tiba bertekad untuk terus berbuat sesuatu untuk menurunkan berat badan. Di dalam masa 2 bulan lebih, berat saya berjaya diturunkan sebanyak beberapa kg.
Banyak masalah yang telah saya alami apabila mempunyai berat badan obese. Di antaranya kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengan saiz badan dengan harga yang berpatutan. Badan besar juga menyebabkan saya tidak membeli baju raya selama lebih 10 tahun kerana mahu menunggu badan kurus dahulu. Akibatnya saya kerap memakai pakaian yang sama berulang kali.
Walaubagaimanapun, titik permulaan proses perjalanan menurunkan berat badan saya bermula dengan program Cikgu Fitness Malaysia, iaitu En. Kevin Zahri.
Apa yang anda belajar dari Kevin Zahri
Saya memulakan perjalanan menurunkan berat badan secara serius pada 2012, iaitu apabila satu hari saya terbaca di satu majalah tentang satu pertandingan menurunkan berat badan selama 6 minggu. Sebaik sahaja saya membaca iklan tersebut, saya terus mengisi borang permohonan secara online dan beberapa minggu selepas itu, saya menerima berita gembira melalui emel yang mengatakan saya diterima menjadi salah seorang peserta program berkenaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa program tersebut amat membuka mata saya tentang kesihatan badan secara menyeluruh. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya belajar tentang apakah itu kalori, lemak, jenis lemak dalam badan, cara pemakanan yang betul dan sesuai, dan pelbagai informasi berguna lain yang tidak pernah saya ambil tahu sebelumnya. Saya memulakan azam untuk menukar gaya hidup saya kepada lebih sihat dan aktif.
Program tersebut juga sangat menarik minat saya kerana setiap minggu pelbagai aktiviti menarik dilakukan seperti paintball, larian 10km, seminar kesihatan, senamrobik, jungle trekking, cycle and hunt. Kesemua aktiviti ini sangat menarik pada pandangan saya kerana secara peribadinya saya belum pernah melakukan aktiviti-aktiviti tersebut sebelum ini, Jadi itu juga di antara sebab mengapa saya sangat berminat menyertai program tersebut. Alhamdulillah kesemua program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Malah saya juga menerima ramai rakan baru melalui program ini.
Sejak 2012-2014, sebanyak empat kali program anjuran kevin zahri yang telah saya ikuti. Dan saya berjaya menurunkan banyak berat badan semasa berlangsungnya kesemua program tersebut.
Tidak keterlaluan untuk dikatakan program Kevin Zahri sangat membantu saya dan ianya sesuatu yang tidak akan saya lupakan sehingga akhir hayat saya.
Amalan gaya hidup dan diet sebelum sebelum berjaya kurang berat?
Sebelum 2012, seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya memang makan apa sahaja tanpa rasa bersalah. Saya tidak pernah langsung memikirkan tentang kalori yang diambil mahupun yang dibuang. Saya tidak menganggap diri saya seorang yang cintakan makanan (food lover/food addict) kerana saya rasa cara pemakanan saya tidaklah keterlaluan. CUma satu sahaja masalah besar yang saya hadapi iaitu kesukaran meminum air putih dan kecintaan saya meminum air manis dan bergula tinggi. Sangat sukar untuk saya tinggalkan minuman manis di mana sahaja saya berada.
Satu lagi masalah ialah tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal khusus sebagai senaman. Gaya hidup sihat tidak pernah berada dalam diari hidup saya dan saya tidak begitu ambil peduli tentang perkara tersebut. Keluarga saya juga ramai yang berlebihan berat badan dan kami sama-sama tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Sebagai seorang yang obese, sudah tentu dahulunya saya sangat terpengaruh dengan pelbagai iklan produk untuk menguruskan badan. Samada produk sapuan, makanan, minuman atau mesin, hampir kesemuanya saya sudah cuba. Semuanya tidak pernah menjadi, malah ada yang menyebabkan saya makan semakin banyak. RIbuan ringgit telah dihabiskan, malah kesihatan juga turut terancam akibat memasukkan pelbagai jenis bahan kimia dalam badan. Saya tidak pasti kenapa produk-produk tersebut tidak berjaya membantu saya menguruskan badan, samada saya tidak betul-betul berdisiplin semasa mengamalkannya atau sememangnya produk tersebut tidak sesuai untuk saya.
Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?
Sebaik sahaja menyertai program anjuran Kevin Zahri tersebut, saya banyak belajar untuk mengurangkan berat badan secara sihat dan teratur. Pemakanan seimbang dan diet yang betul mual saya praktikkan.
Satu perkara yang banyak saya ubah semasa menyertai program tersebut adalah dengan banyak memakan sayur-syauran serta memasaknya dengan cara yang lebih sihat. Jika dahulu semuanya digoreng dengan minyak yang banyak, kini semuanya direbus, dikukus dan dibakar secara sihat. Rasanya lebih sedap dan kepuasan menikmati makanan juga lebih dirasai. Selain banyak makan sayur dan mengurangkan daging merah, saya juga mula belajar makan buah setiap hari. Jika dahulu saya jarang makan buah, tetapi kini saya akan makan sekurang-kurangnya sebiji oren dan epal setiap hari. Air putih juga saya cuba untuk ambil lebihlagi berbanding sebelumnya, namun kebanyakan hari memang saya hanya ambil sedikit sahaja kuantiti air putih kerana tidak biasa.
Di antara menu yang sering saya ambil setiap hari adalah ayam bakar dengan sayur campur bakar. Ini merupakan antara menu kesukaan saya. Roti juga saya sering ambil samada roti putih atau roti mil penuh (wholemeal). Roti ini kadang-kadang saya bakar dan makan bersama kaya atau bersama sandwich sardin. Sekali sekala saya akan makan nasi juga, bukanlah membuang terus nasi dari menu utama saya.
Saya juga banyak minum susu low fat kerana susu juga antara menu kegemaran saya. Selain rasanya yang memang sedap dan sesuai dengan tekak saya, ia juga sangat baik untuk tulang saya.
Apakah bentuk senaman yang anda amalkan?
Senaman juga mula saya praktikkan setiap hari. Semasa program tersebut, saya kerap menaiki basikal statik (stationary bike) setiap hari dan joging beberapa kali seminggu. Saya jarang pergi ke gym kerana tiada minat dan oleh kerana itu saya lebih suka menaiki stationary bike sahaja kerana saya suka berbasikal. Ianya memberi satu jenis kepuasan yang berbeza buat diri saya berbanding sukan lain. Joging juga sering saya lakukan pada awal pagi atau lewat petang untuk membakar lemak dan menggerakkan badan secara keseluruhan.
Saya juga mula mengenal sauna pada awal program ini dan kerap melakukan sauna, dalam 3-4 kali seminggu. Saya sangat suka bersauna kerana badan saya snetiasa rasa segar selepas bersauna dan lenguh-lenguh badan juga berkurangan.
Kini, sejak awal 2014, saya juga sering mengikuti kelas aerobik dan zumba anjuran gym dan individu di sekitar Nilai. Ia bukanlah antara aktiviti kegemaran saya tetapi ianya alternatif yang bagus kepada basikal dan joging. Sesekal kita harus juga bertukar jenis senaman supaya tidak cepat bosan.
Saya juga mula mengamalkan senaman circuit training samada di rumah atau pun semasa melakukan aktiviti di luar. Ia juga sesuatu yang baru bagi saya dan saya sukakannya, walaupun ada di antaranya yang agak sukar untuk saya lakukan.
Satu lagi ialah saya suka menyertai program larian samada untuk 'charity' atau anjuran syarikat-syarikat yang berkaitan. Walaupun saya tidak suka joging atau berlari, tetapi semasa berlari di dalam program tersebut ia memberi saya masa kepada diri saya sendiri untuk memikirkan tentang kehidupan dan apa yang saya hendak lakukan di dalam hidup.
Adakah anda gunakan suplemen?
Saya pernah menggunakan beberapa jenis produk menguruskan badan untuk membantu menurunkan berat badan. Tetapi hampir kesemuanya tidak berkesan dan jika berkesan pun hanya menurunkan sedikit sahaja berat badan saya. Saya pernah mencuba yang murah, yang mahal, produk tempatan mahupun antarabangsa, namun saya sering kecewa dengan hasil yang diperoleh. Saya tidak mahu menyebut nama-nama produk tersebut tetapi saya yakin untuk berkata kesemuanya bukan untuk saya.
- Sertai aktiviti riadah yang bersesuaian dengan minat anda (larian, zumba, aerobik, dll). Boleh juga menyertai pertandingan khusus untuk menurunkan berat badan seperti cabaran yang saya masuk anjuran kevin Zahri (Cabaran SIhat, Jom Kurus, Jom Kurus 1 Malaysia). DI samping mengurangkan berat badan, anda juga boleh mendapat rakan fitness baru yang sama-sama berjuang dan memahami apa yang anda lalui.
- Jangan 'skip' makan secara sengaja, atau laparkan diri anda untuk kurus. Sangat tidak berbaloi malah boleh membahayakan kesihatan anda.
- Amalkan minum air putih. Walaupun mudah untuk menyatakannya namun sangat sukar untuk melakukannya. Saya amat tahu tentang ini kerana saya sendiri seorang yang agak degil untuk membanyakkan minum air putih.
- Jangan pedulikan dengan sindiran sinis, perli, sikap negatif orang lain terhadap apa yang anda mahu buat. Tekadkan dalam hati anda membuat semua ini untuk diri sendiri dan bukan orang lain. Positifkan minda dengan membaca ayat-ayat motivasi dari orang yang berjaya dalam menguruskan badan dan ingat kata-kata tersebut. Selalunya ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mungkin bersikap negatif terhadap perubahan yang anda ingin lakukan. Jangan tunduk pada sindiran mereka!
- Bacalah pengalaman orang lain dalam perjalanan mereka mendapatkan berat yang diingini. Jangan segan bertanya tips-tips mereka dan cuba amalkan sendiri.
- Belilah buku KURUS yang ditulis oleh Sifu KEVIN ZAHRI kerana kesemuanya amat membantu dalam perjalanan anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Anda tidak rugi walau satu sen pun, malah bakal mendapat banyak ilmu dan manfaat berguna.
Gambar Sessi Jom Kurus di Johor
September 15, 2014News & Events
Berikut adalah beberapa gambar dari sessi Jom Kurus untuk peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia di Johor. Sessi tersebut gabungkan peserta dari JB, Pasir Gudang, Skudai dan Kluang.
[one_whole boxed="true"]Untuk jadual sessi Jom Kurus bersama Kevin Zahri di kawasan anda, sila layari https://kevinzahri.com/jomkurus/seminar. Tempat terhad. [/one_whole]
Pendaftaran JK1M musim ke3 akan tutup pada 19 Sept 2014.
Pendaftaran untuk sertai Cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim ke3 akan tutup pada 19 Sept 2014.
September 15, 2014
Acik Hanafz : Back On Track!
September 13, 2014Ramadhan,Weight Loss
Hi Assalamualaikum. Hari ni dah mula kick off untuk program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke-tiga dan Alhamdulillah Acik berpeluang untuk join lagi! Yeay!!
Dengan team leader dan kumpulan yang berbeza Acik sertai untuk kali kedua cabaran ni dan semestinya mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza dari yang sebelum ni. Tujuan of coz lah nak kurus, turunkan berat badan dan sihat. Tapi yang sukar untuk kita dapat is support system yang besar macam family JK1M ni. Satu Malaysia kot!
Macam2 aktiviti menarik masa JK1M lepas yang Acik dan team Wangsa Warriors lalui bersama dan insyaAllah kali ni akan bersama team Wangsa Maju Troopers pulak untuk enam minggu akan datang dengan team leader Haniff Gadaffi.
Flashback
Sebelum ni kalau masih ingat Acik mention starting weight dengan e-book on December 2013 is 114kg dan berakhir dengan berat 109 kg after 5 minggu. Memang betul2 ikut guideline dari e-book yang Kevin Zahri bagi dalam module yang 5kg 5minggu. Lepas tu pause sampai masuk JK1M Musim 2, March 2014 dengan berat 109.7kg dan berjaya turunkan berat ke 103.7kg sepanjang enam minggu kerahan tenaga tersebut. HAHA takde lah kerahan tenaga sangat.
Naik Turun
Sepanjang Ramadhan dan Syawal Alhamdulillah mungkin jugak disebabkan berada ditempat orang yang sah-sah takde bazor romadhon segala, Acik berjaya turunkan berat hingga 95kg which is almost 20kg weight loss dari starting weight Acik. Tapi tersasar jugak bila balik sini (eksaited bau makanan halal, HAHA) end up sekarang berat Acik 99.7kg, jadi untuk rekod JK1M, Acik dapat kurangkan 10kg dalam tempoh 6 bulan. Nak cakap kat sini, bukan senang nak stay istiqamah yang penting stay focus dan sentiasa cari ruang untuk “back on track”. But its still no the end of the world. Anda masih mampu mengubahnya. Acik masuk balek JK1M, so Acik boleh back on track bersama-sama rakan2 baru untuk capai berat badan yang ideal dan sihat dengan izin Allah.
Current Progress
Alhamdulillah, walaupun berat naik turun macam tu, untuk kekalkan motivasi diri saya cuba untuk tengok hasil usaha2 ni dari sudut lain contoh yang paling jelas saya dah boleh beli baju kat kedai2 biasa, turunkan saiz dari 4XL ke 2XL.
Kalau dulu saya memang meremang bulu roma bila diajak / suruh / pujuk berlari, sekarang saya yang semangat masuk website2 yang banyak sediakan track untuk berlari ni. Takde lah lari beriya tak berhenti, but still teruskan langkah sebab sape je nak bawak kau sampai ke garisan penamat melainkan kaki sendiri kan? Kalau ambulan datang amek tu dah lain cerita la HAHA.
Mungkin progress saya agak lambat tapi apa yang saya diajar oleh Kevin biar lambat tapi berkualiti. Sekarang masih mendidik diri dengan makanan dan rutinkan untuk sentiasa berpeluh dan kekal cergas. Salah satu lagi cara nak kekal bermotivasi, follow lah instagram mereka2 yang dah berjaya macam contoh @azreen_ariffin dan yang sedang berusaha jugak dalam buat tranformasi diri dan saya sangat kagum @aizat225 ! Go chase your dream body to be healthy and fit.
JOM FIT!
Acik Hanafz
Welcome Video Peserta JK1M Musim ke3
https://www.youtube.com/watch?v=Yf8cfcpTy4s
Welcome Video untuk peserta Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke3 yang akan bermula 13 Sept di seluruh Malaysia.
6 Senaman Punggung JK1M di Wanita Hari Ini TV3
https://www.youtube.com/watch?v=U5mKhTd7iyI
Demo senaman punggung dalam bentuk circuit workout yang fokus kepada bahagian punggung dan peha. Circuit ini gabungkan senaman berat badan dan kardiovaskular bersama team leader cabaran Jom Kurus, JK1M iaitu - Cem, Nana, Shah, Esfah dan Fadhilah.
JK1M #3 Kick Off Venues Untuk 13hb September
September 11, 2014News & Events
Berikut adalah butir venue dan masa JK1M kick-off untuk kawasan masing-masing. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan yang lain, anda boleh terus berhubung dengan team leader kawasan berkenaan.
[one_whole boxed="true"]Belum daftar? Hubungi team leader pilihan anda atau terus daftar di https://kevinzahri.com/jk1m [/one_whole]
Kawasan dan Negeri | Team Leader | Contact Info? | Venue | Masa |
AYER KEROH, MELAKA | MOHD AMIR KHUSHAIRI B. MOHD DAUD | 013-4382124 | DEWAN MPHJT BUKIT BERUANG | 9pagi-3petang |
Kuala Lumpur | Atilia | 0192081732 | Yogaonethatiwant Studio, E3A01, Level 3A, East Wing, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, 47820 Petaling Jaya | 2PM |
Taiping Perak | Faiz Hamzah | 0135062204 | Taman Tasik Taiping | 8.00 am |
Kuantan,Pahang | Ain | 0195244729 | Dewan Gudang Resau(sebelah dewan Mat Kilau), Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang | 8.30 pg - 12 tengahari |
Kuala Terengganu,Terengganu | Aiman | 0139190614 | Bilik Tenggol, Kompleks Belia Sukan Pasir Panjang, Kuala Terengganu | Jumaat * 8 Pagi |
Seri Kembangan , Selangor | Azlan Alfian Rosli | 0176665422 | Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia | 8am |
Shah Alam, Selangor | Ezuwan Shah | 013-2761212 | Auditorium 2, Aras 4, Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti, UiTM Shah Alam (di dalam bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak 2). | 9am - 1pm |
Kemaman, Terengganu | Faizal Bin Muhammmad | 0169518092 | Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam, Kemaman | 8.30 pagi - 12 tghri |
Kajang, Selangor | Yun | 013-6812393 | Taman Tasik Cempaka , Bangi | 8am |
Bukit Jalil, Kuala Lumpur | Muhamad Shafiq | 0139483171 | Bukit Jalil Park, Lebuhraya Bukit Jalil Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 7.00 a.m - 10.00 a.m |
Seremban N.sembilan | shahfazreen | 0132832109 | 13 september : Jom Kurus & Jom Fit Dewan MPHTJ melaka 14 september : Taman Tasik Seremban |
7.30 pagi |
Petaling Jaya & Lembah Pantai, Kuala Lumpur | Khairul (Cip) | 013-3135386 | Taman Jaya (berhadapan Amcorp Mall) | 8 am - 11 am |
Gombak | Safarudin | 0173117314 | Lokasi 13/9, Hyperflex Fitness, Pusat Perdagangan Selasih, Gombak. | 8.00am |
Putrajaya 2 | Gillian Benjamin | 0129122657 | Date : 13th September 2014 Venue : Everly hotel - Lake side (Alamanda, Putrjaya) Time : 8:00am - 12pm Things to bring : Yoga Mat, water bottle, face towel, medical report / doctor letter (for coach attention / in need of medical attention), ankle guard, knee guard, wrist guard (if needed). Dress code : Sport attire, sport shoe. |
7.30am |
SKUDAI,JOHOR | SITI KAMARIAH JAHRI | 01125851704 | BILIK KULIAH 1,FAKULTI ELEKTRIK,UTM | 8.00a.m-12.00p.m |
Kluang, Johor | Fadhlul Hadi | Fadhlul (TL) - 0169466591, Yanty - 012-2003274 | Tasik Taman Seri Impian, Taman Seri Impian, 86000 Kluang, Johor (Selepas Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom) |
8.00 am |
KL | Nana Al Haleq | 019-3377712 | The Space (The Dance Space) F3-2 Plaza Damas, Jalan Sri Haratamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur |
5.30pm |
Wangsa Maju, Kuala Lumpur | Haniff Gadaffi | 0122308797 | Kompleks MSN Setiawangsa Jalan 6/27a 54200 Kuala Lumpur Map here Waze: Pangsa Murni |
7:30 pagi |
Ampang,selangor | Amirul agam | 018-2359358 (agam) , 018 373 1590 (eka zainal) | Studio8 Setiawangsa No 15-3 jalan setiawangsa 9a/55a Taman setiawangsa 54200 Kuala lumpur. |
8.00pagi-12.00t/hari |
Kluang, Johor | Fadhlul Hadi | Yanty - +60122003274 | Tasik Taman Seri Impian, Taman Seri Impian, 86000 Kluang, Johor ( Selepas Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang) |
8 am |
seberang perai , pulau pinang | izzat | 0129464037 | Mengkuang Dam , Bukit Mertajam, pulau pinang | 1500h |
Pasir Gudang, Johor | Musz | (016 7704933 Musz) (012 7963169 Alham) | UTM Skudai Bilik kuliah 1 Fakulti Kejuruteraan Elektrik |
9.00 pagi |
Subang Jaya, Selangor | Mohd Firdaus Akhimullah | 013-6746308 | Bilik Lekir, Aras 1 Kompleks 3C, Majlis Perbandaran Subang Jaya Taman Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya |
8 am - 10 am |
Kuching,Sarawak | Nazim Bujang | 0168995575 | Levelup Fitness, Wisma Everrise, Jalan Petanak | 2 petang |
Seri Iskandar, Perak | Isa Abdullah | 0124549458, 01126490067, 0178669751 | Pusat Kayak, Taman Tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak.
Tempat meletak kenderaan: di parking area bersebelahan dengan Petronas UTP. |
8.00am |
Kota Kinabalu, Sabah | Kevin Andrew | 0138346231 | JuaraGym, Juara Sport Village, Jalan Ketiau-Tombovo, 88200 Putatan, Sabah
-- 5.873386954792479,116.05778428180075(Juara Gym) |
4.30 petang |
johor bahru | nu'aim bin a'denar | 0126104592 | Court bola tampar, rtm johor bahru, jalan kolam ayer, johor bahru. | 8.00am-11.00am |
Puchong, Selangor | Esfah Lili Jafri | 012-6201851 | Taman Bukit Jalil. Meeting spot is in front of Rumah Malaysia. Please use the gate entrance which is near the Asian Football Confederation as it is nearer to the meeting spot. There's plenty of parking space inside. | 7.30am |
Semporna, Sabah | Rasywan | 012-8202158, 014-6706939 | Fit Me Up, Wisma Hj Lais, Tingkat 2, Block B, ps112, 91308, Semporna, Sabah. | 2:00 - 4:00 |
Damansara , Selangor | Fafau @ Adam | 0172516355 | Sports Planet Kota damansara . Plaza-1 Sunsuria Avenue, Persiaran Mahogani PJU5, 47810 Petaling Jaya, Selangor. | 8.30 am |
Kelana Jaya, Selangor | Harizon Ramli | 0129340017 | Sesi akan pertama iaitu fitness test akan dilakukan di :
Oxygen Specialized Gym 10-2 & 10-3 jalan pjs 18/A Taman Maju Jaya 46000 Petaling Jaya Selangor |
8.30 pagi sehingga tamat |
Ampang 2, Selangor | Zack Zakwan | 0123337927 0173230093 | Fitlife Gym & Training Center No 1-2 Jalan 3/76D, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur. (Atas kedai kasut BATA, belakang MCD Desa Pandan) |
10am-2pm |
Sepang, Selangor | Hazirim Mustapha | 0126428768 | Taman Awam Nilai, Bandar Baru Nilai | 8.00 am |
Kuala Kangsar, Perak | zunairah | 0149084379 | Dewan Banquet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Perak, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak |
1.00pm |
Ipoh, Perak | Adly Cekods | 0175150096 | Dewan Banquet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Perak, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak |
1.00pm |
Sungai Petani, Kedah | Nazrin Nasser | 0195129640 | Max Power Gym & Fitness Studio No 47 A, no 45 A 1st floor, lorong BLM 6/2, bandar laguna merbok,08000 sungai petani, kedah *Berdekatan shell & petronas Laguna Merbok |
9.00am - 11.00am |
Kota bharu,kelantn | Azizol | 0145112208 | Taman tengku anis,kota bharu, kelantan darul naim | 8.00pg-12pm |
Bangi, Selangor | Wan Fadhilah | 019-2996667 / 013-7319319 | Indoor Volleyball court, Maybank Academy, Bangi | 8.15am |
Penang Island, Pulau Pinang | Elly Elfiq | 0124195869 | Kompleks Belia & Sukan Batu Uban (opposite main gate USM) | 8:00am-12:00noon |
Cyberjaya, Selangor | Mohamad Ashraf Hasim | 013-6301490 | Taman Tasik Cyberjaya. Waze: I've sent you a location: JK1M Cyberjaya!, drive there using Waze: http://waze.to/lr/hw2828yrkg |
730AM |
taman titiwangsa, kuala lumpur | fadzilshar | 0123453425 | Celebrity Fitness wangsa walk, G33a,wangsa walk mall, jalan wangsa perdana 1, 53300 wangsa maju, kl |
14 sept( 8am) |
Cheras, KL | Ahmad Zamani Mohd | 0163332182 | Dewan Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa, berhadapan HUKM, Cheras. | 10.00 pagi |
Nilai,Negeri Sembilan | Sharina Nadia | 0168030969 | Dataran Nilai | 07.00am |
Astro Awani: Rahsia Isa Abdullah kurang 40kg berat badan.
Isa Abdullah, pemenang JK1M musim 1 dan 2 kongsi tip dan pengalaman beliau kurangkan hampir 40kg sejak awal tahun ini. Jom sertai cabaran Jom Kurus 1Malaysia bersama.
JK1M Bantu Kurangkan Obesiti Malaysia di Astro Awani
Perkongsian Kevin Zahri tentang cabaran Jom Kurus 1Malaysia bantu kurangkan obesiti di Malaysia. Dalam program ini bersama Isa Abdullah, pemenang cabaran Jom Kurus 1Malaysia musim pertama dan kedua
[one_whole boxed="true"]Untuk sertai cabaran JK1M, layari https://kevinzahri.com/jk1m [/one_whole]
Jom Kurus 1 Malaysia di MHI TV3
Kevin Zahri, Ezuwan Shah, Zuhara, Gillian Benjamin, Fuzanne dan Harizon sebagai tetamu di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 untuk bincangkan program cabaran Jom Kurus 1Malaysia #jk1m musim ke3.
[one_whole boxed="true"]Untuk sertai Cabaran Jom Kurus bersama Kevin Zahri, layari https://kevinzahri.com/jk1m [/one_whole]